Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya. Diriwayatkan bahawa Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah. Setelah sekian lama berada di Makkah, beliau berangkat menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan seterusnya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu.
Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam lalu menjadi pengikut setia kepadanya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 700 tahun dahulu. Pemerintahan dan perjuangan Syarif Muhammad al-Baghdadi kemudiannya diteruskan oleh zuriat keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad, kemudian cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik lebih dikenali dengan gelaran Tok Pulau Manis. Kesemua zuriat keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.
RasululLah dengan yang arwah santabi merekaAsa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama IslamDengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia RayaDi Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalamBumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
8 comments:
Mr One~ Boleh saya tahu siapa kamu?
Hamba Allah yang berjuang di jalanNya. =)
Perbetulkan pada tulisan batu bersurat yang di paparkan, sebab dalam inskripsi baru Batu bersurat Piagam Terengganu yang diadakan di seminar batu bersurat BBPT 18-19 April 2010 yang lepas telah mengambil pakai yang baru berbunyi begini:
1. Rasululah dengan yang orang sanabi mereka ...
2. Esa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam
3. Dengan benar bicara darma meraksa bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4. di benuaku ini penentu agama Rasululah sallalahu alaihi wasallam raja
5. mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6. behumi. Penentuan itu fardu pada sekalian Raja Manda
7. lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar
8. bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka
9. Tuhan mendudukan tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada
10. Jumaat di bulan Rejab di tahun syaratan di sasanakala
11. Baginda Rasululah telah lau tujuh ratus dua ...
Dr Adi Yasran b Abd Aziz
(Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia)
-------------
Perkataan arwah --> orang
Santabi ----------> Sanabi
Asa --------------> Esa
Kota temir kat kg temir....wahh...terkejutnya aku...kg aku tu..tak sangka ada kerajaan yg hebat..tapi pasal sejarah kedatangan islam yg bertapak kat situ mmg ibuku ada cerita..ttg tapak rumah,tapak surau tok pauh. tak sangka sampai ada kerajan besar...harap ada pihak yg dpt buat kajian menyeluruh..
bapakku dr kg temir, ibuku dr kg pauh...
salam saudara..
saya berminat untuk mengkaji tentang Syarif Muhammad al-Baghdadi dalam tesis master saya..boleh saya tahu dimana saudara dapatkan sumber tentang asal usul Syarif Muhammad al-Baghdadi??
disebut pada Batu Bersurat tu "Benua ku ini", mana datang pula Benua Trengganu? ooo, sb Batu bersurat itu di trengganu maka benua ku ini menjadi Benua Trengganu? mana boleh begitu. Dan Seri itu gelaran untuk keluarga raja dan paduka itu gelaran utk saudara raja.
Arwah - Roh.
Santabi - Sakti, Karamah( Rijalul Ghaib). Spt Nabi Khidir, Nabi Isa, Tamim Ad Dari, 7 Pemuda Kahfi, Hang Tuah dn byk lagi
Asa = Esa
Kalau Arwah, Roh tak jauh maknanya. Semua yg tercatat nak tunjukkan sesuatu yg brlaku diluar lojik akal manusia. Islam yg masuk ke bumi Melayu dibawa Jalan Dakwahnya melalui Jalan Kesaktian. Tujuannya adalah utk mengatasi kesaktian Hindu dan Buddha.
Kalau Sanabi , maknanya apa???
Post a Comment