Kemudian, datang ajaran Islam dan kitab Allah s.w.t. yang terkandung di dalamnya ilmu dan agama. Seruan Islam lahir dan tersebar di kalangan penduduk Semenanjung Arab. Pada zaman Rasulullah s.a.w pusat negara Islam adalah Madinah al-Munawwarah. Untuk mendidik para sahabat, majlis-majlis ilmu pada zaman Rasulullah s.a.w. ini dilakukan di Masjid Madinah. Di kota Madinah dan di sekitarnya tinggal bermukim beberapa golongan Yahudi seperti Bani Qainuqa’, Bani Quraizah, Bani al-Nadir, Yahudi Khaibar, Taima’ dan Fadak.
Terdapat di kalangan ulama Yahudi atau ahli Kitab di Madinah yang memeluk Islam seperti Abdullah b. Salam r.a. Beliau dan orang sepertinya menjadi tempat rujukan kepada sahabat untuk bertanya secara terperinci tentang kisah-kisah yang sama yang juga disebut di dalam kitab-kitab al-Quran dan Taurat. Namun para sahabat tidak menerima bulat-bulat apa yang diceritakan kepada mereka.
Malah mereka menapisnya dengan akal dan juga syarak. Mereka hanya menerima apa yang diterima oleh akal dan syarak dan menolak sekiranya bercanggah dengan keduanya. Seterusnya mereka berdiam diri terhadap perkara-perkara yang tidak jelas tentang benar dan salahnya.
Ibn Khaldun |1968, 1: 786-787| menyatakan apabila timbul keinginan di kalangan orang-orang Arab untuk mengetahui tentang permulaan kejadian makhluk dan rahsia kejadian, mereka cenderung bertanya ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani. Majoriti mereka adalah dari suku bangsa Humair. Apabila mereka memeluk Islam, pengaruh daripada ajaran agama mereka yang berkaitan dengan asal kejadian makhluk, cerita-cerita tentang peperangan dan sebagainya masih kuat dalam diri mereka. Antara golongan mereka ialah Ka’ab b. al-Ahbar, Wahab b. Munabbih, dan Abdullah b. Salam. Kerana inilah cerita-cerita Israiliyyat yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir dipenuhi dengan riwayat-riwayat daripada mereka.EnsyaAllah kupasan demi kupasan akan dilakukan mengenai isu israiliyat serta akan dibahaskan juga mengenai perkaitan Wahhaby mengunakan Hadis palsu israiliyat dalam aqidah.
Bersambung..








0 comments:
Post a Comment