Konspirasi Dunia - Mari Berfikir

Rentetan dari artikel saya yang lalu mengenai CEO Muka Buku(facebook) iaitu Mark Zukerberg. Saya teringat pada topik perbincangan saya bersama-sama teman semasa bekerja di bidang IT mengenai ledakan Facebook beberapa bulan yang lalu. Perbincangan kami menjadi semakin serius dan topiknya menjadi semakin detail, antara topic yang kami perkaitkan mengenai database Facebook mungkin adalah salah satu cara kerajaan Amerika mengutip informasi kerana Facebook sangat lengkap. Seolah-olah seperti kita mengisi borang membuat My Kad di Jabatan Pendaftaran Negara.

|Disebalik Tabir Perancangan Mereka|


|Mereka Menyimpan Semua Maklumat Kita|

Mungkin bagi segelintir individu yang tidak berkepentingan ia tidak mendatangkan apa-apa masalah, Tetapi bagi yang memiliki kedudukan seperti Perdana Menteri, Ahli Sains atau manusia-manusia yang berkepentingan dan boleh mendatangkan ancaman ia adalah satu peluang yang terbaik dalam mengumpul data dan mengkaji kelemahan-kelemahan individu tersebut. Mereka memberi data peribadi tanpa sedar mungkin sekadar menganggap ia jaringan sosial. Jika kita sedar pengisian “borang” pada laman sosial berkenaan tersusun, bermula dari tarikh lahir, alamat. Poskod, tempat kerja dan bermacam-macam lagi dan yang paling utama adalah cabang keluarga dan rakan yang terhampir.

Mengapa saya berani menyatakan sedemikian rupa? Jika kita sedar sehingga ke saat ini mereka tidak menyediakan cara untuk menghapuskan akaun bagi individu-individu yang ingin menutup akaun pada lama sosial ini. Mengapa? Ia suatu perkara yang tidak mereka jelaskan sehingga kini walaupun didalam ruangan term and condition laman sosial itu.

Setelah dipersetujui kami mengambil langkah inisiatif dengan menyebarkan kepada umum mengenai hasil perbincangan secara terang-terangan atau secara tertutup, mungkin selepas itu pembaca atau sesiapa yang terbaca artikel yang telah disebarkan dengan pantas mereka akan terus merubah segala informasinya di dalam akaun facebook, sayang sekali, ia di tukarkan, mereka pasti telah menyedia mekanisma untuk mencatatkan sejarah dari salinan asal kepada setiap perubahan yang berlaku kepada akaun individu, ianya dapat diketahui oleh mereka dan disimpan secara kekal kedalam database mereka untuk rujukan akan datang jika perlu.

Anda tidak yakin dengan pernyataan saya? Cuba anda imbas kembali awal tahun lalu seorang warganegara Malaysia yang memiliki akaun laman sosial facebook ini ditahan oleh PDRM bagi membantu siasatan berkenaan kenyataannya yang membakar gereja, Jika kita lihat mudah sekali dia dikesan dan diberkas.

“ke nak aku baling bom petrol di sana plak?…harga boleh runding…”


Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, jam 10 pagi 10 Januari lalu.

Perbincangan ini tidak habis disini sahaja tetapi kami ajukan kepada yang lebih arif, menurut pakar itu, ledakan ini berlaku apabila ramai individu yang berangapan jika kita tidak mendaftar serta memiliki akaun di laman sosial ini, maka kita adalah golongan yang ketinggalan zaman, saya akan mengulas mengenai FACEBOOK ini dari sudut konspirasi.

Jika kita pernah dengar mengenai term bagi keselamatan ini JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN INFORMASI SEBENAR MENGENAI DIRI ANDA DI ALAM MAYA, disini saya bermaksud bukan untuk melakukan permbohongan tetapi sekadar meletakan maklumat asas. Cukuplah sekadar nama dan umur. Begitu juga apabila mendaftar talian telefon. Mereka tidak akan tahu keaslian data tersebut. Sekali lagi saya bukan mengalakan pembohongan tetapi berbicara mengenai keselamatan individu di alam maya.

Perisikan adalah sebuah pekerjaan bagi mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin, agar dapat digunakan sesuai dengan kepentingan pengunanya, saya juga yakin jika Facebook atau tjaringan laman sosial seperti Friendster, Multiply, Blogspot tidak terlepas juga Mel Eletronik dan banyak lagi. Ia merupakan cara dan idea dari golongan elit dalam menjayakan konpirasi sang mata satu iaitu (The luciferian Conspiration) mereka terlibat dalam mengendalikan laman sosial ini dalam mengumpulkan data-data peribadi dengan lebih mudah dan cepat.

