Wake Up Project - keBERSIHan 3.0?

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Madinah kepada BERSIH 3.0

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claim' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” |Surah Al Kahfi, 18: 59|

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” |Surah Al-An’am, 6: 129|

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan |berkenaan ayat tersebut|

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” |Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430|

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” |Siraj al-Muluk, m/s. 100-101|.

"Pemimpin itu asalnya adalah seorang RAKYAT. Zalimnya seorang PEMIMPIN disebabkan zalimnya seorang RAKYAT, begitu juga sebaliknya."

Mari kita renungkan, setakat  mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus 
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam 
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna 
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan 
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab 
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama 
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga 
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

dan banyak lagi.
"Tanya diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai ISLAM dalam negara?"

11 comments:

Mr. Pippo said...

Assalamualaikum

saya ada perancangan nak buat video islamik. bolehkah kiranya saya menggunakan tulisan saudara dalam kebersihan 3.0 ini untuk digunakan dalam video tu nanti? saya amat tertarik dengan cara saudara menulis tentang isu ini. jangan risau saya akan pastikan maksudnya sampai

seigneur de la guerre said...

wa`alaikummusalam warahmatullah

Silakan semoga ianya bermanfaat untuk kebangkitan ummah dan agama islam yang tercinta..

Semoga Allah membantu saudara dan pejuang-pejuang yang lain...EnsyaAllah

rattlehead said...

sebelum tu saya nak tanya saudara sbb apa perkara dibawah ni berlaku:

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

ini jawapan saya...

Adakah saudara kerajaan kita cukup mendidik rakyatnya ke arah perkara di atas....atau kerajaan yg saudara sanjung ni lebih suka lagha dan perkara yg melalaikan rakyat....knp ban Ustaz Ismail kamus keluar dari TV....mcmana pulak layanan kerajaan kepada ulama-ulama yg cuba menerapkan nilai islam yg selalu di pinggirkan konon nye penyampaian mereka condong menyerang kerajaan walhal segala isi dakwah mereka berlandaskan Al-quran dan hadis....

penulisan yg biasa je....

seigneur de la guerre said...

Saudara Rattlehead, saya harap saudara membaca dengan berfikiran terbuka..bukan secara emosi dan berat sebelah..punya akal yang waras pacu ia berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

"Pemimpin itu asalnya adalah seorang RAKYAT. Zalimnya seorang PEMIMPIN disebabkan zalimnya seorang RAKYAT, begitu juga sebaliknya."

Semoga saudara memahami akan FRASA ini dan hentikan sikap menyalahkan orang lain sebelum diri kita diperbetulkan terlebih dahulu. Bagi saya bak tulisan Sheikh Dr. Fathi Yakan, Islam itu bermula di dalam diri ini.

Adakah kerajaan itu wujud secara sendiri?

MohdkamalBotox said...

Minta maaf kalau nak bertanya, untuk kepastian.

"disebabkan zalimnya seorang RAKYAT"

Adakah maksudnya rakyat mendahului zalim dan diikuti pemimpin?

seigneur de la guerre said...

Ya benar, rakyat mendahului zalim dan diikuti pemimpin, ini kerana sebelum seorang pemimpin diangkat menjadi pemimpin dia juga dahulunya seorang rakyat.

Siapakah yang memilih pemimpin pada hari ini? Jika kita katakan "pemimpin zalim" sudah semestinya "rakyat lagi zalim" kerana memilih dia.

Mesti terlintas di fikiran..."eh sapa kata semua rakyat zalim' yang memilih PAS dan inginkan islam, takan rakyat itu pun zalim"

itu pula kita lihat pada sistem yang digunakan iaitu "DEMOKRASI" jika "rakyat zalim" - 100 dan "rakyat yang inginkan islam" - 50, pada hemat tuan, adakah kemenangan boleh diperolehi dengan undian atau suara rakyat?

Penggunaan "sistem DEMOKRASI" secara tidak lansung juga "zalim" dan "menzalimi diri sendiri" ini kerana kita tidak meletakan sesuatu perkara ditempatnya yang betul.

ISLAM hanya akan kembali melalui Manhaj Kenabian

Daripada an-Nu’man bin Basyir, beliau berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“An-Nubuwwah (kenabian) berada bersamamu selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu berada di zaman Khilafah di atas manhaj an-Nubuwwah (metod kenabian). Dan ia berlaku selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia akan mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu melalui zaman Malikan ‘Aadhan (raja menggigit), dan ia berlaku selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu menghadapi zaman Malikan Jabriyah (raja diktator), dan ia berlaku selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu melalui zaman Khilafah di atas manhaj an-Nubuwah, kemudian baginda diam.”
[Riwayat Ahmad 4/275, Abu Daud 4/211, At- Tirmizi 4/503 – Hadith Sahih]

gila-haih said...

rakyat zalim - pemerintah zalim

pemerintah zalim - didik rakyat jadi zalim

rakyat zalim - pilih pemerintah zalim

pemerintah zalim - didik rakyat jadi zalim


.
.
.
.
bila nak habis ?

usaha untuk tidak zalim akan ditentang oleh yang zalim, ini perkara biasa

seigneur de la guerre said...

perkara biasa? ya benar..selagi orang yang inginkan wujudnya negara ISLAM masih menggunakan sistem DEMOKRASI tajaan yahudi..maka tiada kesudahan kepada corak "KEZALIMAN" baik dari rakyat sehingga kepada pemimpin.. (=

Tiada yang biasa kepada kezaliman..tidak pastilah kalau saudara memang suka kepada kezaliman..

gila-haih said...

komen saya di atas, "-" bermaksud "anak panah". maaf atas komen saya, mungkin menyebabkan kecelaruan, saya tak pandai sangat nak tulis atau cakap, dalam minda saya ada lukisan. minta maaf kepada semua.

maksud perkara biasa yang saya maksudkan adalah sudah menjadi kebiasaan yang zalim akan menentang usaha untuk menjadikan situasi itu menjadi tidak zalim, seperti di zaman jahiliah, puak jahiliah menentang Muhammad SAW. itulah maksud saya tuan.

walaupun bila saya cakap, orang kata saya gila, tapi fitrah nya saya tak suka akan kezaliman. dan saya faham maksud tuan tentang sistem zalim itu.

maka apakah tindakan kita untuk keluar dari pusingan zalim-zalim itu?

Nik Adib said...

Usaha perlu dimulai dr dlm diri kite, dan selebihnya berdoala kpd Allah. Jika permintaan kite masih belum makbul, maka bersabarla. Zaman khilafah diatas manhaj an-Nubuwah akan pasti tiba. Allah tidak akan menganiaya hamba2Nya yg beriman. Maka, kesimpulannya ialah usaha perlu dimulai dgn menjadi seorang yg beriman, bertakwa dan bertawakkal terlebih dahulu. Cuba lah berusaha ke arah ini dulu. Cuba la. Kamu akan merasai nikmat yg Allah berikan. Dikala itu kamu akan sentiasa bersyukur dgn apa sajer yg Allah kurniakan kpd kamu.......

shahpaskal said...

sokong pendapat saydara-saudara di atas, mulakan di rumah dahulu..

Related Posts with Thumbnails