Informasi - Mengenal Yahudi

Sebagai Muslim, adalah menjadi kebaikan sekiranya kita bertaaruf dengan bangsa lain. Ramai kita mengenali bangsa-bangsa yang berada di sekeliling kita. Akan tetapi kita menghadapi sedikit kesukaran untuk mengenali bangsa yang tiada di persekitaran kita, atau barangkali agak sinonim dengan permusuhan dengan kita walaupun bukan semua mereka begitu.

Apa kata kali ini kita mengenali sedikit etika Rabbi Yahudi sebagai pengetahuan tambahan kita bersama. Berkebetulan saya sedang membuat sedikit kajian mengenai industri pemakananan kosher, elok juga saya kongsikan beberapa etika Rabbi mereka di sini. Sekurang-kurangnya kita boleh membuat sedikit perbandingan dengan diri kita sendiri, dan mana tahu suatu hari nanti kita perlu berurusan dengan orang Yahudi yang baik, maka pengenalan ini adalah penting supaya wujudnya sikap hormat-menghormati antara kedua-dua pihak.

Rabbi (biasanya disebut rabai) secara literalnya bermaksud guru. Di dalam budaya masyarakat Islam, gelaran yang setara dengan Rabbi ialah Ustaz. Rabbi biasanya merujuk kepada orang Yahudi yang kuat berpegang kepada ajaran Judaism Orthodox. Justeru bukan semua orang Yahudi, terutamanya yang sekular mengamalkan etika di bawah ini.

Sabbath


Hidangan Ketika Menyambut Sabbath

Shabbos atau Sabbath, ialah hari hujung minggu bagi orang Yahudi. Ianya bermula ketika terbitnya matahari Jumaat sehinggalah terbitnya tiga bintang pada Sabtu Malam. Secara tradisionalnya, orang Yahudi akan menyambut Sabbath lebih kurang 18 minit sebelum ketibaannya.

Waktu ini ialah waktu yang penting bagi penganut Yahudi. Biasanya mereka akan berkumpul bersama ahli keluarga dan menunaikan sembahayang mereka. Pada hari tersebut, mereka dilarang sama sekali daripada bekerja. Ini termasuklah urusan kerja yang kecil seperti memandu, menelefon dan membuka suis lampu. Kerana itulah mereka akan cuba menyelesaikan kerja mereka menjelang petang Jumaat.

Yom Tov


Yom Tov secara literal bermaksud hari perayaan yang baik (good day). Ianya ditentukan menurut kalender Yahudi yang berasaskan sistem lunar. Kebiasaannya pantang larang ketika hari Sabbath digunapakai ketika Yom Tov, terutamanya larangan bekerja. Antara Yom Tov ialah:

Rosh ha’Shanah (dua hari) – Tahun Baru Yahudi

Yom Kippor – Hari Penebusan (atonement)

Sukkos dan Shmini – Pesta Tabernacles

Pesach – Passover

Sh’vuos – Feast of Weeks

Sembahyang

Orang Yahudi bersembahyang tiga kali sehari semasa hari bekerja (selain hari Sabbath). Sekali di waktu awal pagi, kemudian di waktu tengahari dan terakhir sekali di waktu malam.

Synagogue

Tempat perkumpulan untuk bersembahyang bagi penganut agama Yahudi dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai synagogue. Mereka menyebutnya sebagai beyt t’fila. Akan tetapi orang Yahudi ortodoks sebenarnya tidak menggemari penggunaan perkataan synagogue, sebaliknya mereka lebih suka menggunakan perkataan ‘shul’ merujuk kepada beyt t’fila mereka.

Berjabat Tangan

Amalan berjabat tangan adalah kebiasaan orang Yahudi. Akan tetapi sama seperti orang Islam, mereka dilarang sama sekali daripada bersalaman dengan yang berlainan jantina.

Percampuran Lelaki dan Perempuan

Orang Yahudi amat pantang untuk hidup bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa hubungan kekeluargaan. Di dalam pejabat, mereka akan meminta supaya diasingkan tempat duduk dan meja antara lelaki dan perempuan.

Janggut dan Sidelock

Orang lelaki Yahudi berdasarkan sumber biblical utama dilarang daripada mencukur janggut. Justeru ramai yang menyimpan rambut panjang. Selain itu, sebahagian menyimpan sidelock atau sideburn panjang yang dikenali dengan Pay’os dalam bahasa Hebrew.

Yahudi Ortodoks yang tidak pernah mencukur rambut dan sidelock

Yarmulke atau Kippa

Orang lelaki Yahudi biasanya akan memakai kopiah kecil di ubun-ubun kepala mereka. Ianya dipanggil Yarmulke atau Kippa. Secara hokum, ianya wajib dipakai sentiasa. Menanggalkannya dianggap sesuatu yang tidak elok di dalam masyarakat Yahudi.

Kebiasaannya, variasi kippa adalah berdasarkan anutan mazhab, status keagamaan dan sokongan pemakainya. Contoh kippa di atas ialah Yahudi yang menyokong Zionisme.

Tzitzis

Tzitzis bermaksud ‘tassels’. Mengikut ajaran biblical, sekiranya seseorang lelaki Yahudi memakai pakaian yang mempunyai empat penjuru, setiap penjuru tersebut perlu diletakkan dengan tassel khas. Kadang-kadang mereka menyembunyikan tassel ini di belah dalam kot mereka.

Konspirasi Dunia - Wikileaks?


Wiki leaks merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi bagi kita semua dewasa ini. Pertama kali ketika saya mendengar mengenai pendedahan ini dilakukan saya tersenyum sendirian sambil berbisik "Ia semakin hampir". Ia menjadi isu hangat yang sering diperkatakan di seluruh dunia kerana kebocoran maklumat sulit Amerika.

Cuba kita fikirkan kehebatan sistem keselamatan Amerika? Sudah pasti anda akan menyatakan "Amerika adalah negara yang hebat dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang moden dan canggih". Tetapi mengapa perkara-perkara yang remeh temeh ini turut berlaku.

Kebocoran sistem maklumat sulit Amerika?

Mari kita samakan dengan Kejadian 9/11, bagaimana pengganas dapat memasuki ruang udara pentagon sedangkan ia di awasi oleh sistem surveillance yang hebat dan yang terunggul di dalam dunia. Tetapi masih dikecam dengan serangan pengganas?

Mengapa Amerika diserang pengganas?

Hipotesis awal saya menyatakan bahawa wujudnya konspirasi dan persedian mereka dalam melakukan ritual pada tahun 2012 yang akan datang. Mereka akan meruntuhkan ekonomi dunia dengan menghancur ekonomi Amerika. Kemudian mereka akan mewujudkan kekacauan dan menukar ekonomi dunia ke israel.

Jika riba` mata wang, kewujudan wang elektronik dan ekonomi dunia telah mereka pegang maka, apakah yang tinggal untuk kita semua? kemiskinan dan kemudaratan. Bijak mereka dalam mengatur persiapkan bagi menyambut The False Messiah.

Apa pun yang mungkin akan berlaku sama-samalah kita mempersiapkan diri dalam menuju kepada pengakhiran.

Mulakan dengan menyimpan dinar dan dirham kerana mungkin ia berguna di masa hadapan. Wallahualam..

Konspirasi Dunia - Dunia Harry Potter


Dalam sekuel filem ke tujuh yang juga merupakan siri penamat kepada pengembaraan ahli sihir remaja ini, Harry Potter terpaksa berdepan dengan cabaran terbaru apabila dia harus mengumpulkan kesemua Horcrux yang mengandungi nyawa Lord Voldermort...
untuk mengetahui lebih lanjut sila klik disini

Kredit to MacJay. net

Teknologi - Iklan 63336, Illluminiti Servis?


Sewaktu melihat sedutan-sedutan video iklan di YouTube, saya tertarik dengan sebuah iklan yang bertajuk 63336. Nombor “63336” mewakili?. Iklan yang sangat pelik. Di sini saya kongsikan bersama iklan di you tube yang telah saya tonton mengenai "63336"


Saya tertarik untuk mencuba. Dengan cos yang dikenakan sebanyak 1 pound. Maka inilah hasilnya.


*Iklan ini hanya untuk penggunaan di sekitar UK sahaja, manakala di Malaysia saya kurang pasti. - seigneur-

Teknologi - Apa Kata "Encik Google" tentang Israel?

|"Encik Google" dari United Kingdom|

|"Encik Google" dari Malaysia|

|"Encik Google" dari Brunei|

|"Encik Google" dari India|

|"Encik Google" dari Indonesia|

|"Encik Google" dari Australia|

Jika tidak percaya anda boleh cuba sendiri

Wake Up Project - Armageddon bhg. akhir


SIAPAKAH IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAR

1. Al Mahdi Al Muntazar(lelaki yang dinanti/ ditunggu-tunggu) akan kemunculannya adalah seorang lelaki muda dari kaum Muslimin yang berasal dari keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

2. Beliau dari keturunan sayydatina Fatimah Binti Rasulullah s.a.w.

3. Namanya Muhammad Bin Abdullah – jadi namanya menyerupai nama baginda s.a.w.

4. Al Mahdi bukanlah seperti yang diduga oleh kaum Syiah ar Rafidhah yang mengharap kemunculannya dari negeri Sardeb (area Samarra) kerana Al Mahdi seperti ini tiada faktanya dan tiada nas-nas hadis Nabi SAW yang menerangkannya.

5. Kaum Syiah ini mendakwa bahawa Al Mahdi namanya ialah Muhammad Ibn Al Hassan Al Askari, akan memasuki Sardeb ketika berusia 5 tahun.

6. Mereka sentiasa menunggu kehadirannya dari Sardeb sedangkan Al Mahdi seperti yang mereka dakwa itu sekali-kali tidak akan keluar dari Sardeb|Sila rujuk kitab-kitab Nihayah tarikh Ibnu Kathir, Al Fitan Wal Malahim, mengenai perihal berita AL Mahdi juz: 1|

CIRI CIRI IMAM AL MAHDI

Berdasarkan hadis-hadis Baginda s.a.w telah disebutkan bahawa Al Mahdi atau Muhammad Ibn Abdullah yang akan muncul itu berhidung panjang, mancung dan runcing(mempunyai bentuk wajah yang cantik), berkening luas, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseimbangan

Sebelumnya dunia dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan – seperti yang dapat kita lihat hari ini, penindasan dan peperangan terhadap umat islam yang berlaku di mana-mana serata dunia dan berleluasa.

Beliau akan memerintah dunia selama 7 tahun atau 8 tahun atau paling lama 9 tahun setelah turunnya Isa Al Masih AS, sebelum berlakunya hari kiamat. Sepanjang pemerintahannya manusia hidup dalam kedamaian dan keadilan yang tidak pernah dirasai selepas kewafatan Baginda Rasullullah s.a.w

”Sesungguhnya bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan kesemenaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang lelaki yang berasal dari keturunanku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku(Muhammad Ibn Abdullah). Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu dengan kezaliman dan kesemena-menaan (penindasan). Diwaktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman. Maka kamu akan hidup bersamanya selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” |hadis ini adalah sahih riwayat dr Tibrani, Bazzar dan Abu Naim. Imam As Sayuti telah menunjukkan akan kesahihannya di dalam Al Jami’. Disahihkan oleh Al Albani dlm As Silsilah As Sahihah , no: 1529|
”Al Mahdi berasal dari keturunanku ahli bait yang akan diislahkan oleh Allah SWT dalam satu malam” |hadis ini hadis sahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah di dalam sunannya dari sayyidina Ali RA. Ia disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komennya di dalam Musnad Ahmad. Ia juga disahihkan oleh Al Albani di dalam As sahihah – no 2371|
Terdapat DUA tafsiran mengenai iSLAH

1.Bahawa sebelum menjadi Al Mahdi beliau mempunyai beberapa kekurangan kecil, kemudian Allah s.w.t mengampuni dosa-dosanya, menunjukinya dan menurunkan ilham-ilhamnya.

2. Bahawa Allah SWT memberinya persiapan untuk menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin yang mukminin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan – peperangan akhir zaman.|Tafsiran mengikut kitab Fitan Wal Malahim mengenai Berita Al Mahdi, oleh Ibnu Kathir juz :1|

”Al Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah” |Hadis Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim dari Ummu Salamah. Imam Sayuti menunjukkan kesahihannya di dalam Al Jami’|

” Bahawa akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya |Diriwayatkan oleh Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad, dan oleh Muslim dalam Sahih Muslim dari hadis Jabir bin abdullah dan Abu Said Al Khudri|
Kemunculan Imam Mahdi bukanlah berasal dari usahanya,(Muhammad Bin Abdullah) dan bukan juga atas permintaannya. Bahkan beliau sendiri sama sekali tidak tahu bahawa Allah SWT akan mengislahkannya dalam masa satu malam dan bahawa Allah s.w.t akan mempersiapkan baginya satu kaum yang jumlahnya sedikit dan tidak mempunyai persiapan dan kekuatan, kemudian mereka akan membai`ahkan beliau di Kaabah, sedangkan beliau(Imam Mahdi) Tidak menyukai bai`ah itu.

Kedatangan Imam Mahdi di akhir zaman adalah satu perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t, yang telah tertulis di Luh Mahfuz yang tidak dapat tidak akan muncul juga satu hari nanti – hanya masa dan ketika nya sahaja yang tidak diketahui oleh sekalian makhluk hanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah s.w.t sahaja.

Jadi kedatangannya sama seperti kedatangan Al Masih Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam a.s, keluarnya Ya’juj dan Ma’juj serta sisa tanda-tandanya hari kiamat.

Oleh sebab itu, mempercayai dan meyakini akan kedatangan Imam Mahdi ini adalah hukumnya wajib bagi seluruh umat Islam, dalam syariat dan iktikad bagi setiap mukmin. Ini kerana hadis-hadis yg menerangkan tentang Al Mahdi adalah mencapai tingkat Mutawatir – bermakna menurut hampir semua ulamak tafsir Hadis, hadis Mutawatir menunujukkan ilmu yang Qat’I, yang tidak dapat diragui dan digugat, mengetahuinya adalah wajib, mengamalkannya adalah fardhu dan mengingkarinya adalah haram dan kufur.

Sekian.

Wake Up Project - Armageddon bhg. 1

Apakah perang Armageddon?

Satu peristiwa besar dan perang kehancuran:

1. Pertemuan strategi perang raksasa yang sudah terlalu hampir waktu berlakunya.

2. Perang persekutuan-internasional yang akan tercetus dan sentiasa ditunggu- tunggu oleh seluruh umat manusia dari dahulu lagi.

3. Perang politik dan agama.

4. Peperangan besar-besaran dan banyak pihak yang terlibat serta akan membawa kehancuran maksimum kepada sebahagian dunia.

5. Peperangan yang paing besar dan dahsyat di dalam lakaran sejarah ketamadunan hidup manusia.

6. Perang yang dimulai dengan perdamaian tetapi ianya PALSU sehingga semua penduduk dunia menyangka dan mengatakan bahawa kita akan hidup aman damai dengan termeterinya beberapa perjanjian damai. Kemudia ia akan di cabuli oleh musuh-musuh yang benci terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah swt.

Asal perkataan Armageddon:

1. Perkataan Armageddon berasal dari bahasa Ibrani dan terdiri dari dua suku patah perkataan: “Ar” – gunung atau bukit.

2. “Mageddo” – nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan sebuah dataran yang akan menjadi medan pertempuran bagi peperangan akhir ini. Ia membentang dari dataran Mageddo di utara smpai ke Edom yang terletak di Selatan. Jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang mana jaraknya 100 batu.

3. Para ahli pengkaji peperangan akhir ini, berpendapat bahawa kawasan ini merupakan tempat yang sangat strategik, setiap panglima tentera/ angkatan yang dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan yang di lakukan oleh musuh mereka.

4. Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab (yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, zabur, injil yang lama) dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini. Ahli kitab ini adalah golongan yahudi dan nasrani yang beramal dengan kitab asal.

5. Nabi Muhammad SAW ada bersabda:
” sampaikanlah ajaran-ajaranku walaupun itu hanya satu ayat , dan berbicaralah dr ajaran bani Israil (Yahudi) dan aku tiada halangan ”|sahih al Bukhari bab 6 Ms. 3461 dari Abdullah Ibnu Umar RA. |
6. Tetapi haruslah dengan bersyarat, dimana kita tidak dibenarkan mengambil ia secara membuta tuli tetapi haruslah merujuk kepada yang haq iaitu, Al Quran nul Qarim.
“apabila ada ahli kitab yang berbicara (mengenai agama) maka janganlah kamu membenarkan dan jangan pula kamu mendustakan ia”|Sahih Bukhari diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a|
7. Hadith diatas menerangkan bahawa, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan agar kita menyelidiki apa sahaja berita atau cerita yang disampaikan oleh para ahli kitab dan jangan mempercayainya tanpa menyelidiki hakikat kebenarannya serta kita juga tidak boleh menolak berita atau cerita mereka tanpa usul periksa.

PERKATAAN ARMAGEDDON OLEH PENULIS BUKAN ISLAM YANG MEMPERCAYAINYA

1. Di dalam kitab Wahyu (revealation – 16:16) ” dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekelian tentera dunia disebuah tempat bernama Armageddon |Injil: Ms. 388 – terbitan darul Thaqafah, Mesir|

2. Didalam buku ” Dimensi agama dlm Politik Amerika Syarikat di sebut bahawa Tujuh orag pemimipin AS mempercayai akan tercetusnya perang Armageddon |Buku janji yang benar dan janji yang dusta Ms .31|

3. Presiden AS yang lalu, Ronald Reagen berkata : ” Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yang akan melihat Armageddon” |buku ramalan dan politik Ms.66|

4. ”Segala sesuatu pasti akan berakhir di dalam beberapa tahun. Akan terjadi perang dunia yang paling besar. Ia adalah perang armageddon atau dataran mageddo”|Buku Drama berakhirnya zaman – Oral Robertus, buku Akhir bola dunia yang paling besar – Hall Lindus|

5. Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan dapat mencapai perdamaian. Akan tetapi saya percaya bahawa perang Armageddon akan berkecamuk di lembah Mageddo. |Buku janji yang benar dan janji yang dusta Ms. 62/ buku ramalan dan politik Ms. 37|

6. Seorag penulis Amerika yag bernama Greys Halsl berkata : Kita sebaga orang-orang Kristian percaya bahawa sejarah manusia akan berakhir dengan sebuah peperangan yang di sebut sebagai Armageddon dan peperangan ini akan menyaksikan kembalinya Isa Al Masih yang akan memerintah orang-orang yang hidup dan org yang mati dengan saksama |Ramalan dan politik Ms.19|


Kaum Muslimin dan Armageddon


Terdapat ramai di kalangan org Islam sendiri yang masih tidak mengetahui mengenai apa itu Perang Armageddon – bahkan ada yang mengatakan perkataan itu hanya berada di dalam lakaran sejarah filem Hollywood lakonan Bruce Willis dan Ben Affleck. Tetapi secara realitinya Hollywood yang didokong oleh tentera dajjal Laknatullah sememangnya ingin memesongkan fakta mengenai Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka sendiri telah sedia mengkaji mengenai peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.Hadith Nabi Muhammad s.a.w, yang membicarakan mengenai peperangan ini:
”kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang yang banyak, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki Rom. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut, kemudian tentera Rom mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera, dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera” |Hadith sahih riwayat Imam Ahmad,Imam Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar RA.Disahihkan oleh Tafsir Al Albani dalam mentahkik hadis misyqat, Ms. 5424 dan kitab sahih al Jami’ dan ia mempunyai berapa riwayat.|
Hadith di atas dengan jelas menerangkan bahawa di sana terdapat dua buah peperangan yang bakal terjadi:

Perang dunia Armageddon yang telah banyak diketahui oleh semua pihak.

Peperangan-peperangan, di dalam sesetengah hadith di sebut Peperangan terbesar (Malhamah al Kubra). Peperangan ini tidak diketahui ramai kecuali oleh sebahagian orang, pihak-pihak yang berperang di dalam pertempuran ini adalah kaum muslimin, menghadapi tentangan dari Rom(Eropah dan Amerika) setelah berlakunya perang Armageddon di mana pada awalnya muslimin bersekutu dengan mereka tetapi akhirnya Rom mengkhianati kita di dalam perang tersebut.

Makanya, perang Armageddon adalah peristiwa pertama yang kita nantikan sebagai permulaan dari huru hara di akhir zaman, sebagaimana yang akan diterangkan di dalam artikel yang seterusnya iaitu Imam Mahdi al Muntazar. Perang tersebut juga adalah perang penghancuran dan nuklear yang akan memusnahkan sebahagian besar senjata stategik, yang tinggal selepas itu hanyalah senjata tradisional berupa panah, pedang dan kuda yang akan diguna pakai di dalam peperangan selepas Armageddon(khasnya oleh tentera Al Mahdi nanti).

EnsyaAllah saya akan sambungkan tentang siapakah dia yang dinamakan dengan imam Mahdi al Muntazar.
Related Posts with Thumbnails