Wake Up Project: Islam Melayu atau Melayu Islam?


Post ini tidak ada sedikit kaitan pun dengan politik murahan tajaan demokrasi, diharap para pembaca dapat mengimbangi emosi dan membaca dari sudut yang terbuka dalam menelaah kembali diri demi menyatukan ummah.

"Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam?"

Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.

Persoalan ini bukan sahaia telah diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit.

Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu.

Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Maka atas dasar itu berlakulah pertarungan yang sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.

Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu? Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa antaranya manakah soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, ‘ritual’ atau ‘substance’, tudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi.

Terlepas daripada pola berfikir berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.

Definasi Melayu dalam status perundangan menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik boleh dikatakan dia hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.
Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya.

Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir, manakala yang batin, serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.

Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.

Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.

Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.

Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Budha, Hindu).

Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-saina menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang serupa?

Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok matia yang akan berjaya, maka orang Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun “kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan?.

Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa.

“Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.

Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga iika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apapun jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam” atau “Islam-Melayu”) bukankah itu adalah kereta yang sama? Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memertabatkan agama.

Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekaligus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diwar-warkan oleh pejuang agama? Inilah hasanah fid dunya dan hasanah fil akhirah yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara?

Jelas, ‘kereta’ sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembab? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wuiud perbezaan dari segi hala dan tujuannya.

Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.

Maksudnya, ‘kereta’ dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada ‘kereta lain’ yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama adalah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok.

Jadi musuh kita yang sebenar bukanlah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan herusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terns menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat. Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!.

Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan.

Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian. Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka. Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses pembinaan tamadun rohani dan material kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China.

Islam telah memberi nafas baru bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah mengalami satu anjakan paradigma dan ‘re-engineering sebagai bahasa pengantar dalam bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain lain. Ketika itu kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan di sebarkan ke seluruh alam Melayu apabila Sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yan sama bangsa Melayu mula mendapat kekuatannya hasil pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Mongol jika tidak diserang oleh gerakan salibiyyah Portugis, Belanda dan Inggeris akibat k morosotan pegangan mereka terhadap Islam.

Sepatutnya tidak wujud konflik langsun antara keinginan untuk menjadi Muslim yan sejati dengan Melayu yang tulen. Islam adalah ‘content’ dan Melayu boleh disifatkan sebaga ‘container’. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa.

Para ulama, umara, budayawan dan teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaat hubungan yang simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan-minum, senibina, keintelektualan,  kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.

Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak menyekat lansung kefleksibelan Islam di aspek-aspek yang boteh ditolak-ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan hukum menutup auratnya denga tudung dan baju kurungnya. Begitu juga seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya – bersongkok dan berbaju Melayu sekaligus menampilkan imej kesopanannya menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan secara bersepadu.

Cubalah kita kaji dan selidik sedalam dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada nescaya kita akan dapati banyak titik-temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah se jarah lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang. Langkah inilah yang tela pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh Rasuluilah saw dalam merubah bangsa Arab.

Selain akidah dan beberapa amalan jahiliyah yang jelas menyimpang, Rasulullah terus mengekalkan banyak tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. lni juga telah diteladani oleh ulama, umara dan ummah silam pada era empayar Melayu Melaka, jadi kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita temui titik-temu Islam dan Melayu? Apakal masalah sebenarnya, pada Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?.
 Atau kita sudah terkeliru sama ada sedar atau tidak dalam perangkap, “memperjuangkan” ‘diri’ dan ‘puak’ dengan menggunakan label agama dan bangsa?

                                                                                                                                  Sumber:  Genta Rasa

10 comments:

Azrul said...

Bila perjuangan bangsa Melayu dianggap rasict,perkauman dan sebagainya jadi lagu nie la.Selalu mencari titik perbezaan,bukanya nak mencari titik persamaan diantara Melayu Islam,Islam Melayu.

Perjuangan bangsa dalam memartabatkan Islam seharusnya diteruskan oleh generasi kia pada hari ini seperti yang dilakukan oleh nenek moyang kita.Bila sebut Melayu mesti Islam.Tidak pula ada orang bertanya kamu ni Melayu Islam ka kristian.orang tahu,sebt Melayu mesti Islam,confirm Islam.

gila-haih said...

jika melayu itu islam..

apakah nama bangsa mereka yang asalnya melayu islam dan kemudiannya murtad?

adakah mereka masih melayu atau telah menjadi yahudi setelah murtad?

minta saudara jelaskan, agak kabur penulisan saudara. terima kasih


-gila-haih!

seigneur de la guerre said...

Kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.

Definasi Melayu dalam status perundangan menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik boleh dikatakan dia hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.

Andi_Husin said...

Assalamualaikum..
Dua-dua bukan..Melayu pun tidak Islam pun tidak!..

Yang pertama-tama sekali ialah (Berserah Diri Bulat-Bulat Kepada Allah swt)..Islam dan Melayu itupun adlh permainan Dajjal..

Bagaimana ingin keluar dari kepompong Iblis dan Dajjal jikalau berusaha sendiri..Bukankah leluhur kita Nabi Adam as membuktikan dia pun tidak mampu melawan Iblis..Maka, siapah kita yang mewar-warkan diri sbg pejuang akhir zaman..

Sepatutnya kita meletakkan segala-galanya kepada Allah swt..berpaut kepada tali Allah iaitu (WASILAH) supaya tidak tersesat..dan dari sinilah perancangan Allah swt hadir utk menghancurkan tipu daya Iblis dan Dajjal..

