Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi. Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh...
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (Surah Al Hajj:73, Tafsir Ar Rahman)
...ilmu yang baik dan bermanfaat / lambat laun tetap akan menuntun manusia kepada kebaikan yang dibawanya / ilmu yang tidak bermanfaat dan lagha : sebijak manapun diteorikan dan diperbahaskan oleh segenap pencari ilmu tetap akan sirna dan pupus /
Yang benar akan menampakkan kebenarannya juga, dan perkara yang salah tidak akan menutup kebenaran malah akan hilang sebagai mana ia tidak pernah wujud pada asalnya.
...ilmu yang disampaikan guna mencari mulia diri dan penghargaan orang / walau macam mana berguna dan baik sekalipun akan memiliki sisi batiniah yang kosong dan hampa / tanaman itu menjadi – ‘nanti ada burung dan makhluk lain yang merasainya tapi si petani kelaparan menunggu musim tuaiannya ‘ / sebab itu kita diminta berlindung kepada Ilahi dari ilmu yang tidak bermanfaat dan ilmu yang tidak dimanfaatkan / minta berlindung dari ilmu yang direka-reka dan ilmu yang memberi mudarat /
...betapa dangkalnya akal fikir / menyatakan lebih kepada diri dengan menjulang akal yang penuh lendir dan hanyir pula baunya / kita tidak lebih hanyalah kenyataan kepada sebuah simulasi dari jagad bumi ini jua / mana lebihnya kita? / sedang diri kita itu sendiri jika diteliti penuh dengan rahsia ilmu yang masih tidak terungkap sehingga kita mati sekalipun:
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat:53, Tafsir Ar Rahman)
3 comments:
Salamun 'alaikum.
Tlg kirim salam kpd cg azhar. Tlg minta ilham darinya mengenai 3 perkara:
1) saya berkata: Nabi Muhammad tidak perlu didoakan umatnya sebab Tuhan telah tentukan Maqam Mahmuda utknya. Maqam Mahmuda ialah maqam tertinggi utk para Nabi & pesuruh.
2) doa selepas azan ("maqam Mahmuda aladhi wa..) adalah dari sabdaan Nabi. Bukan doa utk dirinya tetapi doa khusus dari Nabi dan seluruh umat utk "Muhammad-Muhammad" yg membawa kalimah LA ILAHA ILAALLAH, wa ana (dan aku) Muhammadan 'abduHU wa rasuluh (pengikut yang terpuji, hamba dan pesuruh Nya).
3) tlg tanya cg boleh tak saya doakan tahiyyat rangkap rangkap akhir "ALLAH HUma...'ala Sa'iddi ana Muhammad wa 'ala 'Ali Sa'iddi ana Muhammad".....kama barakh ta 'ala Sa'iddi ana Ibrahim wa 'ala 'Ali Sa'iddi ana Ibrahim..." untuk diri saya sendiri?
Nabi Ibrahim & Nabi Muhammad dan semua nabi lain pun sudah confirm sampai Maqam Mahmuda. Mungkin tuan atau cg Azhar sudah tahu caranya memohon Maqam tsbt dr ALLAH.
ALLAHU 'alam
wa`alaikummusalam warahmatullah
cikgu membalas dan mengirimkan salam kembali kepada saudara Zaidi.
Berikut jawapan yang telah cikgu kemukakan untuk persoalan yang saudara ajukan:
maqam tertinggi dalam agama tidak lain dari makam KEHAMBAAN / inilah asbab manusia dan jin dijadikan / tiada lain lagi .... makam kehambaan menetapkan perintah TAAT kepada seorang hamba / dalam sejarah syariat nabi2 terdahulu - bentuk syariatnya berbeza-beza / soal solat dan puasa ada perbezaan antara syariat nabi2 tersebut/ ini bermakna bukan soal hukum dan kanun solat dan puasa itu yang Allah ingin lihat kita perdebatkan / bukan jua soal siapa lebih banyak buat dan siapa paling kurang/ Allah SWT mahu lihat perintahNya ini disertai dengan TAAT oleh manusia : itu aje....kerana perintah TAAT ini jelas dalam ruanglingkup HAMBA / TAAT MUHADDAS KEPADA KHADIM /
selamanya kita duduk dalam makam hamba selamanya itu akan mendapat ibu kepada segala kebaikan / apa itu ibu kepada segala kebaikan / ia tidak lain adalah REDHA DAN RAHMAT ALLAH SWT - inilah sebenarnya pencarian kita inilah sebenarnya pengharapan kita / syurga dicipta bukan untuk jadi ukuran kepada pahala yang diperbuat hamba / kerna sesungguhnya ukuran syurga tidak sebanding pahala yg sekelumit yg manusia perbuatkan / jangan sesekali menukar pahala dgn balasan Ilahi di akhirat kerna ia tidak sebanding sama sekali / kita perbuat dan meminta perbuatan kita dipacu oleh perintah dan tunjuk ajar Ilahi - tidak aku mengenalMu ya Allah melainkan dengan rahim dan rahmatMu / aku mengenalMu dari Mu,denganMu dan kernaMu / aku tiada apa2 kekuatan dan kegagahan
sekian moga bermanfaat
'alaikum salam & rahmat Allah serta barakahNya.
Terima kasih atas huraian tuan & cg tuan yg jelas. Semoga kita sentiasa ingať bhw kita semua berada di maqam hamba yg paling rendah di sisi Tuhan. Ibadah, hidup & mati hanya kerana Tuhan. Semoga tuan & cg & keluarga diberi haa dal ya. Berterusan.
-Hamba kepada hamba2 Nya.
Post a Comment