Informasi - Mengenal Yahudi

Sebagai Muslim, adalah menjadi kebaikan sekiranya kita bertaaruf dengan bangsa lain. Ramai kita mengenali bangsa-bangsa yang berada di sekeliling kita. Akan tetapi kita menghadapi sedikit kesukaran untuk mengenali bangsa yang tiada di persekitaran kita, atau barangkali agak sinonim dengan permusuhan dengan kita walaupun bukan semua mereka begitu.

Apa kata kali ini kita mengenali sedikit etika Rabbi Yahudi sebagai pengetahuan tambahan kita bersama. Berkebetulan saya sedang membuat sedikit kajian mengenai industri pemakananan kosher, elok juga saya kongsikan beberapa etika Rabbi mereka di sini. Sekurang-kurangnya kita boleh membuat sedikit perbandingan dengan diri kita sendiri, dan mana tahu suatu hari nanti kita perlu berurusan dengan orang Yahudi yang baik, maka pengenalan ini adalah penting supaya wujudnya sikap hormat-menghormati antara kedua-dua pihak.

Rabbi (biasanya disebut rabai) secara literalnya bermaksud guru. Di dalam budaya masyarakat Islam, gelaran yang setara dengan Rabbi ialah Ustaz. Rabbi biasanya merujuk kepada orang Yahudi yang kuat berpegang kepada ajaran Judaism Orthodox. Justeru bukan semua orang Yahudi, terutamanya yang sekular mengamalkan etika di bawah ini.

Sabbath


Hidangan Ketika Menyambut Sabbath

Shabbos atau Sabbath, ialah hari hujung minggu bagi orang Yahudi. Ianya bermula ketika terbitnya matahari Jumaat sehinggalah terbitnya tiga bintang pada Sabtu Malam. Secara tradisionalnya, orang Yahudi akan menyambut Sabbath lebih kurang 18 minit sebelum ketibaannya.

Waktu ini ialah waktu yang penting bagi penganut Yahudi. Biasanya mereka akan berkumpul bersama ahli keluarga dan menunaikan sembahayang mereka. Pada hari tersebut, mereka dilarang sama sekali daripada bekerja. Ini termasuklah urusan kerja yang kecil seperti memandu, menelefon dan membuka suis lampu. Kerana itulah mereka akan cuba menyelesaikan kerja mereka menjelang petang Jumaat.

Yom Tov


Yom Tov secara literal bermaksud hari perayaan yang baik (good day). Ianya ditentukan menurut kalender Yahudi yang berasaskan sistem lunar. Kebiasaannya pantang larang ketika hari Sabbath digunapakai ketika Yom Tov, terutamanya larangan bekerja. Antara Yom Tov ialah:

Rosh ha’Shanah (dua hari) – Tahun Baru Yahudi

Yom Kippor – Hari Penebusan (atonement)

Sukkos dan Shmini – Pesta Tabernacles

Pesach – Passover

Sh’vuos – Feast of Weeks

Sembahyang

Orang Yahudi bersembahyang tiga kali sehari semasa hari bekerja (selain hari Sabbath). Sekali di waktu awal pagi, kemudian di waktu tengahari dan terakhir sekali di waktu malam.

Synagogue

Tempat perkumpulan untuk bersembahyang bagi penganut agama Yahudi dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai synagogue. Mereka menyebutnya sebagai beyt t’fila. Akan tetapi orang Yahudi ortodoks sebenarnya tidak menggemari penggunaan perkataan synagogue, sebaliknya mereka lebih suka menggunakan perkataan ‘shul’ merujuk kepada beyt t’fila mereka.

Berjabat Tangan

Amalan berjabat tangan adalah kebiasaan orang Yahudi. Akan tetapi sama seperti orang Islam, mereka dilarang sama sekali daripada bersalaman dengan yang berlainan jantina.

Percampuran Lelaki dan Perempuan

Orang Yahudi amat pantang untuk hidup bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa hubungan kekeluargaan. Di dalam pejabat, mereka akan meminta supaya diasingkan tempat duduk dan meja antara lelaki dan perempuan.

Janggut dan Sidelock

Orang lelaki Yahudi berdasarkan sumber biblical utama dilarang daripada mencukur janggut. Justeru ramai yang menyimpan rambut panjang. Selain itu, sebahagian menyimpan sidelock atau sideburn panjang yang dikenali dengan Pay’os dalam bahasa Hebrew.

Yahudi Ortodoks yang tidak pernah mencukur rambut dan sidelock

Yarmulke atau Kippa

Orang lelaki Yahudi biasanya akan memakai kopiah kecil di ubun-ubun kepala mereka. Ianya dipanggil Yarmulke atau Kippa. Secara hokum, ianya wajib dipakai sentiasa. Menanggalkannya dianggap sesuatu yang tidak elok di dalam masyarakat Yahudi.

Kebiasaannya, variasi kippa adalah berdasarkan anutan mazhab, status keagamaan dan sokongan pemakainya. Contoh kippa di atas ialah Yahudi yang menyokong Zionisme.

Tzitzis

Tzitzis bermaksud ‘tassels’. Mengikut ajaran biblical, sekiranya seseorang lelaki Yahudi memakai pakaian yang mempunyai empat penjuru, setiap penjuru tersebut perlu diletakkan dengan tassel khas. Kadang-kadang mereka menyembunyikan tassel ini di belah dalam kot mereka.

Konspirasi Dunia - Wikileaks?


Wiki leaks merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi bagi kita semua dewasa ini. Pertama kali ketika saya mendengar mengenai pendedahan ini dilakukan saya tersenyum sendirian sambil berbisik "Ia semakin hampir". Ia menjadi isu hangat yang sering diperkatakan di seluruh dunia kerana kebocoran maklumat sulit Amerika.

