Wake Up Project - 31 Peristiwa Sepanjang 2012?

Apakah Anda masih dihantui oleh ramalan tentang 2012? Ramalan suku Maya bahawa pada 21 Disember 2012 merupakan akhir dari waktu dunia yang dengan kata lain disebutkan sebagai hari kiamat "Dooms Day", memang menakutkan dan menggerunkan.

Pengarah Hollywood, Roland Emmerich, dengan berani menggambarkan apa yang berkemungkinan terjadi pada tahun 2012 di dalam sebuah filem barat dengan tajuk ‘2012’. Hasilnya sangat amat luar biasa, filem itu meletup dan termasuk ke dalam senarai "box office". Tetapi untuk pengetahuan para pembaca semua di dalam Al Qur’an juga terdapat ‘penjelasan’ mengenai perkara-perkara yang akan berlaku disepanjang tahun 2012, tetapi yang pastinya ia bukanlah hari kiamat kerana "kiamat" itu adalah rahsia Allah s.w.t

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” |Qs. al-An’am :59|.

Mengikut pendapat seorang pengkaji iaitu Ali Adam, kelulusan dari University of Technology, Iraq, dan guru Bahasa Inggeris, Bournemouth University. Mendedahkan di dalam bukunya yang bertajuk ‘al-Quran pada tahun 2012′. Dengan menggunakan teknik matematik, Adam percaya bahawa kitab suci Al Quran ini punya penjelasan yang tersendiri mengenai apa yang akan berlaku disepanjang tahun 2012, mengenai masanya, dan berapa kali perkara "itu" akan berlaku.

Untuk pengetahun semua, selama ini para penyelidik telah mengetahui dimana Al Qur’an memiliki bentuk dan struktur huruf-huruf yang sangat teratur. Kitab yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w ini bukan hanya memiliki keselarasan dan keteraturan di dalam makna-makna dan petunjuk-petunjuknya, terkandung juga di dalam setiap ayatnya keselarasan dan keteraturan di dalam jumlah kata dan pengulangan huruf-hurufnya.

Ajaibnya Kitabullah ini membuat para ahli numerologi tergoda untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik keselarasan dan keteraturan tersebut. Setelah melakukan penelitian, seorang dari mereka, yakni ‘Abd ad-Da’im al-Kahil, dalam buku berjudul “Misteri Nombor 7 dalam Mukjizat Matematik Al Qur’an” mengungkapkan, ayat-ayat, surah-surah, kata-kata, dan huruf-huruf dalam Al Qur’an telah diatur Allah s.w.t dengan sistem yang berunsurkan pada digit 7. Ini dijelaskan melalui keselarasan dengan beberapa fenomena kehidupan seharian ummat islam iaitu, di dalam seminggu ada 7 hari. Bumi dan langit terdiri dari 7 lapis. Umat Islam yang menunaikan ibadah haji melakukan 7 kali putaran sa’i, 7 putaran thawaf, dan 7 kali melempar jumrah. Terdapat 7 golongan yang dinaungi Allah pada Hari Kiamat. Terdapat 7 larangan Allah s.w.t kepada ummat manusia. Terdapat 7 sifat perosak dan sebagainya.

Selama melakukan penyelidikan, Adam membahagikan Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah dan 6.236 ayat, kepada dua bahagian, iaitu surah pembukaan dan surah Pautan. Surah Pembukaan adalah surah al-Fatihah yang seperti kita sedia maklum disebut sebagai Ummul Qitab (Ibu Segala Ayat), sedang Surah Pautan adalah surah-surah lain, seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, dan lain-lain.

Surah Al-Fatihah, menurut Adam, merupakan petunjuk dalam mengungkap pesan-pesan Allah s.w.t yang terkandung di dalam 113 surah lainnya(Surah pautan). Surah ini mengandungi 7 ayat, kata-katanya yang berjumlah 29, dan huruf-hurufnya yang berjumlah 139 (cuba lihat pada Surah Al Fatihah). Jumlah ayat, kata dan huruf surah al-Fatihah ini merupakan nombor perdana.

“Jadi kata kunci atau kod untuk menyingkap pesan-pesan dalam Al Qur’an adalah pada bilangan nombor perdana,” - Adam.

Lalu mereka mengkaji pula surah-surah pautan, dan perhatian mereka tertumpu kepada surah Ar-Rahman yang merupakan surah ke-55. Di dalam surah ini terdapat ayat yang diulang sebanyak 31 kali yang membawa bermaksud:

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Ayat-ayat yang diulang tersebut berada pada ayat ke-13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 69, 71, 73, 75, dan 77 (silakan baca surah ar-Rahman). Jika semua angka-angka itu dijumlahkan, maka jumlahnya adalah 1433 dengan menggunakan teknik primalogi (bahagian dari teknik numerical), maka angka 1433 dapat dijumlahkan menjadi 1+4+3+3 = 11 (nombor perdana).

