Konspirasi Dunia - World Cup 2010


Didalam keghairahan penduduk dunia yang mula merasai kehangatan demam perlawanan bola sepak piala dunia yang sebetulnya telah bermula sejak semalam. Saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu kerana desakan emosi yang kurang senang serta curiga terhadap beberapa perkara. "mereka" bijak mengatur langkah dalam menyeret penduduk dunia terutamanya umat islam untuk melupakan tindakan zalim dan keganasan yang mereka telah dan sedang lakukan terhadap penduduk Palestin serta aktivis-aktivis kemanusian ke Gaza.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa pula kena mengena Bola Sepak Piala Dunia dengan israel dan zionis, mengarutlah empunya blog ni, mereka-mereka cerita untuk mendapatkan pengunjung serta mencari nama. Terpulang kepada anda semua saya tidak memaksa untuk anda mempercayai coretan saya ini, tetapi sebagai manusia yang punya akal dan pemikiran yang waras serta punya agama, pandulah pemikiran anda ke jalan yang benar. Saya hanya pemberi jalan terpulanglah kepada anda semua, "Tepuk Dada Tanya Iman"

Disini saya ingin bentangkan serba sedikit petunjuk untuk anda renung-renungkan. Peringatan buat semua, saya bukan obses kepada sesuatu perkara, tetapi saya berminat untuk mengkaji dan mendalaminya serta berkongsi. Saya tidak mengeluarkan fakta atau fatwa menyatakan menonton bola itu HARAM. Tetapi biarlah ia menjadi perkara yang tidak melalaikan. Saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda 'turning point' musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan The Committee of 300 ketika dunia menumpu pada South Africa.

Jahbulon was a ritual freemasonic god. Jahbulon represents the devil.


Horus was a popular Egyptian god who was the son of Osiris and Isis. Osiris and Horus were both solar deities. Osiris was the setting sun, Horus the rising sun. The Pharoah was considered to be an incarnation of Horus (also known as “Amen-Ra,” the sun god). The story of Horus can be found in “The Egyptian Book of the Dead (also known as the “Papyrus of Ani”) written over 3,000 years before the birth of Jesus.

Mungkin bagi sesetengah individu, perkara hanyalah perkara yang enteng dan tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap kehidupan seharian mereka. Sebagai lumrah dan logik alam, setiap perkara yang berlaku pasti ada rencana yang tersendiri, sama ada ianya baik atau buruk kepada kehidupan kita. Selamat bersukan dan majulah sukan untuk negara.

Rujukan:http://rijal82.blogspot.com

1 comments:

Footy Debate said...

Saya bersetuju dengan pendapat saudara yang mengatakan bahawa Piala Dunia kali ini mempunyai maksud yang tersurat. Memang tidak dinafikan bahawa ramai orang yang akan lupa seketika tentang isu Palestine ini. Manakan tidaknya, asal duduk dikedai mamak serta menyembang dengan kawan2 pasti semua akan menyebut bola-bola-bola....walhal sebelum ini sibuk bercerita tentang isu Palestine. Inilah dia salah satu daripada helah mereka. Menurut perspektif saya, piala dunia sengaja dirancang daripada dahulu lagi agar dianjurkan 4 tahun sekali. Kejohanan seperti ini boleh dianjurkan pada tiap2 tahun. Ia bukannya menjadi masalah yang besar kerana ramai negara yang berlumba-lumba ingin menjadi tuan rumah. Akhir kata, gembira-gembira jugak.....Perjuangan jangan lupa!

Related Posts with Thumbnails