1. Kita diajar didalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan mereka) bahawa jika ingin mendapatkan vitamin B serta ingin menambah darah didalam badan kita, kita perlulah makan hati haiwan dan hati ayam. Akan tetapi sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya dengan memakan hati ayam ia akan melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Maka kepekatan toksin adalah tinggi di dalam hati haiwan.
3. Kita turut diajar bahawa dengan daging kambing memiliki tahap kolestrol yang tinggi, namun kambing juga adalah makanan Nabi Muhammad S.A.W . Propaganda mereka seolah-olah ingin merendahkan dan menidakan cara pemakanan Nabi Muhammad S.A.W. Sebenarnya daging kambing adalah daging yang paling kurang kandungan kolesterol.
Secara kesimpulannya mereka telah pun menyusun strategi dari pelbagai sudut untuk diprogramkan dalam melemahkan umat islam. Hanya kita sedar atau pun tidak
Firman Allah s.w.t:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
|Q.s Al-Baqarah:168|
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
|Q.s Al-Maidah:88|
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
|Q.s An-Nahl: 114|
Aku: Apa yang saya perhatikan dari awal perbincangan kita, pak cik hanya menceritakan tentang kehebatan-kehebatan orang pakcik sahaja seolah-olah tiada pun perkara yang merisaukan pak cik. Cuba kita lihat hari ini berapa ramai orang kristian yang memeluk agama islam. Adakah pakcik tidak risau akan fenomena tersebut? Apa tindakan pihak gereja?
Jiran: RISAU? ALANGKAN UMAT ISLAM SENDIRI HILANG ISLAM YANG SEBENAR, INIKAN PULA YANG BARU MEMELUK ISLAM. YA,RAJA KAMI (PAUS) PAPA BENEDICT PERNAH MEMBERI TAHU SAYA BAHAWA KAMI TIDAK AKAN MENEMUKAN MUHAMMAD s.a.w SEBELUM DIA BERJAYA MENEMUKAN KAMI DI KHALAYAK RAMAI.
Aku: Tapi pakcik, orang islam percaya bahawa akan tiba suatu masa nanti, di mana seorang pemuda akan dilantik untuk meneruskan perjuangan dan misi Nabi Muhammad s.a.w. Dia adalah imam mahdi.
Jiran: BAGAIMANA JIKA SAYA KATAKAN BAHAWA DIA SENDIRI TIDAK TAHU SIAPAKAH DIRINYA, DIA HANYA MENGETAHUI KEBENARAN DAN MELAKSANAKANNYA HANYA KERANA PERASAAN TANGGUNGJAWAB, PERLANTIKANYA SEBAGAI MUHAMMAD s.a.w ITU MENANDAKAN USAHANYA TELAH BERHASIL DAN BUKANNYA BARU BERMULA.
Aku: Mengapa pakcik menyatakan bahawa beliau berjuang sebelum dilantik?
Jiran: INILAH YANG AMAT MERISAUKAN KAMI, AL-QURAN DAN MUHAMMAD s.a.w YANG TERDAHULU TIDAK AKAN MENIPU. TETAPI ADA SEDIKIT HELAH YANG DISEMBUNYIKAN DARIPADA KAMI, MANA MUNGKIN DENGAN MUDAH UNTUK BERKATA DIA MUNCUL DAN DILANTIK. JIKA BEGINI MUDAH SAHAJA KAMI MENEMUKANNYA.
PAPA BENEDICT ADA MENYATAKAN BAHAWA MUHAMMAD s.a.w KALI INI BERBEZA DENGAN MUHAMMAD s.a.w TERDAHULU, ULAMA-ULAMA KAMU DIBIARKAN HIDUP KERANA MUHAMMAD s.a.w SEDIKIT PUN TIDAK MENYERUPAI MEREKA.
MUHAMMAD s.a.w AKAN KELIHATAN SEPERTI PENJENAYAH, ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN TETAPI HAKIKATNYA DIALAH YANG MEMBAWA KEBENARAN. SEDANGKAN KAMI PULA SEPERTI ORANG BAIK YANG AKAN MEMPERJUANGKAN NASIB KAMU SEMUA.
YA, KERANA DIA TIDAK MAHU KEBENARAN TERTANGGUNG DI BAHUNYA, KAMU TIDAK AKAN MENEMUI SEBARANG HURUF-HURUF, ABJAD-ABJAD DAN AYAT-AYAT DIDALAM USAHANYA.
Aku: Jika begitu siapa pula yang akan menjadi pengikut imam mahdi, bagaimana mereka boleh mengetahuinya.
Jiran: KALAU KAMU MAHU TAHU. KAMU DATANG KEPADA SESIAPA SAHAJA DAN KEMUDIAN CERITAKAN KEBENARAN KEPADA MEREKA, SELEPAS KAMU MENDAPAT TEMPAT DI HATI MEREKA. MEREKA AKAN MENGATAKAN KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG BAIK-BAIK DAN PERKATAAN KAMU ADALAH PALING BENAR.
OLEH ITU KEBENARAN SUDAH TERTANGGUNG DI BAHU KAMU,MEREKA MELIHAT KAMU DAN NAMA.
KEMUDIAN KAMU BERSIKAP BURUK LALU KAMU PERHATIKAN SAJA RAGAM MEREKA. MEREKA AKAN MENGATAKAN KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG PALING JAHAT DAN KESEMUA KATA-KATA MU ADALAH DUSTA.
MEREKA ADALAH ORANG YANG PALING LEMAH KERANA MEMERLUKAN KEBAIKAN KAMU DEMI MEMBUAT KEPUTUSAN SAMA ADA CERITA YANG KAMU JAJA ITU BENAR ATAU DUSTA.
DAN ORANG YANG GAGAH ADALAH MEREKA YANG TIDAK MEMERLUKAN KEBAIKAN KAMU UNTUK MEMUTUSKAN BAHAWA CERITA KAMU ITU BENAR DAN TIDAK MEMERLUKAN KEJAHATAN KAMU UNTUK MEMUTUSKAN BAHAWA CERITA KAMU ITU DUSTA. MEREKA INI ADALAH ORANG-ORANG YANG AKAN MENYERTAI MUHAMMAD s.a.w. ”PERMATA YANG HILANG DARI TANGAN ORANG MUKMIN” AKAN KEMBALI SEMULA KEPADA TUANYA KERANA MEREKA ORANG YANG SUDI MENERIMANYA TIDAK KIRA BAGAIMANA IA AKAN DATANG DAN MEREKA ADALAH ORANG YANG BENAR-BENAR YAKIN BAHAWA KEBENARAN ITU MILIK TUHAN DAN MUHAMMAD s.a.w HANYALAH SEBAGAI PENYAMPAI YANG DIWAHYUKAN.
(Jadi selepas jiran memberitahu akan perkara tersebut saya cuba menduga akalnya dengan megajukan beberapa pertanyaan untuk mengetahui akan kebenarannya serta mengetahui golongan mana yang dimaksudkan)
Sehebat mana perancangan mereka, hebat lagi perancangan Allah
Jiran: INILAH YANG MERISAUKAN KAMI, AL-QURAN DAN MUHAMMAD s.a.w YANG TERDAHULU TIDAK AKAN MENIPU TETAPI ADA SEDIKIT HELAH YANG DISEMBUNYIKAN DARIPADA KAMI, MANA MUNGKIN DENGAN MUDAH UNTUK BERKATA BAHAWA “DIA” MUNCUL DAN DILANTI JIKA BEGINI MUDAH SAHAJA KAMI MENEMUKANNYA.
...mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
|Qs. Al Anfal: 30|
Aku: Melalui pengamatan saya, pak cik dan yang lain memiliki rupa paras dan wajah yang lebih kurang serupa sahaja. Malah wajah “paus” juga kelihatan seperti wajah pakcik, wajah pak cik sama seperti “paus”. Sekarang ni agak susah untuk saya bezakan antara wajah kaum yahudi dan orang-orang amerika dan eropah ia kelihatanya seperti serupa, mengapa ya wujudnya fenomena begitu?
Jiran: ORANG SEPERTI KAMU APABILA MELIHAT WAJAH MANUSIA, ITULAH YANG AKAN KAMU KATAKAN AKAN TETAPI BERLAINAN PULA PADA KAMI, KAMI MELIHAT WAJAH MANUSIA TEMBUS KE LUBUK HATI MEREKA, APA YANG MEREKA LALUI SEHARI-HARI DAN APA YANG TERDAPAT PADA JIWA MEREKA SEHINGGA MENYEBABKAN WAJAH MEREKA SEPERTI ITU DAN INI.
Aku: Maka apa kaitan kehidupan seharian dengan jiwa serta wajah. JIka awak menggunakan alat solek nescaya muka mereka turut akan berubah.
PERASAAN KAMU ITU TERHASIL DARI GERAK BALAS TERHADAP “BARANGAN BUATAN KAMI”. PENGGUNAAN DAN PERKARA ITU KAMU LAKUKAN SETIAP HARI, IA SEOLAH-OLAH SEPERTI AIR YANG MENITIS MEJADI LOPAK, BILA LOPAK ITU KELIHATAN IA TELAH MENJADI JIWA. HURUF-HURUF, ABJAD-ABJAD DAN AYAT-AYAT TIDAK LAYAK SEBAGAI BAHASA, MAKA WAJAH KAMU ADALAH SEBAIK BAHASA YANG MAMPU MENERANGKAN APA YANG TERKANDUNG DIDALAM HATI KAMU. CANTIK ATAU HODOH BUKAN PENENTU TAPI TERANG ATAU MALAP CAHAYA DI WAJAH KAMU ITU SEBENARNYA.
Aku: Jika tidak salah sebentar tadi pakcik menyatakan bahawa terdapat berjuta jiwa manusia. Terlalu banyak rasanya, bagaimana ia boleh menjadi begitu. Apa yang saya lihat manusia hanya memiliki 4 jenis jiwa. Jahat, sederhana, baik dan sangat baik. Hairanya gereja mampu melihat berjuta-juta jenis jiwa. Suatu keajaiban pula.
Jiran: SEBAB ITU KAMI MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS AKTIVITI KEHIDUPAN MANUSIA YANG TIADA PADA ZAMAN MUHAMMAD s.a.w DAHULU. SEHINGGA KE HARI INI TERDAPAT PELBAGAI PERANAN MANUSIA YANG PALSU. CUBA KAMU PERAMATI DARI KECIL KAMU KE SEKOLAH, KE UNIVERSTI KEMUDIAN BEKERJA. DI DALAMNYA TERDAPAT BERJUTA - JUTA PEKERJAAN, MAKA BERJUTA-JUTA AKITIVITI TELAH DILAKUKAN OLEH ITU TERHASILAH BERJUTA-JUTA JIWA.
MANUSIA SANGAT BODOH. MEREKA BEGITU MENYAYANGI PEKERJAAN, MALAH KAMI BUATKAN MEREKA TERSEPIT JIKA TIADA KERJAYA. OLEH ITU MEREKA AKAN MENYAYANGINYA. MALAH BEREBUT – BEREBUT PULA UNTUK MEMILIKINYA.
Aku: Untuk apa mereka mewujudkn berjuta-juta jiwa manusia. Apa kepentingannya kepada orang-orang pak cik . Patutlah pakcik kelihatan tidak bekerja, hanya bersembahyang sahaja.
