Wake Up Project - Project Hackers

Kita dikejutkan dengan serangan rangkaian sesawang oleh pengodam-pengodam Malaysia dan Anonymous. Mungkin ini sebagai protes pada pihak kerajaan Malaysia kerana menyekat laman laman sesawang muat turun. Artikel ini bukan untuk mengajak kita semua untuk mengenali pengodam-pengodam ini, tetapi sekadar mahu mengaitkan isu semasa ini dengan perancangan The Hidden Hand melalui petunjuk kad Permainan Illuminiti.

Seperti yang pernah kita ketahui. Serangan 9/11 telah pun dicatatkan di dalam kad permainan Illuminiti. Mereka secara terang-terangan memberitahu kita mengenai perancangan mereka tetapi mungkin kita sekadar memandang sepi atau memang kita tidak mengetahui akan perkara ini.

Kali ini dengan isu semasa dan petunjuk Kad Permainan Illuminiti saya mengajak kalian berfikir adakah perkara ini sebagai suatu kebetulan atau pun ia sememangnya rencana yang dirancang oleh mereka dalam perlaksaan NWO dan kedatangan tahun 2012? Lain-lain informasi, sila klik Di sini

Think About It
kredit to: Adam & Wan Nowar

Wake Up Project - Jampi Bangsaku

Bismillahirrahmanirrahim
Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Ribuan tahun punya hak dan pertuanan di sini
Punya kekuatan punya peradaban
Punya kebenaran punya keagungan
Punya ketuhanan punya kebudayaan

Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Akar jiwamu memegang darahku
Batang hatimu menjadi tubuhku
Daun aqalmu melitup zat dan sifatku,
Bangsaku jangan mengubah rupa
Bangsaku jangan meleka sambil melewa
Biarlah utuh diuji sepanjang masa

Hai bangsaku,
Seribu lupa selaksa sedar
Tawarlah segala yang lupa
Dari hikmatan kebendaan dan kepuraan
Dari hikmatan peniruan dan kesesatan
Tawar sekali dari bisa onar dan kemusnahan,
Jika bisa pada jiwa tawar pada hati
Bisa pada aqal tawar pada aqal
Tawarlah pada segala wujud keperibadian kita
Pulang pulih seperti keadaan asal

Hai bangsaku aku tahu usulmu
Jatuh di segala ceruk rantau alam ini
Jatuh di utara,
jatuh di selatan,
Jatuh di timur,
jatuh di barat,
Janganlah pula duduk tunggu,
jaga mengilas siku.

Hai bangsaku,
Aku mintamu pindah balik segala kekuatan
Segala peradaban,
segala kebenaran,
Segala keagungan dan segala-galanya
Memulia dan meneruskan kegemilangan

Biarlah utuh diuji zaman-berzaman
Itulah asalmu tapakmu bersenang
Masa kini dan akan datang,
Aku hendak minta kepadamu
Pulang pulih seperti keadaan asal
Sebab, belum cukup belum genap belum sampai ajal
Bukan kuasa aku, tapi dengan kuasa Allah
Berkat kita kata: Lailaha illallah Muhammadar Rasulullah
Islam Berdaulah
A. Aziz Deraman

Wake Up Project - Obsama III

Pada mulanya mungkin Obama mahu mengeluarkan gambar ini. Namun demi memikirkan bahaya yang sebenarnya mungkin dibuat-buat, mereka tidak jadi mengeluarkannya. Namun yang peliknya al-Qaeda pula mengesahkan kematian Osama dengan peringatan kepada AS. Perkara ini semakin meyakini kita bahawa Osama ialah Obama? Oh silap, sebenarnya Osama tidak wujud.

Dengan mata yang sama, tengkorak yang sama saiz dan sama bentuk , bentuk badan yang sama kurus, adakah Osama itu Obama? Hidung dan gigi boleh diubah dengan mask dan gigi palsu

Apa pendapat anda semua dengan gambar-gambar ini? Adakah Osama itu Obama? Dengan mata yang sama, dagu yang sama, tengkorak yang sama, cuma hidung, warna kulit dan gigi yang berlain. Semua boleh dibuat dengan topeng ala mission impossible.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang Fasik dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan keputusan pada suatu kaum tanpa pengetahuan sehingga kalian akan menyesali diri atas apa yang telah kalian kerjakan” |Qs Al Hujurat: 6|

Wake Up Project - Obsama II

Tiga mangsa yang tidak dikenali, adalah antara lelaki yang terlibat selepas serangan di kompleks yang dikatakan diduduki oleh tertinggi pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden. Gambar di ambil sejam selepas serangan. Persoalannya, di manakah mayat Osama bin Laden yang di dakwa telah dibunuh?




“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang Fasik dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan keputusan pada suatu kaum tanpa pengetahuan sehingga kalian akan menyesali diri atas apa yang telah kalian kerjakan” |Qs Al Hujurat: 6|

Wake Up Project - Obsama

Segala puji-pujian buat semesta alam. Tuhan pentadbir sekalian alam. Maaf kerana terlalu lama tidak menyumbangkan buah fikiran kerana kesibukan dalam mentadbir urusan dunia, saya tertarik pada satu tajuk berita "Osama bin Laden killing prompts war of words between Pakistan and US" di akhbar guardian.co.uk beberapa hari yang lalu? Osama dah mati? sekadar tersenyum.

Pernah atau tidak kita terfikir, diaman selama beberapa tahun kebelakangan ini kita telah digula-gulakan dengan Karakter Seorang pejuang Islam yang dinamana sebagai Osama Laden atau Ben Laden?. Siapakah Osama bin Ladin? adakah ia wujud? apakah kaitan antara Osama dan Obama. Rasanya persoalan ini merupakan isu lama yang telah pun diperkatakan sebelum ini di kebanyakan blog dan laman web.

Osama dan Obama

Artikel kali ini bukan untuk menyambung cerita osama adalah obama. tetapi sekadar ingin mengajak anda semua berfikir ironinya mereka melakukan perkara serta misi ini. Jika kita imbas pada tahun-tahun yang sudah, ummat islam di gelar sebagai "Pengganas" . Islam dituduh mengajar umatnya keganasan yang melampau dengan melakukan serangan berani mati ke atas WTC dan sebagainya. Tetapi apa yang di lakukan oleh Israel terhadap penduduk palestin tidak sedikit pun dikecam. Walhal mereka melakukan keganasan secara terang-terangan.

"OSAMA" merupakan codename sebuah operasi di bawah tajaan CIA yang telah di arahkan oleh "The False Messiah" untuk mereka laksanakan dalam cubaan melakukan huru hara di dunia. Operasi mereka sangat berjaya dan telah menyebabkan Umat Islam di selar dan di tuduh dengan tuduh-tuduhan keji. Walhal kebanyakan ummat islam tidak pun mengetahui akan perkara ini. Mudahkan mereka memanipulasi dunia? Dimanakan ummat islam untuk membela islam?

Setelah rancangan mereka berjaya kini telah tiba masanya untuk mereka menghentikan Operasi "OSAMA" dengan menyatakan bahawa osama bin laden telah terbunuh walhal karekter Osama tidak pernah pun wujud dan ia adalah hasil ciptaan mereka. Di jangkakan menjelang tahun 2012 ini mereka telah merancang dengan rancangan baru dalam usaha untuk menakluk dunia dengan "Orde Dunia Baru".

Osama? Apakah sumbangan osama pada dunia islam? mengapa dia di sanjung? Adakah kita tidak terfikir mengenai perkara itu? Bangunlah wahai ummat islam, saat itu kian hampir.

Persiapkan dirimu untuk menentang (musuh-musuh Islam) dengan apa jua yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak ketahui. Sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu belanjakan di jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi. |Q.s An Anfal: 60|

Wake Up Project - Rentetan Peristiwa Menjelang 2012

Rentetan Peristiwa yang sedang berlaku. menjelang tahun 2012

1. Mereka sengaja membocorkan rahsia "wikileaks". 2010

2. Tercetus kekacauan (revolusi) di negara Timur tengah (kebanyakan negara islam). 2011

3. Ekonomi dunia semakin huru-hara. 2010 - 2011

4. Dunia menuju ambang kebuluran. 2011

5. Tsunami di Jepun. HARRP Project?. 2011

Hamburan Emosi - Revolusi Kebangkitan Islam

Revolusi kebangkitan yang kian merebak dan terus bersemerak di serata dunia terus hangat diperkatakan..Ia menyebabkan saya mula tersedar bahawa keadaan ummat islam di Palestin kian di lupai, isu pencerobohan dan perobohan masjidil aqsa semakin senyap, tetapi hakikatnya "Mereka" terus dengan rencana untuk membina "The Solomon Temple".

Semoga revolusi yang berlaku ini sedikit sebanyak akan membantu ummat islam di serata dunia untuk bangkit dan ruh perjuangan saudara kita Palestin meresap masuk dalam persiapan untuk menumpaskan "The False Messiah"

Related Posts with Thumbnails