Wake Up Project - 31 Peristiwa Sepanjang 2012?

Apakah Anda masih dihantui oleh ramalan tentang 2012? Ramalan suku Maya bahawa pada 21 Disember 2012 merupakan akhir dari waktu dunia yang dengan kata lain disebutkan sebagai hari kiamat "Dooms Day", memang menakutkan dan menggerunkan.

Pengarah Hollywood, Roland Emmerich, dengan berani menggambarkan apa yang berkemungkinan terjadi pada tahun 2012 di dalam sebuah filem barat dengan tajuk ‘2012’. Hasilnya sangat amat luar biasa, filem itu meletup dan termasuk ke dalam senarai "box office". Tetapi untuk pengetahuan para pembaca semua di dalam Al Qur’an juga terdapat ‘penjelasan’ mengenai perkara-perkara yang akan berlaku disepanjang tahun 2012, tetapi yang pastinya ia bukanlah hari kiamat kerana "kiamat" itu adalah rahsia Allah s.w.t

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” |Qs. al-An’am :59|.

Mengikut pendapat seorang pengkaji iaitu Ali Adam, kelulusan dari University of Technology, Iraq, dan guru Bahasa Inggeris, Bournemouth University. Mendedahkan di dalam bukunya yang bertajuk ‘al-Quran pada tahun 2012′. Dengan menggunakan teknik matematik, Adam percaya bahawa kitab suci Al Quran ini punya penjelasan yang tersendiri mengenai apa yang akan berlaku disepanjang tahun 2012, mengenai masanya, dan berapa kali perkara "itu" akan berlaku.

Untuk pengetahun semua, selama ini para penyelidik telah mengetahui dimana Al Qur’an memiliki bentuk dan struktur huruf-huruf yang sangat teratur. Kitab yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w ini bukan hanya memiliki keselarasan dan keteraturan di dalam makna-makna dan petunjuk-petunjuknya, terkandung juga di dalam setiap ayatnya keselarasan dan keteraturan di dalam jumlah kata dan pengulangan huruf-hurufnya.

Ajaibnya Kitabullah ini membuat para ahli numerologi tergoda untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik keselarasan dan keteraturan tersebut. Setelah melakukan penelitian, seorang dari mereka, yakni ‘Abd ad-Da’im al-Kahil, dalam buku berjudul “Misteri Nombor 7 dalam Mukjizat Matematik Al Qur’an” mengungkapkan, ayat-ayat, surah-surah, kata-kata, dan huruf-huruf dalam Al Qur’an telah diatur Allah s.w.t dengan sistem yang berunsurkan pada digit 7. Ini dijelaskan melalui keselarasan dengan beberapa fenomena kehidupan seharian ummat islam iaitu, di dalam seminggu ada 7 hari. Bumi dan langit terdiri dari 7 lapis. Umat Islam yang menunaikan ibadah haji melakukan 7 kali putaran sa’i, 7 putaran thawaf, dan 7 kali melempar jumrah. Terdapat 7 golongan yang dinaungi Allah pada Hari Kiamat. Terdapat 7 larangan Allah s.w.t kepada ummat manusia. Terdapat 7 sifat perosak dan sebagainya.

Selama melakukan penyelidikan, Adam membahagikan Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah dan 6.236 ayat, kepada dua bahagian, iaitu surah pembukaan dan surah Pautan. Surah Pembukaan adalah surah al-Fatihah yang seperti kita sedia maklum disebut sebagai Ummul Qitab (Ibu Segala Ayat), sedang Surah Pautan adalah surah-surah lain, seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, dan lain-lain.

Surah Al-Fatihah, menurut Adam, merupakan petunjuk dalam mengungkap pesan-pesan Allah s.w.t yang terkandung di dalam 113 surah lainnya(Surah pautan). Surah ini mengandungi 7 ayat, kata-katanya yang berjumlah 29, dan huruf-hurufnya yang berjumlah 139 (cuba lihat pada Surah Al Fatihah). Jumlah ayat, kata dan huruf surah al-Fatihah ini merupakan nombor perdana.

