Konspirasi Dunia - Pope Roman Peter II, Cantus, Benedictine Order Bhg. 1

"Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda untuk mempercayai sepenuhnya terhadap apa yang ditulis dan tertulis, tetapi ia lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam."


Pernahkah anda mendengar tentang The Last Pope, Pope Roman Peter II, Cantus, Benidictine Order? Di sini saya ingin berkongsi cerita daripada seorang pembaca blog rakan seperjuangan. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita semua mengenai apa sebenarnya sedang terjadi pada masa kini.

Dua minggu lepas semasa saya di New York, terjadi sebuah peristiwa yang telah membuka minda saya ianya telahpun berlaku pada diri saya, ceritanya begini

Semasa saya dan pak cik bersiar siar di kota selepas singgah di sebuah kedai, pak cik telah tercicir barang yang dibeli, saya hanya menunggu di dalam kereta, dijadikan cerita saya pula terasa ingin ke tandas, Sayangnya dikawasan itu tidak terdapat sebuah tandas sekali pun, dijadikan cerita terdapat sebuah tandas yang terletak didalam gereja.

Di dalam gereja saya terlihat mereka mengadakan satu upacara, terdapat orang yang memakai jubah dan topi segitiga, tengok air muka seperti yahudi laknat abaikan sahaja. Bila sampai di rumah pak cik saya, orang yang memakakai jubah itu merupakan jiran. Rumahnya terletak selang dua rumah. Dua minggu saya mengintip pergerakan dan cuba mewujudkan hubungan komunikasi dengan pakcik ini tiada apa-apa pun yang menarik. Kelitahan hidup pakcik ini sama seperti orang biasa. Dijadikan cerita saya memulakan perbualan dengan mengajukan sebuah topik, ikuti perbualan kami:

Aku: saya ada nampak pak cik di gereja hari itu, tidak kelihatan seperti bersembahyang, majlis itu kelihatan seperti majlis konvo pula. Majlis apa, pakcik?

Jiran: Oh!! hari tu, memang majlis konvo pun, ia adalah majlis untuk paderi baru. Yang berjubah putih itu adalah JESUIT PRIEST

Aku: Kelihatan seperti menarik? good looking. Kelihatan terpelajar

(Jiran aku tersenyum hingga ke pipi, bagai nak ketawa tapi tak ketawa pun)

Jiran: Hurmm... orang islam, 1000 ORANG ULAMA baru bersamaan dengan seorang JESUIT PRIEST.

Aku: Kenapa pula pakcik menyatakan hal yang demikian?

jiran: Orang yang terpelejar, hebat, yang nama mereka di depan terdapat professor, doktor dan sebagainya, memiliki kata-kata yang hebat penuh dengan ilmu, fakta dan teori yang dasyat. Hakikatnya perkara itu sebenarnya ADALAH PERBUALAN HARIAN KAMI 700 TAHUN DAHULU. kemudian kami memikirkan bagaimana mahu menghasilkn orang-orang seperti professor, doktor dan sebagainya.KEBIJAKSANAAN MEREKA TIDAK AKAN LARI DARI TUJUAN KAMI, KAMI MENGHASILKAN PELBAGAI JENIS ILMU DAN IA DIKEMBANGKAN, SELUAS MANA PUN DIKEMBANGKAN, IA SEBENARNYA BERADA DI BAWAH RANCANGAN DAN TUJUAN KAMI, CUMA MEREKA MELIHAT IANYA BERUBAH-RUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.

saya akan menyambung perbualan ini sebentar lagi. Tujuan saya menghentikan adalah untuk bertanya kepada kalian semua, jika ada dikalangan anda arif mengenai kata-kata yang di lemparkan oleh jiran saya itu tadi, sila kongsikan ia.

(jiran saya itu sebenarya adalah seorang Bishop Roman Katolik yang mempunyai hubung kait denga organisasi gereja vatican di Rome.)

