Kebenaran Islam - Pengaruh Israiliyyat Terhadap Aqidah Umat Islam bahagian. 4

Terdapat sebahagian daripada kisah-kisah Israiliyyat yang boleh menyebabkan kekeliruan dan mengganggu kemurnian ajaran Islam. Antara kisah-kisah tersebut ialah yang berbentuk dongeng dan khurafat, yang bersalahan dengan akal dan syarak. Kisah-kisah ini boleh mengakibatkan kesan berikut;

1. Dalam Israiliyyat terdapat unsur penafian terhadap sifat maksum para anbiya’ dan mursalin dan menggambarkan mereka menolak kelazatan dan kenikmatan pemberian Tuhan kepada kekejian dan keaiban yang tidak layak bagi manusia biasa, sebagai anugerah Tuhan kerana dilantik menjadi nabi. Sebagai contoh apa yang digambarkan oleh kisah Israiliyyat tersebut terhadap apa yang menimpa Nabi Allah Ayub a.s.

2. Israiliyyat hampir-hampir menghilangkan kepercayaan umat Islam terhadap sebahagian ulama salaf dari kalangan sahabat dan Tabi’in. Bukan sedikit dongeng Israiliyyat yang disandarkan riwayatnya kepada segolongan daripada salafus salih yang terkenal dengan kepercayaan orang dan keadilannya. Mereka juga terkenal di kalangan orang-orang Islam dengan tafsir dan Hadith. Antara yang ditohmah ialah Abu Hurairah, Abdullah bin Salam, Ka’ab al-Ahbar dan Wahab bin Munabih.


3. Israiliyyat juga hampir-hampir memalingkan manusia dari tujuan asal penurunan al-Quran dan melalaikan mereka daripada meneliti dan memahami maksud ayat-ayat al-Quran, lalai daripada mengambil manfaat dan iktibar, serta nasihat-nasihat yang terkandung di dalamnya atau membahaskan tentang hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Memalingkan mereka kepada perkara sia-sia yang tiada kebaikan padanya. Contohnya membahaskan warna anjing Ashabul Kahfi dan namanya, tentang tongkat Nabi Musa a.s., daripada pokok apakah ianya dibuat, tentang nama budak kecil yang dibunuh oleh Khidir dan sebagainya.

Inilah antara kesan terhadap aqidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam hasil daripada riwayat Israiliyyat. Kaum Yahudi berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merosakkan aqidah umat Islam dan melemahkan kepercayaan mereka terhadap pegangan suci mereka terhadap al-Quran dan al- Sunnah. Mereka juga berusaha untuk menggoncang kepercayaan umat Islam terhadap Salafussoleh yang telah berperanan untuk memikul risalah umat Islam dan menyebarkannya ke setiap penjuru Timur dan Barat. Oleh itu, umat Islam seharusnya memberi perhatian dan mengambil berat terhadap penyerapan Israiliyyat dalam tafsir-tafsir dan menghapuskannya.
|al-Dhahabi 1990: 29-34|

4 comments:

Anonymous said...

[Tuan Rumah] Salam.

Saya baca beberapa kitab tafsir, semuanya ada unsur Israiliyyat. Saya baca 3 kitab terjemahan, pun sama juga. Dalam HR Bukhary & Muslim pun ada beberapa riwayat yang disangka Hadith, sebaliknya Fitnah Israiliyat yg merosakkan akidah. Saya senaraikan 3:

1. Kisah Harut & Marut berbuat dosa.
2. Dua Malaikat Berbalah (Rahmat & Azab) pasal taubat seorang pembunuh.
3. Kisah Penciptaan Adam (malaikat dimarahi bumi)
4. Nabi ada 124,000 orang.
5. Jibril ada 700 sayap.

Syeikh-syeikh di Al-Azhar pun ada yang beragama yahudi. Anak-anak muridnya entah berapa ribu orang yg dah jadi imam/ustaz. Keluar fatwa pun tanpa akal dan ilmu. Kafir mengkafir bermain di mulut. Apa nak jadi...ALLAH lebih tahu.

MAHASUCI ALLAH! AL-MALIKULQUDDUS, AL-MALIKULHAQQ!
Sucikanlah...sucikanlah...sucikanlah...umat Muhammad.

seigneur de la guerre said...

terima kasih kerana berkongsi..moga hidayahNya mendahului murkaNya

syubrawi said...

Assalamualikum wth...
Saudara Zaidi Ali...saya berpendapat tuduhan saudara bahawa "Syeikh-syeikh di Al-Azhar pun ada yang beragama yahudi" adalah satu fitnah yang sangat berat...
Sekiranya saudara ada bukti terhadap tuduhan ini sila kemukakan........
Maaf sekiranya terkasar bahasa...

Anonymous said...

Salamun 'alaik.

Sdr Shubrawi pergi sendiri masuk dlm rumah syeikh2 tsbt, buka laci meja tulis mereka dan lihat sendiri ada jumpa Kitab Kecik mereka. Atau emailkan gambar2 mereka kpd zaidi.ali@hotmail.com. Insya Allah, saya amat kenal muka yahudi bertopeng Islam. Atau tanya mereka satu soalan makrifat,

"Kenapa perlu Tawaf Haji keliling Kaabah?"
Jika dijawabnya "mengelilingi ALLAH Tuan Punya BaituLLAH" maka bukanlah dia yahudi.

Jika lain dari atas atau "tidak tahu", maknanya samada dia yahudi atau belajar dari Guru yahudi.

Atau suruh dia baca: Wa 'Ilahukum 'Ilahun Wāĥidun Lā 'Ilāha 'Illā Huwa Ar-Raĥmānu Ar-Raĥīmu , 3X dan dengar betul2 dia sebut 'Ilahun atau Ellohimn.


Semoga berjaya & Wake Up.

Related Posts with Thumbnails