Berikut buku conteng saya untuk dikongsikan kepada yang lain di awal kajian saya berkenaan dengan pertubuhan rahsia dan konspirasi di dalam kehidupan harian kita.
Saya melihat pada lambang swastika dan makna disebalik lambang tersebut, jika kita perasan lambang ini turut digunakan di dalam agama hindu, Secara metaforanya saya mengambil contoh seperti chemstrail dan bagaimana mereka bekerja serta kelihatan, Apa yang kita ketahui Chemstrail ini boleh mendatangkan penyakit barah tetapi ia tetap digunakan dan kita semua tidak berapa mengendahkan kewujudan ia. Begitulah kehidupan
“mereka” walaupun sebenarnya perlakuan mereka merupakan perkara yang merosakan tetapi di mata masyarakat umum ia bukan suatu yang membimbangkan, mereka berjaya melakukan sedemikian rupa kerana mereka menggunakan pelbagai elemen antaranya menggunakan penyampaian mesej di bawah sedar dengan menggunakan permainan hiburan dan tayangan gambar.
Saya juga cuba mengkaji hasil kerja Jordan Maxwell, dan saya menjumpai maksud sebenar logo seperti Sheel, Exxon, Chevron dan banyak lagi simbol yang tersembunyi seperti kotak berkembar freemanson, Saya juga memerhatikan kehidupan dibawah ideologi nasionalis yang radikal dan dan campur tangan politik, Di lakaran itu juga saya mempamerkan pemerhatian terhadap keluarga Rothchild dan makna disebalik pendominasian ekonomi yang dilakukan serta impaknya pada kita selama ini..
"People will always, financially, and in any other way, people will always support what they want to hear" |Jordan Maxwell|Saya juga membuat lakaran bagi menerangkan dokumen flash saya yang agak menghiburkan, saya dapat merasakan seolah-olah diri saya adalah orang lain yang telah mengambil alih komputer dan menulis kembali taklimat dokumen flash saya secara rahsia dan penuh korupsi, saya juga melihat dan merujuk kepada beberapa laman sesawang yang lain seperti:
francoischer.ch
alisonz.com
aliceinchains.comSaya cuba menerangkan dengan menggunakan cara seperti yang dilakukan di dalam dokuman F.B.I/C.I.A , saya juga cuba mencari idea bagaimana untuk menyampaikan kajian saya kepada masyarakat umum, saya melihat buku carian saya dan akhirnya saya menemukan cara dengan menggunakan logo, seperti yang di lakukan oleh “mereka”, seperti logo Mason untuk menutupi sesuatu agenda dan contoh corak klasik Louis Vuitton yang mana di dalamnya terdapat kesemua perkara yang ingin saya gunakan untuk disampaikan seperti NWO tanpa dicetak di akhbar.
Cotengan seterusnya dengan memperlihatkan simbol-simbol mason dan bagaimana mereka gunakan ia di dalam kehidupan sehari-hari dan di dalam penguasaan perniagaan di serata dunia dengan menggantikan suatu perkara yang lain kepada perkara yang lain tetapi membawa maksud yang serupa. Sebagai contoh di dalam bahasa Hebrew “V” mewakili nombor 6 dan Syarikat Volkswagen menggunakan double V (VV) yang dengan maksud lain adalah W, tetapi dua V yang digabungkan boleh di jadikan tiga V yang denga lain membawa maksud 666!
Melihat kehidupan sehari-hari mengenai simbol dan logo yang tersembunyi, ini juga melambangkan gambaran Masonic. Seperti biasa beberapa buah video animasi menerangkan mengenai perkara ini.
Saya juga mengkaji pergerakan sulit freemason dan juga rahsia di sebalik cara ahli mereka berjabat tangan, saya memperlihatkan ilustrasi “entered apprentice” seperti “the pass grip and the master mason grip”, “strong grip”, “lions paw”. Bagi menguatkan lagi bukti dan pernyataan saya, cuba anda perhatikan bagaimana “the elite” bersalaman, atau penyanyi rap seperti Jay-Z dan Kanye West, Pada mulanya ada suatu perkara yang membuatkan saya hairan apabila mereka mengelarkan cara mereka bersalaman dengan gelaran “diamond” setelah diperamati barulah saya ketahui ianya adalah simbolik kepada bentuk pyramid (all seeing eye).
Melihat logo dan simbol pada duit kertas amerika dan perkara yang tersembunyi serta maknanya, Malah pembinaan jalan raya di Washington juga mempunyai maksud yang tersembunyi. The checkered floor dan pertubuhan rahsia Skull and Bones.
"We shall have a world government, whether or not we like it. The question is only whether world government will be achieved by consent or by conquest." |James P Warburg|Jadi di sini bermulanya kajian saya di dalam mencari dan melihat pertubuhan rahsia illuminati serta yang lain, bagaimana mereka bekerja serta siapakah mereka, Saya juga melakarkan beberapa idea animasi yang umum bagi permulaan kajian kepada Orde Dunia Baru dan the elite.
11 comments:
salam saudara penulis.
sekadar ingin bertanya. di gambar pertama, ada contengan tulisan 'obey'.
apakah maksud nya?
adakah ia juga ada kena mengena dengan konspirasi freemason?
terdapat satu jenama pakaian 'OBEY' yang semakin digilai oleh remaja skrg. termasuk saya.
wa`alaikummusalam tuan amir
"OBEY" membawa pelbagai maksud antaranya: 'menurut perintah', 'mematuhi arahan'.
contengan saya pada buku scrap saya bermaksud, mereka cuba melaksanakan misi untuk kita mematuhi arahan mereka |Obey Their Order|.
Berkenaaan dengan jenama pakaian obey tu..saya pun kurang pasti maybe ia suatu kebetulan atau memang juga di dalam rencana mereka. Apa pun kita jangan terlalu obses kepada sesuatu perkara tetapi rujuklah kepada rujukan yang tertinggi iaitu al quran dan as sunnah..(=
sekian
terima kasih.
lagi satu soalan saya. ini mungkin tiada kena mengena dengan tajuk perbincangan ini.
saudara menggunakan nama 'seigneur de la guerre'.. apakah maksudnya?
to amir ariff, 'seigneur de la guerre' adalah dalam bahasa French yang membawa maksud 'laksamana' dalam bahasa melayu. hint: google translate - gila haih
salam saudara.
saya ingin bertanyakan pendapat saudara mengenai syarikat rakaman lagu nasyid yg amat popular di corong radio & tv masakini.awakening records.
saya spt terasa "ada sesuatu" apabila melihat kpd simbol dlm logo, kemudian kpd video klip dan sesetengah bait lagu.
wassallam
asalamualaikum...
macam mana saudara memperolehi semua maklumat2 nie..sgt mengkagumkan sketch book saudara...
Wa`alaikummusalam...
Kebanyakan maklumat di perolehi dengan ilham dari Allah melalui hasil perbincangan dan kajian
Saya sekadar penyampai, buat tatapan kita semua..sekian
assalammualaikum, terima kasih kerana telah sampai kan maklumat-malumat ini di dalam Google, keran saya pun sedang mengkaji maksud tersebut terima kasih banyak2 wahai saudara
assalammualaikum, terima kasih kerana telah sampai kan maklumat-malumat ini di dalam Google, keran saya pun sedang mengkaji maksud tersebut terima kasih banyak2 wahai saudara
Post a Comment