Wake Up Project - ENGRAM the Hidden Secret of Mind Manipulation II


Ketika menjalankan projek MKULTRA, beratus-ratus manusia telah digunakan sebagai bahan eksperimen sekaligus memusnahkan hidup dan fikiran mereka demi untuk bersaing dengan negara lain dalam menjelajah dan menjajah minda manusia. Pertubuan Psikik Jiwa yang melakukan eksperimentasi di bawah projek MKULTRA ini turut dibantu oleh pihak kerajaan dan CIA.


Selepas Perang Dunia kedua, ramai pakar saintis dari Jerman ditahan di dalam banyak tahanan Russia, Amerika dan British. Pada tahun 1946, Presiden Amerika Syarikat yang ke-33, Mr. Harry S, Truman telah memulakan “Project Paperclip” yang mengunakan saintis tahanan perang untuk projek Kawalan Minda yang dirahsiakan untuk bersaing dengan Russia. Projek ini dijalankan di bawah tugasan rasmi oleh 765 orang saintis dan juruteknik Jerman dan mengorbankan beribu-ribu orang tahanan perang yang dijadikan sebagai bahan eksperimen.


Pada bulan Disember 1974, di dalam mesyuarat petama National Security Council, Menteri Pertahanan Amerika, James Forrestal telah meluluskan satu ‘peperangan rahsia’ (secret war) dengan Soviet Union. Projek ini telah membuka jalan untuk melancarkan perang psikologi oleh Amerika di Eropah. Sebelum itu pada 1941, Presiden Amerika yang ke-32, Franklin Delano Roosevelt telah meluluskan penciptaan bom atom tanpa pengetahuan Kongres dan juga Timbalan Presiden, Harry S Truman dalam “Manhattan Project”. Ini bermakna, pada sekitar tahun 1948, Amerika Syarikat sudah menjadi pakar global dalam pembuatan bom dan manipulasi minda manusia.


Pada 1951, Amerika mempelawa Kanada dan Britain menyertai projek CIA di dalam Kawalan Minda dan Hipnotisme. Pada waktu ini, Projek Bluebird telah ditukar nama kepada “Project ARTICHOKE”. Pada 10 Februari 1954 pula, satu lagi dokumen CIA berkenaan eksperimen dan penyelidikan hipnotisme (Hypnotic Exoerimentaton and Research) yang juga telah diklasifikasikan sebagai Bukan Rahsia Rasmi mendedahkan bahawa manusia dapat diarahkan untuk melakukan sesuatu pembunuhan tanpa disedari oleh mereka malah ingatan mereka mengenai pembunuhan tersebut juga akan hilang.


Walaupun MKULTRA yang ditubuhkan pada 1953 telah ditamatkan secara rasmi pada 1964, pihak CIA memulakan satu lagi projek rahsia Kawalan Minda Hipnotisme diatas nama MKRESEARCH yang berlanjutan sehingga tahun 1970-an. Pihak CIA telah berjaya menyempurnakan penyelidikan Hipnotisme ini dimana seseorang yang berkelakuan normal boleh diubah menjadi ganas hingga sanggup membunuh hanya dengan satu ‘trigger word’ atau kata peransang yang dapat mengaktifkan program Minda Bawah Sedar.


Credit to: Muddy Reza
Related Posts with Thumbnails