Kajian Sejarah - Adolf Hitler bhg. 2

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung: Ada dua sebab

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

|Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy|

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.


|Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds|

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran:

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

-Kredit to ukhti suehana suid-

15 comments:

Anonymous said...

Achtung!

Bukan semua yahudi jahat. Mereka pun ada hak untuk hidup. Yang jahat cuma beberapa kerat dikenali sebagai Ahli Kitab. Mereka inilah yang memutar-mutar KitabuLLAH dan merekalah yg meletakkan nama negara "Israel" sampai semua orang Melayu mencemuh Israel (Anak-anak Nabi Yaakub a.s.). Apa kata kalau asal usul Melayu dari Bani Israel? Cuba baca surah Al-Baqarah. Lembu dara warna "kuning tua" telah lama ada di Malaysia, entah-entah berhijrah bersama suku-suku Israel yg setia dgn Nabi Musa a.s...mana tau.

Justin Bieber pun yahudi juga, tapi dia malu nak mengaku yahudi.

seigneur de la guerre said...

setuju dengan pendapat yang saudara utarakan..tetapi saudara perlu tahu, hakikatnya Hitler hanya mengkaji al quran dan dia bukan islam...

yups memang darah melayu mempunyai campuran genetik yahudi..kita antara pecahan bani mim..

Anonymous said...

salam,

Bukan genetik 'yahudi'. Yahudi tu agama, bukan kaum. Genetik bani Israel ada laa, tu pun bukan semua orang Melayu ada. Sebab tu ada Melayu buat bubur Syura, Puasa Sunnat Asyura. Nabi Muhammad s.a.w. pun ada genetik Bani Israel, moyang baginda dari Palestin. Allah lebih tahu.

seigneur de la guerre said...

minta di perjelaskan.. apakah saudara memperkatakan mengenai kaum bani israel yang beragama yahudi pada zaman hitler?

boleh saudara jelaskan pernyataan pada komentar saudara yang pertama mengenai "BUKAN SEMUA YAHUDI JAHAT" mungkin juga saudara mengetahui wujudnya umat yahudi yang baik pada zaman hilter dan mungkin zaman-zaman yang terdahulu..antara jews dan as salam..antara islam dan yahudi? apakah ia punya perbezaan atau serupa?

apa kaitan kaum bani israel yang beragama islam dan kaum bani israel yang beragama yahudi pada artikel ini?

Persoalannya disini adakah nabi daud a.s, nabi musa a.s dan nabi isa a.s membawa agama yahudi? Mereka dari kaum bani israel tetapi membawa agama as salam iaitu agama Allah bukan agama yahudi..

Hitler sendiri menyentuh mengenai orang-orang yahudi di dalam ucapannya. Bukan kaum bani israel..

"I could have annihilated all the Jews(YAHUDI), but I left some of them so the world would know why I killed them" |Adolf Hitler|

mungkin saudara lebih mengetahui dan bolehlah kiranya saudara kongsikan disini...

bukan apa cuma saya agak terkeliru dengan penyataan pada komentar-komentar saudara. Apa yang saya lihat disini artikel ini hanya mengaitkan kaum bani israel yang berugama yahudi dan keratan-keratan tafsir al quran yang saya sertakan untuk memperlihatkan mengenai Firman Allah mengenai kerosakan-kerosakan yang telah sedia dilakukan oleh kaum bani israel.

Secara logikal akal mungkin hitler hanya mengkaji makna firmanNya tanpa mengkaji sejarah dan as bab sesebuah ayat itu di turunkan, mengapa? kerana dia melakukan kekejaman seperti umat yahudi kini lakukan di palestina dan sudah pastinya hitler bukannya seorang muslim..hanya Allah yang maha mengetahui..

saya budak baru belajar jika salah minta ditunjukan. sekian

ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ said...

kepada Zaid Ali,

Nabi Muhammad tidak ada genetik Bani Israel kerana Nabi Muhammad keturunan Nabi Ismail, manakala Bani Israel adalah keturunan Nabi Yaaqub.

Berkenaan posting ni, apa-apa pun Hitler bukan orang Islam. Kita pun tak tahu apa niat dia nak dalami Islam. Dan membunuh orang-orang awam Yahudi bukanlah ajaran Islam. Kalau nak bunuh Yahudi, kenapa Hitler tak bunuh semua Yahudi yang sedang menguasai bank dunia?

Kita pun tahu Switzerland merupakan pusat pertubuhan-pertubuhan sulit merancang konspirasi mereka. Kalau betul Hitler nak bunuh Yahudi, kenapa dia tak jajah Switzerland? Sedangkan Switzerland hanya berada di sebelah German. Hitler sendiri adalah sebahagian daripada komplot-komplot jahat ini, dan saya rasa tidak perlulah nak mengaitkan Hitler dengan Islam kerana ia hanya akan menambahkan fitnah terhadap umat Islam sendiri.

Anonymous said...