“Jadi kata kunci atau kod untuk menyingkap pesan-pesan dalam Al Qur’an adalah pada bilangan nombor perdana,” - Adam.

Lalu mereka mengkaji pula surah-surah pautan, dan perhatian mereka tertumpu kepada surah Ar-Rahman yang merupakan surah ke-55. Di dalam surah ini terdapat ayat yang diulang sebanyak 31 kali yang membawa bermaksud:

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Ayat-ayat yang diulang tersebut berada pada ayat ke-13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 69, 71, 73, 75, dan 77 (silakan baca surah ar-Rahman). Jika semua angka-angka itu dijumlahkan, maka jumlahnya adalah 1433 dengan menggunakan teknik primalogi (bahagian dari teknik numerical), maka angka 1433 dapat dijumlahkan menjadi 1+4+3+3 = 11 (nombor perdana).

Adam mengaku, dirinya keliru untuk mentafsir makna nombor 1433 tersebut, sebelum akhirnya menyedari bahawa kita pernah berada pada tahun 1433 H(2011 Masihi) dan tahun ini kita berada di dalam tahun 1433H(2012 Masihi). Keyakinan Adam semakin kuat apabila angka 1433 merujuk kepada tahun hijrah, kerana ketika ia memadankan antara jumlah perkataan yang berada di dalam surah ar-Rahman dengan bilangan hari pada tahun 2012, keduanya sama, iaitu jumlah kata dalam surah ar-Rahman sebanyak 355 perkataan, dan jumlah hari pada 2012 sebanyak 355 hari, bukan 356 hari(cuba kita merujuk kepada kalendar 2012).

Bukan itu sahaja penemuan Adam ini Kerana ayat “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” diulang sehingga 31 kali, dia percaya disepanjang tahun 2012 akan berlaku 31 kejadian/peristiwa ayng dahyat dan akan menggoncang kehidupan manusia di bumi, tetapi yang pastinya ia bukanlah kiamat. Dijangkakan juga bahawa setiap kejadian akan berlaku selama 4 hari berikutan di dalam ayat tersebut yang diulang terdiri dari empat kata.

Sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah s.a.w kepada kami lalu bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”

Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.” Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar.” (Hadis Riwayat Muslim).

Mungkinkah dari 31 peristiwa yang akan berlaku terdapat 10 tanda ini?..Wallahualam..

Wake Up Project - 2012 - 2020

Sempadan asal daulah Islam sebelum dipecah-pecahkan menjadi negeri-negeri kecil

Pada bulan Disember 2004 lalu, National Intelelligence Council’s (NIC) telah menerbitkan sebuah laporan yang bertajuk, “Mapping the Global Future”. Mengikut laporan ini hasil analisa mendapati bahawa akan terdapat empat senario dunia pada tahun 2020.(8 tahun lagi dari tahun 2012):

1. Davod World: Digambarkan bahwa 15 tahun ke depan Cina dan India akan menjadi watak penting dalam ekonomi dan politik dunia.

2. Pax Americana: Dunia masih dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan Pax Americana-nya.

3. A New Chaliphate: Berdirinya kembali Khilafah Islam, sebuah pemerintahan Islam global yang mampu memberikan tentangan pada norma-norma dan nilai-nilai global Barat.

4. Cycle of Fear (Munculnya lingkaran ketakutan).

Salah satu senario yang cukup menimbulkan kontroversi adalah kemunculan kembali Khilafah Islam. Senario seperti ini sangat jarang diungkap di dalam berbagai analisis di dunia kini. Bahkan banyak kaum Muslim sendiri yang mengatakan, berdirinya Khilafah Islam adalah suatu perkara fantasi dan amat mustahil. Apakah petanda analisis yang cuba mereka maksudkan di dalam laporan yang ditulis oleh mereka hasil analisa terhadap pelbagai senario yang berlaku pada masa kini, paling tidak akan kembalinya Khilafah Islam di kalangan analisis dan intelektual Barat termasuk juga hal yang diperhitungkan serta kemungkinannya.

Potensi pemerintahan Khilafah Islamiyah yang pertama adalah dilihat pada ideologinya. Negara yang menggunakan sistem Islam secara total adalah negara yang bersifat global, dipimpin oleh seorang khalifah dengan asas ideologi Islam yang diambil dari Al Quran, sunnah dan hadith sahih. Banyak diakui, ajaran Islam tidak hanya sekadar agama ritual dan moral yang sifatnya individual saja; Islam juga mengatur dan melengkapi seluruh aspek kehidupan. Sebagai agama yang komprehensif, Islam mampu menjawab dan memberikan solusi terhadap pelbagai persoalan manusia. Ideologi Islam ini pula yang pernah menyatukan umat Islam seluruh dunia mulai dari jazirah Arab, Afrika, Asia hingga ke Eropah. Islam mampu menyatukan berbagai bangsa, warna kulit, suku, ras serta latar belakang agama yang berbeza.

Tidak menghairankan suatu masa dahulu peradaban Islam pernah menjadi salah satu peradaban utama di santero dunia. Daulah Khilafah Islamiyah pernah memerintah hampir 3/4 dunia. Kemampuan memecahkan persoalan kehidupan dan menyatukan dunia inilah yang membuat Khilafah Islam diperhitungkan. Potensi ideologi ini akan menjadi lebih membimbangkan kepada Negara Barat apabila mengikut statistik negera-negera Islam memiliki potensi sumber alam dan sumber manusia yang amat besar. Jika Khilafah Islam berhasil menyatukan negera-negera Islam sekarang bererti Daulah Islamiyah juga akan memiliki kira 60% deposit minyak seluruh dunia, boron (49%), fosfat (50%), strontium (27%), timah (22%), dan uranium yang tersebar di Dunia Islam (Zahid Ivan-Salam dalam Jihad and the Foreign Policy of the Khilafah State).

Secara Geopolitik, negeri-negeri Islam berada di kawasan jalur laut dunia yang strategik seperti Selat Gibraltar, Terusan Suez, Selat Dardanella dan Bosphorus yang menghubungkan jalur laut Hitam ke Mediteranian, Selat Hormuz di Teluk, dan Selat Melaka di Asia Tenggara. Dengan menempati posisi strategik ini, sudah pasti dunia akan dikuasai olah wilayah kaum Muslim. Potensi penduduknya juga sangat besar, yakni lebih dari 1,5 million di seluruh dunia. Melihat potensi tersebut, wajar jika kehadiran Khilafah Islam ini dianggap sebagai tentangan, atau lebih tepatnya lagi, ancaman bagi peradaban Barat sekarang.

Potensi penggunaan Khilfah Islamiyah untuk memberikan alternatif bagi peradaban Barat pada masa akan datang semakin jelas memperlihatkan kegagalannya peradaban kapitalis Barat dalam menciptakan dunia yang lebih aman, sejahtera, dan adil. Hal ini tentu akan lebih mendorong umat Islam untuk mendukung Sistem Islam sepenuhnya. Khilafah yang akan tegak akan mampu berhadapan dengan peradaban kapitalis yang mulai membusuk. Daulah islamiyaht akan menjadi negara yang kuat dan moden, yang akan membina masa depan kaum Muslim setelah mereka terbebas dari dominasi politik, ketenteraan, dan ekonomi Barat. Daulah Islamiyah akan mengintegrasikan kekuatan Islam dengan ilmu pengetahuan. Pengintegrasian tersebut akan menyebabkannya mampu mendahului Barat dalam bidang inovasi, teknologi, dan penemuan-penemuan ilmiah.

Namun, tentu sahaja Barat, dengan ideologi Kapitalisme yang mendominasi dunia ketika ini, tidak akan berdiam diri. Pelbagai cara dan strategi akan dilakukan oleh Barat untuk menggagalkan senario ketiga ini (kembalinya Khilafah).

Sabda Nabi SAW "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji."|Al-Hafiz Abu Naim|

Barat akan terus dan menerus mempromosikan pandangan negatif mengenai pembentukan Daulah Islamiyah. Pandangan bahawa kembali pada Khilafah adalah sebuah kemunduran, kembali ke zaman batu yang tidak punya berperadaban dan berprikemanusiaan. Jelas ini adalah suatu pembohongan yang telah berjaya merasuk kebanyakan ummat islam.

