

Dunia yang kita tinggal dan hidup di dalamnya, bukanlah dunia yang memiliki satu warna. Terdapat dunia lain di sekitar kita yang mungkin tidak pernah kita ketahui.

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”
|Al-Baqarah: 250|
Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.
|An-Nisa: 84|
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
|At-Taubah: 111|
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
|Ali-Imran: 160|
Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.
|Al-Baqarah: 171|
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
|Al Hajj: 78|
Orang Yang Arif Itu Berani, Bagaimana Ia Tidak Berani, Kerana Cintanya Akan Kebenaran Telah Menyebabkan Diri Tidak Takut Mati
|Ibnu Sina|

"maka orang-orang kecil seperti kita tidak punyai akal sehebat ini / kita hanya ada sekeping hati dan secuit ilmu dari belantara rasa takut dan harap / cuma itu adanya kita biarlah mereka dengan akal wujudlah mereka itu - sementara kita orang-orang kecil ini berteleku dalam takut dan harap kepada rahmatNya, itu sahaja KANZUN MAKHFIYYAN yang kita punyai."
"Ya Allah, Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
Ku mencari Amerika


”Sesungguhnya bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan kesemenaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang lelaki yang berasal dari keturunanku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku(Muhammad Ibn Abdullah). Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu dengan kezaliman dan kesemena-menaan (penindasan). Diwaktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman. Maka kamu akan hidup bersamanya selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” |hadis ini adalah sahih riwayat dr Tibrani, Bazzar dan Abu Naim. Imam As Sayuti telah menunjukkan akan kesahihannya di dalam Al Jami’. Disahihkan oleh Al Albani dlm As Silsilah As Sahihah , no: 1529|
”Al Mahdi berasal dari keturunanku ahli bait yang akan diislahkan oleh Allah SWT dalam satu malam” |hadis ini hadis sahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah di dalam sunannya dari sayyidina Ali RA. Ia disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komennya di dalam Musnad Ahmad. Ia juga disahihkan oleh Al Albani di dalam As sahihah – no 2371|Terdapat DUA tafsiran mengenai iSLAH
”Al Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah” |Hadis Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim dari Ummu Salamah. Imam Sayuti menunjukkan kesahihannya di dalam Al Jami’|Kemunculan Imam Mahdi bukanlah berasal dari usahanya,(Muhammad Bin Abdullah) dan bukan juga atas permintaannya. Bahkan beliau sendiri sama sekali tidak tahu bahawa Allah SWT akan mengislahkannya dalam masa satu malam dan bahawa Allah s.w.t akan mempersiapkan baginya satu kaum yang jumlahnya sedikit dan tidak mempunyai persiapan dan kekuatan, kemudian mereka akan membai`ahkan beliau di Kaabah, sedangkan beliau(Imam Mahdi) Tidak menyukai bai`ah itu.
” Bahawa akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya |Diriwayatkan oleh Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad, dan oleh Muslim dalam Sahih Muslim dari hadis Jabir bin abdullah dan Abu Said Al Khudri|
Apakah perang Armageddon?
1. Perkataan Armageddon berasal dari bahasa Ibrani dan terdiri dari dua suku patah perkataan: “Ar” – gunung atau bukit.” sampaikanlah ajaran-ajaranku walaupun itu hanya satu ayat , dan berbicaralah dr ajaran bani Israil (Yahudi) dan aku tiada halangan ”|sahih al Bukhari bab 6 Ms. 3461 dari Abdullah Ibnu Umar RA. |6. Tetapi haruslah dengan bersyarat, dimana kita tidak dibenarkan mengambil ia secara membuta tuli tetapi haruslah merujuk kepada yang haq iaitu, Al Quran nul Qarim.
“apabila ada ahli kitab yang berbicara (mengenai agama) maka janganlah kamu membenarkan dan jangan pula kamu mendustakan ia”|Sahih Bukhari diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a|7. Hadith diatas menerangkan bahawa, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan agar kita menyelidiki apa sahaja berita atau cerita yang disampaikan oleh para ahli kitab dan jangan mempercayainya tanpa menyelidiki hakikat kebenarannya serta kita juga tidak boleh menolak berita atau cerita mereka tanpa usul periksa.
1. Di dalam kitab Wahyu (revealation – 16:16) ” dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekelian tentera dunia disebuah tempat bernama Armageddon |Injil: Ms. 388 – terbitan darul Thaqafah, Mesir|
Terdapat ramai di kalangan org Islam sendiri yang masih tidak mengetahui mengenai apa itu Perang Armageddon – bahkan ada yang mengatakan perkataan itu hanya berada di dalam lakaran sejarah filem Hollywood lakonan Bruce Willis dan Ben Affleck. Tetapi secara realitinya Hollywood yang didokong oleh tentera dajjal Laknatullah sememangnya ingin memesongkan fakta mengenai Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka sendiri telah sedia mengkaji mengenai peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.Hadith Nabi Muhammad s.a.w, yang membicarakan mengenai peperangan ini:”kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang yang banyak, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki Rom. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut, kemudian tentera Rom mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera, dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera” |Hadith sahih riwayat Imam Ahmad,Imam Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar RA.Disahihkan oleh Tafsir Al Albani dalam mentahkik hadis misyqat, Ms. 5424 dan kitab sahih al Jami’ dan ia mempunyai berapa riwayat.|Hadith di atas dengan jelas menerangkan bahawa di sana terdapat dua buah peperangan yang bakal terjadi:
Makanya, perang Armageddon adalah peristiwa pertama yang kita nantikan sebagai permulaan dari huru hara di akhir zaman, sebagaimana yang akan diterangkan di dalam artikel yang seterusnya iaitu Imam Mahdi al Muntazar. Perang tersebut juga adalah perang penghancuran dan nuklear yang akan memusnahkan sebahagian besar senjata stategik, yang tinggal selepas itu hanyalah senjata tradisional berupa panah, pedang dan kuda yang akan diguna pakai di dalam peperangan selepas Armageddon(khasnya oleh tentera Al Mahdi nanti).
Pemimpin yang bercirikan kepimpinan Islam merupakan pemimpin yang bakal merubah dan melakar satu inisiatif yang jitu ke arah melahirkan masyarakat yang berwibawa yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kewajipan melantik pemimpin yang sedemikian adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah, ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah yang mentadbir urusan kehidupan yang berlandaskan petunjuk yang sebenar dan hakiki."Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman, dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi; dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya;..dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnaya – menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-sekali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustada’fin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang-orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."Beginilah sahsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini. Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah diatas bumi ini.
Saya melihat pada lambang swastika dan makna disebalik lambang tersebut, jika kita perasan lambang ini turut digunakan di dalam agama hindu, Secara metaforanya saya mengambil contoh seperti chemstrail dan bagaimana mereka bekerja serta kelihatan, Apa yang kita ketahui Chemstrail ini boleh mendatangkan penyakit barah tetapi ia tetap digunakan dan kita semua tidak berapa mengendahkan kewujudan ia. Begitulah kehidupan “mereka” walaupun sebenarnya perlakuan mereka merupakan perkara yang merosakan tetapi di mata masyarakat umum ia bukan suatu yang membimbangkan, mereka berjaya melakukan sedemikian rupa kerana mereka menggunakan pelbagai elemen antaranya menggunakan penyampaian mesej di bawah sedar dengan menggunakan permainan hiburan dan tayangan gambar.
Saya juga cuba mengkaji hasil kerja Jordan Maxwell, dan saya menjumpai maksud sebenar logo seperti Sheel, Exxon, Chevron dan banyak lagi simbol yang tersembunyi seperti kotak berkembar freemanson, Saya juga memerhatikan kehidupan dibawah ideologi nasionalis yang radikal dan dan campur tangan politik, Di lakaran itu juga saya mempamerkan pemerhatian terhadap keluarga Rothchild dan makna disebalik pendominasian ekonomi yang dilakukan serta impaknya pada kita selama ini..
Saya juga membuat lakaran bagi menerangkan dokumen flash saya yang agak menghiburkan, saya dapat merasakan seolah-olah diri saya adalah orang lain yang telah mengambil alih komputer dan menulis kembali taklimat dokumen flash saya secara rahsia dan penuh korupsi, saya juga melihat dan merujuk kepada beberapa laman sesawang yang lain seperti:
Saya cuba menerangkan dengan menggunakan cara seperti yang dilakukan di dalam dokuman F.B.I/C.I.A , saya juga cuba mencari idea bagaimana untuk menyampaikan kajian saya kepada masyarakat umum, saya melihat buku carian saya dan akhirnya saya menemukan cara dengan menggunakan logo, seperti yang di lakukan oleh “mereka”, seperti logo Mason untuk menutupi sesuatu agenda dan contoh corak klasik Louis Vuitton yang mana di dalamnya terdapat kesemua perkara yang ingin saya gunakan untuk disampaikan seperti NWO tanpa dicetak di akhbar.
Cotengan seterusnya dengan memperlihatkan simbol-simbol mason dan bagaimana mereka gunakan ia di dalam kehidupan sehari-hari dan di dalam penguasaan perniagaan di serata dunia dengan menggantikan suatu perkara yang lain kepada perkara yang lain tetapi membawa maksud yang serupa. Sebagai contoh di dalam bahasa Hebrew “V” mewakili nombor 6 dan Syarikat Volkswagen menggunakan double V (VV) yang dengan maksud lain adalah W, tetapi dua V yang digabungkan boleh di jadikan tiga V yang denga lain membawa maksud 666!
Melihat kehidupan sehari-hari mengenai simbol dan logo yang tersembunyi, ini juga melambangkan gambaran Masonic. Seperti biasa beberapa buah video animasi menerangkan mengenai perkara ini.
Saya juga mengkaji pergerakan sulit freemason dan juga rahsia di sebalik cara ahli mereka berjabat tangan, saya memperlihatkan ilustrasi “entered apprentice” seperti “the pass grip and the master mason grip”, “strong grip”, “lions paw”. Bagi menguatkan lagi bukti dan pernyataan saya, cuba anda perhatikan bagaimana “the elite” bersalaman, atau penyanyi rap seperti Jay-Z dan Kanye West, Pada mulanya ada suatu perkara yang membuatkan saya hairan apabila mereka mengelarkan cara mereka bersalaman dengan gelaran “diamond” setelah diperamati barulah saya ketahui ianya adalah simbolik kepada bentuk pyramid (all seeing eye).
Melihat logo dan simbol pada duit kertas amerika dan perkara yang tersembunyi serta maknanya, Malah pembinaan jalan raya di Washington juga mempunyai maksud yang tersembunyi. The checkered floor dan pertubuhan rahsia Skull and Bones.
Rentetan dari artikel saya yang lalu mengenai CEO Muka Buku(facebook) iaitu Mark Zukerberg. Saya teringat pada topik perbincangan saya bersama-sama teman semasa bekerja di bidang IT mengenai ledakan Facebook beberapa bulan yang lalu. Perbincangan kami menjadi semakin serius dan topiknya menjadi semakin detail, antara topic yang kami perkaitkan mengenai database Facebook mungkin adalah salah satu cara kerajaan Amerika mengutip informasi kerana Facebook sangat lengkap. Seolah-olah seperti kita mengisi borang membuat My Kad di Jabatan Pendaftaran Negara.

Mengapa saya berani menyatakan sedemikian rupa? Jika kita sedar sehingga ke saat ini mereka tidak menyediakan cara untuk menghapuskan akaun bagi individu-individu yang ingin menutup akaun pada lama sosial ini. Mengapa? Ia suatu perkara yang tidak mereka jelaskan sehingga kini walaupun didalam ruangan term and condition laman sosial itu.
Perisikan adalah sebuah pekerjaan bagi mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin, agar dapat digunakan sesuai dengan kepentingan pengunanya, saya juga yakin jika Facebook atau tjaringan laman sosial seperti Friendster, Multiply, Blogspot tidak terlepas juga Mel Eletronik dan banyak lagi. Ia merupakan cara dan idea dari golongan elit dalam menjayakan konpirasi sang mata satu iaitu (The luciferian Conspiration) mereka terlibat dalam mengendalikan laman sosial ini dalam mengumpulkan data-data peribadi dengan lebih mudah dan cepat.

Jika semua itu tidak dapat di lakukan maka para pejuang harus berusaha mengantikan nombor telefon dan bertukar-tukar talian (mungkin bulan ini Celcom bulan depan Maxis bulan lusa Digi) lebih selamat jika digantikan sekali dengan telefon-telefonya dalam waktu yang tidak dirancang agar polarnya sukar dibaca. Jika memiliki jaringan sosial(pastikan informasi yang diisi tidak lengkap) Dicadangkan juga agar kita memasukinya laman sosial itu bukan dari tempat yang sama kerana IP address yang terpamer akan mudah dijejaki, selalulah bertukar-tukar alamat mel eletronik dan sebagainya dalam proses melindungi identity dan keselamatan para pejuang.



Cuba kita semak dan renungkan hadis akhir zaman berikut:
Apa yang ingin kita lihat perkaitan hadis tersebut dengan Amerika kini?:



Kalau ada perkara yang kuinginkan, Biarlah dakwat ini menjadi bekal pahala,Biarlah isi kandungnya mendarah daging menjadi akhlak,Biarlah buah fikirnya bercambah menjadi amal mulia, Meraih redhaNya.