Jiran: TERDAPA PELBAGAI AGAMA DI DALAM DUNIA INI, WAJAH-WAJAH MANUSIA BERGANTUNG KEPADA AGAMA YANG MEREKA ANUTI, WAJAH ORANG-ORANG ISLAM LAIN, WAJAH ORANG KRISTIAN LAIN, WAJAH ORANG YAHUDI PUN BERBEZA DAN BEGITULAH PADA SEMUA AGAMA. PERBEZAAN WAJAH MANUSIA PADA MASA ITU SANGATLAH KETARA KERANA AKTIVITI SEHARIAN MEREKA BERLAINAN, AKTIVITI SEHARIAN MEREKA ADALAH HANYA KEPADA KEAGAMAAN, TIDAK WUJUD PERKARA LAIN.
OLEH SEBAB ITU KAMI BERUSAHA UNTUK MELUCUTKAN WAJAH-WAJAH AGAMA DALAM DIRI MEREKA. MAKA KAMI CIPTAKAN PELBAGAI AKTIVITI KEHIDUPAN YANG KAMU LIHAT PADA HARI INI. MAKA WAJAH MEREKA AKAN KELIHATAN SAMA DAN SERUPA SAHAJA MAKA JIWA MEREKA PASTI SAMA.
MISALNYA BEGINI. CUBA KAMU LIHAT WAJAH ORANG YANG BERUMUR 2O TAHUN PADA HARI INI,DAN KEMUDIAN LIHAT WAJAH ORANG YANG MEMPUNYAI UMUR YANG SAMA,TETAPI HIDUP PADA 30 TAHUN YANG LEPAS MAKA KAMU BANDINGKAN, ADAKAH SAMA?
(ini yang menyukarkan. Maka aku termenung sebentar, akal aku balik ke Malaysia)
Aku: Ada benarnya juga kata-kata pak cik, jika diMalaysia, perbezaan generasi memang jelas ketara. Saya dapat lihat muka orang-orang muda, melayu dah menyerupai cina dan begitulah sebaliknya. Kadang-kadang jika tengok gambar di ruangan-ruangan social seperti facebook, my space, Friendster. Agak sukar untuk menentukan identity banga mereka.
Jiran: MEREKA YANG BERJUTA-JUTA JIWA ITU KAMI GABUNGKAN AKTIVITI KEHIDUPAN MEREKA UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH WAJAH MANUSIA BARU, JIWA MANUSIA BARU, JIWA TANPA AGAMA PADANYA, YANG TIDAK TERDAPAT PADA MANA-MANA ZAMAN SEBELUM INI.
DAN MEREKA ITU ADALAH JIWA KEPADA PEMILIK WAJAH YANG KAMU PANGGIL MEREKA SEBAGAI. ”CUTE”
KAMU LIHATLAH! GOLONGAN SEPERTI MEREKA SEMAKIN MEMBANJIRI SETIAP PELUSUK DUNIA. SEMAKIN MELIMPAH MEMENUHI BANGSA DAN AGAMA SENDIRI. MAKA TAMATLAH RIWAYAT AGAMA SEDUNIA.
Aku: Mereka yang berwajah “cute”? macam bangs saya, melayu. Saya memang perasan perubahan dan persamaan muka mereka, kelihatan tidak seperti melayu, macam orang agama budha pun tidak. Kini ia merupakan suatu fenomena.
Jiran; LIHAT SAHAJA DI ALAM MAYA (internet). MEREKA BENAR-BENAR MENYUKAI WAJAH MEREKA MALAH BERASA BANGGA, PADAHAL MEREKA TIDAK MENYEDARI KEROSAKAN JIWA MEREKA. GOLONGAN INI ADALAH GOLONGAN-GOLONGAN YANG BERPOTENSI UNTUK DIMURTADKAN DAN MENYEBAH KAMI DALAM SEDIKIT MASA LAGI.
Aku: Bagaimanakah orang-orang pakcik menghitung potensi mereka untuk diperlakukan sebegitu?
Jiran: KAMU DATANG KEPADA MEREKA, KEMUDIAN KAMU SURUH MEREKA MEMBENCI WAJAH MEREKA SENDIRI KEMUDIAN LIHATLAH, MEREKA AKAN MEMPERTAHANKAN WAJAH MEREKA DAN MEREKA PULA BERKATA BAHAWA KAMU INI ORANG GILA. INGATLAH BAHAWA TUHAN KEPADA MUHAMAD TELAH MEMBERIKAN KAMI RAMAI PENGIKUT DARI KAUM HAWA.
Aku: Jikalau begitu golongan ini telah dipersiapkan untuk dajjal ke?
Jiran: YA, MEREKA ADALAH GOLONGAN PALING LEMAH, JIWA - JIWAMEREKA BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA “BARANG BUATAN KAMI” DAN MEREKA YANG LAIN JIKA TIDAK SEMPAT DIDATANGI OLEH DAJJAL MAKAN MEREKA AKAN DIURUSKAN OLEH LUCIFER. (syaitan)
LUCIFER AKAN DATANG KETIKA WAKTU AJAL MENJELMA. LUCIFER MEMBISIKKAN KE TELINGA MEREKA AKAN PERTOLONGAN DARI SAKITNYA MAUT DENGAN JANJI-JANJI YANG MENYESATKAN, JIKA MEREKA BERSETUJU TERHADAP JANJI JANJI YANG DITABURKAN MAKA MEREKA AKAN DIHANTAR KE NERAKA BUAT SELAMA-LAMANYA.
FENOMENA INI TELAH PUN BERLAKU.
Aku: ini semua mengarut, jika benar apakah buktinya?
(saya sedikit terkejut apabila jiran saya ketawa tapi dengan cara yang sopan )
Jiran: BARU- BARU INI PENJAGA MAKAM MUHAMMAD s.a.w, DIA MEMBACA AL-QURAN DISISI MAKAM DAN TERTIDUR, KEMUDIAN DIA BERMIMPI BAHAWA MUHAMMAD s.a.w DATANG KEPADANYA DAN MENGATAKAN BAHAWA DIA TELAH MENGUNJUNGI UMATNYA DAN MENDAPATI BAHAWA DALAM 60,000 ORANG ISLAM YANG KEMBALI KEPADA TUHANNYA, TIADA SEORANG PUN YANG BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA TUHAN.
DAN KAMU TAHUKAN BAHAWA LUCIFER TIDAK DIIZINKAN UNTUK MENYAMAR SEBAGAI MUHAMMAD s.a.w
(Hebat, sedikit kegentaran timbul didalam jiwa, bagaimana mereka mampu melakukan survey hingga sebegini sekali kemudian mencipta suatu kelahiran bangsa yang kita lihat dan gelar sebagai golongan yang “cute”. Rasanya golongan seperti ini telah menjadi perhatian pihak gereja, mereka lebih mengetahui yang sebenar-benarnya dari kita, terdapat banyak maksud “cute”)
Apabila membaca petikan di atas saya terfikir, Bishop ini tahu juga bahawa Iblis/ Lucifer tidak diizinkan menyerupai Rasullulah s.a.w. Saya ingatkan hanya umat Islam yang tahu tentang perkara ini.
Apabila membaca perenggan ini, saya teringat pengalaman seorang sahabat saya. Beliau terpaksa mengikut bosnya untuk masuk ke dalam gereja kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke dalam gereja, Paderi di dalam gereja terus menghalau beliau keluar kerana Paderi itu tahu dia ialah seorang Islam. Sedangkan mukanya mirip-mirip Cina dan beliau terus keluar. Bagaimana Paderi itu tahu sahabat saya itu adalah seorang Islam? Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Bishop itu. wajah manusia bergantung kepada agama yang mereka anuti.
Bersambung...
3 comments:
is it the best we can do??tell me..
so..you had any suggestion to do a better thing from this?
lepas ni ganti minum air soya ke air kopi.
^__^
Post a Comment