Melayu nan layu?

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

-usman awang-

Kajian Sejarah - Adolf Hitler bhg. 2

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung: Ada dua sebab

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

|Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy|

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.


|Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds|

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran:

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

-Kredit to ukhti suehana suid-

Kajian Sejarah - Adolf Hitler

| Adolf Hitler |

Nama yang cukup sinonim dengan kita apatah lagi bagi rakyat Jerman. Seperti yang telah direncanakan oleh pengkaji-pengkaji sejarah barat, Adolf Hitler seorang yang sangat kejam dan tidak berperikemanusian. Seorang pemimpin parti National Socialist German Workers atau lebih dikenali sebagai Nazi. Beliau memegang tampuk pemerintahan Jerman setelah partinya memenangi hati rakyat, bermula dari tahun 1933-1945. Jika ditanya kepada rakyat Jerman tentang Hitler, mereka menganggap apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hitler dikelaskan sebagai 'taboo' .

Holocaust yang dilakukan Hitler terhadap Yahudi memberi imej buruk kepada Jerman. Jerman dianggap sebagai penjenayah dunia kerana melakukan jenayah perang; iaitu menghapuskan sesebuah kaum kerana beliau menghancurkan Yahudi.

| Ucapan Hitler membentangkan bahayanya Yahudi di Eropah|

Semuanya bermula pada tahun 1939, atau tarikh yang lebih tepat ialah 30 Januari 1939. Hitler membuat ucapan di Kroll Opera House dan dengan terang-terangan, beliau menyeru rakyatnya menghapuskan Yahudi. Di situlah bermulanya perancangan holocaust Hitler. Ayatnya berbunyi:

"if the international Jewish financiers in and outside Europe should succeed in plunging the nations once more into a world war, then the result will not be the Bolshevizing of the earth, and thus the victory of Jewry, but the annihilation of the Jewish race in Europe." |sumber: wikipedia|

|Holocaust|

Apa yang telah Hitler lakukan, dikecam hebat oleh masyarakat dunia, kononnya Adolf Hitler melakukan jenayah perang dengan menghapuskan sesebuah kaum; holocaust.Tetap Kini, Yahudi telah pun melakukan perkara yang sama seperti Hitler lakukan, dengan menyerang dan merampas Palestin , membunuh kanak-kanak, wanita yang sedang hamil dibunuh tanpa belas, orang tua dan ramai lagi orang tidak berdosa yang menjadi sasaran bedilan yang tidak berperikemanusiaan hasil perlakuan anjing Yahudi. Bukankah itu holocaust, atau mungkin hampir sama dengan holocaust?. Mungkin belum cukup ganas dan kejam seperti Hitler rasanya...

|Palestina|

Persoalannya disini, apakah yang dilakukan oleh dunia islam? hanya melihat saudara-saudara kita diganyang dan diratah tanpa ada rasa bersalah benar lah sabda baginda

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Hampir terjadi keadaan yang mana umat-umat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya. Salah seorang sahabat berkata: Apakah karena sedikitnya Kami pada waktu itu.? Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa (buih kotor yang terbawa air saat banjir). Pasti Allan akan cabut rasa segan yang ada dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn. Kata para sahabat: Wahai Rasulullah apa rasa wahn itu? Beliau bersabda: Cinta dunia dan takut mati
|HR Abu Daud No.4297, Ahmad 5/278, Abu Nuaim dalam al-Hilyah 1/182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadits ini menjadi shahih|


Pelbagai cara telah digunakan bagi menyekat mereka namun kedegilan kaum Yahudi tetap tidak dapat dihalang malah dunia kini berada di bawah telapak kaki mereka. Tiada gunanya kuasa-kuasa besar, kerana PBB? International Court of Justice (ICJ)? adalah dibawah penguasaan mereka. Segala serangan yang dilakukan oleh Zionis terhadap Palestin di halalkan. Pergolakan di Palestina sekadar hiburan bagi mereka.

Didalam Al quran ada dirakamkan mengenai perihal kaum yahudi:

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
|Q.s. Al-Israa: 4|


Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
|Q.s. Al-Israa: 5|


Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
|Q.s. Al-Israa: 6|


Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
|Q.s. Al-Israa: 6|


Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.
|Q.s. Al-Maidah: 32|


Tidak keterlaluan jika saya nyatakan bahawa Adolf Hitler telah sedia mengkaji al-quran mengenai kaum perosak ini,sayangnya dia bukan islam dan sifatnya ingin memusnahkan kaum yang lain adalah tinggi..apalah bezanya Adolf dengan zionisme kini, sedangkan di dalam al quran menyatakan:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
|Q.s. Al-Hujurat: 13|


Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
|Q.s. Al-Maidah: 8|


antara kata-kata Adolf Hitler, mengenai kaum yahudi.

"I could have annihilated all the Jews, but I left some of them so the world would know why I killed them" |Adolf Hitler|

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengangkat Adolf Hitler, sekadar mengajak umat islam berfiki sejenak mengenai Perihal Yahudi seperti yang Adolf Hitler fikirkan. Apa yang saya lihat Umat Islam Masih Tidak Sedar dan sibuk bercakar sesama sendiri. Bersatulah wahai teman-teman ku sekalian untuk memerangi kuffar dan zionis laknatullah. kerana itu lah perkara yang sangat ditakuti oleh mereka.

Wallahualam...

Pesan Guruku - Cuma sekelumit ilmu.Itupun bukan kita yang punya..




Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi. Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh...


...sekelumit ilmu yg diberi Allah adalah satu amanah untuk disampaikan / ilmu yang baik / adalah seperti pokok yang akarnya kuat tertanjap ke dalam bumi / sementara cabang-cabangnya menerawang naik membelah angkasa /

...ilmu bukan milik manusia / jauh untuk jadi bangga-banggaan / kalau dihayati pesan Ilahi ini / wajah manusia yang penuh ketidakupayaan dan kelemahan akan terserlah:

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (Surah Al Hajj:73, Tafsir Ar Rahman)



...ilmu yang baik dan bermanfaat / lambat laun tetap akan menuntun manusia kepada kebaikan yang dibawanya / ilmu yang tidak bermanfaat dan lagha : sebijak manapun diteorikan dan diperbahaskan oleh segenap pencari ilmu tetap akan sirna dan pupus /

Yang benar akan menampakkan kebenarannya juga, dan perkara yang salah tidak akan menutup kebenaran malah akan hilang sebagai mana ia tidak pernah wujud pada asalnya.

...ilmu yang disampaikan guna mencari mulia diri dan penghargaan orang / walau macam mana berguna dan baik sekalipun akan memiliki sisi batiniah yang kosong dan hampa / tanaman itu menjadi – ‘nanti ada burung dan makhluk lain yang merasainya tapi si petani kelaparan menunggu musim tuaiannya ‘ / sebab itu kita diminta berlindung kepada Ilahi dari ilmu yang tidak bermanfaat dan ilmu yang tidak dimanfaatkan / minta berlindung dari ilmu yang direka-reka dan ilmu yang memberi mudarat /

...betapa dangkalnya akal fikir / menyatakan lebih kepada diri dengan menjulang akal yang penuh lendir dan hanyir pula baunya / kita tidak lebih hanyalah kenyataan kepada sebuah simulasi dari jagad bumi ini jua / mana lebihnya kita? / sedang diri kita itu sendiri jika diteliti penuh dengan rahsia ilmu yang masih tidak terungkap sehingga kita mati sekalipun:

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat:53, Tafsir Ar Rahman)

Salam / Cikgu Azhar

Kebenaran Islam - Pengaruh Israiliyyat Terhadap Aqidah Umat Islam bahagian. 4

Terdapat sebahagian daripada kisah-kisah Israiliyyat yang boleh menyebabkan kekeliruan dan mengganggu kemurnian ajaran Islam. Antara kisah-kisah tersebut ialah yang berbentuk dongeng dan khurafat, yang bersalahan dengan akal dan syarak. Kisah-kisah ini boleh mengakibatkan kesan berikut;

1. Dalam Israiliyyat terdapat unsur penafian terhadap sifat maksum para anbiya’ dan mursalin dan menggambarkan mereka menolak kelazatan dan kenikmatan pemberian Tuhan kepada kekejian dan keaiban yang tidak layak bagi manusia biasa, sebagai anugerah Tuhan kerana dilantik menjadi nabi. Sebagai contoh apa yang digambarkan oleh kisah Israiliyyat tersebut terhadap apa yang menimpa Nabi Allah Ayub a.s.

2. Israiliyyat hampir-hampir menghilangkan kepercayaan umat Islam terhadap sebahagian ulama salaf dari kalangan sahabat dan Tabi’in. Bukan sedikit dongeng Israiliyyat yang disandarkan riwayatnya kepada segolongan daripada salafus salih yang terkenal dengan kepercayaan orang dan keadilannya. Mereka juga terkenal di kalangan orang-orang Islam dengan tafsir dan Hadith. Antara yang ditohmah ialah Abu Hurairah, Abdullah bin Salam, Ka’ab al-Ahbar dan Wahab bin Munabih.


3. Israiliyyat juga hampir-hampir memalingkan manusia dari tujuan asal penurunan al-Quran dan melalaikan mereka daripada meneliti dan memahami maksud ayat-ayat al-Quran, lalai daripada mengambil manfaat dan iktibar, serta nasihat-nasihat yang terkandung di dalamnya atau membahaskan tentang hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Memalingkan mereka kepada perkara sia-sia yang tiada kebaikan padanya. Contohnya membahaskan warna anjing Ashabul Kahfi dan namanya, tentang tongkat Nabi Musa a.s., daripada pokok apakah ianya dibuat, tentang nama budak kecil yang dibunuh oleh Khidir dan sebagainya.

Inilah antara kesan terhadap aqidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam hasil daripada riwayat Israiliyyat. Kaum Yahudi berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merosakkan aqidah umat Islam dan melemahkan kepercayaan mereka terhadap pegangan suci mereka terhadap al-Quran dan al- Sunnah. Mereka juga berusaha untuk menggoncang kepercayaan umat Islam terhadap Salafussoleh yang telah berperanan untuk memikul risalah umat Islam dan menyebarkannya ke setiap penjuru Timur dan Barat. Oleh itu, umat Islam seharusnya memberi perhatian dan mengambil berat terhadap penyerapan Israiliyyat dalam tafsir-tafsir dan menghapuskannya.
|al-Dhahabi 1990: 29-34|

Kebenaran Islam - Pengakuan Orang-Orang Barat Terhadap Imam Mahdi

Di dalam post kali ini, kita akan lihat pengakuan orang-orang barat terhadap Imam Mahdi.

Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.

Montgomery Watt

seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.

Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.

David Ben Gurion

Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata:
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.

Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

The Mahdi by A J Quinnell

A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.

Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Wallahualam.

Berbahagialah kiranya - Sebuah Melodrama Di Pentas Angkasa...

SENARIO 1: MELODRAMA DUNIA

Satu hamparan bernama BUMI diadakanNya / ia adalah pentas bagi sebuah melodrama - pentas itu dihiasi permainan bernama tumbuhan : binatang : emas : sungai: gunung : angin : padang pasir : dan pelbagai lagi menambah cantiknya backdrope sebuah PEMENTASAN / pelakonnya di kalangan makhluk yang digelar jin & manusia yang berada di dua watak sama ada baik atau buruk / azazil & syaitan mewarnai lakonlayar dengan peranan jahatnya /

...three ! two ! one! camera action.... penggambaran bermula / sudut pandang kamera dari gambar 4D ke atas - paling canggih - mengambil gambar dari multidimensi / dari zahir melesit ke batin / mutu suara berjuta kali lebih canggih dari sistem suara yang masih dalam peringkat prototype syarikat Sony sekarang / jauh menangkap suara hingga menjejak suara batin / gelombang dari 28,000 alam diperangkap untuk membentuk mutu audio visual secanggih itu...

... para pelakon dibekalkan DUA KITAB PENGHAYATAN lakonan - ramai yang menghafal dan jazam isi kandungannya / namun seramai itu pula yang melupakan lantas melafazkan kalimah lakonan sesuka hati mereka / mereka terus berlakon mengikut budi dan aturan mereka / sekelompok kecil dari pelakon masih mengingati skrip asli lalu membawa watak sebaik mungkin...

SENARIO 2: BUMI SEBAGAI PENTAS TERAPUNG

...tuan-tuan / tanpa kita sedari sebenarnya kita ini berada di atas pentas lakonan terapung paling besar / Di sini kita merasakan betapa ada 'kesengajaan' yang sangat besar untuk menjadikan bumi ini sebagai panggung drama kehidupan kita./ Maka, untuk mendukung terjadinya kehidupan di muka Bumi ini secara sempurna Allah sebagai SANG SUTRADARA menciptakan berbagai KEMUDAHAN kepada manusia.

Mulai dari bentuk Bumi yang bulat, kemiringannya yang 23.5%, atmosfer yang tujuh lapis sebagai pelindung kehidupan, Bumi yang BERPUTAR dengan kecepatan lebih dari 1.600 km per jam.

Demikian pula, air hujan yang terukur kadarnya / komposisi udara yang sangat khas, dan jutaan komponen lainnya yang sangat kompleks, terdapat di alam sekitar kita/ temasuk tanam‑tanaman dan seluruh binatang di permukaan planet ini./ Untuk memahaminya, marilah kita lihat beberapa di antaranya.

Bumi, Kendaraan Angkasa yang Sempurna/ Pernahkah terpikir di benak kita bahwa kita sedang mengendarai sebuah 'pesawat angkasa luar' yang sangat besar./ Dimana kendaraan angkasa ini, kita tumpangi bersama dengan bilion manusia,bilion binatang dan tumbuh -tumbuhan/. Ya, inilah dia, planet Bumi!/


Sesungguhnya di atas pentas lakonan bernama BUMI aka pesawat angkasa gergasi ini kita memperoleh segala yang kita inginkan untuk kelangsungan hidup./ Sebuah melodrama yang panjang memerlukan sumber /mulai dari makanan, minuman, berbagai macam sumbertenaga, atmosfera dan segala macam kemudahan yang memungkinkan kita melangsungkan'lakonan' sehingga menurunkan generasi generasi selanjutnya, selama ribuan tahun. /

Bumi,sebagai pentas lakonan bergerak sekaligus sebagai kenderaan angkasa luar sedang melesit laju di angkasa semesta dengan kecepatan yang sangat tinggi./ Tidak ada satu pun pesawat buatan manusia yang mampu menandingi kecepatannya. Sebutlah kendaraan manusia yang tercepat di era modern ini yaitu pesawat ulang alik Challenger, Columbia atau Ariane. Rata rata kecepatannya barulah sekitar 20.000 km per jam./

Tahukah Anda, berapakah kecepatan 'Pentas' Bumi kita bergerak di angkasa luar? / Tak kurang dari 107.000 km perjam! Sebuah kecepatan yang sangat tinggi./ Cepat sekali, lebih dari 5 kali kecepatan pesawat ulang alik buatan manusia./

Untuk apa Bumi bergerak dengan kecepatan sedemikian tinggi? Temyata, Bumi. sedang bergerak mengitari Matahari pada jarak sekitar 150.000.000 km. Dengan kecepatan tersebut, Bumi bisa menyelesaikan putarannya terhadap Matahari, sekali putar dalam setahun atau 365 1/4 hari.

SENARIO 3: LAMPU PENTAS DIPADAMKAN

... bila tiba masanya melodrama pasti akan tamat / tandanya? bila pelakon mula kehilangan rentak lakonan / skrip yang dihafal bukan lagi dari KITAB YANG ASLI / tiba masanya nanti PENTAS AKAN DIGULUNGKAN - pelakon terpinga-pinga: sangkanya SANG SUTRADARA akan meneruskan babak / tapi kamera sudah dioffkan/ hanya menunggu masa dimainkan kembali di satu padang bernama MAHSYAR!!!!

Nukilan: CIKGU AZHAR...
Related Posts with Thumbnails