Wake Up Project - ENGRAM the Hidden Secret of Mind Manipulation II


Ketika menjalankan projek MKULTRA, beratus-ratus manusia telah digunakan sebagai bahan eksperimen sekaligus memusnahkan hidup dan fikiran mereka demi untuk bersaing dengan negara lain dalam menjelajah dan menjajah minda manusia. Pertubuan Psikik Jiwa yang melakukan eksperimentasi di bawah projek MKULTRA ini turut dibantu oleh pihak kerajaan dan CIA.


Selepas Perang Dunia kedua, ramai pakar saintis dari Jerman ditahan di dalam banyak tahanan Russia, Amerika dan British. Pada tahun 1946, Presiden Amerika Syarikat yang ke-33, Mr. Harry S, Truman telah memulakan “Project Paperclip” yang mengunakan saintis tahanan perang untuk projek Kawalan Minda yang dirahsiakan untuk bersaing dengan Russia. Projek ini dijalankan di bawah tugasan rasmi oleh 765 orang saintis dan juruteknik Jerman dan mengorbankan beribu-ribu orang tahanan perang yang dijadikan sebagai bahan eksperimen.


Pada bulan Disember 1974, di dalam mesyuarat petama National Security Council, Menteri Pertahanan Amerika, James Forrestal telah meluluskan satu ‘peperangan rahsia’ (secret war) dengan Soviet Union. Projek ini telah membuka jalan untuk melancarkan perang psikologi oleh Amerika di Eropah. Sebelum itu pada 1941, Presiden Amerika yang ke-32, Franklin Delano Roosevelt telah meluluskan penciptaan bom atom tanpa pengetahuan Kongres dan juga Timbalan Presiden, Harry S Truman dalam “Manhattan Project”. Ini bermakna, pada sekitar tahun 1948, Amerika Syarikat sudah menjadi pakar global dalam pembuatan bom dan manipulasi minda manusia.


Pada 1951, Amerika mempelawa Kanada dan Britain menyertai projek CIA di dalam Kawalan Minda dan Hipnotisme. Pada waktu ini, Projek Bluebird telah ditukar nama kepada “Project ARTICHOKE”. Pada 10 Februari 1954 pula, satu lagi dokumen CIA berkenaan eksperimen dan penyelidikan hipnotisme (Hypnotic Exoerimentaton and Research) yang juga telah diklasifikasikan sebagai Bukan Rahsia Rasmi mendedahkan bahawa manusia dapat diarahkan untuk melakukan sesuatu pembunuhan tanpa disedari oleh mereka malah ingatan mereka mengenai pembunuhan tersebut juga akan hilang.


Walaupun MKULTRA yang ditubuhkan pada 1953 telah ditamatkan secara rasmi pada 1964, pihak CIA memulakan satu lagi projek rahsia Kawalan Minda Hipnotisme diatas nama MKRESEARCH yang berlanjutan sehingga tahun 1970-an. Pihak CIA telah berjaya menyempurnakan penyelidikan Hipnotisme ini dimana seseorang yang berkelakuan normal boleh diubah menjadi ganas hingga sanggup membunuh hanya dengan satu ‘trigger word’ atau kata peransang yang dapat mengaktifkan program Minda Bawah Sedar.


Credit to: Muddy Reza

Wake Up Project - ENGRAM The Hidden Secret of Mind Manipulation



Talian hayat ekonomi dunia dipegang oleh negara-negara maju. Manakala negara-negara membangun ditekan dan ditindas untuk mengikut rancangan ekonomi yang ditetapkan oleh mereka. Sedangkan semua yang mereka lakukan adalah sah dari segi polisi dan prinsip ekonomi global.

Selama lebih dari 50 tahun ini, Negara-negara maju telah mengerakkan ekonomi dunia melalui teknologi “Global Hypnotism. Apakah yang dimaksudkan oleh “Global Hypnotism?

Hipnotism adalah satu cara untuk mengubah kepercayaan seseorang individu. Melalui sistem ini, pihak penjajah hanya perlu mengubah sistem kepercayaan para menteri kabinet dan Perdana Menteri sesebuah negara untuk mengubah nasib dan kepercayaan rakyat di negara tersebut. Menteri pula akan mengubah polisi ekonomi negara tersebut untuk diseragamkan dengan keperluan semasa ekonomi global. Permainan rancangan ekonomi dunia sebenarnya hanya ditetapkan untuk kepentingan negara-negara maju.


Satu dokumen CIA yang bertarikh 7 Januari 1953 yang telah diklasifikasikan sebagai ‘bukan rahsia rasmi’ mendedahkan bahawa manusia boleh dihipnosiskan untuk menurut perintah dengan mudah. Hipnosis ialah program yang memberi arahan kepada Minda Bawah Sedar. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan ikon, signal, perkataan, tulisan, panggilan telefon, siaran radio, video gambar dan sebagainya. CIA juga membuktikan bahawa hypnosis boleh dijadikan sebagai satu senjata ketenteraan yang canggih tanpa disedari oleh manusia.

Agenda utama CIA yang ditubuhan di bawah Nationat Security Act 1947 adalah untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen “Mind Control”. Pada ketika itu program kawalan minda ini telah pun diamalkan oleh Russia. China dan Korea Utara. Program Kawalan Minda yang pertama dianjurkan oleh CIA ialah pada tahun 1950 dibawah fail rahsia “Bluebird”.

Projek Bluebird diarahkan untuk mengkaji keupayaan manipulasi Minda Bawah Sedar untuk melakukan perkara-perkara berikut:-
  • Mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan mereka.
  • Membolehkan seseorang melakukan kerja-kerja ketenteraan didalam tempoh yang singkat.
  •  Menghilangkan daya ingatan seseorang.
  • Mengunakan ikon dan simbol untuk memanipulasi minda.
Pada 13 April 1953, Pengarah, Richard Helms telah meluluskan dan mengarahkan perlaksanaan projek rahsia mengenai manipulasi minda peringkat lanjutan diatas nama Mind Control Ultra (MKULTRA) dan melakukan tugasan-tugasan ultra sensitive work’.


Sepucuk surat rasmi daripada Richard Helms bertarikh 3 April 1953 kepada Penolong Pengarah CIA  Allen Dulles bertajuk “Dua Projek Penyelidikan yang Paling Dasyat” (MKULTRA dan MKDELTA) menyatakan bahawa projek ini  adalah rahsia keselamatan negara yang paling unggul dan boleh memanipulasi minda manusia untuk menjajah mereka dari jarak jauh tanpa disedari oleh mereka. Projek ini mengunakan keupayaan untuk meracun dan membunuh sebilangan besar penduduk termasuk kanak-kanak dan ahli keluarga sendiri.

Projek ini telah ditamatkan pada 1964 dan Pengarah CIA ketika itu Richards Helms telah memusnahkan semua fail rahsia penyelidikan MKULTRA supaya tidak diketahui oleh dunia luar.

To Be Continue.....

Wake Up Project - Percaturan Dalam Menuntut Haq


Sehingga kini identiti SAM BACILE masih lagi menjadi tanda tanya, ada juga yang menyatakan bahawa sam bacile adalah Nakoula Basseley Nakoula, berdasarkan penglibatan lakonan anaknya iaitu Abanoub Basseley, yang berusia 21 tahun dalam filem pendek Innocence of Muslims.

ISLAM tidak mengajar akan kekecohan dan huru hara kerana ISLAM bukan agama sedemikian. Benar kita perlu merasa Terguris dan Marah dengan sikap biadap "mereka" tetapi bukan bermakna kita perlu bertindak sehingga memudaratkan orang lain yang tidak punya kaitan.

Rasulullah s.a.w dalam hadisnya beliau bersabda ‘Kami ini diperintah untuk bijak dalam menyelesaikan masalah dan untuk bijak dalam menuntut hak dalam masalah yang kita hadapi.'

"It is not strange for a civilization which holds nothing sacred (besides the Holocaust) to make fun of the Prophet of Islam – may God’s peace and blessings be upon him. The buttons are once again being pushed and Muslims’ feelings are hurt. Consequently, some are angrily lashing out and harming innocent people in their ignorance. However, this is only further distorts the image of Islam which was the intention of those who made that evil film. Let us, instead, follow the prophetic way, and convey the message of Islam positively and with greater vigor, while patiently bearing the harm of our enemies."- Dr. Bilal Philips

Apakah terdapat agenda tersembunyi disebalik isu ini? Adakah ia akan dijadikan "TIKET" oleh Amerika (Israel) bagi memerangi Ummat ISLAM dan sekaligus menakluk negara ISLAM dengan hanya beralasan Ummat ISLAM bersikap GANAS a.k.a Terrorisme (kononnya) dan merbahaya.

Apapun sehingga ke saat ini, Amerika masih mengiktiraf "Kebebasan Bersuara" dan ia bukannya menjadi satu kesalahan.


p/s: Bukan takut akan diserang musuh, sekadar membaca taktik dan fikiran "musuh" dalam merencanakan rancangan meng"halal" kan untuk memerangi ISLAM. Memprotes dan demo bukan cara musuh menang ke atas kita. Mereka menang melalui serangan budaya, membuat perjanjian dengan pemimpin kemudian khianati, memisahkan budaya Islam dalam manusia(secular), pembinaan teknologi perang, pengawalan maklumat, penerapan sistem pendidikan yang terkawal, pengawalan penukaran sumber bumi hanya dengan mereka, manipulasi sejarah kawasan. kita jangan jadi kurang cerdik dengan menyertai himpunan-himpunan yang langsung tidak menganggu gugat mereka. Tetapi mulalah menyerang kembali dari semua serangan yang disebut. Maka mulalah bersatu dan bergerak dengan cara yang lebih effektif. 

Wake Up Project - Financial Armageddon 2012


Mata wang Amerika kini mula akan bertukar menjadi tisu tandas tidak berapa lama lagi, antara penyebab utama adalah George Soros menjual kesemua emas dia dan dia membeli ladang yang sangat - sangat besar dan ada sebabnya. Jadi daripada analisis ini, silalah melakukan persiapan awal dan bersedia kerana ia pasti akan bersangkut paut dengan negara kita, kerana negara Malaysia memiliki kuasa kewangan bersandarkan Dolar Amerika. Jika Dolar jatuh, ekonomi negara boleh terjejas dan terus jatuh, maka perpindahan sandaran kewangan yang mungkin ada selepas ini akan berpindah ke ISRAEL RAYA


Apakah sebenarnya propaganda Armageddon 2012 adalah musuh? rasanya Financial Armageddon yang boleh buat semua Negara Islam yang bersandarkan kepada Dolar Amerika, jatuh dan merosot, sehingga yang kaya akan mengembala kembali.


Dikatakan ekonomi Amerika akan jatuh dengan sangat teruk beberapa minggu sahaja selepas pilihanraya, di mana pilihanraya mereka akan diadakan pada November 2012, bermakna kejatuhan ekonomi boleh terjadi pada Disember 2012. Sekiranya ini terjadi, penaklukan besar - besaran boleh dan akan berlaku.


Credit to Abdullah Kas

Wake Up Project - Agenda 2012 (Olympic)


Seperti yang kita terbaca dan terlihat di dalam kebanyakan fan page konspirasi di Laman Muka Buku banyak insiden-insiden "kebetulan" telah berlaku semasa pembukaan olimpik yang lepas. Rasanya tidak perlu saya ulaskan dengan lebih lanjut kerana telah banyak blog dan fan page memaparkan dengan jelas akan disebalik simbol dan perkaitan dengan illuminiti.


Akan tetapi ada juga golongan yang masih tidak percaya dan merasakan ia adalah sebuah omongan kosong dan terus menjadi teori konspirasi semata-mata. Kita perlu ingat dengan jelas bahawa Musuh akan menghancurkan lawannya, ketika saat yang paling lalai dan tiada waspada yang tinggi.Dalam sejarah,ada satu kaum telah dibunuh dengan kecerdikan seorang raja dengan mengumpan lawannya dengan inginkan keamanan, raja tersebut membuat satu pesta pada malam tersebut dengan arak. Apabila tentera - tentera lawannya sudah mabuk, maka keluarlah tenteranya dan membunuh kesemuanya, semuanya mati dalam satu malam. Ini dipanggil strategy. Tidak perlu keluar cost yang banyak,tenaga yang banyak untuk menghapuskan lawan.

Di sini saya saya sertakan beberapa link untuk tuan-tuan jadikan sebagai bahan bacaan, seperti yang diperjelaskan bahawasanya. Bahan - bahan di sini hanya bacaan ilmiah dalam genre konspirasi untuk bacaan umat Islam & kami tidak pernah memaksa pembaca mempercayainya seratus peratus. Nasihat yang diberi ialah jangan terlalu taksub dengan sesebuah teori, jangan tersesat di rimba konspirasi dan jangan disesatkan oleh kekeliruan sendiri. Sentiasalah merujuk kepada al-Quran & al-Hadis sebagai sumber rujukan tertinggi. Berfikirlah secara waras mengikut batas-batas Islam tanpa merosakkan akidah & iman. Di sini hanya untuk pembelajaran dan bagi membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam khasnya & umat manusia amnya.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..



“Ya Allah! Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan perselisihan. Bulan Ramadhan telah datang, maka selamatkan kami di dalamnya, salurkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit ini.

 Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Dikau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan keburukan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku kerana perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

 Tuhanku! Dikau sedarkan daku, tapi daku belum juga menyedarinya. Dikau halau daku dari larangan-Mu, tapi daku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku!!!

 Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku ketika amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.

 Ya Allah! Daku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan perlu pada rahmat-Mu. Sementara Dikau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Dikau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Dikau menghitung semua amal mereka, Dikau yang membagikan rezeki mereka. Dikau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua perlu pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan daku tergolong pada hamba-Mu yang soleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.

 Ya Allah! Hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.

 Ya Allah! Semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keberputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau redhai.

 Kerana itu, daku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, mematuhi perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; daku memohon semua itu kepada-Mu Ya Rabbal ‘alamin.

 Tuhanku! Dikau dikianati dan dicurangi kerana kelembutan-Mu, Dikau ditaati kerana kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Dikau tidak pernah dicurangi olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Dikau bagi kami Yang Maha Pemurah dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Perihatin dengan segala kebaikan-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!

Semoga selawat sentiasa tercurahkan kepada Muhammad SAW dan keluarganya, selawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!”

To all of my Muslim Brothers and Sisters....May this year’s Ramadan usher in a new era of Peace and Hope….ensyaAllah...  (= -admin- 

Konspirasi Dunia: Third Secrets Of Fatima



Pernah dengar mengenai "Third Secrets of Fatima" ? Apapun ia tiada kaitan dengan puteri Nabi Muhammad iaitu Fatimah Az-Zahra, NAMUN ada kaitan dengan salah satu hadith akhir zaman.

Dua rahsia telah dibongkar, namun Rahsia ke-3 dikatakan paling misteri. Ini kerana ia sepatutnya dibuka pada tahun 1960, tetapi hanya dibuka pada 26 Jun 2000 oleh Vatican.

Para petitih Nasrani mengatakan Rahsia ke-3 ini merujuk peritiwa pembunuhan Pope John Paul 1. Namun, mari menelitinya dari sudut lain.

Di bawah ialah petikan sebahagian dari Rahsia ke-3:

"Other Bishops, Priests, men and women Religious going up a steep mountain, at the top of which there was a big Cross of rough-hewn trunks as of a cork-tree with the bark; before reaching there the Holy Father passed through a big city half in ruins and half trembling with halting step, afflicted with pain and sorrow, he prayed for the souls of the corpses he met on his way; 

Having reached the top of the mountain, on his knees at the foot of the big Cross he was killed by a group of soldiers who fired bullets and arrows at him, and in the same way there died one after another the other Bishops, Priests, men and women Religious, and various lay people of different ranks and positions. 

Beneath the two arms of the Cross there were two Angels each with a crystal aspersorium in his hand, in which they gathered up the blood of the Martyrs and with it sprinkled the souls that were making their way to God."

Dan Ini Adalah Hadith Yang Berkaitan:

“Mak-hul dan Ibnu Abi Zakaria cenderung kepada Khalid bin Ma’dan, sedangkan aku pula lebih cenderung kepada mereka berdua.” Lalu dia memberitahu kepada kami dari Jubair bin Nufair RA, dia berkata, “Marilah pergi bersama-sama kami menuju ke Zu Mikhmar,” pada hal Jubair adalah salah seorang sahabat Nabi SAW. Lalu aku pergi bersama-sama mereka, maka dia bertanya kepada Jubair tentang perjanjian damai. Jawabnya, “Saya mendengar Nabi SAW bersabda, “Orang Rom (pada akhir zaman nanti) akan mengadakan suatu perjanjian damai yang membawa keamanan kepada kamu semua. Kemudian kamu akan saling bermusuhan, kamu dan mereka, saling menganggap sebagai musuh. Lalu kamu diberikan kemenangan, memperoleh harta rampasan dan selamat, kemudian kamu kembali, (dalam perjalanan pulang dari Eropah itu) sehingga kamu tiba dan singgah di suatu padang (gembala binatang yang luas) yang berpasir. Lalu ada seorang lelaki dari pengikut Salib (Kristian), mengangkat salibnuya sambil berteriak, “Salib menang!” maka datang seorang lelaki dari kalangan (tentera) kaum Muslimin, dengan marah, kepada lelaki Salib (Kristian itu) lalu memukulnya (dengan senjata sampai mati). Maka pada ketika itulah orang-orang Rom berkhianat (terhadap perjanjian damai dan gencatan senjata) dan mereka berkumpul di padang pertempuran itu.” Dari Hasan bin Atiyah, dengan isnad sama seperti di atas, tetapi ada tambahan lagi di hujungnya, “Mereka berkumpul di padang pertempuran, lalu datang pada waktu itu (tentera Salib) di bawah lapan puluh bendera. Di bawah setiap bendera ada dua belas ribu orang (tentera Kristian).”  |Ibnu Majah|


Apapun Jika 'prophecies' puak Kristian itu "kebetulan" dan serupa isinya dengan Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah s.a.w, saya tidak terkejut. Tapi yang betul ialah Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah s.a.w. Soal umat Kristian kembali kepada Islam beramai-ramai, kini telah pun sudah berlaku. Lihat saya apa terjadi pada gereja-gereja di England dan Amerika. Mengenai kerisauan puak Kristian dan Yahudi, ia sudah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w diutus lagi. 

Rahsia Ke-3 itu, bersifat hanya untuk "confirmkan" kerisauan mereka sahaja. Tetapi, cuba kita fikirkan dengan lebih mendalam: Jika benar mereka sangat risau mengenai Rahsia Ke-3 ini, kenapa pula mereka menyimpannya selama 40 tahun, 100 tahun, 1000 tahun kemudian barulah dihebahkan? mengapa tidak lebih baik jika mereka terus kekal menyimpan dan langsung tidak dihebahkan. Setuju? Maka, hebahan ini mungkin terdapat tujuan lain.

Pada saya, mereka hebahkan ini supaya umat Kristian yang sudah mula goyang keyakinannya pada agama Kristian itu, kembali bersatu untuk menentang Islam yang semakin terbukti kebenarannya. Mahu tidak mahu, mereka gunakan "Secret of Fatima" ini, sedangkan kita umat Islam, setakat baca boleh, tapi yang kita percaya dengan sesungguhnya ialah Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Setakat "revelation" seperti "Secrets of Fatima", di Nusantara kini, terlalu ramai orang Melayu-Islam sendiri yang dapat bermacam-macam alamat dan isyarat, yang pelik-pelik pun ada siapa punya kerja?. Bila sampai masanya, boleh dikatakan semuanya tidak berlaku. Kenapa?. Yang penting ialah yakin kepada apa yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah s.a.w tanpa perlu tokok-tambah atau dikurangi.

Credit to: Pembantu Dibantu Membantu dan Hibatullah Yusof Al-Haj

Kajian Teknologi Umat Terdahulu bhg. 7


Sebut sahaja mengenai kaca, apakah yang akan terlintas difikiran anda mengenai ciptaan manusia yang amat berguna ? Mungkin ada yang fikir mengenai pinggan mangkuk, cermin muka, periuk dan sebagainya. 

Hari ini sebuah syarikat yang diberi nama Corning dari New York, Amerika Syarikat yang memang pakar dalam hal-hal kaca dan seramik menggambarkan bagaimana fungsi kaca yang akan merangkumi sebahagian besar kehidupan seharian manusia terutamanya pada MASA DEPAN. 

Sebenarnya apa yang digambarkan melalui video di atas telah pun kita nampak tika ini. Sebagai contoh adalah Smartphone seperti Iphone, Samsung, Blackberry dan sebagainya atau Tablet, iPad, mesin ATM.

Hakikatnya teknologi kaca ini telah wujud sejak lama dahulu lagi. Ianya telah pun bermula ketika zaman Nabi Sulaiman A.S. Teknologi kaca sudah ada ketika zaman Nabi Sulaiman a.s, malah ia dijadikan lantai, Maha suci Allah swt. Istana kaca pertama di dunia milik Nabi Sulaiman a.s. 

(Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." 

Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. 

Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca".

(Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ". 

Al Quran : Surah An Naml Ayat 44

Wake Up Project: Islam Melayu atau Melayu Islam?


Post ini tidak ada sedikit kaitan pun dengan politik murahan tajaan demokrasi, diharap para pembaca dapat mengimbangi emosi dan membaca dari sudut yang terbuka dalam menelaah kembali diri demi menyatukan ummah.

"Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam?"

Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.

Persoalan ini bukan sahaia telah diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit.

Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu.

Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Maka atas dasar itu berlakulah pertarungan yang sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.

Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu? Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa antaranya manakah soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, ‘ritual’ atau ‘substance’, tudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi.

Terlepas daripada pola berfikir berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.

Definasi Melayu dalam status perundangan menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik boleh dikatakan dia hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.
Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya.

Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir, manakala yang batin, serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.

Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.

Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.

Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.

Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Budha, Hindu).

Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-saina menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang serupa?

Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok matia yang akan berjaya, maka orang Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun “kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan?.

Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa.

“Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.

Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga iika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apapun jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam” atau “Islam-Melayu”) bukankah itu adalah kereta yang sama? Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memertabatkan agama.

Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekaligus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diwar-warkan oleh pejuang agama? Inilah hasanah fid dunya dan hasanah fil akhirah yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara?

Jelas, ‘kereta’ sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembab? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wuiud perbezaan dari segi hala dan tujuannya.

Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.

Maksudnya, ‘kereta’ dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada ‘kereta lain’ yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama adalah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok.

Jadi musuh kita yang sebenar bukanlah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan herusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terns menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat. Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!.

Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan.

Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian. Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka. Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses pembinaan tamadun rohani dan material kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China.

Islam telah memberi nafas baru bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah mengalami satu anjakan paradigma dan ‘re-engineering sebagai bahasa pengantar dalam bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain lain. Ketika itu kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan di sebarkan ke seluruh alam Melayu apabila Sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yan sama bangsa Melayu mula mendapat kekuatannya hasil pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Mongol jika tidak diserang oleh gerakan salibiyyah Portugis, Belanda dan Inggeris akibat k morosotan pegangan mereka terhadap Islam.

Sepatutnya tidak wujud konflik langsun antara keinginan untuk menjadi Muslim yan sejati dengan Melayu yang tulen. Islam adalah ‘content’ dan Melayu boleh disifatkan sebaga ‘container’. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa.

Para ulama, umara, budayawan dan teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaat hubungan yang simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan-minum, senibina, keintelektualan,  kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.

Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak menyekat lansung kefleksibelan Islam di aspek-aspek yang boteh ditolak-ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan hukum menutup auratnya denga tudung dan baju kurungnya. Begitu juga seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya – bersongkok dan berbaju Melayu sekaligus menampilkan imej kesopanannya menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan secara bersepadu.

Cubalah kita kaji dan selidik sedalam dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada nescaya kita akan dapati banyak titik-temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah se jarah lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang. Langkah inilah yang tela pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh Rasuluilah saw dalam merubah bangsa Arab.

Selain akidah dan beberapa amalan jahiliyah yang jelas menyimpang, Rasulullah terus mengekalkan banyak tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. lni juga telah diteladani oleh ulama, umara dan ummah silam pada era empayar Melayu Melaka, jadi kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita temui titik-temu Islam dan Melayu? Apakal masalah sebenarnya, pada Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?.
 Atau kita sudah terkeliru sama ada sedar atau tidak dalam perangkap, “memperjuangkan” ‘diri’ dan ‘puak’ dengan menggunakan label agama dan bangsa?

                                                                                                                                  Sumber:  Genta Rasa

Saat-Saat Yang Dinanti

Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadinya perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelummnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman |HR Ahmad|

Wake Up Project - keBERSIHan 3.0?

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Madinah kepada BERSIH 3.0

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claim' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” |Surah Al Kahfi, 18: 59|

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” |Surah Al-An’am, 6: 129|

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan |berkenaan ayat tersebut|

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” |Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430|

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” |Siraj al-Muluk, m/s. 100-101|.

"Pemimpin itu asalnya adalah seorang RAKYAT. Zalimnya seorang PEMIMPIN disebabkan zalimnya seorang RAKYAT, begitu juga sebaliknya."

Mari kita renungkan, setakat  mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus 
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam 
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna 
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan 
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab 
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama 
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga 
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

dan banyak lagi.
"Tanya diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai ISLAM dalam negara?"

Salam Maulidur Rasul 1433H


Bismillahir-Rahmanir-Rahim...
Entah sejak kapan hati ini terikat pada pesonanya. peribadi yang sederhana, peribadi yang mengajar akan daku mengenai banyak hal, peribadi yang mengajari ku memaknai makna cinta...

Bila mengingat pribadinya seolah semua masalah dalam diriku hilang tidak berberkas..
kerana cinta beliau yang sangat mendalam...
begitu lembut dan hangat..
walaupun jarak dan waktu telah memisahkan kami...

namun cintanya tidak pernah usang di telan zaman...
cinta ibarat oasis di tengah padang pasir..
begitu menyegarkan, membawa sejuta harapan dan perubahan ..
cinta yang begitu besar ...
dari beliau daku banyak belajar mencintai...
walau cara beliau mencintai tidak akan tertandingi oleh manusia manapun di dunia ini..

Lelaki nan penuh pesona tersebut bernama Muhammad ibn Abdullah.
dari beliau daku banyak belajar bagaimana membentuk sebuah cinta yang lebih jelas..
cinta yang sejati..
dan bukan cinta yang didalangi oleh nafsu..
atau apapun yang melemahkan makna cinta itu sendiri..

Kala aku berputus, aku teringat shirah hidupnya nan penuh kepahlawan..
cinta yang begitu sederhana namun begitu dalam.
cinta beliau pada Allah..
cinta beliau pada ummatnya ..
Wahai tuhan kami, Limpahkahlah selawat dan salam sejahtera selamanya pada KEKASIH MU yang telah menyeru kami kepada MU....Allahumasalli ala sayidina Muhammad wa ala alhi wasahbihi wasallim..

Wake Up Project - 31 Peristiwa Sepanjang 2012?

Apakah Anda masih dihantui oleh ramalan tentang 2012? Ramalan suku Maya bahawa pada 21 Disember 2012 merupakan akhir dari waktu dunia yang dengan kata lain disebutkan sebagai hari kiamat "Dooms Day", memang menakutkan dan menggerunkan.

Pengarah Hollywood, Roland Emmerich, dengan berani menggambarkan apa yang berkemungkinan terjadi pada tahun 2012 di dalam sebuah filem barat dengan tajuk ‘2012’. Hasilnya sangat amat luar biasa, filem itu meletup dan termasuk ke dalam senarai "box office". Tetapi untuk pengetahuan para pembaca semua di dalam Al Qur’an juga terdapat ‘penjelasan’ mengenai perkara-perkara yang akan berlaku disepanjang tahun 2012, tetapi yang pastinya ia bukanlah hari kiamat kerana "kiamat" itu adalah rahsia Allah s.w.t

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” |Qs. al-An’am :59|.

Mengikut pendapat seorang pengkaji iaitu Ali Adam, kelulusan dari University of Technology, Iraq, dan guru Bahasa Inggeris, Bournemouth University. Mendedahkan di dalam bukunya yang bertajuk ‘al-Quran pada tahun 2012′. Dengan menggunakan teknik matematik, Adam percaya bahawa kitab suci Al Quran ini punya penjelasan yang tersendiri mengenai apa yang akan berlaku disepanjang tahun 2012, mengenai masanya, dan berapa kali perkara "itu" akan berlaku.

Untuk pengetahun semua, selama ini para penyelidik telah mengetahui dimana Al Qur’an memiliki bentuk dan struktur huruf-huruf yang sangat teratur. Kitab yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w ini bukan hanya memiliki keselarasan dan keteraturan di dalam makna-makna dan petunjuk-petunjuknya, terkandung juga di dalam setiap ayatnya keselarasan dan keteraturan di dalam jumlah kata dan pengulangan huruf-hurufnya.

Ajaibnya Kitabullah ini membuat para ahli numerologi tergoda untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik keselarasan dan keteraturan tersebut. Setelah melakukan penelitian, seorang dari mereka, yakni ‘Abd ad-Da’im al-Kahil, dalam buku berjudul “Misteri Nombor 7 dalam Mukjizat Matematik Al Qur’an” mengungkapkan, ayat-ayat, surah-surah, kata-kata, dan huruf-huruf dalam Al Qur’an telah diatur Allah s.w.t dengan sistem yang berunsurkan pada digit 7. Ini dijelaskan melalui keselarasan dengan beberapa fenomena kehidupan seharian ummat islam iaitu, di dalam seminggu ada 7 hari. Bumi dan langit terdiri dari 7 lapis. Umat Islam yang menunaikan ibadah haji melakukan 7 kali putaran sa’i, 7 putaran thawaf, dan 7 kali melempar jumrah. Terdapat 7 golongan yang dinaungi Allah pada Hari Kiamat. Terdapat 7 larangan Allah s.w.t kepada ummat manusia. Terdapat 7 sifat perosak dan sebagainya.

Selama melakukan penyelidikan, Adam membahagikan Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah dan 6.236 ayat, kepada dua bahagian, iaitu surah pembukaan dan surah Pautan. Surah Pembukaan adalah surah al-Fatihah yang seperti kita sedia maklum disebut sebagai Ummul Qitab (Ibu Segala Ayat), sedang Surah Pautan adalah surah-surah lain, seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, dan lain-lain.

Surah Al-Fatihah, menurut Adam, merupakan petunjuk dalam mengungkap pesan-pesan Allah s.w.t yang terkandung di dalam 113 surah lainnya(Surah pautan). Surah ini mengandungi 7 ayat, kata-katanya yang berjumlah 29, dan huruf-hurufnya yang berjumlah 139 (cuba lihat pada Surah Al Fatihah). Jumlah ayat, kata dan huruf surah al-Fatihah ini merupakan nombor perdana.

“Jadi kata kunci atau kod untuk menyingkap pesan-pesan dalam Al Qur’an adalah pada bilangan nombor perdana,” - Adam.

Lalu mereka mengkaji pula surah-surah pautan, dan perhatian mereka tertumpu kepada surah Ar-Rahman yang merupakan surah ke-55. Di dalam surah ini terdapat ayat yang diulang sebanyak 31 kali yang membawa bermaksud:

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Ayat-ayat yang diulang tersebut berada pada ayat ke-13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 69, 71, 73, 75, dan 77 (silakan baca surah ar-Rahman). Jika semua angka-angka itu dijumlahkan, maka jumlahnya adalah 1433 dengan menggunakan teknik primalogi (bahagian dari teknik numerical), maka angka 1433 dapat dijumlahkan menjadi 1+4+3+3 = 11 (nombor perdana).

Adam mengaku, dirinya keliru untuk mentafsir makna nombor 1433 tersebut, sebelum akhirnya menyedari bahawa kita pernah berada pada tahun 1433 H(2011 Masihi) dan tahun ini kita berada di dalam tahun 1433H(2012 Masihi). Keyakinan Adam semakin kuat apabila angka 1433 merujuk kepada tahun hijrah, kerana ketika ia memadankan antara jumlah perkataan yang berada di dalam surah ar-Rahman dengan bilangan hari pada tahun 2012, keduanya sama, iaitu jumlah kata dalam surah ar-Rahman sebanyak 355 perkataan, dan jumlah hari pada 2012 sebanyak 355 hari, bukan 356 hari(cuba kita merujuk kepada kalendar 2012).

Bukan itu sahaja penemuan Adam ini Kerana ayat “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” diulang sehingga 31 kali, dia percaya disepanjang tahun 2012 akan berlaku 31 kejadian/peristiwa ayng dahyat dan akan menggoncang kehidupan manusia di bumi, tetapi yang pastinya ia bukanlah kiamat. Dijangkakan juga bahawa setiap kejadian akan berlaku selama 4 hari berikutan di dalam ayat tersebut yang diulang terdiri dari empat kata.

Sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah s.a.w kepada kami lalu bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”

Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.” Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar.” (Hadis Riwayat Muslim).

Mungkinkah dari 31 peristiwa yang akan berlaku terdapat 10 tanda ini?..Wallahualam..

Wake Up Project - 2012 - 2020

Sempadan asal daulah Islam sebelum dipecah-pecahkan menjadi negeri-negeri kecil

Pada bulan Disember 2004 lalu, National Intelelligence Council’s (NIC) telah menerbitkan sebuah laporan yang bertajuk, “Mapping the Global Future”. Mengikut laporan ini hasil analisa mendapati bahawa akan terdapat empat senario dunia pada tahun 2020.(8 tahun lagi dari tahun 2012):

1. Davod World: Digambarkan bahwa 15 tahun ke depan Cina dan India akan menjadi watak penting dalam ekonomi dan politik dunia.

2. Pax Americana: Dunia masih dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan Pax Americana-nya.

3. A New Chaliphate: Berdirinya kembali Khilafah Islam, sebuah pemerintahan Islam global yang mampu memberikan tentangan pada norma-norma dan nilai-nilai global Barat.

4. Cycle of Fear (Munculnya lingkaran ketakutan).

Salah satu senario yang cukup menimbulkan kontroversi adalah kemunculan kembali Khilafah Islam. Senario seperti ini sangat jarang diungkap di dalam berbagai analisis di dunia kini. Bahkan banyak kaum Muslim sendiri yang mengatakan, berdirinya Khilafah Islam adalah suatu perkara fantasi dan amat mustahil. Apakah petanda analisis yang cuba mereka maksudkan di dalam laporan yang ditulis oleh mereka hasil analisa terhadap pelbagai senario yang berlaku pada masa kini, paling tidak akan kembalinya Khilafah Islam di kalangan analisis dan intelektual Barat termasuk juga hal yang diperhitungkan serta kemungkinannya.

Potensi pemerintahan Khilafah Islamiyah yang pertama adalah dilihat pada ideologinya. Negara yang menggunakan sistem Islam secara total adalah negara yang bersifat global, dipimpin oleh seorang khalifah dengan asas ideologi Islam yang diambil dari Al Quran, sunnah dan hadith sahih. Banyak diakui, ajaran Islam tidak hanya sekadar agama ritual dan moral yang sifatnya individual saja; Islam juga mengatur dan melengkapi seluruh aspek kehidupan. Sebagai agama yang komprehensif, Islam mampu menjawab dan memberikan solusi terhadap pelbagai persoalan manusia. Ideologi Islam ini pula yang pernah menyatukan umat Islam seluruh dunia mulai dari jazirah Arab, Afrika, Asia hingga ke Eropah. Islam mampu menyatukan berbagai bangsa, warna kulit, suku, ras serta latar belakang agama yang berbeza.

