Post ini tidak ada sedikit kaitan pun dengan politik murahan tajaan demokrasi, diharap para pembaca dapat mengimbangi emosi dan membaca dari sudut yang terbuka dalam menelaah kembali diri demi menyatukan ummah.
"Apakah kita perlu memperjuangkan Islam
dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian
baru Islam?"
Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan
semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara
memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat
menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini
antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu
Islam masa kini.
Persoalan ini bukan sahaia telah
diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap
dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding
dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan
Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu,
perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan
Melayu Yang bersifat sempit.
Maka menurut golongan tersebut
memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu.
Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu
adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah
warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa
pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak
bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak
langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan
Islam dahulu.
Dari sini timbullah kumpulan yang selalu
dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang
menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing
mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Maka atas dasar
itu berlakulah pertarungan yang sengit yang tidak habis-habis walaupun
hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.
Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang
lebih Melayu? Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang
muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa antaranya manakah
soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau
pembangunan, hudud atau pendidikan, ‘ritual’ atau ‘substance’, tudung di
kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat
syariat atau syiar dan macam-macam lagi.
Terlepas daripada pola berfikir
berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat
persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya,
dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya
sangat sinonim.
Definasi Melayu dalam status perundangan
menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa
Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri
meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata
yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik
boleh dikatakan dia hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi
juga sifat-sifat kemelayuannya.
Oleh itu dalam konteks Malaysia
khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam”
dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di
peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang
beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.
Meskipun ada di kalangan orang Melayu
yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka,
tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru
selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak
boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan
diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang
tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya.
Rasulullah s.a.w. pernah memarahi
Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang
lidahnya masih mengucap kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang
zahir, manakala yang batin, serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.
Jika demikian, hukum yang sama boleh juga
dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat
bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya
dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala
Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih
mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang
Melayu.
Malah dalam konteks ini makna Melayu
sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan
India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama
diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu
dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.
Jika kita boleh menerima definisi dan
sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya
seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan
orang-orang Melayu di Malaysia. jika ada pihak yang memperjuangkan
Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu
jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh
dikatakan memperjuangkan Melayu.
Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi
perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi
keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna
kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan
keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India,
Sikh) dan semua agama (Kristian, Budha, Hindu).
Kita juga sedar bahawa memperjuangkan
Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial
dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-saina
menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik.
jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa?
Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang serupa?
Oleh yang demikian, tidak kira yang mana
dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu,
hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam.
Tidak kira perjuangan kelompok matia yang akan berjaya, maka orang
Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya
sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun
“kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih
ketinggalan?.
Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh
kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak
habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut
rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang
pemimpin bangsa.
“Umat Islam masih jumud,” kata seorang
pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling
salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan
perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.
Sebagai metafora, jika diumpamakan
keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta
itu akan bergerak juga iika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau
apapun jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam”
atau “Islam-Melayu”) bukankah itu adalah kereta yang sama? Lainlah
halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak
mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan
memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan
memertabatkan agama.
Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan
teknologi sekaligus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh
pejuang bangsa adalah juga yang diwar-warkan oleh pejuang agama? Inilah hasanah fid dunya dan hasanah fil akhirah yang
dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga
isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi
agenda bangsa dan negara?
Jelas, ‘kereta’ sedang ditolak ke arah
yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembab? Malah kadangkala
semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan
gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wuiud perbezaan
dari segi hala dan tujuannya.
Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi
jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak
sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu?
Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan
label agama atau label bangsa.
Maksudnya, ‘kereta’ dalam metafora di
atas tidak ditolak langsung, tetapi ada ‘kereta lain’ yang sedang
ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi
dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang
menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan
diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama adalah dua produk utama
bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan
kelompok.
Jadi musuh kita yang sebenar bukanlah
nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” –
mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu
melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan
menggugat kepentingan mereka. Mereka akan herusaha habis-habisan untuk
mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka
dan akan terns menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan
damai sampai hari kiamat. Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu
jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan
bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi
sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang
ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan
tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!.
Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu
adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah
hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari
Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan
Islam untuk menyelamat dan menyatukan.
Malah takrif Melayu yang begitu
“terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat
sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian. Sejarah Melayu sendiri
telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik
antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka.
Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses
pembinaan tamadun rohani dan material kesultanan Melayu Melaka yang
begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China.
Islam telah memberi nafas baru bukan
sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa
Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah mengalami satu
anjakan paradigma dan ‘re-engineering sebagai bahasa pengantar dalam
bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain lain. Ketika itu
kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan di sebarkan ke seluruh alam
Melayu apabila Sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yan sama
bangsa Melayu mula mendapat kekuatannya hasil pegangan mereka terhadap
ajaran Islam.
Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat
gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa
Arab, Turki dan Mongol jika tidak diserang oleh gerakan salibiyyah
Portugis, Belanda dan Inggeris akibat k morosotan pegangan mereka
terhadap Islam.
Sepatutnya tidak wujud konflik langsun
antara keinginan untuk menjadi Muslim yan sejati dengan Melayu yang
tulen. Islam adalah ‘content’ dan Melayu boleh disifatkan sebaga
‘container’. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang
dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang
sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan
lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam
diri sesuatu bangsa.
Para ulama, umara, budayawan dan
teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaat hubungan yang
simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan-minum,
senibina, keintelektualan, kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan
itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap
paling minimum.
Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak
menyekat lansung kefleksibelan Islam di aspek-aspek yang boteh
ditolak-ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan
hukum menutup auratnya denga tudung dan baju kurungnya. Begitu juga
seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya –
bersongkok dan berbaju Melayu sekaligus menampilkan imej kesopanannya
menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh
dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan
secara bersepadu.
Cubalah kita kaji dan selidik sedalam
dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada nescaya kita akan dapati
banyak titik-temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah se jarah
lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang. Langkah inilah yang
tela pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh
Rasuluilah saw dalam merubah bangsa Arab.
Selain akidah dan beberapa amalan
jahiliyah yang jelas menyimpang, Rasulullah terus mengekalkan banyak
tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. lni juga telah diteladani
oleh ulama, umara dan ummah silam pada era empayar Melayu Melaka, jadi
kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita
temui titik-temu Islam dan Melayu? Apakal masalah sebenarnya, pada
Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?.
Atau kita sudah terkeliru sama ada sedar
atau tidak dalam perangkap, “memperjuangkan” ‘diri’ dan ‘puak’ dengan
menggunakan label agama dan bangsa?
Sumber:
Genta Rasa