Epilog Akhir Zaman


1st Scene
3 pemuda israel diculik, HAMAS dituduh menculik mereka, maka disebabkan itu Israel menyerang Palestine dengan harapan mereka akan menang kerana berpendapat ummat islam palestine lemah kerana berpuasa, tetapi sebaliknya seluruh dunia memberi tumpuan terhadap kekejaman israel dan para pejuang terus menerus membelasah tentera israel manakala israel pula membunuh orang awam, US menyokong israel dengan alasan mempertahankan diri, PBB pula buat-buat tidak nampak malah sekadar memberikan respon yang tak berapa ikhlas, Oleh dek kerana tertekan maka.......

2nd Scene
MH17 ditembak jatuh, tak sampai setengah hari insiden MH17 ditembak jatuh, US dan sekutunya telah mengeluarkan statement dengan menuduh Russia yang telah menembak jatuh dan sekatan ekonomi terus dilakukan, PBB kemudianya mengadakan persidangan tergempar mengecam tragedi yang menimpa MH17, Jika kita peka dalam masa yang sama israel telah melancarkan serangan darat besar- besaran bertujuan untuk memasuki Gaza, walaubagaimana pun dengan izin Allah dunia masih belum beralih sangat pada isu MH17, israel terus dikecam dan diboikot, ekonomi mula merosot dek tekanan dari pelbagai arah yang menyebabkan israel mulai lumpuh. Sekali lagi israel cuba mengalih perhatian dunia, lalu.........

3rd Scene
Shin bet telah menyatakan bahawa mereka telah berjaya menculik tentera HAMAS dan individu itu telah membocorkan maklumat yang mana Malaysia telah melatih tentera dari Briged Izuddin Al-Qassam mengenai taktik bla bla bla bla.....Apa yang kita lihat israel ingin cuba mengulangi helah yang mereka gunakan seperti 1st Scene dan diikuti pula helah 2nd Scene untuk.............(nantikan scene akan datang)

Hakikatnya alim ulamak Yahudi telah pun sedia maklum mengenai janji Tuhan sekalian alam seperti yang termaktub di dalam Surah Al-Israa` ayat ke 7. Apabila mereka dah mula diserang dan kalah teruk dalam peperangan kali ni, Meraka mulai sedar perkara yang  telah dijanjikan Tuhan sekalian Alam makin hampir juga sangat hampir kepada kebangkitan seorang pemuda yang disebut-sebut di akhir zaman serta bala tenteranya. Tapikan kenapa Malaysia? kecil je malaysia ni if compare dengan negara-negara islam timur tengah yang lain juga secara logiknya jika diikutkan indonesia negara Islam yang lagi besar dan mempunya potensi untuk mengancam, tetapi mengapa bukan juga Indonesia yang mereka cuba gunakan? wallahualam........ (= 

-warfeel-
Related Posts with Thumbnails