Tidak menghairankan suatu masa dahulu peradaban Islam pernah menjadi salah satu peradaban utama di santero dunia. Daulah Khilafah Islamiyah pernah memerintah hampir 3/4 dunia. Kemampuan memecahkan persoalan kehidupan dan menyatukan dunia inilah yang membuat Khilafah Islam diperhitungkan. Potensi ideologi ini akan menjadi lebih membimbangkan kepada Negara Barat apabila mengikut statistik negera-negera Islam memiliki potensi sumber alam dan sumber manusia yang amat besar. Jika Khilafah Islam berhasil menyatukan negera-negera Islam sekarang bererti Daulah Islamiyah juga akan memiliki kira 60% deposit minyak seluruh dunia, boron (49%), fosfat (50%), strontium (27%), timah (22%), dan uranium yang tersebar di Dunia Islam (Zahid Ivan-Salam dalam Jihad and the Foreign Policy of the Khilafah State).

Secara Geopolitik, negeri-negeri Islam berada di kawasan jalur laut dunia yang strategik seperti Selat Gibraltar, Terusan Suez, Selat Dardanella dan Bosphorus yang menghubungkan jalur laut Hitam ke Mediteranian, Selat Hormuz di Teluk, dan Selat Melaka di Asia Tenggara. Dengan menempati posisi strategik ini, sudah pasti dunia akan dikuasai olah wilayah kaum Muslim. Potensi penduduknya juga sangat besar, yakni lebih dari 1,5 million di seluruh dunia. Melihat potensi tersebut, wajar jika kehadiran Khilafah Islam ini dianggap sebagai tentangan, atau lebih tepatnya lagi, ancaman bagi peradaban Barat sekarang.

Potensi penggunaan Khilfah Islamiyah untuk memberikan alternatif bagi peradaban Barat pada masa akan datang semakin jelas memperlihatkan kegagalannya peradaban kapitalis Barat dalam menciptakan dunia yang lebih aman, sejahtera, dan adil. Hal ini tentu akan lebih mendorong umat Islam untuk mendukung Sistem Islam sepenuhnya. Khilafah yang akan tegak akan mampu berhadapan dengan peradaban kapitalis yang mulai membusuk. Daulah islamiyaht akan menjadi negara yang kuat dan moden, yang akan membina masa depan kaum Muslim setelah mereka terbebas dari dominasi politik, ketenteraan, dan ekonomi Barat. Daulah Islamiyah akan mengintegrasikan kekuatan Islam dengan ilmu pengetahuan. Pengintegrasian tersebut akan menyebabkannya mampu mendahului Barat dalam bidang inovasi, teknologi, dan penemuan-penemuan ilmiah.

Namun, tentu sahaja Barat, dengan ideologi Kapitalisme yang mendominasi dunia ketika ini, tidak akan berdiam diri. Pelbagai cara dan strategi akan dilakukan oleh Barat untuk menggagalkan senario ketiga ini (kembalinya Khilafah).

Sabda Nabi SAW "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji."|Al-Hafiz Abu Naim|

Barat akan terus dan menerus mempromosikan pandangan negatif mengenai pembentukan Daulah Islamiyah. Pandangan bahawa kembali pada Khilafah adalah sebuah kemunduran, kembali ke zaman batu yang tidak punya berperadaban dan berprikemanusiaan. Jelas ini adalah suatu pembohongan yang telah berjaya merasuk kebanyakan ummat islam.

Strategi penyebaran idea-idea Barat akan lebih dipergiatkan, seperti demokratisasi yang dilakukan di Timur Tengah ketika ini. Cara yang ketiga sering dilakukan oleh Barat adalah mengaitkan gerakan Islam global yang ingin menegakkan Khilafah dengan keganasan dan pelampau. Dalam laporan NIC lagi, empat senario ini, Untuk kelihatan lebih jelas dan keganasan berlaku mereka mengaitkan senario tegaknya Khilafah dengan surat fiktif dari cucu Osama bin Laden kepada keluarga dekatnya pada tahun 2020 (Lihat: Mapping the Global Future, halaman 83).

Saat ini sebahagian umat Islam semakin menyedari kewajiban untuk menegakkan Khilafah Islam. Kesedaran ini sudah menjadi gerakan yang menyeluruh di seluruh dunia. Peradaban Kapitalisme kini bagaikan bangkai, meskipun ditutupi dengan propaganda penipuan kebaikan, Ia tetap sahaja dicium baunya yang busuk dan menjijikkan.

Sebaliknya, Barat dengan pelbagai strategi dalam mempromosikan propaganda negatif terhadap syariat Islam dan Khilafah pun tidak akan berhasil. Kerana dorongan akidah Islam, kaum Muslim melihat bahawa syariat Islam dan Khilafah adalah kewajiban syariat. Mereka pun melihat secara serius bahawa pihak-pihak yang menyerang Khilafah adalah penjajah mereka.

Semua ini membuat kita optimis, bahawa apa yang dijanjikan akan berlaku, kebangkitan islam dari timur, kehuru-haraan dunia, kemunculan dajjal, imam mahdi dan Nabi Isa a.s, ia semakin hampir dan jelas. Apa pun Kita harus tetap bersemangat dalam mempersiapakan diri dari segala aspek untuk perjuangan akhir zaman ini. Kita yakin, semua ini akan dibalas oleh Allah s.w.t ensyaAllah.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.|Qs Al-Ahzab: 23|
Related Posts with Thumbnails