Cuba kita fikirkan kehebatan sistem keselamatan Amerika? Sudah pasti anda akan menyatakan "Amerika adalah negara yang hebat dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang moden dan canggih". Tetapi mengapa perkara-perkara yang remeh temeh ini turut berlaku.

Kebocoran sistem maklumat sulit Amerika?

Mari kita samakan dengan Kejadian 9/11, bagaimana pengganas dapat memasuki ruang udara pentagon sedangkan ia di awasi oleh sistem surveillance yang hebat dan yang terunggul di dalam dunia. Tetapi masih dikecam dengan serangan pengganas?

Mengapa Amerika diserang pengganas?

Hipotesis awal saya menyatakan bahawa wujudnya konspirasi dan persedian mereka dalam melakukan ritual pada tahun 2012 yang akan datang. Mereka akan meruntuhkan ekonomi dunia dengan menghancur ekonomi Amerika. Kemudian mereka akan mewujudkan kekacauan dan menukar ekonomi dunia ke israel.

Jika riba` mata wang, kewujudan wang elektronik dan ekonomi dunia telah mereka pegang maka, apakah yang tinggal untuk kita semua? kemiskinan dan kemudaratan. Bijak mereka dalam mengatur persiapkan bagi menyambut The False Messiah.

Apa pun yang mungkin akan berlaku sama-samalah kita mempersiapkan diri dalam menuju kepada pengakhiran.

Mulakan dengan menyimpan dinar dan dirham kerana mungkin ia berguna di masa hadapan. Wallahualam..

Konspirasi Dunia - Dunia Harry Potter


Dalam sekuel filem ke tujuh yang juga merupakan siri penamat kepada pengembaraan ahli sihir remaja ini, Harry Potter terpaksa berdepan dengan cabaran terbaru apabila dia harus mengumpulkan kesemua Horcrux yang mengandungi nyawa Lord Voldermort...
untuk mengetahui lebih lanjut sila klik disini

Kredit to MacJay. net

Teknologi - Iklan 63336, Illluminiti Servis?


Sewaktu melihat sedutan-sedutan video iklan di YouTube, saya tertarik dengan sebuah iklan yang bertajuk 63336. Nombor “63336” mewakili?. Iklan yang sangat pelik. Di sini saya kongsikan bersama iklan di you tube yang telah saya tonton mengenai "63336"


Saya tertarik untuk mencuba. Dengan cos yang dikenakan sebanyak 1 pound. Maka inilah hasilnya.


*Iklan ini hanya untuk penggunaan di sekitar UK sahaja, manakala di Malaysia saya kurang pasti. - seigneur-

Teknologi - Apa Kata "Encik Google" tentang Israel?

|"Encik Google" dari United Kingdom|

|"Encik Google" dari Malaysia|

|"Encik Google" dari Brunei|

|"Encik Google" dari India|

|"Encik Google" dari Indonesia|

|"Encik Google" dari Australia|

Jika tidak percaya anda boleh cuba sendiri

Wake Up Project - Armageddon bhg. akhir


SIAPAKAH IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAR

1. Al Mahdi Al Muntazar(lelaki yang dinanti/ ditunggu-tunggu) akan kemunculannya adalah seorang lelaki muda dari kaum Muslimin yang berasal dari keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

2. Beliau dari keturunan sayydatina Fatimah Binti Rasulullah s.a.w.

3. Namanya Muhammad Bin Abdullah – jadi namanya menyerupai nama baginda s.a.w.

4. Al Mahdi bukanlah seperti yang diduga oleh kaum Syiah ar Rafidhah yang mengharap kemunculannya dari negeri Sardeb (area Samarra) kerana Al Mahdi seperti ini tiada faktanya dan tiada nas-nas hadis Nabi SAW yang menerangkannya.

5. Kaum Syiah ini mendakwa bahawa Al Mahdi namanya ialah Muhammad Ibn Al Hassan Al Askari, akan memasuki Sardeb ketika berusia 5 tahun.

6. Mereka sentiasa menunggu kehadirannya dari Sardeb sedangkan Al Mahdi seperti yang mereka dakwa itu sekali-kali tidak akan keluar dari Sardeb|Sila rujuk kitab-kitab Nihayah tarikh Ibnu Kathir, Al Fitan Wal Malahim, mengenai perihal berita AL Mahdi juz: 1|

CIRI CIRI IMAM AL MAHDI

Berdasarkan hadis-hadis Baginda s.a.w telah disebutkan bahawa Al Mahdi atau Muhammad Ibn Abdullah yang akan muncul itu berhidung panjang, mancung dan runcing(mempunyai bentuk wajah yang cantik), berkening luas, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseimbangan

Sebelumnya dunia dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan – seperti yang dapat kita lihat hari ini, penindasan dan peperangan terhadap umat islam yang berlaku di mana-mana serata dunia dan berleluasa.

Beliau akan memerintah dunia selama 7 tahun atau 8 tahun atau paling lama 9 tahun setelah turunnya Isa Al Masih AS, sebelum berlakunya hari kiamat. Sepanjang pemerintahannya manusia hidup dalam kedamaian dan keadilan yang tidak pernah dirasai selepas kewafatan Baginda Rasullullah s.a.w

”Sesungguhnya bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan kesemenaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang lelaki yang berasal dari keturunanku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku(Muhammad Ibn Abdullah). Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu dengan kezaliman dan kesemena-menaan (penindasan). Diwaktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman. Maka kamu akan hidup bersamanya selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” |hadis ini adalah sahih riwayat dr Tibrani, Bazzar dan Abu Naim. Imam As Sayuti telah menunjukkan akan kesahihannya di dalam Al Jami’. Disahihkan oleh Al Albani dlm As Silsilah As Sahihah , no: 1529|
”Al Mahdi berasal dari keturunanku ahli bait yang akan diislahkan oleh Allah SWT dalam satu malam” |hadis ini hadis sahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah di dalam sunannya dari sayyidina Ali RA. Ia disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komennya di dalam Musnad Ahmad. Ia juga disahihkan oleh Al Albani di dalam As sahihah – no 2371|
Terdapat DUA tafsiran mengenai iSLAH

1.Bahawa sebelum menjadi Al Mahdi beliau mempunyai beberapa kekurangan kecil, kemudian Allah s.w.t mengampuni dosa-dosanya, menunjukinya dan menurunkan ilham-ilhamnya.

