Selepas Perang Dunia kedua, ramai pakar saintis dari Jerman ditahan di dalam banyak tahanan Russia, Amerika dan British. Pada tahun 1946, Presiden Amerika Syarikat yang ke-33, Mr. Harry S, Truman telah memulakan “Project Paperclip” yang mengunakan saintis tahanan perang untuk projek Kawalan Minda yang dirahsiakan untuk bersaing dengan Russia. Projek ini dijalankan di bawah tugasan rasmi oleh 765 orang saintis dan juruteknik Jerman dan mengorbankan beribu-ribu orang tahanan perang yang dijadikan sebagai bahan eksperimen.
Wake Up Project - ENGRAM the Hidden Secret of Mind Manipulation II
Posted by
seigneur de la guerre
on Sunday, October 14, 2012
Labels:
informasi,
Wake Up Project
/
Comments: (0)
Ketika menjalankan projek
MKULTRA, beratus-ratus manusia telah digunakan sebagai bahan eksperimen
sekaligus memusnahkan hidup dan fikiran mereka demi untuk bersaing dengan
negara lain dalam menjelajah dan menjajah minda manusia. Pertubuan Psikik Jiwa
yang melakukan eksperimentasi di bawah projek MKULTRA ini turut dibantu oleh
pihak kerajaan dan CIA.
Selepas Perang Dunia kedua, ramai pakar saintis dari Jerman ditahan di dalam banyak tahanan Russia, Amerika dan British. Pada tahun 1946, Presiden Amerika Syarikat yang ke-33, Mr. Harry S, Truman telah memulakan “Project Paperclip” yang mengunakan saintis tahanan perang untuk projek Kawalan Minda yang dirahsiakan untuk bersaing dengan Russia. Projek ini dijalankan di bawah tugasan rasmi oleh 765 orang saintis dan juruteknik Jerman dan mengorbankan beribu-ribu orang tahanan perang yang dijadikan sebagai bahan eksperimen.
Pada bulan Disember 1974, di dalam mesyuarat petama National Security Council,
Menteri Pertahanan Amerika, James Forrestal telah meluluskan satu ‘peperangan
rahsia’ (secret war) dengan Soviet Union. Projek ini telah membuka jalan untuk
melancarkan perang psikologi oleh Amerika di Eropah. Sebelum itu pada 1941,
Presiden Amerika yang ke-32, Franklin Delano Roosevelt telah meluluskan
penciptaan bom atom tanpa pengetahuan Kongres dan juga Timbalan Presiden, Harry
S Truman dalam “Manhattan Project”. Ini bermakna, pada sekitar tahun 1948,
Amerika Syarikat sudah menjadi pakar global dalam pembuatan bom dan manipulasi
minda manusia.
Pada 1951, Amerika mempelawa Kanada dan Britain menyertai projek CIA di dalam
Kawalan Minda dan Hipnotisme. Pada waktu ini, Projek Bluebird telah ditukar
nama kepada “Project ARTICHOKE”. Pada 10 Februari 1954 pula, satu lagi dokumen
CIA berkenaan eksperimen dan penyelidikan hipnotisme (Hypnotic Exoerimentaton
and Research) yang juga telah diklasifikasikan sebagai Bukan Rahsia Rasmi
mendedahkan bahawa manusia dapat diarahkan untuk melakukan sesuatu pembunuhan
tanpa disedari oleh mereka malah ingatan mereka mengenai pembunuhan tersebut
juga akan hilang.
Walaupun MKULTRA yang ditubuhkan pada 1953 telah ditamatkan secara rasmi pada
1964, pihak CIA memulakan satu lagi projek rahsia Kawalan Minda Hipnotisme
diatas nama MKRESEARCH yang berlanjutan sehingga tahun 1970-an. Pihak CIA telah
berjaya menyempurnakan penyelidikan Hipnotisme ini dimana seseorang yang
berkelakuan normal boleh diubah menjadi ganas hingga sanggup membunuh hanya
dengan satu ‘trigger word’ atau kata peransang yang dapat mengaktifkan program
Minda Bawah Sedar.
Credit to: Muddy Reza