Konspirasi Dunia - Pendominasian Surah Al Baqarah 278-281 bhg. akhir

Selepas kita memahami isu asas riba`, maka kita akan melihat bagaimanakah riba ini menjadi asas kepada sistem ekonomi semasa.

Dalam kita memahami isu riba`, ia tidak lari dari kita memahami mengapa riba` menjadi asas kepada sistem ekonomi pada hari ini. Kepelbagaian ideologi ciptaan manusia pada zaman ini bagi menggantikan cara hidup Islam menunjukkan bahawa ideologi-ideologi ini tidak lain melainkan menjadikan Tuhan hanya sebagai satu bahagian dari kehidupan bukan dalam semua cara hidup.

Salah satu ideologi yang terus subur pada hari ini adalah KAPITALISME.

Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam hukum kapitalis tetap sama.

Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Peneraju utama yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank. Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.

Sebelum kemunculan bank di zaman kapitalisma kaum pedagang emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat muzium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu, emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas/resit jumlah emas yang tersimpan.

Kertas/resit ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berpuluh-puluh.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Maka keyakinan mereka akan bertambah.

Keyakinan yang bertambah ini menjadikan saudagar-saudagar menggunakan resit/kertas ini dalam urusan jual beli di atas keyakinannya bahawa kertas-kertas/ resit-resit itu adalah bernilai sama dengan emas yang disimpan.

Sebagai contoh penggunaan resit ini seperti berikut:

Pak Ali simpan 10 gram emas pada Tuan Kedai Emas, dan Tuan Kedai Emas mengeluarkan suatu kenyataan bertulis bahawa kertas/resit ini mewakili 10 gram emas milik Pak Ali telah disimpan.

Maka Pak Ali pergi ke kedai Pak Abu, ingin membeli barang(contoh kurma atau apa sahaja barang) tetapi Pak Ali tiada emas di tangan, hanya ada sekeping kertas bertulis Mewakili Nilai 10 gram emas.

Pak Ali memberikan kertas tersebut kepada Pak Abu, dan Pak Abu menyerahkan satu bidang karpet kepada Pak Ali.

Jika kita ingat pengertian RIBA`, riba terjadi apabila berlaku dalam urus niaga yang berkaitan emas/perak atau makanan.

Maka setelah urusan jual beli tersebut selesai, Pak Abu perlu pergi ke kedai emas untuk menukarkan kertas/resit kepada nilai emas yang disimpan.

Di sini berlaku penangguhan yang dilakukan oleh Pak Ali terhadap emas miliknya yang sepatutnya Pak Ali perlu membayar dengar emas, tetapi Pak Ali menangguhkan pembayaran dengan menjanjikan sekeping kertas yang boleh ditebus dengan nilai emas yang tertulis di atasnya.

Ini adalah RIBA` yang jelas. Dari sinilah masyarakat dikaburi dan hidup di atas sistem riba dan yang lebih pasti kini umat islam juga tidak terkecuali umat.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Minyak. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Minyak. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Minyak bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai. Inilah asal-usul duit kertas atau bank note. Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal. Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rahsia dengan alasan untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Penipuan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada orang gaji dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini iaitu 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.

Masyarakat umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank!! Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.

Contoh: Ada sebuah bank yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat mereka melakukakan penipuan yang nyata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit. Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan. Ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.

Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini. Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran, amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank ingin mengeluarkan duit maka nescaya huru hara Bank! Kerana hakikatnya di dalam bank itu sendiri tidak tesimpan sejumlah wang yang pelangan simpan di dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland menjadi huru hara apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka, ia merupakan permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka selamat disimpan didalam bank. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka penipuan yang mereka lakukan terdedah. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang melakukan penipuan kini tidak akan dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk penipuan telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik bank ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak keuntungan.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

Sejarah Duit Kertas Zaman Moden

Cuba kita imbas kembali sistem duit kertas ini mula melebar di kalangan negara umat Islam dan mengapa umat Islam berterusan dilihat hidup dalam kehinaan.

Pada tahun 1944, satu perjanjian di Bretton Woods yang diwakili oleh sejumlah 44 buah negara bersetuju menjadikan Dollar Amerika (USD) sebagai matawang antarabangsa menggantikan emas, dan setiap satu USD mewakil 1gram emas yang disimpan di dalam bank di Amerika atau dengan kata lain, setiap satu auns(34 @ 35 gram emas) bernilai 35 USD.

Setiap negara yang mempunyai USD dalam simpanan negara mereka, maka negara tersebut boleh membawa duit USD di negara tersebut ke Amerika, dan boleh ditukarkan dengan emas yang ada.

Syarat ini hanya sah untuk kerajaan, jika rakyat perseorangan ingin menukar USD dengan emas, ini tidak dibenarkan sama sekali.

Maka kita melihat, satu sistem kufar, sistem yang mengisyhtiharkan Perang Terang-terang dengan Allah, mula beroperasi.

Emas yang sepatutnya diniagakan secara tunai tidak lagi dilaksanakan, melainkan ianya ditangguhkan dalam urusan jual beli. Penjual yang sepatutnya mendapat emas, sebaliknya hanya mendapat kertas dan perlu mengambil sendiri emas yang sepatutnya dia dapat dari satu tempat lain.

Mari kita rujuk salah satu hadis yang berkaitan :
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.
Kemudian, pada tahun 1971, Amerika mengisyhtiharkan bahawa US dollar tidak lagi disandarkan dengan nilaian emas, setiap negara yang mempunyai USD tidak lagi boleh menukarkan USD dengan emas.

Maka di sini, kita melihat satu perjanjian yang dibuat dahulu telah dimungkiri, sebilangan besar manusia/negara yang terlibat dalam perjanjian ini telah bulat-bulat ditipu. Maka nilai USD yang ada pada tangan mereka sekarang tiada apa-apa nilai melainkan kertas.

Bermula tahun 1971, nilai kertas terhadap emas semakin meningkat. Sehingga pada hari ini, satu auns (35 gram) bernilai 1280 USD berbanding satu auns pada sebelum 1971 nilainya 35 USD.

Jika seseorang pada tahun 1970 contohnya, dibayar gaji oleh majikannya bergaji RM 900 ringgit(1 USD = RM 3) , maka kita akan dapati nilai emas yang boleh didapati adalah lebih kurang 8.5 auns.

Pada hari ini, seorang amah yang dibayar RM 900, pada hari ini, hanya boleh mendapat sekitar 0.2 atau satu perlima (1/5) auns.

Lihatlah bagaimana manusia dimiskinkan dan ditipu. Nilaian kerja setiap manusia setiap hari dikurangkan sedangkan bebanan kerja yang dihadapi setiap hari ditambah.

Isu Wang kertas boleh disimpulkan dalam 4 perkara tetapi hanya 3 yang akan dijelaskan di sini.

1. Isu Riba dan Hutang.

Ini isu yang sangat jelas apabila kita sudah memahami asas kepada timbulnya wang kertas.

Emas dan Perak tidak boleh diniagakan/ dijual beli secara bertangguh. Maka penangguhan yang dibuat dalam urus niaga emas dan perak menjadikan urusan jual beli tersebut menjadi urusan riba, bukan urusan jual beli.

Kedua-dua pihak yang terlibat, penjual dan pembeli, secara terang mengishtiharkan Perang terhadap Allah dan Rasul.

Selain isu riba, isu hutang juga dikaitkan dengan wang kertas. Apabila seseorang memberikan kertas 10 USD bererti ada nilai sebanyak 10 gram emas di dalam bank.

Bila dia menjadikan kertas 10 USD itu untuk urus niaga, maka 10 USD itu boleh dikatakan sebagai hutang sebanyak 10 gram emas dari pembeli kepada penjual.

Maka urus niaga ini tidak sah. Bahkan apabila kertas ini bertukar-tukar tangan.
Hutang dijadikan bahan niaga.

Ini sesuatu yang jelas melanggar hukum Allah. Kerana hutang, ianya perlu dicatat dan mempunyai saksi, sedangkan urusan perpindahan hutang (kertas) dengan hutang (kertas) ini tidak dicatat langsung semua aturan Allah.

2 . Isu menjadikan ahli kitab sebagai pemegang amanah.

Emas yang kita ada disimpan pada seorang pemegang amanah (bank atau siapa-siapa). Apakah kata-kata Allah, Pencipta Kita terhadap perkara ini? Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.
Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan:Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).|Qs. ali imran: 75|
Dari ayat ini, Allah menjelaskan dari ahli kitab itu, tidak amanah apabila emas kita disimpan dengan mereka.

Berkenaan ayat ini, seorang ulama memberikan penjelasan , Qadi Abu Bakr ibn Al-Arabi di dalam bukunya Ahkamul Quran(hukum-hukum Quran)
”Ia adalah dilarang bagi seseorang muslim untuk memberikan amanah kepada orang kafir di luar Dar Al-Islam(Tanah air/Negara Islam), iaitu ” kecuali engkau selalu menuntutnya”
yang membawa erti ianya dibawah kuasa seorang Muslim yang mempunyai autoriti untuk memaksanya.

Penerangan terhadap keterangan ini ada di dalam ayat itu sendiri
”Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi ”
Yang boleh kita jelaskan, bahawa mereka akan dengan sendiri memungkiri perjanjian yang awal. Disebabkan perkara ini dibuktikan oleh sejarah, maka kita merumuskan bahawa ianya satu perkara yang sangat penting bagi seorang muslim memahaminya.

3. Kehilangan Nilai Wang Kertas.

Jika kita masih ingat, harga seekor kambing pada awal 1990-an, ianya hanya sekitar harga RM 100, tetapi , kini harga seekor kambing bernilai sekitar 600-700 seekor.
Jika kita menyimpan RM 100 dari awal 1990-an, maka jika menggunakannya pada waktu kini, kita tidak berjaya membeli satu bahagian kambing pun.

Begitu juga dengan barangan lain, dan barangan yang paling ketara adalah emas. Proses kehilangan nilai duit kertas ini adalah perompakan secara besar-besaran. Perompakan atau penipuan, dua-dua kita boleh istilahkan kepada sistem kehilangan nilai duit kertas.

Seorang Muslim apatah lagi mukmin, tidak boleh meletakkan dirinya di dalam kebinasaan.

Apatah lagi, meletakkan dirinya sendiri dalam situasi sentiasa ditipu dan dianiaya. Bukankah Nabi pernah menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh terjatuh ke dalam lubang yang sama kali ke dua?(betulkan saya tentang hadis ini)Ingatlah bahawa suatu ketika dahulu peristiwa atau keadaan yang ada pada zaman ini, sudah berlaku tika zaman nabi Syu’aib.

Antara yang Nabi Syuaib a.s dakwahkan, adalah larangan terhadap perangai atau sifat dari kalangan masyarakat yang suka menyebabkan kerugian dan kehilangan nilai harta manusia. Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya;
dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.|Qs. al-a’raf: 85|
Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.|Qs. al-a’raf: 86
| Kisah Nabi Syuaib adalah peringatan yang jelas dari Allah, bahawa antara punca kerosakan bumi adalah penipuan dalam timbangan, dan sifat suka menghilangkan/ merugikan nilai dari dari harta manusia.

Sikap yang ditunjukkan oleh kaum Nabi Syuaib adalah penentangan yang nyata, maka kalian cuba bacakan apakah nasib kaum yang terang-terang memepertahankan sistem itu.

Nasib kita pada hari ini, jika tidak mahu terus berada di dalam kerosakan dan termasuk golongan yang akan dihapuskan Allah, maka berwaspadalah terhadap sistem ekonomi yang ada pada hari ini, fatwa-fatwa ulama berkenaan sistem duit kertas perlu dinilai semula, bahkan ditolak secara terus kerana ianya bertentangan dengan peringatan Allah agar kita menjauhinya.

Fatwa sebilangan kecil ulama di Malaysia yang menghalalkan ASB adalah sangat diragukan dengan alasan ianya untuk maslahah umat islam,sedangkan kaitan ASB dengan riba sangat jelas, sedangkan Allah menghendaki agamaNYA terus lurus, tetapi mereka yang digelar ulama ini, mengambil pendekatan menjauhkan manusia dari agama Allah dan menjadikan agama Allah yang lurus menjadi bengkok.