2. Bahawa Allah SWT memberinya persiapan untuk menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin yang mukminin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan – peperangan akhir zaman.|Tafsiran mengikut kitab Fitan Wal Malahim mengenai Berita Al Mahdi, oleh Ibnu Kathir juz :1|

”Al Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah” |Hadis Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim dari Ummu Salamah. Imam Sayuti menunjukkan kesahihannya di dalam Al Jami’|

” Bahawa akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya |Diriwayatkan oleh Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad, dan oleh Muslim dalam Sahih Muslim dari hadis Jabir bin abdullah dan Abu Said Al Khudri|
Kemunculan Imam Mahdi bukanlah berasal dari usahanya,(Muhammad Bin Abdullah) dan bukan juga atas permintaannya. Bahkan beliau sendiri sama sekali tidak tahu bahawa Allah SWT akan mengislahkannya dalam masa satu malam dan bahawa Allah s.w.t akan mempersiapkan baginya satu kaum yang jumlahnya sedikit dan tidak mempunyai persiapan dan kekuatan, kemudian mereka akan membai`ahkan beliau di Kaabah, sedangkan beliau(Imam Mahdi) Tidak menyukai bai`ah itu.

Kedatangan Imam Mahdi di akhir zaman adalah satu perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t, yang telah tertulis di Luh Mahfuz yang tidak dapat tidak akan muncul juga satu hari nanti – hanya masa dan ketika nya sahaja yang tidak diketahui oleh sekalian makhluk hanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah s.w.t sahaja.

Jadi kedatangannya sama seperti kedatangan Al Masih Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam a.s, keluarnya Ya’juj dan Ma’juj serta sisa tanda-tandanya hari kiamat.

Oleh sebab itu, mempercayai dan meyakini akan kedatangan Imam Mahdi ini adalah hukumnya wajib bagi seluruh umat Islam, dalam syariat dan iktikad bagi setiap mukmin. Ini kerana hadis-hadis yg menerangkan tentang Al Mahdi adalah mencapai tingkat Mutawatir – bermakna menurut hampir semua ulamak tafsir Hadis, hadis Mutawatir menunujukkan ilmu yang Qat’I, yang tidak dapat diragui dan digugat, mengetahuinya adalah wajib, mengamalkannya adalah fardhu dan mengingkarinya adalah haram dan kufur.

Sekian.

Wake Up Project - Armageddon bhg. 1

Apakah perang Armageddon?

Satu peristiwa besar dan perang kehancuran:

1. Pertemuan strategi perang raksasa yang sudah terlalu hampir waktu berlakunya.

2. Perang persekutuan-internasional yang akan tercetus dan sentiasa ditunggu- tunggu oleh seluruh umat manusia dari dahulu lagi.

3. Perang politik dan agama.

4. Peperangan besar-besaran dan banyak pihak yang terlibat serta akan membawa kehancuran maksimum kepada sebahagian dunia.

5. Peperangan yang paing besar dan dahsyat di dalam lakaran sejarah ketamadunan hidup manusia.

6. Perang yang dimulai dengan perdamaian tetapi ianya PALSU sehingga semua penduduk dunia menyangka dan mengatakan bahawa kita akan hidup aman damai dengan termeterinya beberapa perjanjian damai. Kemudia ia akan di cabuli oleh musuh-musuh yang benci terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah swt.

Asal perkataan Armageddon:

1. Perkataan Armageddon berasal dari bahasa Ibrani dan terdiri dari dua suku patah perkataan: “Ar” – gunung atau bukit.

2. “Mageddo” – nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan sebuah dataran yang akan menjadi medan pertempuran bagi peperangan akhir ini. Ia membentang dari dataran Mageddo di utara smpai ke Edom yang terletak di Selatan. Jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang mana jaraknya 100 batu.

3. Para ahli pengkaji peperangan akhir ini, berpendapat bahawa kawasan ini merupakan tempat yang sangat strategik, setiap panglima tentera/ angkatan yang dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan yang di lakukan oleh musuh mereka.

4. Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab (yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, zabur, injil yang lama) dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini. Ahli kitab ini adalah golongan yahudi dan nasrani yang beramal dengan kitab asal.

5. Nabi Muhammad SAW ada bersabda:
” sampaikanlah ajaran-ajaranku walaupun itu hanya satu ayat , dan berbicaralah dr ajaran bani Israil (Yahudi) dan aku tiada halangan ”|sahih al Bukhari bab 6 Ms. 3461 dari Abdullah Ibnu Umar RA. |
6. Tetapi haruslah dengan bersyarat, dimana kita tidak dibenarkan mengambil ia secara membuta tuli tetapi haruslah merujuk kepada yang haq iaitu, Al Quran nul Qarim.
“apabila ada ahli kitab yang berbicara (mengenai agama) maka janganlah kamu membenarkan dan jangan pula kamu mendustakan ia”|Sahih Bukhari diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a|
7. Hadith diatas menerangkan bahawa, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan agar kita menyelidiki apa sahaja berita atau cerita yang disampaikan oleh para ahli kitab dan jangan mempercayainya tanpa menyelidiki hakikat kebenarannya serta kita juga tidak boleh menolak berita atau cerita mereka tanpa usul periksa.

PERKATAAN ARMAGEDDON OLEH PENULIS BUKAN ISLAM YANG MEMPERCAYAINYA

1. Di dalam kitab Wahyu (revealation – 16:16) ” dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekelian tentera dunia disebuah tempat bernama Armageddon |Injil: Ms. 388 – terbitan darul Thaqafah, Mesir|

2. Didalam buku ” Dimensi agama dlm Politik Amerika Syarikat di sebut bahawa Tujuh orag pemimipin AS mempercayai akan tercetusnya perang Armageddon |Buku janji yang benar dan janji yang dusta Ms .31|

3. Presiden AS yang lalu, Ronald Reagen berkata : ” Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yang akan melihat Armageddon” |buku ramalan dan politik Ms.66|

4. ”Segala sesuatu pasti akan berakhir di dalam beberapa tahun. Akan terjadi perang dunia yang paling besar. Ia adalah perang armageddon atau dataran mageddo”|Buku Drama berakhirnya zaman – Oral Robertus, buku Akhir bola dunia yang paling besar – Hall Lindus|

5. Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan dapat mencapai perdamaian. Akan tetapi saya percaya bahawa perang Armageddon akan berkecamuk di lembah Mageddo. |Buku janji yang benar dan janji yang dusta Ms. 62/ buku ramalan dan politik Ms. 37|

6. Seorag penulis Amerika yag bernama Greys Halsl berkata : Kita sebaga orang-orang Kristian percaya bahawa sejarah manusia akan berakhir dengan sebuah peperangan yang di sebut sebagai Armageddon dan peperangan ini akan menyaksikan kembalinya Isa Al Masih yang akan memerintah orang-orang yang hidup dan org yang mati dengan saksama |Ramalan dan politik Ms.19|


Kaum Muslimin dan Armageddon


Terdapat ramai di kalangan org Islam sendiri yang masih tidak mengetahui mengenai apa itu Perang Armageddon – bahkan ada yang mengatakan perkataan itu hanya berada di dalam lakaran sejarah filem Hollywood lakonan Bruce Willis dan Ben Affleck. Tetapi secara realitinya Hollywood yang didokong oleh tentera dajjal Laknatullah sememangnya ingin memesongkan fakta mengenai Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka sendiri telah sedia mengkaji mengenai peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.Hadith Nabi Muhammad s.a.w, yang membicarakan mengenai peperangan ini:
”kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang yang banyak, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki Rom. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut, kemudian tentera Rom mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera, dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera” |Hadith sahih riwayat Imam Ahmad,Imam Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar RA.Disahihkan oleh Tafsir Al Albani dalam mentahkik hadis misyqat, Ms. 5424 dan kitab sahih al Jami’ dan ia mempunyai berapa riwayat.|
Hadith di atas dengan jelas menerangkan bahawa di sana terdapat dua buah peperangan yang bakal terjadi:

Perang dunia Armageddon yang telah banyak diketahui oleh semua pihak.

Peperangan-peperangan, di dalam sesetengah hadith di sebut Peperangan terbesar (Malhamah al Kubra). Peperangan ini tidak diketahui ramai kecuali oleh sebahagian orang, pihak-pihak yang berperang di dalam pertempuran ini adalah kaum muslimin, menghadapi tentangan dari Rom(Eropah dan Amerika) setelah berlakunya perang Armageddon di mana pada awalnya muslimin bersekutu dengan mereka tetapi akhirnya Rom mengkhianati kita di dalam perang tersebut.

Makanya, perang Armageddon adalah peristiwa pertama yang kita nantikan sebagai permulaan dari huru hara di akhir zaman, sebagaimana yang akan diterangkan di dalam artikel yang seterusnya iaitu Imam Mahdi al Muntazar. Perang tersebut juga adalah perang penghancuran dan nuklear yang akan memusnahkan sebahagian besar senjata stategik, yang tinggal selepas itu hanyalah senjata tradisional berupa panah, pedang dan kuda yang akan diguna pakai di dalam peperangan selepas Armageddon(khasnya oleh tentera Al Mahdi nanti).

EnsyaAllah saya akan sambungkan tentang siapakah dia yang dinamakan dengan imam Mahdi al Muntazar.

Wake Up Project - Ciri-Ciri Pemimpin Islam

Pemimpin yang bercirikan kepimpinan Islam merupakan pemimpin yang bakal merubah dan melakar satu inisiatif yang jitu ke arah melahirkan masyarakat yang berwibawa yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kewajipan melantik pemimpin yang sedemikian adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah, ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah yang mentadbir urusan kehidupan yang berlandaskan petunjuk yang sebenar dan hakiki.

Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang yang akan mewujudkan kezaliman, penindasan dan segala macam maksiat yang berleluasa tanpa sebarang sekatan lagi.

Maka tidak hairanlah, Islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para pemimpin yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama Allah daripada terus dicemari. Justeru itu, islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini, antaranya:

1. Islam - Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana Islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat Islam;

2. Adil - Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat Islam, ekoran betapa pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak di muka buminya ini. Sebagiman syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam;

3. Ilmu - Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian.Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4. Melaksanakan hukum Allah.

5. Tidak berlaku zalim.

Ada dinyatakan oleh Al-Imam Hasan Al-Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam dengan katanya,
"Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman, dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi; dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya;..dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnaya – menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-sekali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustada’fin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang-orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
Beginilah sahsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini. Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah diatas bumi ini.

Sebagai renungan untuk kita semua, kewajipan menegakkan hukum Allah di muka bumi Allah s.w.t. ini adalah satu kewajipan yang mesti dipikul oleh semua umat Islam. Maka, marilah kita sama-sama bangun dari tidur yang lena di atas tilam ’momokan pembohongan’ yang diwar-warkan oleh mereka yang bertopengkan Islam. Islam mesti ditegakkan di bumi Allah s.w.t. ini. Bersama-samalah kita tekadkan azam dalam menegakkan Islam yang suci ini di muka bumi Allah s.w.t. sebagai satu ad-deen yang syumul, Allahhu Akbar!

Hizb Bahr susunan al-Imam Abu Hassan asy-Syazili


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang Maha Santun, Engkaulah Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik Pencukup adalah yang mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Kami mohon kepadamu Al-'ishmah (tersuci daripada kesalahan) dalam gerak dan diam, dan dalam bertutur kata dan berkemahuan, dan dari lintasan hati yang disebabkan wasangka, dan dari ragu dan waham (khayalan) yang menjadikan hati tertutup daripada mentelaah perkara-perkara yang ghaib. Di situlah orang-orang Mukmin diuji, dan mereka digoncang dengan goncangan yang keras.

'Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang yang dalam hatinya ada penyakit berkata: "Allah dan Rasulnya tidak menjanjikan pada kita kecuali tipuan."|Qs. Al Ahzab: 11-12|

Maka teguhkan dan tolonglah kami dan tundukkan samudera ini sebagaimana Engkau telah menundukkan laut kepada Musa, dan sebagaimana Engkau telah menundukkan api kepada Ibrahim, dan Engkau menundukkan bukit-bukit dan besi kepada Daud, dan Engkau tundukkan angin dan syaitan serta jin kepada Sulaiman, dan tundukkan kami segala samudera, yang mana kesemuanya itu adalah milikMu baik yang ada di bumi mahupun di langit dan segala kekuasaan di laut dunia mahupun laut akhirat, dan tundukkan untuk kami segala sesuatu, wahai yang di tanganNya kekuasaan segala sesuatu.

Kaaf, Haa, Yaa, 'Ain, Sod (3x)

Tolonglah kami kerana Engkau sebaik-baik Penolong, dan bukalah untuk kami, kerana Engkau adalah sebaik-baik Pembuka, dan ampunilah kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi Ampunan, dan kasihanilah kami, kerana Engkau sebaik-baik yang mengasihi, dan berilah rezeki kepada kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki, dan berilah petunjuk dan selamatkan kami dan anugerahilah kami dengan hembusan angin yang baik sebagaimana yang ada dalam ilmuMu, dan sebarkanlah atas kami khazanah-khazanah rahmatMu dan angkatlah kami dengan pengangkatan kemuliaan bersama keselamatan dan afiat dalam agama, baik di dunia mahupun di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Wahai Allah, mudahkanlah bagi kami segala urusan kami hingga hati kami dapat beristirehat, begitu juga halnya jasad kami dan kami mohon kemudahan berkenaan dengan afiat di dalam dunia dan agama. Berlakulah terhadap kami sebagai kawan dalam safar (perkelanaan) dan sebagai khalifah dalam keluarga, dan robahlah wajah musuh-musuh kami dan bekukan mereka di tempatnya masing-masing agar tidak dapat mendatangi tempat kami.

'Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami hapuskan penglihatan mata mereka, lalu mereka berlumba-lumba menuju ke jalan tapi bagaimana mereka dapat melihat?

Dan kalau Kami menghendaki. Kami robah bentuk mereka di tempat mereka berada, maka tiadalah mereka maju dan tioada mereka dapat kembali.'|Qs. Yasin: 66-67|

'Yaa Siin. Demi Al-Quran yang penuh hikmah. Sungguh engkau adalah seorang Rasul... Dari para Rasul atas jalan yang lurus-lempang (sebagai wahyu). Yang diturunkan oleh yang Maha Perkasa, yang Maha Penyayang. Agar engkau peringatkan suatu kaum yang bapak-bapak mereka belum mendapat peringatan. Kerana itu mereka lalai, sungguh ketentuan (Tuhan) telah berlaku atas kebanyakan mereka kerana mereka tidak beriman. Sungguh telah Kami pasang belenggu di lehernya sampai dagunya, lalu mereka termengadah. Dan Kami adakan di antara tangan-tangan mereka (di hadapan) bendungan dan di belakang mereka bendungan (pula) dan Kami tutup pandangan mereka sehingga tidak dapat melihat.'|Qs. Yasin:1-9|

Seburuknya wajah-wajah (3 x)

'Dan sekalian wajah tunduk merendah demi untuk Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri sendiri, sungguh tiada harapan bagi siapa yang memikul kezaliman.'|Qs. Thaha:111|

Thaa Siin. Haa Miim. 'Ain, Siin, Qaaf

'Ia alirkan kedua lautan itu, antara keduanya ada sempadan, masing-masing tiada berlawanan'|Qs. Ar-Rahman: 19-20|

Haa Miim (7x)

Haa Miim. Persoalan itu sudah ditetapkan dan kemenangan telah tiba, maka mereka atas kami takkan dimenangkan.

'Haa Miim. Turunnya kitab (Al-Quran ini) dari Allah yang Maha Perkasa, yang Maha mengetahui. Yang Maha Mengampuni dosa, dan Menerima Taubat lagi amat keras hukumNya dan besar kekuasaanNya, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya tujuan kembali."|Qs. Al-Mukmin : 1-3|

Bismillah pintu bagi kami;

Tabaroka dinding perisai kami;

Yaa Siin atap menaungi kami;

Kaaf Haa Yaa 'Ain Sod pencukup keperluan kami;

Haa Miim, 'Ain Siin Qaaf penjagaan diri kami.

Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (3x)

Tabir penutup Arash dilabuhkan atas kami;

Dan mata pengawasan Allah melihat pada kami;

Dengan daya Allah kami tak terkalahkan.

'Dan Allah mengepung mereka dari belakang. Bahkan itu adalah Al-Quran yang mulia... Yang termaktub dalam Loh Mahfudz'|Qs. Al-Buruj: 20-22|

'Allah adalah sebaik-baik pemelihara. Dia Maha Penyayang dari orang-orang yang paling penyayang.' (3x)|Qs. Yusuf:64|

'Sungguh pelindungku adalah Allah yang menurunkan kitab (Al-Quran). Dia melindungi para orang salih.' (3x)|Qs. Al-A'raf :196|

'Allah cukup bagiku, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dialah Tuhan pemilik Arash yang Agung' (3x)|At-Taubah:129|

Dengan nama Allah, yang bersama namaNya tiadalah sesuatu akan membawa malapetaka baik di bumi mahupun di langit dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui... (3x)

Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung... (3x)

Wake Up Project

Berikut buku conteng saya untuk dikongsikan kepada yang lain di awal kajian saya berkenaan dengan pertubuhan rahsia dan konspirasi di dalam kehidupan harian kita.

Saya melihat pada lambang swastika dan makna disebalik lambang tersebut, jika kita perasan lambang ini turut digunakan di dalam agama hindu, Secara metaforanya saya mengambil contoh seperti chemstrail dan bagaimana mereka bekerja serta kelihatan, Apa yang kita ketahui Chemstrail ini boleh mendatangkan penyakit barah tetapi ia tetap digunakan dan kita semua tidak berapa mengendahkan kewujudan ia. Begitulah kehidupan “mereka” walaupun sebenarnya perlakuan mereka merupakan perkara yang merosakan tetapi di mata masyarakat umum ia bukan suatu yang membimbangkan, mereka berjaya melakukan sedemikian rupa kerana mereka menggunakan pelbagai elemen antaranya menggunakan penyampaian mesej di bawah sedar dengan menggunakan permainan hiburan dan tayangan gambar.

Saya juga cuba mengkaji hasil kerja Jordan Maxwell, dan saya menjumpai maksud sebenar logo seperti Sheel, Exxon, Chevron dan banyak lagi simbol yang tersembunyi seperti kotak berkembar freemanson, Saya juga memerhatikan kehidupan dibawah ideologi nasionalis yang radikal dan dan campur tangan politik, Di lakaran itu juga saya mempamerkan pemerhatian terhadap keluarga Rothchild dan makna disebalik pendominasian ekonomi yang dilakukan serta impaknya pada kita selama ini..

"People will always, financially, and in any other way, people will always support what they want to hear" |Jordan Maxwell|


Saya juga membuat lakaran bagi menerangkan dokumen flash saya yang agak menghiburkan, saya dapat merasakan seolah-olah diri saya adalah orang lain yang telah mengambil alih komputer dan menulis kembali taklimat dokumen flash saya secara rahsia dan penuh korupsi, saya juga melihat dan merujuk kepada beberapa laman sesawang yang lain seperti:

francoischer.ch

alisonz.com

aliceinchains.com


Saya cuba menerangkan dengan menggunakan cara seperti yang dilakukan di dalam dokuman F.B.I/C.I.A , saya juga cuba mencari idea bagaimana untuk menyampaikan kajian saya kepada masyarakat umum, saya melihat buku carian saya dan akhirnya saya menemukan cara dengan menggunakan logo, seperti yang di lakukan oleh “mereka”, seperti logo Mason untuk menutupi sesuatu agenda dan contoh corak klasik Louis Vuitton yang mana di dalamnya terdapat kesemua perkara yang ingin saya gunakan untuk disampaikan seperti NWO tanpa dicetak di akhbar.

Cotengan seterusnya dengan memperlihatkan simbol-simbol mason dan bagaimana mereka gunakan ia di dalam kehidupan sehari-hari dan di dalam penguasaan perniagaan di serata dunia dengan menggantikan suatu perkara yang lain kepada perkara yang lain tetapi membawa maksud yang serupa. Sebagai contoh di dalam bahasa Hebrew “V” mewakili nombor 6 dan Syarikat Volkswagen menggunakan double V (VV) yang dengan maksud lain adalah W, tetapi dua V yang digabungkan boleh di jadikan tiga V yang denga lain membawa maksud 666!

Melihat kehidupan sehari-hari mengenai simbol dan logo yang tersembunyi, ini juga melambangkan gambaran Masonic. Seperti biasa beberapa buah video animasi menerangkan mengenai perkara ini.

Saya juga mengkaji pergerakan sulit freemason dan juga rahsia di sebalik cara ahli mereka berjabat tangan, saya memperlihatkan ilustrasi “entered apprentice” seperti “the pass grip and the master mason grip”, “strong grip”, “lions paw”. Bagi menguatkan lagi bukti dan pernyataan saya, cuba anda perhatikan bagaimana “the elite” bersalaman, atau penyanyi rap seperti Jay-Z dan Kanye West, Pada mulanya ada suatu perkara yang membuatkan saya hairan apabila mereka mengelarkan cara mereka bersalaman dengan gelaran “diamond” setelah diperamati barulah saya ketahui ianya adalah simbolik kepada bentuk pyramid (all seeing eye).

Melihat logo dan simbol pada duit kertas amerika dan perkara yang tersembunyi serta maknanya, Malah pembinaan jalan raya di Washington juga mempunyai maksud yang tersembunyi. The checkered floor dan pertubuhan rahsia Skull and Bones.

"We shall have a world government, whether or not we like it. The question is only whether world government will be achieved by consent or by conquest." |James P Warburg|

Jadi di sini bermulanya kajian saya di dalam mencari dan melihat pertubuhan rahsia illuminati serta yang lain, bagaimana mereka bekerja serta siapakah mereka, Saya juga melakarkan beberapa idea animasi yang umum bagi permulaan kajian kepada Orde Dunia Baru dan the elite.

Konspirasi Dunia - Mari Berfikir

Rentetan dari artikel saya yang lalu mengenai CEO Muka Buku(facebook) iaitu Mark Zukerberg. Saya teringat pada topik perbincangan saya bersama-sama teman semasa bekerja di bidang IT mengenai ledakan Facebook beberapa bulan yang lalu. Perbincangan kami menjadi semakin serius dan topiknya menjadi semakin detail, antara topic yang kami perkaitkan mengenai database Facebook mungkin adalah salah satu cara kerajaan Amerika mengutip informasi kerana Facebook sangat lengkap. Seolah-olah seperti kita mengisi borang membuat My Kad di Jabatan Pendaftaran Negara.

|Disebalik Tabir Perancangan Mereka|


|Mereka Menyimpan Semua Maklumat Kita|

Mungkin bagi segelintir individu yang tidak berkepentingan ia tidak mendatangkan apa-apa masalah, Tetapi bagi yang memiliki kedudukan seperti Perdana Menteri, Ahli Sains atau manusia-manusia yang berkepentingan dan boleh mendatangkan ancaman ia adalah satu peluang yang terbaik dalam mengumpul data dan mengkaji kelemahan-kelemahan individu tersebut. Mereka memberi data peribadi tanpa sedar mungkin sekadar menganggap ia jaringan sosial. Jika kita sedar pengisian “borang” pada laman sosial berkenaan tersusun, bermula dari tarikh lahir, alamat. Poskod, tempat kerja dan bermacam-macam lagi dan yang paling utama adalah cabang keluarga dan rakan yang terhampir.

Mengapa saya berani menyatakan sedemikian rupa? Jika kita sedar sehingga ke saat ini mereka tidak menyediakan cara untuk menghapuskan akaun bagi individu-individu yang ingin menutup akaun pada lama sosial ini. Mengapa? Ia suatu perkara yang tidak mereka jelaskan sehingga kini walaupun didalam ruangan term and condition laman sosial itu.

Setelah dipersetujui kami mengambil langkah inisiatif dengan menyebarkan kepada umum mengenai hasil perbincangan secara terang-terangan atau secara tertutup, mungkin selepas itu pembaca atau sesiapa yang terbaca artikel yang telah disebarkan dengan pantas mereka akan terus merubah segala informasinya di dalam akaun facebook, sayang sekali, ia di tukarkan, mereka pasti telah menyedia mekanisma untuk mencatatkan sejarah dari salinan asal kepada setiap perubahan yang berlaku kepada akaun individu, ianya dapat diketahui oleh mereka dan disimpan secara kekal kedalam database mereka untuk rujukan akan datang jika perlu.

Anda tidak yakin dengan pernyataan saya? Cuba anda imbas kembali awal tahun lalu seorang warganegara Malaysia yang memiliki akaun laman sosial facebook ini ditahan oleh PDRM bagi membantu siasatan berkenaan kenyataannya yang membakar gereja, Jika kita lihat mudah sekali dia dikesan dan diberkas.

“ke nak aku baling bom petrol di sana plak?…harga boleh runding…”


Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, jam 10 pagi 10 Januari lalu.

Perbincangan ini tidak habis disini sahaja tetapi kami ajukan kepada yang lebih arif, menurut pakar itu, ledakan ini berlaku apabila ramai individu yang berangapan jika kita tidak mendaftar serta memiliki akaun di laman sosial ini, maka kita adalah golongan yang ketinggalan zaman, saya akan mengulas mengenai FACEBOOK ini dari sudut konspirasi.

Jika kita pernah dengar mengenai term bagi keselamatan ini JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN INFORMASI SEBENAR MENGENAI DIRI ANDA DI ALAM MAYA, disini saya bermaksud bukan untuk melakukan permbohongan tetapi sekadar meletakan maklumat asas. Cukuplah sekadar nama dan umur. Begitu juga apabila mendaftar talian telefon. Mereka tidak akan tahu keaslian data tersebut. Sekali lagi saya bukan mengalakan pembohongan tetapi berbicara mengenai keselamatan individu di alam maya.

Perisikan adalah sebuah pekerjaan bagi mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin, agar dapat digunakan sesuai dengan kepentingan pengunanya, saya juga yakin jika Facebook atau tjaringan laman sosial seperti Friendster, Multiply, Blogspot tidak terlepas juga Mel Eletronik dan banyak lagi. Ia merupakan cara dan idea dari golongan elit dalam menjayakan konpirasi sang mata satu iaitu (The luciferian Conspiration) mereka terlibat dalam mengendalikan laman sosial ini dalam mengumpulkan data-data peribadi dengan lebih mudah dan cepat.

|Dan Brown|

Ada baiknya jika kita berpeluang untuk membaca buku yang bertajuk “The Digital Fortress”, walaupun buku ini kelihatan seperti fiksyen sains, tetapi itulah hakikatnya di masa ini. Sebuah lagi buku yang saya syorkan, bertajuk “The Complex: Bagaimana Tentera Amerika Menyerbu Kehidupan Kita sehari-hari” karya Dr. Nick Turse ataupun jika anda seorang yang malas untuk membaca anda dicadangkan untuk menonton sebuah filem arahan Richard Doner yang bertajuk “The Conspiracy Theory” di mana filem ini mengisahkan Seorang lelaki yang bernama Jerry Fletcher yang jatuh cinta dengan seorang wanita dan hanya mengamatinya dari jauh. Wanita ini berkerja dengan kerajaan. Fletcher pula adalah seorang pengkritik keras kerajaan. Dari teori konspirasi kepada kewujudan makhluk asing sehingga kepada pembunuhan politik, dengan mudah semua teori-teorinya dapat dirungkaikan dengan benar dan tepat oleh beliau. Ini menyebabkan beberapa orang penting di dalam kerajaan ingin dia dibunuh dan dihapuskan begitu juga wanita yang dia cintai turut mengiginkan perkara yang sama terjadi.

