Kebenaran Islam - Umat Kristian Akan Memeluk Islam Di Akhir Zaman

“Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’(Al Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik”. |HR Thabrani dari Aus bin Aus|

Turunnya Nabi Isa a.s di akhir zaman nanti akan merubah banyak perkara terutamanya mengenai fahaman agama Kristian. Baginda akan menjadi pemimpin dunia dan akan membawa penganut agama Kristian kembali kepada Islam dengan menyatakan bahawa baginda adalah seorang Muslim dan menganut agama Islam. Baginda akan memperbetulkan kembali fahaman mereka yang telah lama di sesatkan oleh kuncu-kuncu The False Messiah. Baginda akan memberitahu bahawa mereka juga perlu mengikuti agamanya kerana mereka mengikutinya. Maka mereka semua akan menjadi Muslim pada Akhir Zaman. Ini adalah antara peristiwa yang paling menakjubkan pada Akhir Zaman. Pertama ialah kedatangan Imam Mahdi a.s., kedua ialah kepulangan Nabi Isa a.s., dan ketiga ialah dominasi Islam di dunia. Kesemua perkara ini pasti berlaku di abad ini.

“Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat,sehingga turunlah Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi): “ Kemarilah dan imamilah shalat kami”. Ia menjawab; ”Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)”. |HR Muslim dan Ahmad|

Sebagaimana yang anda sedia maklum, Nabi Isa a.s. berasal dari bangsa Yahudi dan diturunkan untuk berdakwah kepada mereka. Ketika itu baginda menyebarkan dakwah menggunakan kitab injil yang menyeru kaum baginda menyeru Tuhan yang satu, iatu Allah S.W.T. Di akhir zaman baginda akan memperbetulkan kembali fahaman penganut agama Kristian yang selama ini ditipu oleh kuncu-kuncu The False Messiah, bahawa tiada utusan terakhir selapas baginda. Kini baginda akan mengajak penganut agama Kristian kembali kepada Islam. Nabi Isa a.s. akan bertanya sama ada mereka beriman kepadanya atau tidak? Jika mereka beriman maka mereka wajib menuruti perintah Al-Quran serta mempercayai bahawa Rasulullah S.A.W merupakan utusan yang terakhir dan Nabi Isa a.s bukanlah anak Tuhan ia hanya utusan Allah.


“Demi yang diriku berada ditanganya, sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil, maka ia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menolak upeti, melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mahu menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya” |HR.Bukhari, Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah|

Kita akan menunggu kepulangan Nabi Isa a.s. Apabila baginda kembali, hati mereka akan dilapangkan. Pada ketika ini, mereka sudah pasti akan risau melakukan sesuatu yang menyalahi ajaran baginda dan tidak dapat menghindari kebimbangan psikologi tersebut. Namun hati mereka akan lebih terbuka apabila Nabi Isa a.s sendiri yang memberitahu akan perkara ini. Baginda akan berkata, “Lihat, akulah nabimu, Al-Quran itu benar, agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W itu juga benar, aku telah menganutinya dan kamu juga perlu mengikutinya, dan seluruh Umat Kristian akan menerima Islam.

Sesungguhnya tiada dari kalangan Ahli Kitab melainkan akan beriman dengannya (Nabi Isa a.s) sebelum matinya, dan pada hari Kiamat dia akan menjadi saksi kepada mereka |Q.s An-Nisaa: 159|

“apabila Umat Kristian dan Islam sedia untuk bersatu”
Kesemua kesangsian akan terhapus dan umat Kristian akan memeluk dan menerima Islam. Namun mereka juga mengharapkan Nabi isa a.s akan memberi pengesahan tentang perkara ini. Mereka berharap baginda memberitahu
“Ya, kamu harus menjadi seorang Muslim; aku juga seorang Muslim dan kamu harus mentaati Al-Quran.”
Umat Kristian yang beriman kepada Nabi Isa a.s tidak akan membantah malah melakukan perkara ini kerana taat kepada Nabi Isa a.s. Namun mereka akan merasa senang apabila Nabi isa a.s. sendiri yang mengkhabarkan perkara tersebut.


Janji Allah pasti berlaku pada semua hambanya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa as. . Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT. akan mewafatkan Nabi Isa. Hanya Allah SWT saja yang tahu bila dan dimana Nabi Isa akan diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa as. dunia kemudian akan mengalami kiamat. Wallahu a’lamu bishowab.

Wake Up Project - 2012 Kalendar Maya Dan Kemungkinan Turunnya Isa Al-Masih?

Jika kita imbas kembali kisah mengenai kalendar masyarakat Maya yang hangat diutarakan pada tahun 2010 dan ditambah pula dengan pembikinan filem 2012 telah menarik minat seorang ahli arkeologi untuk membuat satu kajian mengenai kalendar ini. Ia telah memberi spekulasi berkenaan apa yang tertulis di bahagian yang merujuk kepada satu kejadian yang tidak terduga pada tahun 2012. Dia menafsirkan satu kenyataan yang berbunyi “Ia tertulis, ‘Dia akan turun dari langit’.” Mungkinkah fenomena yang pernah mempengaruhi perjalanan seluruh dunia berdasarkan kalendar Maya itu berkaitan dengan kedatangan Nabi Isa a.s ke Dunia?”

Tentu sahaja, ia mungkin terjadi. Ianya tidak mustahil dari segi tarikhnya, adalah munasabah Isa al masih akan berumur 33 tahun apabila dia kembali. Tidak mustahil dia akan datang pada tahun 2012, ia wajar. Kerana dia akan melancarkan perjuangan untuk suatu masa yang Maksimum 10-15 tahun lagi sehingga kedatangannya, insyaAllah. Penerangan yang terdapat di situ amat menarik. MasyaAllah. Tercatat bahawa dia akan datang dari langit, bukankah begitu?

Seorang ahli arkeologi mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ ia tertulis `dia akan turun dari langit` ”. Beliau menafsir kalendar masyarakat Maya dengan cara sedemikian, beliau telah menyatakan bahawa tertulis
“Dia akan turun dari langit”
Kedengarannya seperti waktu kedatangan Isa a.s ke Bumi bukannya hari Kiamat, MasyaAllah. Namun yang pasti, kita tidak akan mengenalinya di awal kehadiran baginda. Baginda hanya akan dikenali dikemudian, EnsyaAllah.

Hamburan Emosi - Selamat Hari Lahir

Hari ni, 2 January 2011 bersamaan dengan 27 Muharram 1432 Hijriah, umurku bertambah lagi. Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana mengizinkan aku untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumiNya ini sekaligus memberi ruang serta peluang untuk daku melaksanakan apa yang sepatutnya dilaksanakan demi AgamaNya. Entri kali ini bukan bercorak konspirasi sekadar olahan dan luahan perasaan tanda rasa bersyukur kepadaNya (=

Bila umur dah bertambah, terus terngiang-ngiang lagu Tobat Maksiat nyanyian Wali Band tu . Oh! Berapa banyakkah amalan ku? Sudah cukupkah sebelum Izrail datang mencabut nyawa-ku? *Sad. Kalau di hitung dosa-dosa ku sehingga saat dan tika ini ketinggian Gunung Everest pun bisa dikalahkan. Oh Tuhan..

Baiklah cukup sekadar disini, entri permulaan untuk blogku yang tercinta bersempena bertambahnya umur daku pada tahun ini. Semoga perjuangan ku di Atas dunia ini akan terus bergerak walaupun terpaksa merangkak dalam menegakan kalimah Lailahaillah..
Related Posts with Thumbnails