Mungkin ada pembaca yang masih belum mengetahui apakah itu Jesuit. Jesuit adalah satu aliran keagamaan di dalam Gereja Roman Katolik ataupun disebut Gereja Rom. Aliran ini pada zahirnya menjalankan misi keagamaan atas nama Jesus dan Kristian tapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang amat jahat lagi licik lebih lagi Jesuit adalah antara pembantu yang paling penting dan besar peranannya kepada Iblis Laknatullah dan rakan kongsinya Dajjal Laknatullah. Ini kerana Jesuit adalah antara elemen penting dalam membangunkan plan besar New World Order yang termasuk di dalamnya Freemasonry dan Zionis Antarabangsa. Artikel penuh, sila Klik Sini!

Sambungan perbualan.

Aku: Tapikan, bukankah universiti dan gereja adalah suatu institusi yang berasingan, dan berlainan organisasi? lagi pun bagaimana pula paderi-paderi ini boleh menyampaikan ilmu. Belum pernah lagi terlihat seorang paderi bertukar menjadi lecturer di mana-mana universiti di seluruh pelusuk dunia. Di kampung saya sendiri malaysia pun rasanya belum ada lagi. Yang saya tahu paderi di malaysia kerja mereka bersembahyang sahaja.

Jiran: Adakah kamu sedar ketika pra-kemerdekaan wilayah-wilayah jajahan eropah seperti di negara kamu. Pemimpin-pemimpin kamu yang memperjuangkan kemerdekaan itu telah BELAJAR DENGAN ORANG-ORANG YANG TELAH KAMI AJARKAN. Cuba kamu perhatikan cendekiawan, ahli falsafah, ilmuan yang NAMA MEREKA TERPAHAT DI DINDING-DINDING SEKOLAH apa yang telah guru-guru kamu perkatakan ketika waktu tu?

Aku: Apa ye? yang saya ingat mereka adalah golongan-golongan terpelajar yang bijak, mereka adalah pengasas-pengasas ilmu dan diaorang menjadi seperti itu adalah kerana sikap mereka sehingga mewujudkan perasaan ingin tahu yang sangat mendalam dalam jiwa.

Jiran: SAYA PASTI APA YANG AWAK PERKATAKAN SEBENTAR TADI TERCETAK DIDALAM BUKU-BUKU TEKS SEKOLAH.

Aku: betuL. mana pak cik tau ni?

(Jiranku hanya tersenyum)

Jiran: Pejuang kemerdekaanlah yang membawa nama-nama mereka supaya di perkenalkan kepada kamu semua semenjak dari kanak-kanak lagi, ini bertujuan supaya kamu semua mengagumi ANAK MURID KAMI.

Aku: Kenapa gereja meningikan supaya mereka hormat kepada cendekiawan-cendiakawan barat? bagaimana pula pak cik kan ahli-ahli gereja yang lain, kenapa tidak diletakan sahaja nama pak cik, pak cik juga yang glamour nanti.

Jiran: Tujuan kami melakukan demikan adalah untuk mengaburi mata mereka dan kami tidak mahu mereka tahu ilmu-ilmu yang diajar di sekolah hingga ke universiti itu adalah ilmu kami. KAMI REKA KEADAAN YANG MENAMPAKKAN ILMU ITU MUNCUL SECARA SPONTAN. KAMI MAHU MEREKA RASA ILMU ITU SEOLAH-OLAH BUKAN DATANG DARI KEBIJAKSANAAN AGAMA.

Aku: Betul juga, masa saya di bangku sekolah dahulu pun saya rasa seperti semua orang mampu berjaya, jika wujudnya sifat ingin tahu. Semua ini telah di ajarakan oleh cikgu-cikgu disekolah.

Jiran: Sifat ingin tahu itu sebenarnye tidak wujud dalam diri cendekiawan barat. KAMI YANG MERANCANG SUPAYA ANDA BERFIKIR SEPERTI ITU. Adakah manusia di dunia ini, yang mempunyai pelbagai bilangan suku kaum dan agama mahu belajar di sekolah-sekolah serta universiti jika mereka tahu ia adalah perancangan yang diatur oleh gereja?.

Aku: Bunyinya kelihatan seperti gereja mempunyai kaitan dengan zaman penjajahan eropah ke atas seluruh dunia seperti British, Belanda, Spanyol, Perancis dan sebagainya, betul ke?

Jiran: BETUL.

(Maaf, aku terpaksa merahsiakan nama bishop ini, atas permintaan dia kerana kami dah membuat satu perjanjian. Jika dia sudi mendedahkan kesemua konspirasi yang selama ini aku tidak tahu, aku tidak akan mendedahkan kepada sesiapa pun identiti dia, apa pun ia demi keselamatan aku juga.)

Boleh anda semua menterjemahkan kata-kata jiran saya sebentar tadi.

Sebenarnya apa yang dicakapkan oleh Bishop itu adalah Protocol Of Zion No. 4 dan Protocol Of Zion No. 9

Protocol Of Zion No. 4
It is for this reason that we must undermine faith, eradicate from the minds of the Gentiles the very principles of God and Soul, and replace these conceptions by mathematical calculations and material desires.

Protocol Of Zion No. 9
We have fooled, bemused and corrupted the youth of the 'Gentiles' by rearing them in principles and theories whick are known to us to be false although it is that it is that they have been inculcated.

Contoh yang paling mudah di sini. Mereka telah memperkenalkan Teori Darwin yang bertentangan dengan agama. EnsyaAllah saya akan perincikan lagi tentang Protocol Of Zion di masa akan datang.

Sambungan perbualan.

Aku: Pak cik, dari tadi saya dengar pak cik perkatakan “kami yang rancang itu, kami yang rancang ini” buktikan kepada saya mengenai fakta yang pak cik perkatakan sebentar tadi bahawa semua universiti atau institusi pengajian tinggi adalah milik gereja, jika sekadar berkata-kata semua orang mampu melakukannya.

(Pertanyaan aku sedikit pun tidak mencabar kredibiliti dan perasaan jiranku. Malah raut wajahnya tidak menampakan rasa digugat dan tergugat, tetapi sebaliknya memandang tepat pada wajahku ini dengan seraut perasaan kasihan. Aku pula yang tercabar dengan provokasi ini.)

Jiran: Ada pada satu hari di sebuah dewan dimana terdapat ramai orang yang hadir, dari pemimpin teratas, orang-orang kenamaan hinggalah ibu bapa dan kawan-kawan. Kehadiran mereka semua adalah demi mengucapkan Tahniah, berkongsi kegembiraan, kesyukuran kerana nendapat Segulung ijazah. Mereka bergambar kenang-kenangan, sambil memegang ijazah dan Bunga di dada, melontar topi di awan dengan teriakan puas.

Aku: Jadinya, kenapa?

Jiran: JUBAH YANG MEREKA PAKAI ITU ADALAH PAKAIAN KAMI. Seluruh dunia telah mengenakan jubah kami dengan perasaan mereka begitu syahdu dan penuh rasa bangga. MEREKA TELAH JADI WARIS KAMI TANPA KAMI PERLU WUJUD DI HADAPAN MEREKA. Malah MEREKA BEREBUT-REBUT MELAYAKKAN DIRI KE MAJLIS ITU.

(Jauh di benak hatiku mengakui bahawa kita sedang diperbodoh-bodohkan oleh mereka. Kelihatan design jubah itu memang serupa dengan jubah mereka, hanya terdapat sedikit gubahan pada jubah yang kita kenakan bagi menyesuaikan dengan keadaan dan majlis itu.)

Aku: Jika begitu semasa saya grad nanti, saya tidak akan mengenakan jubah itu.

(walaupun begitu ia masaih tidak akan dapat mengubah apa-apa pun, ia tetap sama kerana kita juga mempelajari ilmu mereka.)

Jiran: Jika mampu, silakan. INI KERANA SETIAP SEORANG YANG MENENTANG PEMAKAIAN JUBAH INI NISBAH AKAN ADA 1000 LAGI YANG AKN MEMAKAI JUBAH NI, MEREKA YANG MENGIDAMKAN MAJLIS INILAH YANG AKAN MEMPERTAHAHANKAN PEMAKAIAN JUBAH ITU SENDIRI. Kami tidak perlu risau dan membuat apa-apa pun.

(Aku cuba menyangkal)

Aku: Gereja juga yang akan rugi kerana akan lahir lebih banyak orang islam yang pandai dan boleh bersaing dengan kamu.

Jiran: SUDAH LAMA KAMI MENANTI ORANG ISLAM BERKATA SEPERTI ITU. BUKAN MUDAH, BERATUS-RATUS TAHUN KAMI MENGUSAHAKAN DAN KINI HASILNYA SEMAKIN RAMAI ORANG ISLAM MEMAKAI JUBAH KAMI DAN SEMAKIN BANYAKLAH TERLUCUTNYA JUBAH MUHAMMAD S.A.W.

Aku: Saya rasa pak cik silap ini kerana semakin banyak institusi pengajian islam diwujudkan di dunia ini, Terdapat berpuluh-puluh universiti islam di kampung saya.

Jiran: Sayangnya awak tertinggal suatu ayat. DAN ISLAM YANG UMATNYA SEMAKIN HANCUR. Saya juga terlupa ingin bertanye kepada awak mengenai suatu perkara?

Aku: Apa dia?

Jiran: SEKIRANYA ILMU YANG KAMI LEPASKAN DARI DIRI KAMI ITU SUATU KEBAIKAN, MENGAPA TIDAK KAMI AJARKAN KEPADA KAUM KAMI SAHAJA DAN MEMBIARKAN KAMU MENTADBIR WILAYAH SENDIRI MENGIKUT KESUKAAN KAMU SELEPAS DIBERIKAN KEMERDEKAAN?

(Beristighfar panjang bila soalan yang membunuh ini diajukan, terkedu buat seketika, aku terdiam seribu bahasa)

Jiran: Soalan itu tidak perlu dijawab kerana LIDAH KAMU DAN HURUF-HURUFNYA TIDAK LAYAK SEBAGAI JAWAPANNYA.

(Jiranku hanya tersenyum sambil mengurut-ngurut bahuku, agar aku bertenang.)

|Bishop ini hidupnya sangat sederhana, kelihatan seperti orang kampung dan tidak ternama akan tetapi dia sebenarnya memegang banyak rahsia. Amat berbeza pula dengan golongan freemason dan illuminati yang hidup berkuasa serta mewah. Adakah penampilan berkuasa dan mewah ini bertujuan mengaburi mata kita semua, agar kita semua tidak akan menyangka bahawa paderi-paderi jesuit ini sebenarye perancang?. Manakala Bishop sebagai penasihat dan ketua? Sebuah persoalan yang aku pendamkan demi keselamatan diri. Ada sesiapa yang mampu memperjelaskan kebanyakan kata-kata jiranku ini yang sering berkias-kias?|

Jesuit Priest


Jubah Graduasi


Pernahkah kita terfikir tentang semua ini? Atau kita hanya mengikut sahaja yang dilakukan oleh orang lain tanpa sedikitpun menyedarinya. Rasullulah S.A.W. pernah bersabda:

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan).

EnsyaAllah akan bersambung di bahagian ke dua.

1 comments:

faiz said...

jubah tu asalnya dari islam.. tengok ni
http://www.youtube.com/watch?v=M27MdTxhrGw

Related Posts with Thumbnails