Salam.
SESAT ialah KAFIR kepada kalimah ALLAH/hukum/ajaran Rasul-NYA.Kesilapan terbesar ahli tafsir ialah mencari asbab kenapa ayat Al-Quran diturunkan. Sedangkan setiap ayat berdiri dgn sendiri sebagai peringatan sehingga kiamat. Al-Quran bukanlah sejarah. Kisah pemuda Al-Kahfi misalnya ialah supaya kita memekakkan telinga dari kesesatan masyarakat, keluar jamaah yg mengamalkan hukum-hukum dan akidah yg sesat.Menokok-tambah hukum Al-Quran dan As-Sunnah dengan penyelewengan tafsir, adalah kesesatan. Berfatwa menghalalkan kredit card bank Islam misalnya, adalah kesesatan. Mengharam atau menghalal atau memakruh atau mengharus atau mensunnah sesuatu yang bukan sebenarnya dari ALLAH dan Rasul-NYA, hukumnya sesat dari ajaran.

KAFIR kepada ALLAH ialah tidak mengakui ALLAH sebagai Tuhan yang Esa. Menafikan kalimah LAA ILAAHA ILALLAH ialah kafir.

SYIRIK ialah mensekutukan ALLAH dengan berhala,haiwan,bulan, matahari,bulan,pokok,kereta, rumah, pangkat,harta,harta,Rasul/wali/raja/pemimpin/boss/malaikat/jin DLL. SYIRIK ialah KAFIR dalam sangkaan beriman.

IMAN ialah percaya dan yakin dengan ALLAH,kalimah-NYA dan Rasul-NYA. MUSLIM ialah taat perintah ALLAH & ajaran Rasul-NYA.
ISLAM ialah mengakui Muhammad Rasul ALLAH.

Pengikut yang patuh/taat Ajaran Musa dan Ajaran Isa kesemuanya MUSLIM. Oleh kerana nama 'Ahmad' difirman dalam Taurat dan Injil, maka Nabi Musa dan Nabi Isa serta pengikut setia mereka mengakui "Ahmad Rasul ALLAH" maka kesemua mereka adalah MUSLIM yang telah ISLAM.

"Orang alim" yang mempalsukan Taurat dan Injil menjadi Old/New Testament digelar Ahli Kitab Yahudi dan Ahli Kitab Nasrani. Agama mereka ialah Yahudi & Kristian. Mereka bukanlah ISLAM sebab tak mengakui Muhammad Rasul ALLAH. "Orang alim" yang menokok tambah kandungan Al-Quran digelar Ahli Kitab Islam: masih beriman tetapi disesatkan oleh syaitan dan Ahli Kitab Yahudi/Nasrani. Mereka ini bukanlah ulama', tetapi 'pendeta'...(bersambung)

Anonymous said...

Hitler bukanlah Islam, buktinya dia membunuh "YAHUDI" yang tidak berdosa (orang awam). Pembunuhan orang awam dimurkai ALLAH. Yang diperintah-NYA ialah jihad membunuh MUSUH ISLAM dalam peperangan. Orang awam bukanlah tentera berperang. Nabi mana yang ajar boleh bunuh orang awam?? Hitler ialah Ahli Kitab Yahudi, dia bukan membunuh "YAHUDI" tetapi sebaliknya dia membunuh "BANI ISRAEL" yang dihalau keluar oleh ZIONIST dari Kanaan.

Saya tafsirkan Rahsia Hati Hitler:
"I could have annihilated all the Jews, but I left some of them so the world would know why I killed them" |Adolf Hitler|

sebenarnya maksud Hitler ialah:

"I could have anhilated all the GOOD BANI ISRAEL, but I left some BAD JEWS (YAHUDI AHLI KITAB/ZIONIST) among them so that the world would suffer and know who I really am!"

Lihatlah keturunan ZIONIST yang ditinggalkan Hitler sekarang, yang mengawal Bank-bank Riba SeDunia, Media-media propaganda, Kilang-kilang Racun (Ubat??) Terbesar, Konglomerat2 kapitalis, Kilang2 senjata, Kerajaan-kerajaan politik boneka Zionist dan THH di sebalik pusat-pusat Pengajian Islam sedunia!

Anonymous said...

...dan ALLAH tidak melaknat Bani (bangsa) Israel, bangsa yang dilebihkan-NYA dari bangsa-bangsa lain dengan ramai para Rasul ALLAH dari Bani Israel. ALLAH cuma memberi peringatan kepada Bani Israel dan seluruh anak Adam mengenai kerosakan yang telah dan yang akan mereka lakukan. Yang dilaknat ialah Ahli-ahli Kitab (dari Yahudi,Nasrani dan Islam). ALLAH juga memberi peluang untuk penganut Agama Yahudi dan Nasrani kembali kepada MUSLIM. Buktinya ialah ALLAH tetapkan Hari Sabtu sebagai cuti untuk Yahudi, Ahad untuk Kristian dan Jumaat untuk Islam. Yahudi yang engkar telah disumpah menjadi beruk yang hina (rujuk Al-Quran). Masalahnya di zaman ini Orang Islam yang tak faham-faham!! Kembali kepada MUSLIM dan ISLAM ialah misi akhir zaman Nabi ALLAH Isa, Pesuruh ALLAH Al-Mahdi dan Wali ALLAH Khidhr kelak.