Zaman skrg telah berputar spt zaman Rasulullah saw dan jahiliah..Maka,kita perlu mengambil iktibar dan mencontohi Beliau secara Lahiriah dan BATINIAH..apa itu batiniah..Itulah berperang dengan diri sendiri terlebih dahulu..Bagaimana..Dengan Berlajar IKHLAS..inilah kunci segalanya..wassalam..

enrike said...

.Islam dan Melayu itupun adlh permainan Dajjal..

Iblis, Dajjal, Islam dan Melayu adalah permaianan Allah SWT... semua adalah ciptaannya dan tunduk kepada fitrahNya ...

tiadalah kekuatan iblis melainkan telah ditentukan oleh Allah SWT...turunnya Adam kedunia bukanlah kerana Iblis tetapi takdir Allah SWT.... tipu daya iblis hanya asbab untuk turunnya Adam AS..

yang berkuasa hanyalah Allah SWT..

telah ditakdirkan Melayu beragama Islam... jadi peluklah Islam sekuat yang mungkin...

Memang Melayu adalah Islam sejak azali dan tiada agama lain.... mana2 yang beragama selain Islam bukanlah Melayu!

sebelum kedatangan islam yang dibawa oleh Nabi Muhamamd SAW orang Melayu beragama Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS... orang Melayu tidak menganut Hindu seperti yang dikatakan oleh penjajah dalam buku2 sejarah hari ini... jika benar tentu nusantara ini penuh dengan berhala...

Orang2 Melayu menunggu kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kerana ia diberitahu dari ajaran nabi Ibrahim AS..

Hindu adalah agama sesat yang dicipta oleh Dajjal dari agama Hanif/Islam ajaran nabi Ibrahim AS sama seperi ajaran Nabi Isa AS yang telah berubah menjadi agama Kristian... kita melihat kedua2 ada sedikit persamaan dimana dalam agama Hindu ada konsep Trimuti dan dalam Kristian ada Triniti.. ia bermakna sumbernya adalah sama ... Dajjal...

Jadi ... kesimpulanya Melayu adalah Islam... Islam adalah Melayu... Bangsa melayu yang murtad bukanlah Melayu!

gila-haih said...

"Bangsa melayu yang murtad bukanlah Melayu!" seperti kata enrike. terima kasih tuan.

adakah mereka ini setelah murtad kemudiannya tiada berbangsa? dan jika kemudiannya mereka bertaubat, maka mereka akan menjadi melayu semula, adakah begitu? adakah ini realiti atau khayalan semata-mata?

aidil said...

Islam n Melayu pun dari dajjal eh??kekeke..tak abis2...dajjal korang

nah story blah ibu saya dari anak kapal china bersama Cheng Ho yg datang Melaka, blah bapa pun dari pahlawan Jawa yg membantu kerajaan riau kalau tak silap nenek bagi tau..so saya ni Melayu KER???kekekek..tapi saya ADALAH ISLAMMMMMMM

dr Ravi is Indian..but Muslim
Dr. Riduan tee is Chinese but Muslim...itu je nak bagi tau...kekekekek

Andi_Husin said...

Untuk En.Aidil,silalah membacanya.tq

Melayu -Puisi oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang

JenalAbuding said...

Assalamualaikum..

Saudara, sy bersetuju..mmg Melayu itu tunjangnya Islam, tp realiti tidak mungkin akn berubah bangsa lebih bersikap singular tetapi agama lebih plural. Cuma apa yg dirisaukan sy adalah pemikiran anak-anak kecil apabila diterapkan perjuangan Melayu lebih dari Islam ke atas pemikiran anak-anak kita. Sy minta maaf sy hanyalah manusia yg punya sedikit ilmu, klu salah harap ditunjuk ajar

Andi_Husin said...

Wassalam..saudara,sememangnya Melayu itu tidak akan berpisah dengan Islam..Islam = Melayu.begitulah sebaliknya..Namun dalam konteks islam kita kena paham apa sebenarnya yang dimaksudkan dgn ISLAM..iaitu Berserah diri bulat-bulat kepada Allah swt..dan agama itu adalah organisasi..maka jadilah agama Islam sebagai organisasi mengumpulkan orang2 beriman dan bertakwa kpd Allah swt..
Namun sekarang apa yg terjadi semua itu hanya menjadi kulit sahaja..beriman dan bertakwa di mulut..tidak dihati..dimana tempatnya Ruh Allah swt(ROH) dengan Iblis(Nafsu)..Makanya di sini, seseorang yg benar2 melayu akan mencari jalan ini..maksud islam sebenar walaupun perjalanannya jauh...seperti saudara sendiri yg menginginkan kepada Islam..
Makanya,kerana itulah melayu itu mudah menukar agamanya dari Hindu Buddha kepada Islam kerana merasakan jalan kepada Allah swt adalah organisasi berserah diri kepada Allah swt ini...iaitu Agama Islam..dan kenapa melayu sekarang seperti terputus tali kepada Allah swt itu, kerana agama islam yg dianutinya hanya tinggal kulit sahaja..dan bukan lagi amalan2 yg tujuan sebenarnya hanya kepada Allah swt semata-mata..sudah bertukar kepada para ulama,pemimpin,harta,pangkat,harga kereta murah,loan peribadi mudah dan rendah interest,petrol free,dan sebagainya..
Kata allah swt..wahai orang2 yang beriman, andai diantara kamu membuat sesuatu bukan keranaKu semata-mata,maka layaklah tempatKu digantikan kepada Iblis latnatullah..wassalam..

Related Posts with Thumbnails