Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.|Qs. Al-Baqarah: 102|
Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. EnsyaAllah anda akan dapat mengrungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.
Siapakah yang dimaksudkan itu? Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!
Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?
Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya tidak!
Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).
Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason!
Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah?
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".|Qs. Al-Hijr: 39-40|
Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah yang satu.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
|Qs.Yusuf 108|
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).|Qs. Al-Baqarah: 109|
6 comments:
patutlah selama ni saya rasa pelik..melalui apa yang saya dapati kebanyak lamabang-lambang dan logo-logo dinegara kita, mahupun bintang itu sendiri..terlalu mirip dengan freemason ataupun iluminati..saya sering bertanya, kenapa lambang islam perlua ada bintang, dan bulan..adakah ia diarahkan?? sedangkan panji islam yang dikibarkan oleh sahabat-sahabat adalah dengan kalimah LAILAHAILLAH sahaja..dengan warna hitam, putih dan hijau..tiada warna kuning..jika diamati, kebanyakannya, dinegara kita semuanya dibawah iluminati...adakah satu organisasi yang boleh membawa kita bersatu dalam menegakkan ini semua...?? saya ingin menegakkannya..demi jihad ke jalan ALLAH...insya ALLAH
Salamum 'alaikum.
Pasal tu lah sya duduk dlm gua 'bye-bye' masjid. Cuba baca ayat masjid quba & masjid munafik. "jgnlah engkau hampiri masjid munafik, selama-lamanya". Bintang pecah 11 simbol 11 sukú israel yg mungkar. Rujuk surah yusuf, mimpi 11 bintang sujud kpdnya. Dlm islam takde bintang. Simbol Ibrahim ialah ťiang tegak. Yahudi tambah palang jadikan salib.
Kanser kita sangkakan santau. Obssessive Compulsive Disorder kita sangkakan was-was.
Sudah sampai masanya umat Islam tinggalkan kepercayaan kuno ini.
Tolong approve. Salam.
assalamualaikum....
pada pendapat saya, kita harus rujuk kepada golongan ulama atau yg lebih arif tentang soal agama yang berkaitan dengan isu ini.
Wa'alaikum salam wbt...menjawab muhd akmal, rujuk ulama salaf.
patutkah Malaysia di gelar Negara Islam yang patut dicontohi atau Negara Islam Moden? Minta diterangkan
Post a Comment