Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Ribuan tahun punya hak dan pertuanan di sini
Punya kekuatan punya peradaban
Punya kebenaran punya keagungan
Punya ketuhanan punya kebudayaan
Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Akar jiwamu memegang darahku
Batang hatimu menjadi tubuhku
Daun aqalmu melitup zat dan sifatku,
Bangsaku jangan mengubah rupa
Bangsaku jangan meleka sambil melewa
Biarlah utuh diuji sepanjang masa
Hai bangsaku,
Seribu lupa selaksa sedar
Tawarlah segala yang lupa
Dari hikmatan kebendaan dan kepuraan
Dari hikmatan peniruan dan kesesatan
Tawar sekali dari bisa onar dan kemusnahan,
Jika bisa pada jiwa tawar pada hati
Bisa pada aqal tawar pada aqal
Tawarlah pada segala wujud keperibadian kita
Pulang pulih seperti keadaan asal
Hai bangsaku aku tahu usulmu
Jatuh di segala ceruk rantau alam ini
Jatuh di utara,
jatuh di selatan,
Jatuh di timur,
jatuh di barat,
Janganlah pula duduk tunggu,
jaga mengilas siku.
Hai bangsaku,
Aku mintamu pindah balik segala kekuatan
Segala peradaban,
segala kebenaran,
Segala keagungan dan segala-galanya
Memulia dan meneruskan kegemilangan
Biarlah utuh diuji zaman-berzaman
Itulah asalmu tapakmu bersenang
Masa kini dan akan datang,
Aku hendak minta kepadamu
Pulang pulih seperti keadaan asal
Sebab, belum cukup belum genap belum sampai ajal
Bukan kuasa aku, tapi dengan kuasa Allah
Berkat kita kata: Lailaha illallah Muhammadar Rasulullah
Islam Berdaulah
9 comments:
susah nak bersepakat kalau semua dah disampuk racun divide n rule.. walau apa pun kita mesti sokong apa pun yg membawa kesejahteraan umat islam di negara ini
PAS abang, UMNO adik? Takkan tu pun nak ajar?
membangsa-bangsakan manusia adalah 'devide and concure'. 'I come,I see,I concure'
Anti-Spartan: This is madness!
Spartan: THIS IS SPARTAN!!
Terpulang..sekadar peringatan buat bangsa saya yang kian luput di telan dek kelalaian...bergaduh tak tentu hala kerana dek kuasa dan kewangan.
Jika saudara marhaen kacak dan gila-haih bukan dari kalangan bangsa saya, dan merasakan bangsa saudara lebih mulia, sajak ini bukan di tujukan kepada saudara berdua..
sekian di maklumkan..(=
tumpang copy .
X abis2 melayu.. Dalam kubur nnt tnya bangsa ape kot.. Adoi.. da la jd assobiyah.. Kite kene tgkkan Ad-Deen.. Bukan bangsa..
Pada pandangan saya, bangsa lain lebih matang dalam menelaah dan mengatur kehidupan mereka. Mereka tidak bergaduh dek perkara-perkara yang merugikan mereka, agama mereka dan bangsa mereka.
Sekadar tangungjawab sosial kepada saudara dari agama dan bangsa sendiri agar kita tidak lupa tujuan asal diciptakan ke dunia.
"mereka" bertepuk tangan melihat Ummat ISLAM MELAYU MALAYSIA bergaduh dan bercakaran sesama sendiri.
Semoga Ummat ISLAM MELAYU di malaysia tidak merempat di negara sendiri.. (=
Bunyamin Lokman :
Cuba la kamu buka sikit pemikiran kamu,asal sebut pasai bangsa ja asobiyah..kaji balik macam mana yang nabi kata asobiyyah yang dilarang.kalau bangsa melayu menindas bangsa lain xpa la jugak..ada ka selama ni bangsa melayu memerintah bangsa lain tak oleh hidup?sedang bangsa lain lagi mewah hidup dari bangsa melayu.
Kamu lihat di malaysia ini bangsa mana yang paling mewah hidupnya?jawab2!!kalau bangsa lain memerintah malaysia ada mereka nak bagi macam orang melayu bagi?lupakah sejarah yang berlaku seblum 13 mei?memang dasar melayu selalu lupa.bangsa lain yang mempertahankan bangsa mereka tidak pula kamu kata perkauman.asal orang melayu kamu kata.Sapa melayu di malaysia kalau bukan ISLAM.xpaham betoi ngan orang macam hang nie.
bunyamin lokman :
asal sebut melayu ja perkauman,kenapa la singkat sangat pemikiran kamu tentang assobiyyah ni?baca balik assobiyyah yang xboleh.Selama kamu hidup di mlaysia nie ada ka orang melayu menindas bangsa lain?sedang bangsa lain hidup lebih mewah dari bangsa melayu sendiri.
bangsa lain bercakap tentang bangsa mereka tidak pula kamu kata mereka assobiyyah.tidak ingtkan sejrah yang berlku sebulm tercetus 13 mei?apa yang berlaku?.dasar melayu mudah lupa..xtau nk cakap lagu mana dah..
NAK TEGAKKAN AD DEEN KENA MELALUI BANGSA JUGAK..
PUAK QURAISH ANTARA PUAK YANG TERBILANG DAN DIHORMATI DI TANAH ARAB..
DAN NABI MUHAMMAD S.A.W DIKALANGAN PUAK TERSEBUT.. FIKIRKANLAH..
Post a Comment