|Conspiracy Theory - 1997|

Para pejuang di serata dunia atau aktivis kemanusiaan yang menyedari mengenai hal tersebut dan sedang berperang melawan The New World Order, seeloknya dinasihatkan tidak memiliki Kad Kredit, Debit Kad atau apa-apa pun atas namanya, tidak mengisi ruangan di dalam jaringan sosial di internet dengan informasi yang sebenar, serta menjauhi alat-alat komunikasi yang bersifat kekal seperti nombor telefon dan sebagainya. Dengan kata lain Being Like A Ghost, “Datangnya tidak diketahui dan perginya tidak dicari”

Jika semua itu tidak dapat di lakukan maka para pejuang harus berusaha mengantikan nombor telefon dan bertukar-tukar talian (mungkin bulan ini Celcom bulan depan Maxis bulan lusa Digi) lebih selamat jika digantikan sekali dengan telefon-telefonya dalam waktu yang tidak dirancang agar polarnya sukar dibaca. Jika memiliki jaringan sosial(pastikan informasi yang diisi tidak lengkap) Dicadangkan juga agar kita memasukinya laman sosial itu bukan dari tempat yang sama kerana IP address yang terpamer akan mudah dijejaki, selalulah bertukar-tukar alamat mel eletronik dan sebagainya dalam proses melindungi identity dan keselamatan para pejuang.

Sahabat baik saya pernah menghadiri sebuah pertemuan para risikan, lokasi terpaksa dirahsiakan, tetapi situasinya diceritakan seperti berikut, mereka bertemu di bahagian belakang bangunan utama yang berhampiran dengan kolam renang, sepanjang pertemuan diadakan Televisyen berskala besar di hidupkan walaupun tidak ditonton kerana ia akan menghasilkan bunyi yang bising, semua pancuran air kolam renang dan juga air terjun dibiarkan terpasang, semua telefon cellular dan PDA atau pun Smart Phone dimatikan (bahkan kad sim dan bateri turut di cabut). Semua ini dikatakan sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap pencorobohan maklumat oleh pihak luar. Padahal ruangan tersebut sangat tersembunyi dan kedap suara.

Saya mengeluarkan artikel ini bukan bertujuan dijadikan sebagai fatwa bagi mengharamkan pengunaan Jaringan Sosial, sekadar memberi peringatan dan sedikit panduan tatacara berinteraksi di alam maya agar keselamatan kita terjamin terutama sekali kepada para pejuang sekalian. Kerana itu, kita harus benar-benar fikirkan akan diri kita dan bertanya apakah kita memang benar-benar memerlukan jaringan sosial atau tidak. Kalau sekadar mengikut trend, saya nasihatkan kurangkan kerana risikonya terlalu besar. Dunia yang kita tinggal dan hidup di dalamnya, bukanlah dunia yang memiliki satu warna. Terdapat dunia lain di sekitar kita yang mungkin tidak pernah kita ketahui. Wallahu'alam bishawab.

|Should Us?, Make a good decision for a better life|

Secret Sign - Facebook Insignia ?

|Mark Zukerberg|

Facebook merupakan laman sosial yang sangat digemari kerana keramahan serta pelbagai guna dalam menghubungkan jaringan persahabatan dengan teman-teman di seluruh dunia tidak kira masa dan tika. Facebook di asaskan oleh seorang anak muda yang bernama Mark Zuckerberg, dia juga merupakan CEO facebook. Sekadar mengajak anda untuk melihat lebih dekat siapakan Mark Zuckerberg dan facebook itu sendiri.

|Mark dan jaketnya|

Jika kita selalu mengikuti perkembangan Mark Zuckerberg ini, kita akan dapat melihat beliau sering mengenakan jaket bertudung atau dalam bahasa inggerisnya hoodie. Pada jun yang lalu suatu temuramah diadakan Rancho Palos Verdes, California, disana anak muda ini menyingkap rahsia disebalik jaket yang dipakai olehnya. Ternyata jaket itu menarik perhatian si penemuramah.

|Insignia Facebook di dalam jaket Mark|

Apabila dibuka didapati terdapat simbol berbentuk bulatan berserta anak panah yang menuju enam penjuru arah mata angin. Mungkin ia sekadar kebetulan. Jika kita mencamtumkan titik pusat keenam-enam penjuru arah mata angin kita akan mendapati ia akan membentuk star of david.

|Facebook Insignia|

“Apakah logo ini, apakah kamu mengikuti sebarang ritual penyembahan,” kata penemuramah sambil melihat jaket milik Zuckerberg.|sumber SFWeekly|

Si penemuramah juga menambah bahawa logo yang terdapat di jaket itu mengingatkan dia pada simbol illuminati. Sementara Gawker.com menambah bahawa simbol itu juga mempamerkan wajah iblis Beelzebub pada mitos Yahudi.

|Logo illuminiti|

|Beelzebub dan insignia facebook sama tak?|

|Star Of David|

Seperti yang telah kita semua ketahui Zuckerberg berasal dari keturunan keluarga Yahudi-Amerika, Edward dan Karen Zuckerberg. Ketika belajar di Universiti Havard, Jejaka yang kini berusia 26 tahun menyertai organisasi persaudaraan yahudi iaitu Alpha Epsilon Pi, sebuah organisasi persaudaraan Yahudi. Maklumat lanjut mengenai AEPi klik di sini

|AEPi|


|Mark dan abangnya|

Walaupun begitu, masih belum terdapat bukti-bukti yang cukup kuat terdapat ritual-ritual rahsia yang dilakukan oleh kelompok illuminati, di Facebook.

Menurut Mark Zuckerberg, logo tersebut hanya mengambarkan misi tidak rasmi Facebook, kerana tulisan pada logo itu sama seperti yang selalu ditekankan oleh Zuckerberg. “Facebook, Making the World Open and Connected.”

Jaket ini telah pun memasuki pasaran pada Jun yang lalu di e bay.com dan ianya terhad dengan harga sekitar USD 2.550 atau RM 7.870 sahaja. Selamat bermuka buku(facebook) semua.
Related Posts with Thumbnails