Konspirasi Dunia - NWO Dan Sebuah Konspirasi

NWO membawa maksud New World Order atau dalam bahasa melayunya orde dunia baru. Istilah New World Order telah digunakan oleh banyak ahli politik sepanjang zaman, dan merupakan istilah umum yang digunakan untuk mengacu pada konspirasi global yang dilakukan oleh sebuah golongan yang sangat kuat dan berpengaruh, dimana didalamnya termasuk orang-orang terkaya didunia, pemimpin politik, perusahaan elit, serta anggota dari kelompok bernama Black Nobility of Europe (dominated by the British Crown) yang bertujuan untuk menjadikan dunia dengan satu pemerintahan yang bebas dari adanya kebangsaan dan daerah perbatasan. Jadi, ini bermakna New World Order bukanlah sesuatu perkara yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama di jalankan, dan ianya berlarutan sehingga kini. Ianya hanya akan ‘tamat', apabila agenda mereka sudah tercapai. Ianya merupakan antara perancangan The False Messiah untuk membuatkan manusia melupakan akhirat dan mengutamakan dunia "cintakan dunia dan lupakan akhirat". Perancangan ini telah dirancang semenjak beratus tahun dahulu di awal penubuhan Illuminati. NWO telah diistiharkan secara rasmi oleh ayah kepada Presiden G.W Bush iaitu H.W Bush pada tahun 9/11/1991.

Genap 10 tahun selepas pengistiharan itu, tanggal 9/11/2001 telah berlaku suatu peristiwa yang menggegarkan dunia, WTC diserang oleh pengganas Islam. Umat islam didakwa menjadi dalang utama dalam serangan tersebut.

Hakikatnya, serangan ke atas WTC telah dirancang oleh mereka. Mereka mengatur perancangan ini dengan licik terhadap serangan 9/11 dengan harapan pemikiran penduduk dunia dapat dikaburi dan menyokong kenyataan mereka, bahawa agama islam adalah agama pengganas. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai serangan 9/11, sila rujuk kembali pada kiriman saya yang lalu konspirasi 9/11. Dalam kita tidak sedari mereka juga telah memberi banyak petanda-petanda awal sebelum berlakunya tragedi 9/11, ensyaAllah topik yang menarik ini akan saya kupaskan ia di masa akan datang.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
|Qs 47. Muhammad: 7|

Wallahualam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails