Kajian Teknologi Umat Terdahulu bhg. 6

Para evolusionis tetap berpendapat bahawa manusia pertama adalah makhluk separa beruk yang ciri-ciri mental dan fizikalnya berkembang mengikut peredaran masa serta mendapat keupayaan baru, dan juga percaya bahawa tamadun berubah atas sebab itu. Menurut dakwaan tersebut, tanpa berlandaskan mana-mana bukti saintifik, moyang kita di zaman purbakala hidup liar, mempunyai peradaban hanya selepas menjadi manusia, dan merakam perkembangan budaya seiring dengan peningkatan keupayaan mental mereka. Gambar rekaan orang primitif, dengan seluruh badan diselaputi bulu, cuba menyalakan api sambil mencangkung di bawah kulit haiwan, berjalan di sepanjang tepian sungai dengan haiwan buruan yang masih segar di bahu, cuba berkomunikasi dengan temannya melalui gerak badan dan dengusan, semuanya hanya rekaan semata-mata.

Rekod fosil tidak menyokong fantasi sedemikian. Semua penemuan saintifik menyimpulkan bahawa manusia sememangnya telah diciptakan sebagai manusia, bermula daripada tiada, dan sentiasa wujud sebagai manusia sejak kali pertama diciptakan. Dapatan arkeologi juga langsung tidak menyokong kronologi evolusionis. Penemuan di zaman manusia baru belajar bercakap seperti yang didakwa evolusionis menunjukkan bahawa masyarakat purba pada masa itu sudah mempunyai dapur dan menikmati kehidupan berkeluarga. Di masa yang didakwa evolusionis bahawa manusia belum tahu tentang seni, objek hiasan dan bahan mentah untuk melukis telah ditemui semasa penggalian.

Semua penemuan ini membuktikan bahawa manusia langsung tidak pernah melalui kehidupan primitif dan liar. Tidak pernah wujud zaman tanpa tamadun di mana manusia hanya menggunakan perkakasan batuan dan kayu. Golongan beriman sentiasa memimpin cara hidup manusia, dengan pakaian, pinggan, mangkuk, sudu dan garpu dimanfaatkan dalam kehidupan. Manusia sentiasa hidup dalam pelbagai keadaan, berbicara, membina bangunan dan menghasilkan kerja seni bersesuaian dengan keperluannya. Terdapat doktor, guru, tukang jahit, jurutera, arkitek dan artis, dalam urutan sosial yang kukuh. Dengan inspirasi dari Ilahi, mereka yang memiliki pemikiran dan etika yang positif sentiasa memanfaatkan rahmat-Nya di muka bumi.

Sejajar dengan kemajuan teknologi dan pertambahan ilmu, sudah pasti berlaku perubahan dalam teknologi secara sendirinya. Alatan baru dibangunkan selari dengan keadaan semasa, dapatan saintifik ditemui, serta perubahan budaya berlaku. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam perkembangan pengetahuan dan teknologi tidak membuktikan sebarang kewujudan evolusi.

Sudah menjadi kebiasaan untuk ilmu terus meningkat. Seseorang menikmati tahap pembelajaran yang berlainan di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Tetapi jika pengetahuan seseorang sentiasa bertambah sepanjang hidupnya, itu tidak bererti yang dia sedang berubah dan berkembang secara kebetulan. Perubahan yang sama juga berlaku dalam kehidupan masyarakat. Penemuan-penemuan terbaru juga dibuat sejajar dengan keperluan masyarakat, mekanisme baru dicipta dan secara beransur-ansur diperbaiki oleh genarasi berikutnya. Tetapi ini tetap bukan satu proses evolusi.

Konspirasi Dunia - Lagu Alejandro By Lady Gaga

All Seeing Eye Symbol

Terdetik hasrat dihati untuk menyiasat perkembangan terbaru Lady Gaga yang seperti kita sedia maklum mengenai penglibatannya sebagai penyampai dan perkaitanya dengan pertubuhan rahsia illuminati. Video klip terbarunya yang bertajuk alejandro telah pun berada di segenap alam maya dan telah di siarkan di serata dunia. Terdapat banyak kontroversi mengenai video ini. Di sebabkan terdapat beberapa elemen yang seperti all seeing eye dan tidak kurang juga boleh dikelaskan sebagai video clip yang agak lucah. Oleh kerana niat dihati untuk melakukan kajian saya mainkan juga video ini untuk cuba mencari mesej-mesej yang tersembunyi di sebalik klip video. Seperti yang dijangka. Terdapat banyak perkara yang dapat kita saksikan didalam video yang telah membuktikan bawah lady gaga adalah Illuminati puppet. Rujuk artikel yang lalu mengenai artis-artis illimuniti. KLIK DISINI. Video yang telah mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ini lebih berani dan mengandungi banyak simbolik serta sub conscious message.

Pada videonya kali ini terdapat suatu mesej yang cuba disampaikan oleh lady gaga. Terdapat sub conscious message yang jika hanya sekadar mendengar lagu berkemungkinan tidak banyak perkara yang akan kita tahu. Baiklah kita akan mula membedah dan menganalisa dari permulaan video klip lagu Alejandro oleh Lady Gaga sehingga selesai. Sekadar berkongsi, buka n hanya melihat menggunakan mata tetapi gunakan juga minda dan akal yang diberi oleh Illahi, EnsyaAllah pasti kita akan dapat melihat disebalik penipuan dan kesesatan yang telah diatur oleh musuh-musuh Allah dalam menyesatkan kita semua.

Video dimulakan dengan sekelompok lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa orang dari mereka memakai sarung bagi menutupi kepala. Berkemungkin mengisyaratkan bahawa mereka itu adalah orang-orang tahanan. Salah seorang lelaki-lelaki berada didalam bentuk piramid sementara tahanan yang lain berbaris dalam bentuk hexagram.

"I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas itu diteruskan pula dengan proses pemakaman . Perarakan membawa keranda yang dapat kita lihat dimana terdapat lady gaga berada di hadapan dengan mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) . Apa itu Sacred Heart?. Sacred Heart adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan agama kristian). Kenapa saya katakan Sacred Heart? Cuba anda perhatikan gambar yang dipaparkan. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tetapi jelas kelihatan terdapat paku dan dawai yang dililit (simbolik). Ia tidak jauh beza dari Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus). Untuk mengetahu lebih lanjut sila KLIK DISINI.

"But I just can't be with you like this anymore, Alejandro". Siapakah Alejandro? Adakah Seorang lelaki yang lady gaga tidak dapat hidup bersama? Kemudia dia curang dan mencari Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Pada pengamatan lirik itu terdapat second layer answer. Alejandro bukanlah seorang lelaki. Kalau kita hanya mendengar lagu tanpa menonton video ini pasti kita tidak akan dapat menangkap apa yang di maksudkan. Gambaran video ini jelas menyatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalaulah Alejandro bukan manusia. Apa dan siapa sebenarnya Alejandro?.

Kemudian kita dapat lihat lady Gaga berada didalam kedudukan sebagai seorang ketua yang memiliki kuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Lady Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus ia mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat yang sejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah lagi adegan yang penuh simbolik dimana seorang tentera dipaparkan beraksi seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang yang sedang mengawal dirinya. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, kita gunakan istilah 'mind-control slave' . Apa yang kita lihat tentera tersebut tidak mampu mengawal pergerakan sendiri hanya memegang senjata di kemaluannya. Wajahnya kelihatan tampak kosong, seperti seorang hamba yang bingung dan segala pergerakan di kawal oleh Lady Gaga.

Dalam adegan selanjutnya, Lady Gaga sedang baring dengan memakai red latex suit yang digunakan oleh biarawati(Kristian) dan memegang tasbih . Dalam paparan ini kita dapat melihat lady gaga memandang kelangit sambil menyanyi atau dengan kata lain berseru dengan kata-kata ini: "Stop,please, just let me go, Alejandro". Sebaik saja dia menyebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi kita boleh lihat dengan jelas bahaya Alejandro yang disebut-sebut merujuk kepada tuhan bukannya manusia.

"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, around you."

Maksud lirik ini pula. A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger (cincin kawin) bermaksud penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tetapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.

Selepas sahaja lirik itu. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan pun bermula. Kerana Tuhan kelihatan tidak memenuhi keperluan lady Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan melakukan spirituality yang baru dalam mencari agamanya yang baru. Dalam video ini lebih menunjukkan bahawa Lady Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

Saya berani katakan lady gaga menjadi paderi syaitan disebabkan oleh jubah Gaga seperti di atas. Terdapat banyak sekali simbol salib yang terbalik .

Ini menunjukkan bahasa simbol yang jelas tanpa kita ragukan. Seperti yang kita sedia maklum salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross of St. Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti penganut Kristian yang lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila KLIK DISINI.

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan dan ritual memuja dan menyeru syaitan.

“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power, Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed."|Manly P. Hall|

Waktu ini lirik yang dinyanyikan menunjukkan lady gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan. Don’t bother me, Don’t bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name, Don't call my name, Bye Fernando.I'm not you're babe, I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Menjulang seperti mengagungkan Lady Gaga, menyambut kedatangan Lady Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Selepas itu Lady Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya. Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan didalam tradisi Katolik untuk berdoa dan bermeditasi. Didalam Islam sendiri terdapat tasbih. Tasbih juga melambangkan simbolik keagamaan diantara manusia dan penciptanya. Jadi dengan menelan tasbih, Lady Gaga mengambarkan penggabungkan dalam dirinya sebagai simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud memperlihatkan Lady Gaga dalam usaha untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keillahian dengan cara sendiri. Itu adalah prinsip yang dibawa oleh Lucifer .Di sini Jelas menunjukkan bahwa Lady Gaga bukanlah penyembah tuhan tetapi Lucifer.

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Sewaktu menyebut perkataan Fernando, Lady Gaga membuat simbol tangan seperti ini(yang merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Adakah anda merasakan bahawa Lady Gaga membuat simbol itu tanpa ada apa-apa maksud tersendiri. Mari kita sama-sama fikirkan ia.

Didalam keratan Video klip ini anda juga dapat melihat di belakang Lady Gaga terdapat salib, Di sini kita lihat bahawa Lady Gaga telah menghina agama Kristian secara terang-terangan dan kemudianya dia meneruskan nyayian dengan mengulang lirik ini: "Don't call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus)"

Dan di akhir video ini Diperlihatkan Lady Gaga muncul bersama strings. Pada mulanya Lady Gaga mengawal askar dan diakhir video ini menunjukan Lady Gaga pula di-kawal, Persoalannya disini siapakah yang mengawal Lady Gaga. Siapakah dalang disebalik semua ni ?

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan penuh dengan sub conscious. Boleh jadi pelbagai perkara yang mahu disampakan oleh “mereka”. Apapun ia bergantung kepada pengetahuan si pemerhati serta sudut pandangan pada diri masing-masing. Namun demikian, pada pendapata saya rasanya bahagian-bahagian video Alejandro ini mudah untuk di tafsirkan dengan jelas tidak perlu mengkaji terlalu dalam seperti video-videonya yang terdahulu Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang Lady gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Apa yang boleh kita lihat dalam video klip terbarunya lady gaga menolak iman Kristian secara terang-terangan dengan memanipulasikan simbol dan mengetengahkan suatu perkara yang lain iaitu agama penyembah syaitan, mungkin suatu hari dia akan berani Menghina Al-Quran dan Islam?

Lady Gaga membawa bersamanya kesemua agenda illuminati dan yang membuatkan saya berasa hairan mengapa kita terpukau dan lagu-lagu dia menjadi nyayian dan siulan kita semua. Namun saya yakin ramai yang dah mula berasa ragu-ragu dan was-was kepada Lady gaga dalam setiap video clip yang dipaparkan. Nasihat yang diberti hentikanlah mendengar lagu Gaga kerana tidak mustahil suatu masa nanti dia akan dan cuba menyelitkan lirik yang akan menghina islam yang kita sayang ini mungkin ada liriknya akan berbunyi La-la-la Allah(Tiada Allah) kerana kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman, mungkin kita turut akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanyalah lagu) dan pada saat itu, apa akan jadi ? Ya Allah, lindungi kami dari tipu daya syaitan dan sekutunya.

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"|Qs. Al-Isra':36|

Kajian Teknologi Umat Terdahulu bhg. 5

Sepanjang sejarah, Allah telah mengutuskan pesuruh-Nya untuk mengajak manusia ke jalan kebenaran. Sesetengah daripada mereka patuh kepada utusan-utusan tersebut dan percaya akan kewujudan dan keesaan Allah, manakala sebahagian lagi tetap menolaknya. Sejak kewujudan manusia, mereka telah belajar percaya terhadap kesatuan dan keesaan Allah serta nilai moral agama sebenar melalui wahyu Ilahi. Oleh itu, dakwaan evolusionis bahawa masyarakat sebelum ini tidak percaya terhadap kesatuan dan keesaan Allah adalah salah. Al-Quran mendedahkan bagaimana Allah telah menghantar utusan sepanjang sejarah untuk mengajak manusia percaya dan hidup dengan nilai-nilai moral:

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.
Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).|Qs. al-Baqarah: 213|
Ayat lain yang membuktikan bahawa utusan telah dihantar kepada setiap bangsa untuk memberi amaran kepada mereka, mengingatkan mereka tentang kewujudan dan keesaan Allah SWT, serta mengajak mereka untuk membuat kebaikan:
Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.|Qs. al-Faatir: 24|
Walaupun Allah telah mengutus pesuruh-Nya dan kitab suci, sesetengah manusia masih lagi tidak mengerti dan membelakangkan kebaikan agama yang sebenar serta mengamalkan kepercayaan karut. Ada di antara mereka yang mengembangkan kepercayaan pagan yang menyalahi tatasusila dengan menyembah tanah, batu, kayu, Bulan atau Matahari, bahkan juga memuja semangat jahat. Begitu juga dengan dunia hari ini, bersama dengan masyarakat yang beriman kepada agama yang benar, terdapat juga golongan yang menyembah api, Bulan, Matahari serta berhala yang diperbuat daripada kayu. Walaupun sedar tentang kewujudan dan keesaan-Nya, sesetengah daripada mereka masih lagi mengasosiasikan Allah.

Namun, Allah tetap menghantar utusan untuk menyedarkan mereka tentang kesilapan yang telah dilakukan. Mereka diajak meninggalkan kepercayaan karut dan berpegang kepada agama yang benar. Sepanjang masa dalam sejarah, ada golongan yang beriman dan ada yang ingkar, ada yang hidup dengan kepercayaan yang suci dan ada yang melanggar hukum.

Golongan beriman yang hidup di zaman para nabi telah menikmati kehidupan berkualiti dengan penuh tamadun. Mereka hidup dalam rangka sosial yang tersusun semasa zaman Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Yusuf a.s, Nabi Musa a.s, dan Nabi Sulaiman a.s, seperti mana mereka hidup pada hari ini. Tanpa mengira usia, orang-orang yang beriman bersembahyang, berpuasa, patuh kepada aturan Allah, hidup dalam suasana yang bersih dan berlandaskan hukum. Penemuan-penemuan arkeologi memperlihatkan taraf kehidupan yang sangat baik, mulia dan bersih yang dijalani oleh mereka yang patuh kepada Allah. Di zaman mereka, para nabi dan rasul serta golongan yang beriman menggunakan cara terbaik dan bersesuaian dengan suruhan Allah.

Semua perkembangan teknologi di zaman Namrud telah digunakan sebaiknya oleh Nabi Ibrahim a.s dan mereka yang percaya kepadanya. Pengetahuan teknikal di zaman Firaun diaplikasikan dalam pekerjaan Nabi Yusuf a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s, serta pengikut-pengikut mereka. Tahap teknologi yang tinggi dalam bidang senibina, seni dan komunikasi di masa Nabi Sulaiman a.s digunakan dengan cara terbaik. Limpahan kekayaan dan kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah sebagai rahmat kepada Nabi Sulaiman a.s menurunkan perasaan teruja kepada semua generasi.

Kita harus sedar bahawa segala informasi dan sumber yang dimiliki oleh masyarakat purba, termasuk juga yang dipunyai oleh masyarakat hari ini, merupakan anugerah Ilahi. Masyarakat ratusan ribu tahun dahulu mengasaskan tamadun, membuat lukisan menarik pada dinding-dinding gua puluhan ribu tahun dahulu, menghasilkan piramid dan ziggurat, membentuk tugu batu yang besar serta membina struktur-struktur hebat di altitud tertinggi Peru, semuanya mereka lakukan hasil ilham dan ajaran Allah. Mereka yang mengkaji zarah-zarah sub-atom hari ini, menghantar kapal ke angkasa dan menulis perisian komputer, juga atas keizinan daripada Allah. Segala pengetahuan yang dimiliki oleh manusia sejak penciptaan mereka merupakan rahmat daripada Ilahi, dan begitu juga dengan setiap tamadun yang telah diasaskan.

Allah menciptakan manusia daripada tiada serta memberinya rahmat dan dugaan sepanjang hidupnya di dunia. Setiap rahmat yang dilimpahkan juga merupakan ujian. Mereka yang tahu bahawa peradaban, teknologi dan sumber yang dimiliki sebenarnya adalah anugerah Ilahi akan berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemurah:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.|Qs. Ibrahim: 7|
Allah membenarkan hamba-Nya yang beriman untuk menikmati kehidupan yang menggembirakan di dunia dan juga di akhirat. Ini telah dijelaskan dalam Al-Quran:
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.|Qs. an-Nahl: 97|
Sebagai manifestasi daripada ayat tersebut, Muslim sepanjang sejarah telah memiliki kaedah terbaik di zaman mereka dan memimpin ke arah kehidupan yang menyenangkan. Secara semulajadi, sebahagian mereka telah diuji dengan pelbagai kesusahan dan masalah, tetapi ini tidak bererti mereka hidup serba kepayahan, keadaan primitif, dan tidak bertamadun. Tidak kira betapa kaya, selesa dan maju peradabannya, mereka yang tetap ingkar dan hidup tanpa nilai-nilai moral yang baik serta membawa kerosakan di muka bumi, akan sentiasa berakhir dengan kekecewaan. Tambahan pula, ramai di antara mereka yang mungkin menikmati teknologi yang lebih maju berbanding dengan yang dimiliki masyarakat moden hari ini. Ini dijelaskan dalam Al-Quran:
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.|Qs. ar-Rum: 9|

Wake Up Project - Berita Baik Zaman Keemasan

Seperti yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, zaman tersebut akan menjadi seperti sebuah syurga mini. Ia adalah satu rahmat dari Allah kepada manusia yang beriman. Zaman ini yang dipenuhi dengan kemewahan dan keselesaan, yang dirindui oleh umat Islam, akan menjadi satu balasan yang indah di dunia ini kepada mereka yang mengikuti jalan Allah. Semestinya umat Islam yang menyebarkan berita baik ini akan mendapat kemuliaan.

Namun, tanggungjawab beralih dari satu tangan ke satu tangan bersama-sama dengan kemuliaan tersebut. Memandangkan inilah Akhir Zaman, maka semua umat Islam mesti menjadi lebih matang dan berazam untuk melancarkan peperangan-peperangan idea dengan cara yang lebih berkesan dalam menyampaikan berita ini. Situasi umat Islam yang menderita hari demi hari mengingatkan kepada kita tentang tanggungjawab yang harus kita sempurnakan. Adalah mustahil untuk berdiam diri sewaktu mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, yang tidak dapat melakukan banyak perkara, menjadi sasaran peluru-peluru liar pembunuh upahan. Kita juga tidak boleh berdiam diri apabila berjuta-juta manusia hidup dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan di kem-kem pelarian dan juga sewaktu sebahagian besar umat Islam sedang didera dan dilayan seperti binatang.

Adalah salah untuk berkata, “Tiada apa yang dapat saya lakukan tentangnya.” Harus diingat bahawa asas kepada kejahatan yang sedang menguasai dunia pada hari ini terletak pada ateisme, dan semua orang boleh melancarkan perang ideologi untuk menentangnya. Memberitahu manusia tentang kewujudan Allah, belajar untuk takutkan-Nya, ingatkan manusia apa yang akan berlaku di Hari Pengadilan nanti dan memberitahu manusia tentang tujuan penciptaan mereka di dunia ini, adalah di antara langkah-langkah penting yang boleh diambil bagi menghentikan segala kejahatan. Jika keadilan, tolong-menolong, kasih-sayang, cinta, semangat berkorban dan saling memaafkan dapat menguasai dunia ini, maka pastilah sebuah dunia yang aman, selamat dan adil akan dapat dikecapi. Itu semua tidak dapat dirasai melainkan semua manusia yang berkesedaran melakukan tindakan proaktif bersama-sama.

Setiap usaha yang dilakukan mesti bertujuan untuk meng­hapuskan kesan-kesan buruk fahaman ateisme dan seterusnya menggantikannya dengan sesuatu yang lebih positif. Pada masa yang sama juga, ia akan dapat membantu umat Islam hari ini. Perjuangan ini, yang bersandarkan kepada kedamaian, kompromi dan kasih-sayang, akan menyebabkan mereka yang memiliki kesedaran melakukan tindakan dan mencegah mereka yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah menceritakan tentang akibat akhir perjuangan tersebut:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu kerana kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya).|Qs.Al-Anbiyaa: 18|
Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah di antara negara-negara yang sudah pun kita bincangkan tentang penderitaan yang mereka hadapi, kebanyakkan daripada mereka sebenarnya pernah menikmati satu zaman yang stabil dan aman suatu ketika dahulu, sewaktu berada di bawah panji pemerintahan Islam. Seperti yang telah lepas, umat Islam memainkan peranan penting dalam menubuhkan kedamaian dan keselamatan yang dirindui oleh manusia sejagat. Zaman yang berikutnya akan menjadi satu kesedaran besar kepada seluruh umat manusia.

Dengan izin Allah, zaman kebangkitan ummah yang ditunggu-tunggu selama ini sedang berada di dalam genggaman.

Kajian Teknologi Umat Terdahulu bhg. 4

Dalam pengkelasan sejarah, evolusionis secara dogmatik mentafsir objek-objek yang ditemui berlandaskan teori mereka sendiri. Berdasarkan dakwan mereka terhadap kebanyakan ketamadunan purba, logam masih belum ditemui sewaktu Zaman Gangsa, dan besi hanya mula digunakan kemudiannya.

Walau bagaimanapun, telah disebutkan tadi bahawa besi, keluli dan logam lain teroksida dan reput lebih cepat berbanding batu. Sesetengah logam seperti gangsa mempunyai daya tahan terhadap pengoksidaan dan kekal lebih lama berbanding yang lain. Maka, memang wajar jika objek gangsa yang ditemui adalah lebih berusia daripada objek-objek yang diperbuat daripada besi.

Tambahan pula, adalah tidak logik untuk mengatakan bahawa masyarakat yang mampu menghasilkan gangsa tidak perasan akan kewujudan besi, dan masyarakat yang mempunyai kemahiran teknikal dalam penghasilan gangsa tidak menggunakan logam-logam lain.

Gangsa dihasilkan dengan mencampurkan timah, arsenik dan antimoni, serta sedikit zink dan tembaga. Mereka yang membuat gangsa mesti mempunyai pengalaman kerja berkaitan unsur-unsur kimia seperti tembaga, timah, arsenik, zink dan antimoni, tahu tahap suhu untuk mencairkannya, dan mempunyai relau untuk mencair dan menggabungkan mereka. Tanpa pengetahuan tersebut, adalah sangat sukar untuk menghasilkan campuran logam yang berjaya.

Bijih tembaga didapati dari batu keras dan usang dalam bentuk hablur (juga dikenali sebagai ‘tembaga asli’). Masyarakat yang menggunakan tembaga terlebih dahulu harus mempunyai tahap pengetahuan untuk mengenal pasti serbuk tembaga daripada batuan pejal. Kemudian, lombong perlu dibina untuk mengekstrak, mengasing, dan membawa tembaga ke permukaan. Jelaslah bahawa tugas-tugas berkenaan tidak dapat dilakukan dengan perkakasan batu dan kayu.

Untuk mencairkannya, bijih tembaga mesti diletakkan di atas nyalaan api dengan suhu 1,084.5°C (1,984°F). Pam angin juga diperlukan untuk membekalkan aliran udara yang berterusan kepada api. Masyarakat yang bekerja dengan tembaga juga harus membina relau yang boleh menghasilkan suhu tinggi dan juga peralatan seperti periuk pelebur logam dan penyepit.

Ini adalah ringkasan berkaitan dengan kemudahan teknikal yang diperlukan untuk bekerja dengan tembaga – logam yang sememangnya terlalu lembut untuk bertahan lama terhadap sisi yang tajam. Penghasilan gangsa yang lebih keras dengan menambah timah, zink dan elemen lain kepada tembaga merupakan proses yang lebih canggih kerana setiap logam memerlukan proses berlainan. Semua fakta ini menunjukkan bahawa komuniti yang terlibat dengan perlombongan, penghasilan logam campuran dan pekerjaan logam harus mempunyai pengetahuan terperinci. Adalah tidak logik dan konsisten untuk mendakwa bahawa masyarakat dengan pengetahuan komprehensif sebegini tidak pernah menemui besi.

Sebaliknya, dakwaan evolusionis bahawa logam belum ditemui dan tidak diaplikasikan oleh masyarakat purbakala dibuktikan tidak benar oleh penemuan arkeologi. Bukti-bukti penemuan seperti tinggalan kenderaan air yang diperbuat daripada logam berusia 100,000 tahun, sfera logam berusia 2.8 bilion tahun, sebuah periuk besi yang dianggarkan berusia 300 juta tahun, serpihan tekstil pada tanah liat berusia 27,000 tahun, dan kesan-kesan logam seperti magnesium dan platinum yang berjaya dicairkan di Eropah ratusan tahun dahulu, tinggalannya berusia ribuan tahun.

Sisa-sisa yang berselerakan ini telah menghancurkan sepenuhnya klasifikasi Zaman Batu Kasar, Zaman Batu Gosok, Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Tetapi, walaupun kebanyakan besar penemuan ini telah tercetak dalam banyak penerbitan saintifik, ianya masih diabaikan oleh saintis evolusionis atau mungkin juga disembunyikan di bawah muzium. Cerita rekaan evolusionis telah dipersembahkan sebagai sejarah manusia, bukannya fakta sebenar.

ensyaAllah bersambung di artikel yang akan datang..teruskan membacanya.

Wake Up Project - Kebangkitan dari Timur

Kita telah melihat hadist-hadist tentang Kebangkitan Islam kedua. Hadist-hadist itu menyebutkan janji Tuhan tentang kebangkitan Islam kedua di akhir zaman ini. Kita telah ketahui bahwa ciri-ciri zaman zekarang adalah telah memenuhi ciri-ciri akhir zaman. Kerusakan ada dimana-mana. Hampir semua aspek kehidupan manusia telah jauh dari Tuhan. Islam sudah tidak memiliki jati dirinya. Islam sudah dipandang sebelah mata oleh musuh-musuh Islam. Bukan karena besarnya musuh-musuh Islam, tapi karena lemahnya umat Islam itu sendiri. Kita telah ketahui bahwa banyak negara-negara Islam yang kaya raya, menjadi “ceti dunia” atau dengan kata lain negara donor. Tapi apa yang terjadi? Mengapa Islam tidak dipandang megah? Hal itu terjadi karena umat Islam sudah seperti buih di lautan dan telah terkena penyakit Al Wahan. Seperti hadist Rasulullah SAW :
Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati"
Tetapi dengan keadaan seperti itu Tuhan berjanji melalui lidah Rasulullah bahawa Islam akan kembali bangkit untuk kedua kalinya di akhir zaman ini. Hadist Rasulullah SAW :
Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.

Bagaimana pun kerosakan di dunia, Tuhan telah berjanji melalui Rasulullah SAW, Islam pasti akan kembali bangkit untuk kali keduanya.

Di hadist lain disebutkan bahawa :
Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”
Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”.(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju.(dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Sebelum Islam masuk, Nusantara adalah daerah beragama budha-hindu dan menganut kepercayaan animisme dan dinamisme. Lalu datanglah beberapa gelombang wali-wali yang langsung berasal dari timur tengah. Banyak ditemukan di beberapa negeri di Malaysia makam para wali-wali.

Jika kita perhalusi dan mengkaji lagi setelah Malaysia dijajah oleh penjajah saat itu yang salah satu misinya adalah mengkafirkan umat Islam di Nusantara, tetapi ternyata umat Islam dia Asia Tenggara tidak dapat di musnahkan, malah semakin membesar. Hal ini tidak terjadi di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang semula Islam menjadi bukan Islam.

Mengapa hal itu terjadi? Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai pedagang dari Hujarat itu datangnya ke Tanah Air, tidak ke China, ke Roma, atau Persia yang waktu itu menjadi Empire. Jawabannya adalah karena mereka menagih janji Tuhan melalui Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya di bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakan oleh Tuhan untuk mempersiapkan timur ini. Kita adalah orang Timur. Sebenarnya ini adalah kasih sayang Tuhan kepada kita. Hanya Melayulah bangsa yang belum pernah memegang kekuasaan dunia. Tetapi Tuhan menjanjikannya melalui Kebangkitan Islam kedua.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
|Qs Fussilat 41: 53|

Wallahualm.. Allah knows best.

Wake Up Project - Ya`juj wa Ma`juj

Fenomena mengenai Tembok (dinding pemisah) ya’juj-Ma’juj mempunyai pelbagai hujah dan pandangan dari pelbagai pihak serta beraneka ragam teori yang di kemukan, walaubagaimana pun ia sangat baik sebagai bahan renungan (befikir), iaitu untuk mengingat kandungan Al Qur’an. Kebenaran Al Qur’an memang tidak dapat diragukan, tetapi setiap manusia berkewajiban untuk memikirkan (pembuktian) kandungan Al Qur’an sebagai zikir (mengingati) kebesaran Allah. Hanya orang yang mahu mengunakan akalnya adalah sangat beruntung. Tetapi kekuatan daya pemiikiran manusia terbatas, selama tujuan menyingkap fenomena alam untuk mengingat keAgungan Allah dan memikirkan tanda-tanda kekuasaanNYa, EnsyaAllah hidayah dan keampunan akan bersama-sama dengan kita.


Tembok Ya’juj & Ma’juj terbuka

Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi:92-98, fakta relevan mengenali Ya’juj & Ma’juj ialah:
  1. Negeri Ya’juj & Ma’juj = Khazaria & Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
  2. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
  3. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
  4. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
  5. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates
dan anda semua boleh merujuk buku bagi memahami maksud “tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj”. Tembok tersebut dipanggil sebagai Daryal Gorge / Iberian Gates / Caucasian Gates, iaitu tembok yang dibuat dari besi bercampur tembaga.

Setelah membuka Google Earth dan mencari Daryal Gorge,
saya menemui lokasi seperti :

pandangan jarak jauh……

Setelah mencari ” Darial Gorge ” menggunakan carian Google Earth saya menjumpai koordinat 42°44′41.00″N 44°37′21.00″E, iaitu terletak di sempadan “Sempadan Georgea dan Rusia”. Kebenaran (letak Ya’juj dan Ma’juj) ini Wallahu’alam..


Setelah didekatkan……

Dari pada gambarajah ini, jangan lupa dengan dengan carian Google Earth dengan memasukan lat, long: 42°44′41.00″N 44°37′21.00″E, jika kita dapat ke lokasi tempat itu pastinya ia akan nampak lebih menarik, kelihatan seperti ada bongkahan-bongkahan besi.

Wallahu’alam.

Kajian Teknologi Umat Terdahulu bhg. 3

Seperti mana yang telah dilakukan dalam evolusi manusia, perspektif sejarah evolusionis juga mengkaji sejarah manusia dengan membahagikannya kepada beberapa jangka waktu. Konsep rekaan seperti Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi merupakan bahagian penting kronologi evolusionis. Oleh kerana gambar khayalan ini dipaparkan di sekolah, surat khabar dan televisyen, kebanyakan orang menerima rekaan ini tanpa soal dan membayangkan manusia dulu kala hidup dengan hanya menggunakan peralatan batu purba dan ketiadaan teknologi.

Tetapi gambaran sebenar muncul apabila penemuan arkeologi dan fakta-fakta saintifik dikaji. Kesan dan tinggalan yang ada sehingga kini – peralatan, jarum, serpihan seruling, dekorasi dan hiasan peribadi – menunjukkan dari segi budaya dan sosial bahawa manusia sememangnya telah menjalani kehidupan bertamadun sepanjang sejarah.

Ribuan tahun dahulu, manusia tinggal di rumah, terlibat dengan pertanian, bertukar barangan, menghasilkan tekstil, makan, melawat kenalan, meminati muzik, membuat lukisan, merawat orang sakit, melakukan penyembahan – ringkasnya, mereka menjalani kehidupan normal seperti mana hari ini. Golongan yang memberi perhatian kepada ajaran nabi-nabi utusan Allah telah mengimani-Nya, Tuhan yang Satu, manakala golongan yang lain menyembah berhala. Orang beriman berpaut pada nilai moral seperti yang dikehendaki oleh Allah, sementara pihak lain terlibat dengan pelbagai amalan karut dan upacara menyimpang. Sepanjang sejarah, seperti mana hari ini, terdapat golongan yang percaya dengan kewujudan Allah, dan juga golongan pagan dan ateis.

Sejak dulu lagi, tentunya ada di antara manusia yang hidup serba ringkas dan dalam keadaan primitif, dan ada juga masyarakat yang hidup lebih maju. Tetapi ini sama sekali tidak membuktikan evolusi sejarah, kerana sementara satu bahagian dunia melancarkan kapal ke angkasa, masyarakat di satu bahagian lagi masih tidak dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa mereka yang membina kapal angkasa adalah lebih maju secara mental atau fizikal – dan berkembang jauh dan lebih berbudaya – tidak juga bermakna golongan yang satu lagi hampir kepada manusia beruk khayalan. Semua ini sekadar menunjukkan perbezaan dalam budaya dan tamadun.

Jika anda mengkaji sejarah manusia seperti mana yang didakwa oleh evolusionis, anda akan menemui paparan terperinci tentang bagaimana moyang manusia yang kononnya primitif menjalani kehidupan seharian mereka. Sesiapa pun yang tertarik dengan cara berwibawa dan berkeyakinan ini tanpa sebarang ilmu tentang subjek tersebut, juga akan menganggap semua ‘rekaan semula yang serba artistik’ ini adalah berdasarkan bukti saintifik. Para saintis evolusionis hadir dengan penerangan terperinci seolah-olah mereka telah wujud sejak ribuan tahun dahulu dan berpeluang untuk melakukan pemerhatian. Mereka mengatakan bahawa moyang kita – yang kini telah belajar untuk berdiri di atas dua kaki dan tidak tahu menggunakan tangan – mula membuat peralatan dari batu, dan untuk sekian lamanya mereka tidak menggunakan selain daripada peralatan yang diperbuat daripada batu dan kayu. Hanya kemudiannya mereka mula menggunakan besi, tembaga dan loyang. Tetapi dakwaan ini lebih berdasarkan salah tafsiran dalam penemuan yang selari dengan pra-andaian evolusionis, bukan fakta saintifik.

