Wake Up Project - Ciri-Ciri Pemimpin Islam

Pemimpin yang bercirikan kepimpinan Islam merupakan pemimpin yang bakal merubah dan melakar satu inisiatif yang jitu ke arah melahirkan masyarakat yang berwibawa yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kewajipan melantik pemimpin yang sedemikian adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah, ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah yang mentadbir urusan kehidupan yang berlandaskan petunjuk yang sebenar dan hakiki.

Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang yang akan mewujudkan kezaliman, penindasan dan segala macam maksiat yang berleluasa tanpa sebarang sekatan lagi.

Maka tidak hairanlah, Islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para pemimpin yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama Allah daripada terus dicemari. Justeru itu, islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini, antaranya:

1. Islam - Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana Islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat Islam;

2. Adil - Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat Islam, ekoran betapa pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak di muka buminya ini. Sebagiman syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam;

3. Ilmu - Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian.Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4. Melaksanakan hukum Allah.

5. Tidak berlaku zalim.

Ada dinyatakan oleh Al-Imam Hasan Al-Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam dengan katanya,
"Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman, dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi; dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya;..dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnaya – menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-sekali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustada’fin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang-orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
Beginilah sahsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini. Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah diatas bumi ini.

Sebagai renungan untuk kita semua, kewajipan menegakkan hukum Allah di muka bumi Allah s.w.t. ini adalah satu kewajipan yang mesti dipikul oleh semua umat Islam. Maka, marilah kita sama-sama bangun dari tidur yang lena di atas tilam ’momokan pembohongan’ yang diwar-warkan oleh mereka yang bertopengkan Islam. Islam mesti ditegakkan di bumi Allah s.w.t. ini. Bersama-samalah kita tekadkan azam dalam menegakkan Islam yang suci ini di muka bumi Allah s.w.t. sebagai satu ad-deen yang syumul, Allahhu Akbar!

2 comments:

Anonymous said...

Salam Muhammadin utk Ummah.
Salam peluk cium sesama Muslim.

Dear Muhammad Noor 'Isya' hamba Al-Rahmaan...
Dengan Izin ALLAH. Jangan lupa ikuti perkembangan Bandaraya The Vat. Anggaran goncangan di sana (waktu seblom fajar siddique) iaitu 1.50 pm waktu KL. Sumber maklumat dari "Satelit-Nya".

ALLAHHU AKBAR! ALLAHHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

seigneur de la guerre said...

wa`alaikummusalam tuan..
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan Ia...

EnsyaAllah saya akan ikutinya, terima kasih kerana tuan berkongsi info dengan saya..

Allahukahbar!..Allahukahbar!

Related Posts with Thumbnails