Kesimpulan Akhir Dari Wang Kertas, Disebabkan majoriti umat Islam dan negara Umat islam menggunakan duit kertas, maka kita melihat kehinaan yang menimpa sebilangan besar umat islam disebabkan kita dengan sendiri Mengistiharkan Perang terhadap Allah, dan kita meninggalkan suruhannya dan mengikut telunjuk manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah dalam urusan kehidupan kita.Jika kita memahami isu duit kertas, maka dari isu ini akan timbul isu perbankan termasuk perbankan islam, takaful, saham, ASB.Jika ada yang mempersoalkan bahawa Ulama sudah berfatwa, maka jawapan pada persoalan ini adalah, ulama bukan Tuhan yang memberikan HUKUM.

Kesilapan terbesar umat islam pada zaman ini apabila seorang yang dikatakan ilmuwan Islam mengeluarkan fatwanya berkaitan duit kertas, Dr Yusuf AlQaradawi dari Fatwa Muasirah beliau:
“WANG KERTAS TELAH MENJADI WANG YANG DIGUNAKAN SELURUH DUNIA. BAGAIMANAKAH INGIN MEMBATALKAN HUKUM RIBA PADANYA SEDANGKAN SEMUA MANUSIA BERMUAMALAT DENGANNYA TIDAK LAGI DENGAN EMAS DAN PERAK ? SESIAPA YANG MEMILIKINYA DIANGGAP KAYA WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS DAN PERAK. DENGAN WANG INI, LELAKI MENJADIKAN MAHAR, DIGUNA DALAM JUAL BELI, SEWA DAN MEMBAYAR DIAT. SEMUA MUAMALAT MELALUI WANG KERTAS SUDAH MENCAPAI TAHAP EMAS DAN PERAK”
Jika seorang yang dikatakan ulama tidak memahami realiti sebenar duit kertas, maka bagaimanakah ummat ini ingin dibawa keluar dari kehinaan? Mereka hanya manusia sama seperti kita, dan keterangan ini saya tidak mengatakan tidak perlu orang yang berautoriti untuk mengulas sesuatu isu, tetapi yang HALAL telah Jelas dan yang HARAM telah jelas, mengapakah hukum-hukum yang jelas ini ingin disamar-samarkan isunya?Ingatlah satu kisah dari alquran yang mana ramai manusia menyuruh Allah agar ditimpakan azab yang berkali ganda kepada golongan yang membawa mereka kepada neraka

Allah berfirman:
Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan.|Qs. al-a`araf: 38-39|
Apakah kita mahu mengikut sikap ahli neraka yang menunjukkan yang ianya kesalahan orang lain apabila kita termasuk dalam kalangan yang tersilap/salah?Rugilah jika kita tidak memahami isu ini dengan jelas.Semoga Allah menunjukkan kepada kita jalan kepada kebaikan dan menjadikan kita cenderung kepada kebaikan dan memberikan kita kekuatan untuk beramal.

Konspirasi Dunia - Pendominasian Surah Al Baqarah 278-281 bhg. 1


Saya mulakan artikel dengan mengambil petikan ayat al quran dari surah al Baqarah 278-281 mengenai riba`:

Hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba)maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu.

Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),maka bagimu pokok hartamu;kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran,

maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan.Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya,sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya.|Qs. Al-Baqarah: 278 - 281|

Mungkin anda pernah terbaca pada artikel-artikel yang lalu mengenai Benedectine Order dan Last Pope serta misi mereka. Kali ini kita akan cuba mengupas mengenai misi mereka mendominasi ayat di atas dan kaitannya dengan riba.

Moga-moga Pengenalan yang ringkas ini dapat memberi gambaran isu riba dalam syariat Islam.
Memahami Riba merupakan asas terpenting dalam kehidupan seorang muslim, kerana isu ini adalah isu besar, jika kita tidak mengetahuinya, bermakna kita cuba meletakkan diri kita dalam mengisyhtiharkan Perang kepada Allah.
Walaupun isu ini sangat penting tetapi tidak diketahui secara betul oleh majoriti umat Islam. Kebanyakan orang mengenali riba hanya sebagai bunga (interest). Sedangkan realitinya riba adalah lebih kompleks. Silap faham ini bukan sahaja kerana silap kiraan tetapi hasil dari pembelajaran dan doktrin palsu yang membawa kepada kejatuhan kuasa politik ummah yakni Khilafah Islamiah dan proses Islamisasi atas pembaharuan yang datang berikutnya.

Riba sangat jauh bertentangan dengan jual beli. Melalui riba, satu pihak akan menindas satu pihak yang lain, sedangkan jual beli memberikan dua-dua pihak keuntungan.

Sebagai permulaan, bagi memahami realiti riba, kita perlu mengetahui takrifan bagi kedua-duanya, mari kita lihat maksud al-bai’ (jual beli) dan riba dalam jual beli.

Dari Kitab Fathul Muin : Albai’(jual beli)

Dari segi bahasa ‘jual beli’ ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut syarak ialah menukar harta dengan harta pada wajah tertentu.

Riba dari segi bahasa bermaksud “ lebihan ”dalam bahasa Arab. Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi, didalam Tafsir “Ahkamul Qur’an” mendefinasikan riba sebagai: setiap lebihan antara nilai barang yang diberi dan nilai yang diterima.

Lebihan ini merujuk kepada dua pekara :

1. setiap lebihan, manfaat hasil dari penambahan yang tidak ketentuan dalam timbangan dan ukuran.

2. setiap lebihan, manfaat dari ketidaktentuan yang datang dari penangguhan.

Jual beli riba ( Bai’ ribawi) : Jual beli riba hanya terjadi pada dua hal :

1. Makanan : spt. gandum, sya’ir, kurma , anggur, garam, beras, jagung , ful

2. Nuqud : Emas dan Perak : Walaupun dalam bentuk bahan seperti perhiasan emas dan perak.

Dua aspek ini membawa ulamak kita mengkategorikan riba kepada dua jenis.

Ibn Rushd berkata: “Fuqahak bersependapat bahawa riba didalam jual beli(perniagaan) ada dua jenis: penangguhan ( nasi’ah ) dan lebihan yang ditetapkan (tafadul)”

Dengan maksud, ada dua jenis riba:

1] Riba al-Fadl (lebihan dalam penambahan )
2] Riba al-Nasiah (lebihan melalui penangguhan)

Riba al-fadl merujuk kepada kuantiti/bilangan/berat.

Riba al-nasiah merujuk kepada masa yakni penangguhan.

1 – RIBA AL-FADL :

Riba al-fadl sangat mudah untuk difahami. Dalam pinjaman, riba al-fadl adalah interest/bunga yang dikenakan sebagai lebihan atas pokok. Tetapi secara umumnya ia bermaksud satu pihak meminta penambahan dari nilai yang diberi.

Satu pihak memberi sesuatu dengan nilai 100 bagi pertukaran sesuatu yang bernilai 110.

Ini termasuk juga yang dilarang apabila dua transaksi jual-beli (aqad) dihubungi dengan satu transaksi (aqad) – dikenali sebagai dua jual-beli dalam satu, dimana satu pihak dikehendaki menjual sesuatu pada satu harga dan menjual semula dengan tempoh tertentu dengan harga yang lebih rendah kepada penjual yang mula tadi. Sebenarnya, ini adalah dalih bagi mendapatkan pinjaman dengan bunga/interest atas nama jual beli. Tidak ada sesiapa pun yang perlukan alasan atau dalih untuk mendapatkan pinjaman terus dari Bank hari ini tetapi Perbankan Islam telah kembali kepada muslihat ini bagi memperdayakan pelanggan mereka dengan menyelewengkan makna “ murabaha “.

Contoh dua jual beli dalam satu :

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar bahawa

Rasullullah s.a.w. melarang dua jual beli dalam satu jual beli.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar bahawa seorang lelaki berkata kepada yang lain,
”Belilah unta ini bagi saya segera supaya saya boleh membeli dia daripada anda secara berhutang.”
Abdullah ibn Umar telah ditanya tentang yang itu dan dia tidak bersetuju dan melarangnya.

Dalam permasalahan kini: Kita meminta Bank membeli rumah untuk kita dari kontraktor secara tunai (satu harga) dan kita akan membeli semula rumah tersebut dengan hutang (satu harga yang lain) dari bank. Ada dua harga yang berlaku disini. Bank hanya akan membeli rumah secara tunai jika kita membelinya semula dengan hutang pada harga yang lain. Jika tidak, jual beli tidak akan berlaku.

Apakah perbezaan antara contoh hadis dan yang sedang dibuat oleh bank-bank yang melabelkan mereka bank Islam atau cawangan islam?

Sesungguhnya, berjayalah mereka yang dapat melihat bagaimana orang islam dilibatkan dalam transaksi riba dan berusaha meninggalkannya.

Contoh Riba al Fadhl:

Penukaran emas dengan emas atau perak dengan perak.

Kitab Al Muwatta’

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said berkata,
"Rasullulah s.a.w, mengarahkan dua Saad untuk menjual becana/bekas yang diperbuat dari salah satu emas atau perak daripada harta rampasan. Mereka sama ada menjual masing-masing tiga unit-unit berat untuk empat unit berat duit syiling atau masing-masing empat unit-unit berat untuk tiga unit berat duit syiling. Rasullulah s.a.w, berkata kepada mereka,‘Kamu telah mengambil riba, jadi kembalikan ia."Penukaran ini melibatkan berat yang tidak sama. Antara becana atau bekas yang diperbuat dengan emas dan perak. Menjualnya dengan tidak setimpal dari segi berat syiling dinar dan dirham adalah riba."
Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Humayd ibn Qays al-Makki yang Mujahid berkata,
“Saya berada bersama Abdullah ibn Umar, dan seorang tukang datang kepadanya dan berkata, ‘Abu Abd ar-Rahman – Saya membentuk emas perhiasan dan kemudian menjual lebih daripada beratnya. Saya mengambil satu jumlah bersamaan kerja tangan saya.’ Abdullah melarang dia melakukan yang demikian , jadi tukang itu mengulangi soalan kepadanya, dan Abdullah terus melarangnya sehingga dia datang ke pintu masjid atau kepada binatang tunggangannya . Kemudian Abdullah ibn Umar berkata, ‘Satu dinar untuk satu dinar, dan satu dirham untuk satu dirham. Tidak boleh menambah antara mereka. Ini merupakan perintah dari Nabi kita untuk kami dan nasihat kami untuk anda.’ "
Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar dari datuknya, Malik ibn Abi Amir yang Uthman ibn Affan menyatakan,
"Rasullulah s.a.w berkata kepada saya, ‘ Jangan kamu jual satu dinar untuk dua dinar atau satu dirham untuk dua dirham"
Apa yang kita faham dari hadis Saidina Uthman bahawa tukaran emas dengan emas dan perak dengan mestilah seimbang. Maknanya bukan menukar 1 dinar syiling emas dengan 1 dinar syiling emas. 1 dinar ialah 1 mithqal iaitu berat emas 4.25 gram tidak kira dalam apa bentuk sekalipun tukarannya mesti sama berat.

Sebab itulah syiling dinar emas mesti dalam bentuk emas 916 kerana barang kemas majoritinya adalah emas 916. Jika 2 dinar emas 999 ditukar dengan barang kemas 916 yang beratnya 8.5 gram, walaupun sama timbangan beratnya dalam tukaran, kualitinya tidak sama maka akan berlaku riba disitu.

Imam Malik berkata:
"Tiada salah dalam membeli emas dengan perak atau perak dengan emas tanpa berukuran jika ianya bukan dalam bentuk syiling atau barang kemas yang telah diperbuat. Syiling dirham dan dinar yang boleh dikira tidak sepatutnya dibeli tanpa pengiraan sehingga mereka dikenali dan terjumlah. Untuk meninggalkan jumlah dan membeli mereka secara rambang akan menjadi jual beli mengagak-agak (spekulatif). Itu bukan sebahagian daripada urus niaga muamalat bagi umat Islam. Apa – apa bahan dari emas dan perak dalam bentuk bukan syiling dan barang kemas, tidak ada salahnya dalam membeli benda-benda sebegitu tanpa berukuran. Untuk membeli mereka tanpa berukuran adalah seperti membeli gandum , kurma kering, dan barang makanan yang lain, yang dijual tanpa berukuran, walaupun benda-benda seperti mereka adalah diukur "
Benda yang jelas perlu dihitung dalam tukaran ialah syiling dirham perak dengan syiling dinar emas. Ini bagi menjelaskan rate tukaran antara syiling dirham dan syiling dinar.

Ini boleh merujuk kepada zakat keatas syiling dirham dan perak.

Kitab Muwatta’

Imam Malik berkata, jika seorang lelaki telah memiliki seratus dan enam puluh dirham dan kadar pertukaran dalam di kotanya ialah lapan dirham untuk satu dinar, beliau tidak perlu membayar apa-apa zakat. Zakat hanya untuk dibayar jika sampai dua puluh dinar emas atau dua ratus dirham.

Contoh yang melibatkan bahan makanan (ingat bahawa jual beli yang melibatkan makanan yang boleh menjerumuskan kepada riba adalah makanan asasi masyarakat spt. gandum, sya’ir, kurma , anggur, garam, beras, jagung , ful) :

Abu Said alKhudri meriwayatkan bahawa Bilal telah membawa kepada Nabi beberapa kurma Barni (jenis kurma) dan apabila beliau (Bilal) ditanya oleh baginda (Nabi) dari manakah beliau mendapatkannya, Beliau menjawab ” Aku mempunyai kurma yang mempunyai kualiti yang rendah ,kemudian aku menukarkan dua Sa’ (bekas) daripadanya untuk satu Sa’ (bekas) yang ini.

Nabi menjawab: Ah, inilah intipati riba. Intipati dari riba. Jangan kamu lakukan demikian, tapi jika kamu mahukan, jualkan kurma dalam transaksi yang berasingan kemudian kamu beli dengan apa yang kamu dapatkan (dari jual beli kurma tadi).

Lebih mudah jika kita menggunakan contoh beras, kerana beras adalah makanan asasi masyarakat nusantara.

Saya adalah tokey beras basmati.

Awak adalah tokey beras Siam.

Jika saya mahu menukarkan beras Basmati dengan beras Siam, maka syaratnya adalah satu kilogram beras Basmati saya ditukar dengan Satu Kilogram beras Siam awak.

Jika saya mempunyai beras basmati, dan saya mahukan beras Siam untuk dimakan, maka saya tidak boleh menjualkan satu kilogram beras Basmati untuk mendapatkan dua kilogram beras Siam dari awak. Ini adalah riba. Walaupun kita tahu bahawa beras Basmati adalah beras kualiti tinggi, dan beras Siam sedikit rendah kualitinya, tetapi inilah syarat jika kita mahu menukarkan makanan yang sama. Iaitu sama berat.

Jika Saya masih mahukan beras Siam dari satu kilogram beras Basmati kepada dua kilogram beras Siam, saya perlu menjual satu kilogram beras Basmati yang ada ditangannya dan mendapatkan dinar (emas) atau dirham (perak) atau barangan lain, kemudian dari barangan yang beliau dapatkan itu, beliau boleh membeli beras Siam yang diinginkannya.

2 – RIBA AN-NASIAH

Memahami Riba al-nasiah adalah lebih halus dan teliti. Lebihan pada masa secara tidak adil yang ditambah dalam transaksi adalah penangguhan yang tidak adil.

Imam Malik berkata, “Tidak elok pertukaran dalam dua untuk satu daripada satu jenis dengan tertangguh . Tiada merosakkan tukaran dalam mengambil dua daripada satu jenis untuk satu daripada satu jenis lagi dengan tertangguh , jika keduanya dengan jelas berbeza jenis. Jika kedua-duanya menyerupai satu sama lain tetapi nama mereka adalah berlainan , seperti plumbum biasa dan plumbum hitam, loyang biasa dan loyang kuning, saya tidak bersetuju mengambil dua daripada satu jenis untuk satu daripada yang lain secara bertangguh .”

Ada ulama` memperincikan riba kepada riba al yad. Iaitu keadaan dimana salah satu penjual atau pembeli meninggalkan majlis aqad sebelum berlaku serah terima

Ini merujuk kepada pemilikan(‘ayn) dan bukan pemilikan/hutang(dayn) sebagai alat pembayaran (emas, perak dan makanan yang digunakan sebagai wang). ‘Ayn ialah barang yang nyata dan selalu dirujuk sebagai tunai(fizikal). Dayn adalah nota janji untuk membayar atau suatu hutang atau apa barang dimana penghantaran atau pembayaran ditangguh.

Menukar(safr) dayn dengan ‘ayn samalah seperti Riba al-nasiah. Menukar dayn dengan dayn juga dilarang. Didalam penukaran hanya ‘ayn dengan ’ayn diizinkan.

Banyak hadis yang menyokong isu ini.

Riwayat Imam Malik :

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar bahwa al-Qasim ibn Muhammad berkata,
"Umar ibn al-Khattab berkata, `Dinar untuk dinar dan dirham untuk dirham dan sa’ untuk sa’. Suatu yang akan diambil kemudian tidak boleh dijual dengan sesuatu yang ada di tangan."
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa Abu’z-Zinad mendengar Sa’id al-Musayyab berkata,
“Riba terdapat hanya dalam emas dan perak atau apapun yang ditimbang dan diukur oleh makanan dan minuman.”
Riba al-nasiah merujuk terutamanya kepada penggunaan dayn dalam petukaran (sarf) barang yang sama jenis. Tetapi larangan ini dilanjutkan dalam jual-beli secara am dimana dayn sebagai matawang sudah melewati batasan kontrak peribadi kepada alat pertukaran (sebagai wang ) yang menggantikan ‘ayn.

Imam Malik, r.a., menunjukan pekara ini didalam ‘Al-Muwatta’:

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.

Zayd ibn Thabit khususnya menyebut riba, resit(dayn)‘ dimana penduduk berjual beli sebelum menerima barang’. Emas, perak atau makanan boleh digunakan sebagai bayaran,tetapi kamu tidak boleh menggunakan nota janji pembayaran. Didalamnya ada penangguhan sebagai tambahan yang tidak dibenarkan. Sekiranya kamu memiliki dayn, kamu haruslah mengambil barang tersebut(‘ayn) dan barulah kamu boleh bertransaksi. Dayn tidak boleh digunakan sebagai matawang.

Secara umumnya, peraturannya ialah kamu tidak boleh menjual sesuatu ada disitu dengan suatu yang tiada. Amalan ini dipanggil Rama’ dan ini adalah Riba. Imam Malik menyambung :

Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari ‘Abdullah ibn Dinar dari ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkata
"Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (fizikal). Jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya, janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ atas kamu. Rama’ ialah riba."
Rama’ adalah amalan biasa dalam pasar kita sekarang ini. Matawang dayn(wang kertas,resit) telah mengantikan matawang ‘ayn(dinar,dirham). Inilah yang dimaksud oleh Umar ibn al-Khattab apabila dia berkata saya bimbang Rama’ keatas kamu.

Jual-beli dengan penangguhan tidak terhad atas logam sahaja tetapi termasuk makanan. Kata Malik
"Rasullulah s.a.w melarang makanan dijual sebelum makanan tersebut diserah "
Oleh itu apa yang dilarang didalam riba al-nasiah ialah penambahan palsu yang tidak sepatutnya ada dalam transaksi secara fitrah. Apakah yang dimaksud dengan palsu dan fitrah disini ? Maksudnya setiap transaksi mempunyai keadaan masa dan harga.

Pinjaman melibatkan penangguhan tetapi bukannya lebihan kuantiti. Seorang memberikan sejumlah wang , selepas jangka masa waktu tertentu wang tersebut dipulangkan tanpa sebarang tambahan. Tambahan masa adalah halal tetapi tambahan kuantiti apabila dipulangkan adalah haram.

Ini adalah riba. Pertukaran(as-sarf) tidak boleh melibatkan penangguhan dan tambahan kuantiti. Apabila seorang memberi wang, yang sama diberikan tanpa penangguhan. Penangguhan tidak dibenarkan dalam pertukaran. Jika kamu mahu melambatkan pembayaran, kamu harus jadikan ia sebagai pinjaman, kamu tidak boleh menjadikan pinjaman sebagai sesuatu yang tersembunyi disebalik ‘ Pertukaran yang ditangguhkan ‘. Pertukaran yang ditangguh dipanggil riba al-nasiah.

Sewaan melibatkan penangguhan dan penambahan dan ianya halal. Apabila kamu menyewa sebuah rumah, kamu telah memgambil rumah tersebut untuk tempoh waktu tertentu ( penambahan ) dan sebagai balasannya kamu membayar sewa(penambahan). Penambahan ini dalam masa dan kuantiti dibolehkan dan halal.

Tetapi kamu hanya boleh menyewakan barang yang hanya boleh disewa. Kereta, rumah atau kuda. Wang atau makanan tidak boleh disewa, untuk berpura – pura wang boleh disewa akan merosakkan transaksi jual beli dan menjadikannya riba.

Setiap transaksi melibatkan keadaan yang berkaitan dengan benda itu sendiri. Kita tidak boleh mengambil syarat untuk suatu benda dan dikaitkan dengan syarat pada benda yang lain tanpa merosakkan transaksi tersebut. Dengan menambah syarat atau lebihan akan berlaku riba.

Oleh kerana dayn itu sendiri adalah penangguhan, penggunaan dayn hanya dihadkan penggunaannya secara individu dan dilarang digunakan sebagai medium untuk pembayaran. Dayn adalah halal, menggunakannya sebagai matawang adalah haram.

Dayn adalah kontrak persendirian antara dua individu dan akan terus menjadi kontrak dalam skop persendirian. Perpindahan dayn dari seorang ke seorang yang lain boleh dijalankan, secara Islamnya dengan menyelesaikan dayn yang pertama dan membuat dayn yang baru. Dayn tidak boleh diedarkan diluar batas kontrak individunya dan bebas merata. Pemiliknya mesti mengambil barang sebagimana yang tertera pada dayn dan melupuskan dayn tersebut. Dayn tidak boleh digunakan sebagai alat tukaran dan digunakan sebagai medium pembayaran, oleh itu dayn tidak boleh digunakan untuk membayar zakat.

Hadis yang terkenal yang menyebut tentang “tangan dengan tangan“ dan “seimbang" merujuk pada riba. Emas dengan emas, seimbang dan tangan dengan tangan merujuk kepada perseimbangan dalam traksaksi. Satu aspek merujuk kepada keseimbangan dalam kuantiti jika berlaku ketidakseimbangan menjadi riba al-fadl dan satu lagi merujuk kepada kesegeraan(tanpa penangguhan) dan jika berlaku penangguhan dirujuk sebagai riba al – nasiah. Ini akan menghalang keadaan dimana emas yang tidak ada(dayn) ditukar dengan emas yang ada(ayn). Ini sangat relevan kerana cara beginilah orang Islam ditipu dengan emas mereka dengan cara menukar dengan kertas janji palsu emas( bentuk asal wang kertas)

kedua – dua riba al – nasiah dan riba al – fadl dilarang dalam Al Quran, malah riba dalam Al Quran dan Sunnah adalah sama . Sunnah adalah amalan hidup sebagai penafsiran dari Al Quran.

Riba yang dikenali sebagai riba al Jahiliyah mengandungi kedua – duanya riba al-nasiah dan riba al-fadl. Dalam transaksi ini, pembayaran ditangguh ( nasiah ) ditukar dengan penambahan (fadl), tetapi riba al – nasiah melibatkan lebih dari hanya riba al – jahilliyah.

Memahami riba al-nasiah adalah asas kapada pemahaman tentang kedudukan kita keatas duit kertas.

Bersambung...

Konspirasi Dunia - Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?

"Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam."



Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.|Qs. Al-Baqarah: 102|

Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. EnsyaAllah anda akan dapat mengrungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.

Siapakah yang dimaksudkan itu? Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil." |Muhammad Bin Abdullah - 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.|

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?

Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya tidak!

Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.






Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).

Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.


Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang.

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason!

Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu Jacques DeMolay.


Di lukisan purba Freemason!



Di Lodge Freemason!



Jata Kerabat Diraja Poland



Jata negara Croatia




Kurang Jelas Lambang tersebut? Saya zoomkan gambar di atas. Bintang di sebelah kiri dan Bulan Sabit di sebelah kanan.


Kita selalu pening memikirkan "Kenapa umat Islam susah nak BERSATU" bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!

Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah?

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".|Qs. Al-Hijr: 39-40|

Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah yang satu.


Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain. |Qs. Yusuf:106|

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
|Qs.Yusuf 108|

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.|Qs. Al-Baqarah: 120|

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.|Qs. Al-Imran: 100|

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).|Qs. Al-Baqarah: 109|

Kajian Teknologi Umat Terdahulu bhg. 6

Para evolusionis tetap berpendapat bahawa manusia pertama adalah makhluk separa beruk yang ciri-ciri mental dan fizikalnya berkembang mengikut peredaran masa serta mendapat keupayaan baru, dan juga percaya bahawa tamadun berubah atas sebab itu. Menurut dakwaan tersebut, tanpa berlandaskan mana-mana bukti saintifik, moyang kita di zaman purbakala hidup liar, mempunyai peradaban hanya selepas menjadi manusia, dan merakam perkembangan budaya seiring dengan peningkatan keupayaan mental mereka. Gambar rekaan orang primitif, dengan seluruh badan diselaputi bulu, cuba menyalakan api sambil mencangkung di bawah kulit haiwan, berjalan di sepanjang tepian sungai dengan haiwan buruan yang masih segar di bahu, cuba berkomunikasi dengan temannya melalui gerak badan dan dengusan, semuanya hanya rekaan semata-mata.

Rekod fosil tidak menyokong fantasi sedemikian. Semua penemuan saintifik menyimpulkan bahawa manusia sememangnya telah diciptakan sebagai manusia, bermula daripada tiada, dan sentiasa wujud sebagai manusia sejak kali pertama diciptakan. Dapatan arkeologi juga langsung tidak menyokong kronologi evolusionis. Penemuan di zaman manusia baru belajar bercakap seperti yang didakwa evolusionis menunjukkan bahawa masyarakat purba pada masa itu sudah mempunyai dapur dan menikmati kehidupan berkeluarga. Di masa yang didakwa evolusionis bahawa manusia belum tahu tentang seni, objek hiasan dan bahan mentah untuk melukis telah ditemui semasa penggalian.

Semua penemuan ini membuktikan bahawa manusia langsung tidak pernah melalui kehidupan primitif dan liar. Tidak pernah wujud zaman tanpa tamadun di mana manusia hanya menggunakan perkakasan batuan dan kayu. Golongan beriman sentiasa memimpin cara hidup manusia, dengan pakaian, pinggan, mangkuk, sudu dan garpu dimanfaatkan dalam kehidupan. Manusia sentiasa hidup dalam pelbagai keadaan, berbicara, membina bangunan dan menghasilkan kerja seni bersesuaian dengan keperluannya. Terdapat doktor, guru, tukang jahit, jurutera, arkitek dan artis, dalam urutan sosial yang kukuh. Dengan inspirasi dari Ilahi, mereka yang memiliki pemikiran dan etika yang positif sentiasa memanfaatkan rahmat-Nya di muka bumi.

Sejajar dengan kemajuan teknologi dan pertambahan ilmu, sudah pasti berlaku perubahan dalam teknologi secara sendirinya. Alatan baru dibangunkan selari dengan keadaan semasa, dapatan saintifik ditemui, serta perubahan budaya berlaku. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam perkembangan pengetahuan dan teknologi tidak membuktikan sebarang kewujudan evolusi.

Sudah menjadi kebiasaan untuk ilmu terus meningkat. Seseorang menikmati tahap pembelajaran yang berlainan di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Tetapi jika pengetahuan seseorang sentiasa bertambah sepanjang hidupnya, itu tidak bererti yang dia sedang berubah dan berkembang secara kebetulan. Perubahan yang sama juga berlaku dalam kehidupan masyarakat. Penemuan-penemuan terbaru juga dibuat sejajar dengan keperluan masyarakat, mekanisme baru dicipta dan secara beransur-ansur diperbaiki oleh genarasi berikutnya. Tetapi ini tetap bukan satu proses evolusi.

Konspirasi Dunia - Lagu Alejandro By Lady Gaga

All Seeing Eye Symbol

Terdetik hasrat dihati untuk menyiasat perkembangan terbaru Lady Gaga yang seperti kita sedia maklum mengenai penglibatannya sebagai penyampai dan perkaitanya dengan pertubuhan rahsia illuminati. Video klip terbarunya yang bertajuk alejandro telah pun berada di segenap alam maya dan telah di siarkan di serata dunia. Terdapat banyak kontroversi mengenai video ini. Di sebabkan terdapat beberapa elemen yang seperti all seeing eye dan tidak kurang juga boleh dikelaskan sebagai video clip yang agak lucah. Oleh kerana niat dihati untuk melakukan kajian saya mainkan juga video ini untuk cuba mencari mesej-mesej yang tersembunyi di sebalik klip video. Seperti yang dijangka. Terdapat banyak perkara yang dapat kita saksikan didalam video yang telah membuktikan bawah lady gaga adalah Illuminati puppet. Rujuk artikel yang lalu mengenai artis-artis illimuniti. KLIK DISINI. Video yang telah mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ini lebih berani dan mengandungi banyak simbolik serta sub conscious message.

Pada videonya kali ini terdapat suatu mesej yang cuba disampaikan oleh lady gaga. Terdapat sub conscious message yang jika hanya sekadar mendengar lagu berkemungkinan tidak banyak perkara yang akan kita tahu. Baiklah kita akan mula membedah dan menganalisa dari permulaan video klip lagu Alejandro oleh Lady Gaga sehingga selesai. Sekadar berkongsi, buka n hanya melihat menggunakan mata tetapi gunakan juga minda dan akal yang diberi oleh Illahi, EnsyaAllah pasti kita akan dapat melihat disebalik penipuan dan kesesatan yang telah diatur oleh musuh-musuh Allah dalam menyesatkan kita semua.

Video dimulakan dengan sekelompok lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa orang dari mereka memakai sarung bagi menutupi kepala. Berkemungkin mengisyaratkan bahawa mereka itu adalah orang-orang tahanan. Salah seorang lelaki-lelaki berada didalam bentuk piramid sementara tahanan yang lain berbaris dalam bentuk hexagram.

"I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas itu diteruskan pula dengan proses pemakaman . Perarakan membawa keranda yang dapat kita lihat dimana terdapat lady gaga berada di hadapan dengan mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) . Apa itu Sacred Heart?. Sacred Heart adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan agama kristian). Kenapa saya katakan Sacred Heart? Cuba anda perhatikan gambar yang dipaparkan. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tetapi jelas kelihatan terdapat paku dan dawai yang dililit (simbolik). Ia tidak jauh beza dari Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus). Untuk mengetahu lebih lanjut sila KLIK DISINI.

"But I just can't be with you like this anymore, Alejandro". Siapakah Alejandro? Adakah Seorang lelaki yang lady gaga tidak dapat hidup bersama? Kemudia dia curang dan mencari Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Pada pengamatan lirik itu terdapat second layer answer. Alejandro bukanlah seorang lelaki. Kalau kita hanya mendengar lagu tanpa menonton video ini pasti kita tidak akan dapat menangkap apa yang di maksudkan. Gambaran video ini jelas menyatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalaulah Alejandro bukan manusia. Apa dan siapa sebenarnya Alejandro?.

Kemudian kita dapat lihat lady Gaga berada didalam kedudukan sebagai seorang ketua yang memiliki kuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Lady Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus ia mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat yang sejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah lagi adegan yang penuh simbolik dimana seorang tentera dipaparkan beraksi seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang yang sedang mengawal dirinya. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, kita gunakan istilah 'mind-control slave' . Apa yang kita lihat tentera tersebut tidak mampu mengawal pergerakan sendiri hanya memegang senjata di kemaluannya. Wajahnya kelihatan tampak kosong, seperti seorang hamba yang bingung dan segala pergerakan di kawal oleh Lady Gaga.

Dalam adegan selanjutnya, Lady Gaga sedang baring dengan memakai red latex suit yang digunakan oleh biarawati(Kristian) dan memegang tasbih . Dalam paparan ini kita dapat melihat lady gaga memandang kelangit sambil menyanyi atau dengan kata lain berseru dengan kata-kata ini: "Stop,please, just let me go, Alejandro". Sebaik saja dia menyebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi kita boleh lihat dengan jelas bahaya Alejandro yang disebut-sebut merujuk kepada tuhan bukannya manusia.

"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, around you."

Maksud lirik ini pula. A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger (cincin kawin) bermaksud penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tetapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.

Selepas sahaja lirik itu. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan pun bermula. Kerana Tuhan kelihatan tidak memenuhi keperluan lady Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan melakukan spirituality yang baru dalam mencari agamanya yang baru. Dalam video ini lebih menunjukkan bahawa Lady Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

Saya berani katakan lady gaga menjadi paderi syaitan disebabkan oleh jubah Gaga seperti di atas. Terdapat banyak sekali simbol salib yang terbalik .

Ini menunjukkan bahasa simbol yang jelas tanpa kita ragukan. Seperti yang kita sedia maklum salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross of St. Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti penganut Kristian yang lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila KLIK DISINI.

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan dan ritual memuja dan menyeru syaitan.

“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power, Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed."|Manly P. Hall|

Waktu ini lirik yang dinyanyikan menunjukkan lady gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan. Don’t bother me, Don’t bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name, Don't call my name, Bye Fernando.I'm not you're babe, I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Menjulang seperti mengagungkan Lady Gaga, menyambut kedatangan Lady Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Selepas itu Lady Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya. Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan didalam tradisi Katolik untuk berdoa dan bermeditasi. Didalam Islam sendiri terdapat tasbih. Tasbih juga melambangkan simbolik keagamaan diantara manusia dan penciptanya. Jadi dengan menelan tasbih, Lady Gaga mengambarkan penggabungkan dalam dirinya sebagai simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud memperlihatkan Lady Gaga dalam usaha untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keillahian dengan cara sendiri. Itu adalah prinsip yang dibawa oleh Lucifer .Di sini Jelas menunjukkan bahwa Lady Gaga bukanlah penyembah tuhan tetapi Lucifer.

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Sewaktu menyebut perkataan Fernando, Lady Gaga membuat simbol tangan seperti ini(yang merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Adakah anda merasakan bahawa Lady Gaga membuat simbol itu tanpa ada apa-apa maksud tersendiri. Mari kita sama-sama fikirkan ia.

Didalam keratan Video klip ini anda juga dapat melihat di belakang Lady Gaga terdapat salib, Di sini kita lihat bahawa Lady Gaga telah menghina agama Kristian secara terang-terangan dan kemudianya dia meneruskan nyayian dengan mengulang lirik ini: "Don't call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus)"

Dan di akhir video ini Diperlihatkan Lady Gaga muncul bersama strings. Pada mulanya Lady Gaga mengawal askar dan diakhir video ini menunjukan Lady Gaga pula di-kawal, Persoalannya disini siapakah yang mengawal Lady Gaga. Siapakah dalang disebalik semua ni ?

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan penuh dengan sub conscious. Boleh jadi pelbagai perkara yang mahu disampakan oleh “mereka”. Apapun ia bergantung kepada pengetahuan si pemerhati serta sudut pandangan pada diri masing-masing. Namun demikian, pada pendapata saya rasanya bahagian-bahagian video Alejandro ini mudah untuk di tafsirkan dengan jelas tidak perlu mengkaji terlalu dalam seperti video-videonya yang terdahulu Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang Lady gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Apa yang boleh kita lihat dalam video klip terbarunya lady gaga menolak iman Kristian secara terang-terangan dengan memanipulasikan simbol dan mengetengahkan suatu perkara yang lain iaitu agama penyembah syaitan, mungkin suatu hari dia akan berani Menghina Al-Quran dan Islam?

Lady Gaga membawa bersamanya kesemua agenda illuminati dan yang membuatkan saya berasa hairan mengapa kita terpukau dan lagu-lagu dia menjadi nyayian dan siulan kita semua. Namun saya yakin ramai yang dah mula berasa ragu-ragu dan was-was kepada Lady gaga dalam setiap video clip yang dipaparkan. Nasihat yang diberti hentikanlah mendengar lagu Gaga kerana tidak mustahil suatu masa nanti dia akan dan cuba menyelitkan lirik yang akan menghina islam yang kita sayang ini mungkin ada liriknya akan berbunyi La-la-la Allah(Tiada Allah) kerana kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman, mungkin kita turut akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanyalah lagu) dan pada saat itu, apa akan jadi ? Ya Allah, lindungi kami dari tipu daya syaitan dan sekutunya.

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"|Qs. Al-Isra':36|
Related Posts with Thumbnails