Orang Islam ada yang jahat, ada yang baik. Kristian ada juga yang baik, begitu juga Yahudi...ada juga yang baik. Kristian dan Yahudi yang baik ialah mereka yang tak patuhi kitab sesat Old/New Testament. Mereka ikuti ajaran lisan ibubapa turun temurun. Orang Islam yang baik ialah yang mematuhi Al-Quran dan As-Sunnah. Orang Islam yang jahat ialah yang mendurhakai Al-Quran dan As-Sunnah...termasuklah orang alim tapi jahil memfatwa hukum! Ulama' ialah golongan 'AlimbiLLAH dan 'ArifbiLLAH yang sentiasa takut hukuman ALLAH dan mereka memohon hidayah ALLAH sebelum berfatwa.

Saya doakan semoga saudara menjadi 'ArifbiLLAH di suatu hari...amin.

Yang benar,
-hamba di kalangan hamba.

Anonymous said...

Nabi Adam a.s. yang Pertama.
Nabi Ibrahim a.s. ialah keturunan Adam yang ke-20. Nabi Ishak a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang ke-21. Nabi Yaacob a.s. yang ke-22. Nabi Musa a.s. yang ke-26. Nabi Sulaiman a.s. yang ke-34. Nabi Isa a.s. yang ke-52.

Ibu Nabi s.a.w., A’amina Al-Zahriya bint Wahb ialah keturunan Adam yang ke-80. Semua para Nabi adalah seketurunan. Rujuk HR Bukhary, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

"Semua Nabi adalah seketurunan. Aku yang paling dekat dengan Isa anak Maryam di dunia dan di akhirat"

Kulit Nabi s.a.w. berwarna putih merah, seperti kulit Nabi Isa a.s., seperti kulit Nabi Musa a.s., seperti juga kulit segolongan orang Melayu. Kulit tipikal Bani Israel. Kulit orang Roman warna putih kuning. Rambut Nabi Musa a.s. warna hitam, seperti rambut Nabi Isa a.s. seperti juga rambut Nabi Muhammad s.a.w. Warna rambut tipikal Bani Israel.

Rujuk HR Bukhary, Nabi s.a.w. bersabda, "Orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup (mewarnai rambut atau janggut). Hendaklah kita (orang muslim) berbeza dari mereka (hendaklah mencelup rambut/janggut)."

Kalau hendak kenal orang alim Ahli Kitab Yahudi atau Nasrani, tengoklah rambut mereka bercelup atau tidak.

Sudahkah anda bercelup? Sunnah yang dituntut!

Jom ikut saya pergi masjid yang dibina hasil pendapatan cukai arak-judi-rasuah-pelacuran, Masjid Sultan....

SembahYang(MahaEsa)...dengar teks khutbah imam lantikan JAKIM, kalau isi khutbah melencong dari Al-Quran dan As-Sunnah, kita pekakkan telinga seperti pemuda Al-Kahfi.
AstaghfiruLLAH al 'Aliyy al Azim.

Maha Suci ALLAH!
Sucikanlah...sucikanlah...sucikanlah...Umat Adam yg masih beriman.

Car Meng said...

Saya pun dalam keadaan konfius gak ni. Tapi saya ada terdengar syarahan Maulana Imran N. Hosein berkata 80% yahudi yg ada sekarang ini ialah yahudi yg palsu. Iaitu yakjuj dan makjuj (dlm teori beliau) atau bangsa Khazar yg telah menyelinap masuk sebagai penganut agama yahudi dan sebahagiannya penganut Kristian. Lalu membentuk pakatan Kristian-Yahudi atau kata lainnya Zionist.

Mungkin, saya kata mungkin, yahudi yg dihapuskan oleh Hitler itu ialah yahudi yg asal, yahudi yg menyembah Tuhan yg satu. Maka sisa saki bakinya ialah Zionist! Mungkin tujuannya untuk memperkuatkan kedudukan yahudi palsu ini dan memudahkan pekerjaan jahat mereka.

Hanya Allah s.w.t. saja yg tahu.. Yg jahil semua datang dari saya sendiri..

seigneur de la guerre said...

ada benar juga apa yang saudara perkatakan, kerana kalau kita lihat serta kaji hakikatnya ya`juj dan ma`juj ini telah lama keluar.. Maulana Imran N. Hosein sendiri ada menyatakan perkara ini..yang pasti telah lama berlaku permulaan kepada pengakhiran dan zaman inilah yang diceritakan didalam al quran..

"Ya Allah peliharalah hati-hati kami dalam mengangkat dan memelihara syariat Mu"

aidil said...

salam

seperti saya baca dari pelbagai blog atau dari mana2 bahan bacaan menyatakan perperangan Hitler sendiri ditaja oleh AMERIKA SYARIKAT!!!...dibawah ROCKERFELLA...satu organisasi YAHUDI...adakah benar atau tidak semoga pembaca dan blogger boleh kaji

Suhana Suid said...

hmmm....

Suhana Suid said...

hmmmm......

Suhana Suid said...

hmmmmmm

Related Posts with Thumbnails