Strategi penyebaran idea-idea Barat akan lebih dipergiatkan, seperti demokratisasi yang dilakukan di Timur Tengah ketika ini. Cara yang ketiga sering dilakukan oleh Barat adalah mengaitkan gerakan Islam global yang ingin menegakkan Khilafah dengan keganasan dan pelampau. Dalam laporan NIC lagi, empat senario ini, Untuk kelihatan lebih jelas dan keganasan berlaku mereka mengaitkan senario tegaknya Khilafah dengan surat fiktif dari cucu Osama bin Laden kepada keluarga dekatnya pada tahun 2020 (Lihat: Mapping the Global Future, halaman 83).

Saat ini sebahagian umat Islam semakin menyedari kewajiban untuk menegakkan Khilafah Islam. Kesedaran ini sudah menjadi gerakan yang menyeluruh di seluruh dunia. Peradaban Kapitalisme kini bagaikan bangkai, meskipun ditutupi dengan propaganda penipuan kebaikan, Ia tetap sahaja dicium baunya yang busuk dan menjijikkan.

Sebaliknya, Barat dengan pelbagai strategi dalam mempromosikan propaganda negatif terhadap syariat Islam dan Khilafah pun tidak akan berhasil. Kerana dorongan akidah Islam, kaum Muslim melihat bahawa syariat Islam dan Khilafah adalah kewajiban syariat. Mereka pun melihat secara serius bahawa pihak-pihak yang menyerang Khilafah adalah penjajah mereka.

Semua ini membuat kita optimis, bahawa apa yang dijanjikan akan berlaku, kebangkitan islam dari timur, kehuru-haraan dunia, kemunculan dajjal, imam mahdi dan Nabi Isa a.s, ia semakin hampir dan jelas. Apa pun Kita harus tetap bersemangat dalam mempersiapakan diri dari segala aspek untuk perjuangan akhir zaman ini. Kita yakin, semua ini akan dibalas oleh Allah s.w.t ensyaAllah.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.|Qs Al-Ahzab: 23|

Wake Up Project - Hidup Ini Pilihan Bukan Ikutan


Hidup ini adalah 'pilihan', bukan semata-mata sebuah 'kenyataan' yang perlu dijalani. Ramai yang menilai kehidupan ini berdasarkan 'kenyataan' yang dilihat dengan kedua bola matanya hingga terlupa bahawa setiap manusia sebenarnya perlu membuat 'pilihan' sebelum menerima apa yang 'nyata' di pandangan.

Kita jangan cenderung mengikut dengan hanya melihat 'kenyataan' cara hidup kebanyakan manusia di dunia akhir zaman hari ini yang penuh fitnah dan permainan melalaikan selagi kita sendiri tidak yakin dan pasti adakah kehidupan yang di'pilih' oleh mereka itu bakal membawa ke Syurga atau Neraka.

Kerana hakikatnya setiap 'pilihan' yang kita buat sepanjang hayat kehidupan di dunia ini akan menentukan bagaimana nasib kita di negeri Akhirat nanti. Maka, lihatlah terlebih dulu ke dalam Al Quran dan Sunnah Nabi yang sarat dengan panduan memberi petunjuk lengkap jalan mana yang harus di'pilih' demi menjamin kebahagiaan di Akhirat kelak.

Fahamilah, hidup ini adalah 'pilihan' kerana itu kita dikurniakan Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman memilih jalan yang selamat. Jika kita meninggalkan kedua-duanya, dan sekadar menjalani hidup berdasarkan 'kenyataan' yang dilihat pada kehidupan atas muka bumi ini semata-mata maka kita sebenarnya sengaja membiarkan diri ini cenderung mengikut manusia ramai yang tertipu dengan fitnah dunia.

Jika selama ini kita hanya mengikut arus kehidupan tanpa berfikir panjang, maka berusahalah menilai kembali cara hidup kita berpandukan kepada kitab Allah s.w.t dan cara hidup Rasulullah s.a.w, semoga kita masih sempat 'memilih' jalan hidup yang Lurus dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Related Posts with Thumbnails