Seorang ahli arkeologi, Paul Bahn dalam bukunya yang bertajuk Archaeology: A Very Short Introduction menjelaskan bahawa evolusi manusia adalah cerita dongeng semata-mata, dan menambah bahawa banyak sains yang berdasarkan cerita dongeng seumpamanya. Beliau bertegas bahawa perkataan ‘dongeng’ digunakan dalam makna positif, tetapi hakikatnya itulah yang sebenarnya. Beliau kemudian mengajak pembacanya untuk memikirkan tentang ciri-ciri tradisional evolusi manusia: memasak dan unggun api, gua yang gelap, upacara, pembuatan alatan, penuaan, perjuangan dan kematian. Beliau ternyata merasa ragu, berapa banyak daripada andaian ini yang berdasarkan kepada telulang dan tinggalan sebenar, dan berapa banyak yang berlandaskan kriteria sastera?

Bahn enggan untuk menjawab secara terbuka persoalan yang diutarakannya: iaitu, evolusi manusia lebih berlandaskan kepada kriteria sastera berbanding saintifik.

Hakikatnya, masih terdapat banyak persoalan yang belum terungkai dan ketidaksejajaran dalam penjelasan tersebut, dan sukar untuk dikesan oleh mereka yang mempunyai dogma evolusionis. Misalannya, mereka merujuk kepada Zaman Batu, tetapi gagal untuk menjelaskan bagaimana perkakas dan tinggalannya dibentuk dan diukir. Walaupun berkeras bahawa dinosaur mula bersayap dan terbang dalam usaha untuk menangkap lalat, tetapi mereka juga tidak mampu menerangkan bagaimana serangga bersayap berkebolehan untuk terbang. Mereka cenderung untuk melupakan semua persoalan, dan ingin orang lain mengikut jejak mereka.

Namun begitu, membentuk dan mengukir batuan bukanlah satu tugas yang mudah. Adalah mustahil untuk membuat peralatan batu yang tajam dan sempurna, seperti yang terdapat di zaman sekarang, dengan menggeserkan batu dengan batu. Membentuk batu kasar seperti granit, basalt dan dolerit tanpa memecahkannya hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kikir besi, mesin pelarik dan ketam. Begitu juga dengan gelang, anting-anting dan rantai leher yang berusia puluhan ribu tahun yang tidak mungkin dapat dihasilkan dengan perkakas batuan. Lubang-lubang halus pada objek berkenaan tidak dapat dibuat dengan menggunakan batu. Hiasan juga tidak dapat dibentuk dengan mengorek atau mengikisnya dengan batu. Kesempurnaan pada objek-objek yang dipersoalkan menunjukkan bahawa logam pejal pasti telah digunakan.

Ramai ahli arkeologi dan saintis telah membuat ujikaji untuk melihatkan sama ada artifak purba boleh dihasilkan seperti yang dibayangkan oleh evolusionis. Profesor Klaus Schmidt, contohnya, telah melakukan eksperimen terhadap ukiran pada blok batuan di Göbekli Tepe, Turki, yang dianggarkan berusia 11,000 tahun. Beliau memberi perkakas batu kepada beberapa pekerja, jenis sama yang telah digunakan pada waktu dulu berdasarkan dakwaan evolusionis, dan menyuruh mereka membuat ukiran sama pada jenis batuan yang sama. Selepas berusaha dua jam tanpa henti, apa yang mereka dapati hanyalah kebuntuan.

Anda juga boleh melakukan ujian yang sama di rumah. Dapatkan sepotong batu keras seperti granit dan cuba jadikannya lembing seperti yang telah digunakan oleh mereka yang hidup 100,000 tahun dahulu. Tetapi anda tidak dibenarkan untuk menggunakan selain daripada sepotong granit tersebut dan juga batu. Sejauh mana anda rasa dapat melakukannya? Mampukah anda menghasilkannya dengan hujung runcing, simetri, kehalusan dan gilapan yang sama seperti yang terdapat dalam lipatan sejarah? Mari kita bergerak lebih jauh; dapatkan sepotong granit berukuran satu meter persegi, kemudian cuba ukirkan gambar seekor haiwan untuk menunjukkan kedalaman ukiran pada permukaan granit. Bagaimanakah keputusan yang mungkin anda akan perolehi dengan mengasah batu pada sepotong batu pejal? Jelas bahawa tanpa adanya perkakas besi dan keluli, anda tidak akan mampu membuat walaupun sebentuk lembing, apatah lagi ukiran batu yang menarik.

Pemotongan dan pengukiran batuan adalah bidang yang memerlukan kemahiran tersendiri. Teknologi yang diperlukan adalah penting untuk membuat kikir besi, mesin pelarik dan perkakas lain. Ini menunjukkan bahawa alatan berkenaan memang telah digunakan pada masa tersebut dan teknologi ‘primitif’ juga berkembang maju. Dengan erti kata lain, dakwaan evolusionis bahawa cuma peralatan batu yang diketahui dan ketiadaan teknologi hanyalah sekadar mitos. Zaman Batu tidak pernah wujud.

Namun, adalah munasabah bahawa peralatan keluli dan besi yang digunakan untuk memotong dan membentuk batuan tidak kekal sehingga ke hari ini. Dalam persekitaran yang secara semulajadi lembap dan berasid, semua alatan logam akan melalui pengoksidaan dan akhirnya lesap. Apa yang tinggal hanyalah pecahan dan serpihan batuan hasil kerja mereka yang mengambil masa lebih lama untuk lenyap. Tetapi untuk mengkaji serpihan berkenaan dan mengatakan bahawa masyarakat dahulu kala cuma menggunakan batu bukanlah rumusan saintifik.

Kini, ramai evolusionis akur bahawa penemuan arkeologi tersebut langsung tidak menyokong Darwinisme. Seorang ahli arkeologi evolusionis, Richard Leakey, mengakui bahawa dakwaan terhadap penemuan-penemuan itu adalah mustahil dari perspektif teori evolusi, terutamanya peralatan batu:

Hakikatnya, bukti kukuh tentang kelemahan hipotesis pengikut Darwin boleh ditemui dalam rekod arkeologi. Jika mereka benar, maka kita berharap untuk melihat kewujudan serentak bukti dalam rekod-rekod arkeologi dan fosil bagi hidupan berkaki dua, teknologi dan pembesaran saiz otak. Tetapi tidak kita. Hanya satu aspek rekod pra-sejarah sudah mencukupi untuk membuktikan bahawa hipotesis itu tidak benar: rekod perkakasan batuan.1

bersambung..

1. Richard Leakey, The Origin of Humankind (Science Masters Series), New York: BasicBooks, 1994, hal. 12.

Konspirasi Dunia - Projek Blue Beam bhg. 2

Langkah pertama ia pasti melibatkan butiran dan berkait dari semua pengetahuan arkeologi. Ini berkaitan dengan pementasan untuk gempa bumi di lokasi tertentu yang sesuai di sekitar lokasi yang telah ditetapkan di atas bumi, dimana seharusnya "penemuan" baru ini akhirnya akan memperjelaskan sebenar-benarnya makna doktrin dan dasar dari seluruh dunia bahawa kewujudan agama-agama besar di dunia selama ini adalah salah dan sesat. " pemalsuan ini akan digunakan untuk mengaburi pemikiran seluruh dunia dan menyebabkan penduduk dunia percaya bahawa semua doktrin agama telah disalahfahami dan disalahertikan selama ini. Serangan pemalsuan ini bermula dengan filem 2001: A Space Odyssey, TV-siri Star Trek, filem STAR WARS, ET, semua yang berkaitan dengan ruangan "pencerobohan" dan "perlindungan". Jurassic Park, adalah untuk menggalakkan teori evolusi.

Langkah kedua berkaitan dengan ruang persembahan yang besar bersaiz raksaksa: hologram 3D optik dan suara, unjuran gambar hologram laser telah diletakan di beberapa tempat di setiap pelusuk dunia, dunia, masing-masing menerima gambar yang berbeza, sesuai dengan keyakinan agama yang telah ditetapkan di Negara masing-masing. Kemudian muncul paparan "dewa atau tuhan". Paparan ini akan berbicara dalam semua bahasa. Kesatuan soviet telah menghasilkan komputer canggih dan telah diprogram dengan zarah psikologi ia berdasarkan kajian mereka mengenai anatomi dan biologi tubuh manusia, serta pengajian mereka mengenai anatomi, kimia dan elektrik dari otak manusia . Komputer-komputer ini juga telah dimuatkan dengan input-input dengan bahasa yang berbeza dari serata dunia.

Langkah ketiga berkaitan dengan cara komunikasi elektronik dua-telepati, di mana ELF (Extra Low Frequency), VLF (Very Low Frequency), dan LF (Low Frequency) gelombang akan dipancarkan kepada orang-orang di bumi melalui dan meresapi bahagian di dalam otak mereka, membuat setiap orang percaya bahawa. Mereka sedang berinteraksi dengan tuhan sedangkan ia hanya illusi yang telah di setkan pada gelobang itu, sinar tersebut dipancarkan dari satelit, yang datanya dimasukan dari komputer yang menyimpan data yang sangat banyak mengenai manusia dan bahasa nya. Sinar ini kemudiannya akan diterjemahkan dan bersatu dengan pemikiran dalam proses untuk membentuk satu ilusi pada hati kita dan kita merasakan kita sedang berinteraksi. Ia juga seperti proses halusinasi secara terancang.

Langkah keempat melibatkan manifestasi supranatural universal menggunakan prasana elektronik. Langkah ini mengandungi tiga orientasi yang berbeza: Yang pertama adalah untuk membuat manusia percaya bahawa pencerobohan asing akan berlaku pada setiap bandar besar di bumi. Ini akan mendorong setiap negara besar yang memiliki senjata dan kemampuan nuklearnya untuk menyerang kembali. Dengan cara ini, ”mereka” akan menempatkan seluruh penduduk dunia di bawah satu kuasa pemerintahan dan PBB akan melakukan gencatan senjata palsu daripada serangan palsu yang diadakan tadi.

Yang kelima mereka ingin membuatkan orang kristian percaya bahawa perlantikan besar inilah yang termaktub didalam kitab meraka, ia terjadi dengan campur tangan asing hasil dari perintah tuhan yang mereka percayai baik dan datang untuk menyelamatkan orang baik dari serangan syaitan dan the false messiah. Tujuannya adalah untuk menyingkirkan semua bangkangkan dan spekulasi terhadap NEW WORLD ORDER.

Orientasi keenam adalah dengan campuran dan kekuatan supra natural electronic. Gelombang (frekuensi) yang digunakan pada waktu itu yang akan membolehkan kekuatan ghaib untuk melakukan perjalanan melalui kabel serat optik, elektrik dan rangkaian telefon untuk menembusi semua peralatan elektronik dan peralatan yang ada pada saat itu semua mempunyai Microchip khas yang telah dipasang. Tujuannya ialah dengan langkah ini, ia dapat dikaitkan dengan kewujudan hantu syaitan, dan poltergeists di seluruh dunia dalam rangka mendorong semua penduduk akan membunuh diri, membunuh dan gangguan psikologi kekal. Setelah itu malam datang satu malam dimana ia dipanggil “Thousand Stars” malam ini dipercayai dipersiapkan untuk menyerapkan suatu input yang baru kepada penduduk dunia mengenai TURUNNYA PENYELAMAT YANG BARU untuk membina semula KEAMANAN DAN KEBEBASAN.

Related Posts with Thumbnails