Adam mengaku, dirinya keliru untuk mentafsir makna nombor 1433 tersebut, sebelum akhirnya menyedari bahawa kita pernah berada pada tahun 1433 H(2011 Masihi) dan tahun ini kita berada di dalam tahun 1433H(2012 Masihi). Keyakinan Adam semakin kuat apabila angka 1433 merujuk kepada tahun hijrah, kerana ketika ia memadankan antara jumlah perkataan yang berada di dalam surah ar-Rahman dengan bilangan hari pada tahun 2012, keduanya sama, iaitu jumlah kata dalam surah ar-Rahman sebanyak 355 perkataan, dan jumlah hari pada 2012 sebanyak 355 hari, bukan 356 hari(cuba kita merujuk kepada kalendar 2012).

Bukan itu sahaja penemuan Adam ini Kerana ayat “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” diulang sehingga 31 kali, dia percaya disepanjang tahun 2012 akan berlaku 31 kejadian/peristiwa ayng dahyat dan akan menggoncang kehidupan manusia di bumi, tetapi yang pastinya ia bukanlah kiamat. Dijangkakan juga bahawa setiap kejadian akan berlaku selama 4 hari berikutan di dalam ayat tersebut yang diulang terdiri dari empat kata.

Sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah s.a.w kepada kami lalu bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”

Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.” Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar.” (Hadis Riwayat Muslim).

Mungkinkah dari 31 peristiwa yang akan berlaku terdapat 10 tanda ini?..Wallahualam..

9 comments:

Roslan Ismail said...

Terbaik

lilou said...

Aasalamualaikum masuk hari ii dah berapa hari saya cuba fahami maksud terhadap artikel di blog admin niecuma bagi pendapat saya orang awam yang, tak ada ilmu untuk tafsir quran pakai nombor dan prime numbers dan numerologi. Kurang tepat. Admin sendiri maklm bahawa sha nya nak tafsir dan ijtihad hadis dan quran ada guideline yang amat ketat? Rasulullah MURKA kalau ada orang tak berilmu betul yang nak tafsir quran...

1. ketahui selok belok bahasa arab, ia membantu memahami alQuran yang TURUN DALAM BAHASA ARAB
2. mengetahui adat kebiasaan orang-orang arab kerana hal ni membantu memahami ayat-ayat yang berkaitan dengan adat mereka
3. mengetahui keadaan orang Yahudi dan Nasrani pada masa turunnya alQuran
4. mengetahui SEBAB TURUNNYA AYAT DAN QARINAH yang berkaitan, diterangkan oleh Al-Wahidi
"Tak mungkin memahami tafsir sesuatu ayat tanpa mengetahui riwayat dan keterangan turunnya ayat tersebut."
5. Mempunyai kefahaman yang tinggi dan ketajaman pengamatan.

Quran tak boleh ditafsir tangkap muat oleh pentafsir tak bertauliah, para ulama dah letakkan syarat kat orang yang nak tafsir Quran, iaitu dengan meletakkan ilmu yang diwajibkan ada untuk TAHU cara mentafsir Quran.
ini adalah untuk melindungi Quran dari pemesongan dan penyelewengan OLEH PIHAK YANG MAHU MENGGUNAKAN QURAN DEMI MEMUASKAN NAFSU DAN KEPENTINGAN MASING-MASING DAN MEMELIHARA DARI PENYELEWENGAN MAKSUD QURAN

1. ilmu bahasa arab - dapat huraikan pengertian, sinonim, perkataan yang mushtarak lafzi dan mushtarak ma'nawi, dll
2. ilmu nahu - makna berbeza jika I'rabnya berbeza
3. ilmu saraf
4. ilm al-ishtiqaq - sesuatu nama yang jika diambil dari dua akar yang berbeza akan berbeza juga pengertian
5,6,7. ilmu balaghah dan cabangnya - al ma'ani, al-bayan, al-badi
8. ilmu qira'at
9. ilmu usul al-din
10. ilmu al-fiqh - dengan ilmu ni dapat difahami bagaimana menyimpulkan hukum-hukum dari ayat2 dan cara pengendalian, dengan ilmu ni boleh tahu mana yang mujmal mana mubayyan, 'umum, dan khusus, mutlaq dan muqayyad, perintah, larangan, dll

dan ada lagi TAMBAHAN 5 lagi ilmu yang perlu ada. rajin pulak aku nak tulis kat sini.

syaitan suka bila umat islam sesat dengan orang yang nak mengajar tanpa ilmu yang cukup.

nauzubillahiminzalik. ini pasal AGAMA, PASAL AL QURAN, MANA BOLEH MAIN POST BENDA YANG PASAL AGAMA DAN QURAN. ini BENDA SERIUS, BUKAN MAIN MAIN MACAM TEORI KONSPIRASI ILLUMINATI FREEMASON TU.

seigneur de la guerre said...

Terima kasih di atas saranan dan teguran pihak saudara..saya mengambil ia sebagai perkara yang positif..

Dalam artikel kali ini saya membentangkan penafsiran al quran melalui neumorologi.

Tidak pula mememinta saudara atau pembaca yang lain untuk mengimani perkara ini..tetapi sekadar berfikir.

Perkara ini mula tersingkap selepas kejadian 9/11 dimana terdapat surah yang jelas mengenai perkara itu.

Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian tersebut. Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran.

Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat.

Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah ada 2001 ayat..Adakah ia merupakan satu kebetulan?

Al-Quran merupakan sumber segala ilmu pengetahuan. Hal terbaik yang dapat diminta daripada kitab suci ini ialah dorongannya kepada manusia supaya berfikir. Di dalam al-Quran tidak terdapat suatu hukum yang bersifat melumpuhkan akal manusia untuk memikirkan kandungn maknanya dan tiada sesuatu perkara pun yang merintangi akal untuk mencari pelbagai ilmu yang bersifat luas. Maksudnya, al-Furqan tidak melarang mereka mencari ilmu dan berfikir, asalkan masih dalam ruang lingkup kebenaran seperti kata ungkapan ‘buat apa sahaja selagi benar’, bahkan al-Quran menggesa manusia berfikir dan mencari ilmu pengetahuan. Ia menjamin cara berfikir yang sihat dan pandangan yang benar terhadap tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang diciptakanNya sebagai saranan kepada manusia agar beriman kepadaNya. Berfikir adalah suatu perkara yang amat diperlukan bagi memahami semua bentuk peringatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu" |Qs. Saba’: 46|

Al Quran merupakan Rahsia Allah, Al Quran juga petunjuk disepanjang masa, artikel kali ini bukan menyentuh mengenai "Penterjemahan Al Quran dari sudut bahasa". Sekian (=

racYnc said...

benar,admin hanya membentangkan pendapat..tiada paksaan utk mempercayainya.teori konspirasi freemason yg melata di internet juga majoritinya mengarut.tak mungkin rahsia terbesar senang2 kita perolehi di internet,sementelah internet ini jua ciptaan puak zionis dengan agenda terahsia.freemason adalah freemason,zionis adalah zionis.walau apa kepercayaan kita,jgn terlalu taksub.ibu segala kebenaran itu mudah,tuhan itu ada & tuhan itu satu.segala kebenaran yg hakiki sgt sukar diterima akal.tugas kita untuk mencari kebenaran-Nya.apa saja pandangan,jika berkiblatkan tuhan itu 1,perlu untuk kita mendalaminya tanpa kompromi..

Abdullah said...

assalamualaikum

Disini saya sertakan channel drpd you tube berkaitan israel.Video yg dibuat oleh israelian sendiri yg mngatakan bahawa akan terbinanya israel raya pada tahun ini.Harap admin paparkan utk meningkatkan awareness dikalangan umat.

Terima kasih

http://www.youtube.com/watch?v=mdSnxQDtKZo&feature=related

seigneur de la guerre said...

Wa`alaikummusalam tuan Abdullah..terima kasih dengan peringatan dan buah fikiran saudara..ensyaAllah jika berpeluang saya akan postkan mengenai perkara itu (=

CCTV said...

pergh..wa caya lu admin..cara membidas pun nampaknya bernas dan berilmu juga..

apa yg penting, ingat kiamat lebih utama..sebelum kiamat, persediaan harus mantop..pendek kata 5 sebelum 5 pun dah memadai. tahu atau tidak, terjemah atau tidak, yg wajib adalah beramal hingga ke akhir nanti walau apapun yg terjadi. Kalau pun manusia takut dgn kedatangan dan berita yg menakutkan atau sekadar mitos dan tidak benar sekalipun, sekurang2nya menjadi dakwah juga berbanding drpd saling berbantah dlm bab agama dan yg awam memerhati akan menganggap segalanya karut hingga kiamat itu datang secara tiba2 sedang mereka sibuk perihal dunia..wallahualam

Unknown said...

D tegur utk kebaikan.. Hanya yg dunggu n kafir sja mengimani tulisan kau ni.. Kau dah tau ada follower jgn keluarkan artikel boleh mendatangkan fitnah.. kau tahu membuat ramalan tu ble jatuh kafir.. Kalau kau sebenar2 Islam berpeganggan pd Al-Quran dan Sunnah kau faham apa yg kau buat ni x betul kan..

seigneur de la guerre said...

Alhamdulillah saya menerima dengan hati yang lapang dan terbuka, saya juga tidak memaksa untuk sesiapa termasuk anda mengimani artikel ini kerana kita hanya layak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Rasanya teori konspirasi bukan sebuah ramalan, apa pun Allah beri kita akal dan fikiran untuk kita berfikir mengenai kebesaran Allah

mohon jelaskan fitnah yang mana tuan maksudkan...wallahualam

Related Posts with Thumbnails