|Dan Brown|

Ada baiknya jika kita berpeluang untuk membaca buku yang bertajuk “The Digital Fortress”, walaupun buku ini kelihatan seperti fiksyen sains, tetapi itulah hakikatnya di masa ini. Sebuah lagi buku yang saya syorkan, bertajuk “The Complex: Bagaimana Tentera Amerika Menyerbu Kehidupan Kita sehari-hari” karya Dr. Nick Turse ataupun jika anda seorang yang malas untuk membaca anda dicadangkan untuk menonton sebuah filem arahan Richard Doner yang bertajuk “The Conspiracy Theory” di mana filem ini mengisahkan Seorang lelaki yang bernama Jerry Fletcher yang jatuh cinta dengan seorang wanita dan hanya mengamatinya dari jauh. Wanita ini berkerja dengan kerajaan. Fletcher pula adalah seorang pengkritik keras kerajaan. Dari teori konspirasi kepada kewujudan makhluk asing sehingga kepada pembunuhan politik, dengan mudah semua teori-teorinya dapat dirungkaikan dengan benar dan tepat oleh beliau. Ini menyebabkan beberapa orang penting di dalam kerajaan ingin dia dibunuh dan dihapuskan begitu juga wanita yang dia cintai turut mengiginkan perkara yang sama terjadi.

|Conspiracy Theory - 1997|

Para pejuang di serata dunia atau aktivis kemanusiaan yang menyedari mengenai hal tersebut dan sedang berperang melawan The New World Order, seeloknya dinasihatkan tidak memiliki Kad Kredit, Debit Kad atau apa-apa pun atas namanya, tidak mengisi ruangan di dalam jaringan sosial di internet dengan informasi yang sebenar, serta menjauhi alat-alat komunikasi yang bersifat kekal seperti nombor telefon dan sebagainya. Dengan kata lain Being Like A Ghost, “Datangnya tidak diketahui dan perginya tidak dicari”

Jika semua itu tidak dapat di lakukan maka para pejuang harus berusaha mengantikan nombor telefon dan bertukar-tukar talian (mungkin bulan ini Celcom bulan depan Maxis bulan lusa Digi) lebih selamat jika digantikan sekali dengan telefon-telefonya dalam waktu yang tidak dirancang agar polarnya sukar dibaca. Jika memiliki jaringan sosial(pastikan informasi yang diisi tidak lengkap) Dicadangkan juga agar kita memasukinya laman sosial itu bukan dari tempat yang sama kerana IP address yang terpamer akan mudah dijejaki, selalulah bertukar-tukar alamat mel eletronik dan sebagainya dalam proses melindungi identity dan keselamatan para pejuang.

Sahabat baik saya pernah menghadiri sebuah pertemuan para risikan, lokasi terpaksa dirahsiakan, tetapi situasinya diceritakan seperti berikut, mereka bertemu di bahagian belakang bangunan utama yang berhampiran dengan kolam renang, sepanjang pertemuan diadakan Televisyen berskala besar di hidupkan walaupun tidak ditonton kerana ia akan menghasilkan bunyi yang bising, semua pancuran air kolam renang dan juga air terjun dibiarkan terpasang, semua telefon cellular dan PDA atau pun Smart Phone dimatikan (bahkan kad sim dan bateri turut di cabut). Semua ini dikatakan sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap pencorobohan maklumat oleh pihak luar. Padahal ruangan tersebut sangat tersembunyi dan kedap suara.

Saya mengeluarkan artikel ini bukan bertujuan dijadikan sebagai fatwa bagi mengharamkan pengunaan Jaringan Sosial, sekadar memberi peringatan dan sedikit panduan tatacara berinteraksi di alam maya agar keselamatan kita terjamin terutama sekali kepada para pejuang sekalian. Kerana itu, kita harus benar-benar fikirkan akan diri kita dan bertanya apakah kita memang benar-benar memerlukan jaringan sosial atau tidak. Kalau sekadar mengikut trend, saya nasihatkan kurangkan kerana risikonya terlalu besar. Dunia yang kita tinggal dan hidup di dalamnya, bukanlah dunia yang memiliki satu warna. Terdapat dunia lain di sekitar kita yang mungkin tidak pernah kita ketahui. Wallahu'alam bishawab.

|Should Us?, Make a good decision for a better life|

10 comments:

hijabul crewz said...

salam saudaraku...

sememangnya...saya juga berpandangan seperti saudara...pabila saya daftar facebook nie, seolah-olah saya sedang mengisi borang yang amat penting...

pelik jugak...mngkin teori saudara betul...

saya mengakui, saya juga mempunyai akaun fb namun saya tidak menulis maklumat2 penting di sana...kerana bimbang jugak...

wallahualam...

seigneur de la guerre said...

wa`alaikummusalam warahmatullah saudaraku (=

Setuju kerana facebook ini terlalu ramah dan percuma buat saya banyak berfikir..lagipun lebih banyak keburukannya dari kebaikan di laman sosial ini

rindu_jihad said...

salam..
terima kasih untuk entry ni..
ter
uskan pjuangan saudara..

falinasd said...

assalamualaikum saudara

saya bercakap hal lain ni..pasal pic yg saudara letak di sebelah kanan. ada satu pic seorg lelaki berdiri seolah2 mcm bsembahyang, latar belakangnya padang rumput dan kereta kenal (macam la)..SOALAN SAYA...itu sembahyang yahudi kan? maaf kalau saya silap. saya tengok pd tangan, kepala dan kain yg dia pakai.

seigneur de la guerre said...

wa`alaikummusalam saudaraiku falina thanks 4 u`r concern.. saya pun hampir tidak perasan akan perkara tersebut..

ensyaAllah di masa akan datang saya akan pastikan crew saya meletakan gambar sebenar di tempat yang sebenar (=

Anonymous said...

SALAM CREW.
YA ITULAH YAHUDI.
Oleh sebab saya qiyam dalam sembahyang dengan tangan diletak dada, bukan di perut. Cuba check hadis original tulisan Arab. Nabi letak tangan di dada. Nabi Ibrahim serta semua Nabi-nabi anak anak Ibrahim qiyam dengan tangan didada. Cuba baca Surah2 berkenaan mukjizat Nabi Musa utk menghilangkan rasa takut Nabi Musa, TUHAN suruh letakkan 2 tangan di dada. Begitu cara qiyamnya Al Mahdi, Bani Taamim dan Sahabat Al Kahfi. Apabila 2 tangan dilekap ke dada, secara fitrah mata akan merenung ke dua ibu jari kaki. Ini menerbitkan perasaan takut kepada TUHAN. Apabila takut kepada TUHAN, maka tidak takut kepada sesuatu apa pun yg lain. Ini adalah klu dari saya untuk mengenali Bani Taamim, pemuda pemudi Al Kahfi dan Imam mereka Al Mahdi. Bukan lagi rahsia krn Ahli Kitab Yahudi sudah. Masalahnya majoriti Umat Muhammad tak tahu!

Masalahnya tiada seorang pun yg sdr pernah lihat meletakkan 2 tangan di dada di masjid2. Mcm mana hendak jumpa? Mereka semua tidak pergi masjid. Sembahyang dalam gelap atau sembunyi2.

Ahli Kitab Yahudi Isfahan boleh membaca Hadis, mereka juga faham sikit Al Quran. Mereka tak boleh tukar tulisan original dalam bahasa Arab. Jadi mereka tukar serba sedikit terjemahannya (language control) tetapi sangat sukar krn bahasa2 kaum seluruh dunia terlalu banyak. Paling mudah dan paling bahaya ialah mereka tukar PEMAHAMANNYA secara menyeluruh (global mind control) melalui kelas2 pembelajaran sehinggakan imam2 besar seluruh dunia pun berguru dengan AHLUL KITAB YAHUDI ISFAHAN. AHLUL KITAB ialah PANDAI KITAB. YAHUDI ISFAHAN ialah gelaran dari Nabi untuk orang2 SYIAH yg sewaktu sewaktu itu hanya ISLAM PADA ZAHIR tetapi batiniahnya YAHUDI. Bukti kejayaan konspirasi ialah Lihatlah cara saudara2 ku Qiyam sama sebijik spt Askar ZIONIS Yahooodi.Cuba kira berapa kali perkataan AHLI KITAB dan YAHOOODI muncul firmanNYA dlm Al Quran.

seigneur de la guerre said...

wa`alaikummusalam tuan zaidi..terima kasih dengan perkongsian tuan.

alhamdulillah hari demi hari semakin banyak hijab yang terbuka, semakin banyak konspirasi terungkai dengan izinNya..

Moga Allah terus memberi kekuatan kepada tuan dan kita semua dalam persiapan menentang mereka..ensyaAllah (=

penerus_langkah said...

salam,
selain facebook...
blogspot termasuk jugak ker???

seigneur de la guerre said...

wa`alaikummusalam tuan penerus langkah..sudah semestinya kebanyakan jaringan sosial ini milik mereka.. (=

Apa pun ia terletak pada diri kita..menggunakan ia kearah kebaikan atau kearah yang berlawanan..

Cuma jangan terlalu jujur meletakan kesemua kebenaran identiti kita di dalamnya untuk keselamatan (=

Anonymous said...

Salam.

Yang paling bahaya ialah Yahoo! dan YahooMail.

No.2 bahaya ialah FaceBook.

Yang paling selamat ialah Google. Google adalah "senjata makan tuan" bagi mereka yahudi isfahan. Sebabnya teknologi google sudah lapuk (Google paling lama) dan tak boleh diupgradekan. Tetapi maklumatnya superb!

Related Posts with Thumbnails