Wake Up Project - Civil Democratic Islam


Sebuah buku kajian CIA yg dkeluarkan oleh agensi National Security Research Division (RAND) yang bertajuk Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies menunjukkan betapa telitinya si kafir barat dalam menghadapi kebangkitan Islam. Bagi sesiapa yang berminat untuk membaca buku tersebut bolehlah mendownload menerusi website yang saya sertakan di atas.

Sebagai pendahuluan, penulis buku tersebut secara terang-terangan menyatakan bahawa musuh utama dunia (US) adalah Islam yang menyebabkan kepada perubahan Ideologi baru. Buku ini secara ringkasnya membahagikan kepada 4 golongan umat Islam yang berbeza penerimaannya terhadap idea-idea barat dan strategi kepada setiap golongan ini juga berbeza.

1. Golongan pertama – golongan fundamentalis

* Musuh US yang tidak boleh bertolak-ansur. 

* Menolak demokrasi, hak asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat. 

* Mereka secara spesifik merujuk kepada gerakan yang menolak sama sekali nilai barat seperti   demkorasi. 

* menuju menegakkan khilafah.

2. Golongan kedua – golongan tradisionalis

* lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan. 

* Walaupun ada yang terlibat dengan politik, tetapi pemikiran mereka lebih tertumpu soal kerohanian.

3. Golongan ketiga – golongan modenis

*Golongan modenis ini mereka mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global.

*Mereka memberi nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perekonomian dan nilai-nilai lain.

*Ia merujuk kepada sesetengah ulama’ dan pemikir Islam hari ini.

4. Golongan keempat – golongan sekular

* telah mengikut acuan barat termasuk pemerintah yang ada dan tokoh-tokoh pemikir mereka.

Jika diperhati, mereka menggolongkan umat Islam kpd nilai-nilai barat. Dari sini mereka menggunakan strategi yang berbeza untuk menghalang kebangkitan umat. Kita jangan terperangkap dalam pengklasifikasi ini. Mereka mengklaskan umat mengikut sesuka hati mereka mengikut kepentingan mereka. Mereka menamakan golongan ini mengikut sesuka hati mereka,akan tetapi janganlah kita terpedaya pada nama rekaan mereka.

Strategi barat untuk mencari "PARTNER"

* Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi DEMOKRASI dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang untuk usaha menentang kebangkitan Islam.

* mereka menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan sekular, golongan pemerintah dan pemikir sekular bukan lagi tindakan yang semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini.

* Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari golongan ini dan tidak menjadikan mereka sebagai rujukan dalam masalah politik mahupun agama.

* RAND mencadangkan untuk memberi sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang modenis.

* Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka yang mereka anggap Islami.

* Maka mereka perlu diberikan peluang bergerak dalam politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap mereka.

* Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan.

* Manakala golongan tradisionalis, mereka kurang membahaskan masalah politik.

* Maka kebiasaannya golongan tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan konsep politik lain.

* Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan.

* Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama’ seperti ini mengalihkan pandangan ummat, dan menimbulkan keraguan ummat terhadap golongan fundamentalis.

* Ini kerana golongan tradisionalis biasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan institusi pendidikan tradisional.

* Manakala bagi ulama’ tradisionalis yang boleh menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk kedepan.

* Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran ummat Islam.

* Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya tidak boleh dibawa berkompromi.

Musuh Islam iaitu Barat menghasut umat Islam agar bermusuhan sesama sendiri dengan menjadikan musuh utama barat (golongan fundamentalis) sebagai musuh utama umat Islam yang lain.

Strategi-strategi menghadapi golongan-golongan ini, baik samada berkawan dengan golongan ini, mengadu-domba mereka agar berseteru mahupun secara langsung menyerang mereka.

1. Golongan sekular

* sokongan kepada kerajaan sekular hanya diberi berdasarkan kes per kes basis.

* Ini kerana, banyak kerajaan sekular yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan kepentingan US. Oleh itu, sokongan kepada mereka bergantung kes per kes basis.

2. Golongan Islam modenis

* golongan Islam modenis hendaklah diberi peluang dan sokongan politik, memberi pandangan Islam kontemporari.

* Ini kerana golongan Islam modenis hari ini telah dapat menarik sokongan rakyat berbanding pemerintah sekular.

* Sokongan kepada golongan Islam modenis ini boleh diberi secara langsung atau tidak secara langsung selagi dapat dipastikan kepercayaan ummat tidak terhakis.

3. Golongan Islam tradisionalis

* Bagi golongan tradisionalis, ulama’-ulama’ mereka perlu digunakan untuk menyerang golongan fundamentalis.

* Ini merupakan golongan yang terbaik yang perlu digunakan untuk menyerang fundamentalis kerana golongan ini mempunyai kemuliaan yang tinggi dikaca mata ummat.

* Keupayaan mereka membahas agama perlu digunakan, untuk menyerang pemikiran-pemikiran politik golongan fundamentalis.

* Secara spesifik disebut, bahawa golongan tradisionalis ini wajar disokong untuk mewujudkan perseteruan sesame Islam dan secara spesifik disebut mereka ini wajar diberi dana untuk membina sekolah-sekolah untuk menyebarkan fahaman mereka.

* Secara jelas diberitahu, segala kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan fundamentalisme mestilah dihalang dan sepatutnya diwujudkan permusuhan sesame mereka.

4. Golongan Islam Fundamentalis

* Bagi menghadapi golongan yang mereka labelkan sebagai fundamentalis, digariskan agar jangan memberi promosi, serang nilai-nilai yang dibawa, hilangkan kepercayaan ummat kepada mereka.

* wujudkan gambaran mereka ekstrimis dan tidak mampu membawa kemakmuran.

* Tidak ada sikap lain kepada golongan fundamentalis kecuali menentang dan menghancurkan mereka.

Itulah ringkasan apa yang digariskan oleh RAND untuk US menghadapi kebangkitan Islam. Mereka melabelkan kita, untuk memudahkan mereka menentang kebangkitan Islam, walhal hakikatnya tidak begitu. Kita semua bukan fundamentalis, tradisionalis, modenis atau sekular. Cuma RAND mengklasifikasikan kita mengikut sejauh mana penerimaan kita terhadap nilai-nilai US dan dari situ diatur strategi yang berbeza. Saya yakin ramai ummat Islam yang ikhlas berjuang tidak menyedari hal ini dan tidak sedar mereka bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA. Inilah pentingnya ummat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran politik yang sangat jernih lagi tajam. Semoga ia membuka minda politik kita untuk melihat dunia dengan kaca mata politik Islam agar dengan itu kita dapat bergerak menuju kebangkitan Islam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails